Instagram
Sitegiant E-Commerce

Friday 18 October 2013

Jom Buat Rombongan Ke Candi Lembah Bujang #VMY2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Harap anda semua sihat sejahtera...Fuhh..selamat hari ni..sebab aku xtaw nak post menatang pa petang ni..Otak kiri dan kanan berfungsi cuma lambat panas.Nasib aku terbaca blog otai kita...Mengenai segmen untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 .Steady broo..Kalau tidak gua pun xtaw apa mau tulis ini petang..Mujur ada gak la idea mengenai #VMY2014 ni..


Aku nak cuba kempen Melawat Malaysia ni berfokuskan Negeri Kedah Darul Aman..Subjeknya adalah mengenai Tempat Bersejarah, iaitu Candi Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman. Ya memang tempat ni xramai orang taw walaupun yang berada di Kedah sekalipun. Buat pengetahuan semua aku pernah sampai ke sini, tapi aku xberapa ingat memandangkan masa tu aku muda2 lagi..Mana nak ingat..Sapa bawak pun aku xingat dah..huuhuhuh....Jadi lokasi nak ke sana tu xsusah memandangkan kerajaan telah membina banyak Lebuhraya bagi memudahkan anda semua untuk access ke sana. Sapa yang mai dari selatan atau utara sekalipun, yang guna Lebuhraya, anda hanya perlu exit Tol Sungai Petani Selatan kerana dari sini lebih mudah untuk anda semua ke sana. Keluaq tol Sg Petani selatan ja, terus ja dan anda hanya perlu berpandukan signboard yang ada.Kalau xda sekalipun ikut ja jalan nak ke Merbok,dan lepas tu mesti ada jalan nak ke Candi berkenaan.


Tempat Bersejarah ni kalau nak ikutkan sapa nak pergi kan..Tapi kalau kita sendiri xp, sapa lagi nak pergi kan..Dan kita perlu war-warkan benda ini supaya ianya lebih dekat lagi untuk mereka yang dahagakan percutian dalam Malaysia ini..Dan lebih2 lagi untuk Kempen melawat Malaysia ini, orang luaq akan lebih seronok kalau tempat yang kita p tu ramai orang mai jugak.




Merbok Kedah





Merbok Kedah






Candi






Kuala Mudah Kedah Darul Aman



Kalau nak diikutkan sejarah ni berlambak candi yang dijumpai di Lembah Bujang ni..Ya la kan, empayar terbesaq kedah Tua la, Langkasuka la semua ada area ni..Jadi Candi2 ni jugak ditemui dan masih lagi dicari sehingga sekarang..Dan sudah banyak candi2 yang dijumpai sehingga ke hari ini kerana Lembah Bujang mendapat perhatian para arkeologi di Malaysia untuk terus mencari monumen2 bersejarah yang ada dalam Malaysia ini. 


Untuk maklumat lanjut mengenai lembah bujang ni, hampa boleh la melawati blog Kedah2U ni sebab banyak lagi tempat2 menarik di Kedah ada dalam website ni.Kalau hampa nak info mengenai tempat2 selain dari Kedah, boleh lah hampa melawati website Tourism Malaysia. KLIK SINI untuk terus ke Laman Web Tourism Malaysia.Banyak lagi info2 pasal tempat2 menarik di Malaysia ni ada dalam web Tourism Malaysia ini.. Jadi aku hanya boleh bagitaw bahawa kita semua boleh kalau ada masa mai melawat Candi Lembah Bujang ni..Mungkin ada lagi monumen2 bersejarah lain yang belum kita discover lagi kan..heheheh..


So setakat ni ja la post aku kali ini bagi menyahut Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Jadi anda semua bila lagi..jom2..kita pakat serbu candi ni..Baru la makcik2 yg dok meniaga koeteow tu kaya skit..heheheh(aku teka jaa) tah ada tah xda koeteow...


Sekian Terima Kasih..


Montana
Be The Best To Win The Best







Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia

25 comments:

  1. Dulu masa blajaq sejarah dulu ada la terbaca pasai cndi kt kuala muda ni..tp x pnh pegi pun..abes jauh pun ada pi tanjung dawai ja..bli blacan..nnti boleh ja pi sini..bg makcik kuewtiow masuk wit sikit..hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha...mai2..kita buat ramai

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. jom2 kita buat rombongan..jangan lupa bawak kacang sekali

      Delete
  4. teringat pula sejarah zaman sek dulu... penuh cerita tersendiri :D

    ReplyDelete
  5. Bess jugak ni..boleh lah lawat nanti..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi depa kata tempat ni keraih skit..jgn lupa bawak pulut kuning sekali heheheh

      Delete
  6. Oooo nih 1st time nengok gambo candi nih...

    ** Dik klo betol ada mak cik juai kuey teow tu kat ctu mesti dia terima kasih kat ko sbb promote dia ekekeke

    ReplyDelete
  7. Teringat masa belajar dulu..lembah bujang ni memang famouskan...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Wahh.... petunjuk jalan dah jumpa pun. Hari tu pi kedah gn team MP budak sej memang nak pi sini tp tak tau jalan. Last2 otw blik jea sudahnya.. thank a lot. Betul tu, klau kita tak pi melawat tmpat brsajarh kita siapa lg nk promok kan. Makin membara jiwa ni nk jd ahli arkiologi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2..kita pakat2 promote tempat yang kita taw hehehe

      Delete
  10. Ohhh..Saya suka sangat sejarah dan cerita-cerita klassik

    ReplyDelete
  11. Nice entry ! all the best utk segmen ni ye :)

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi pergi sana.. sebelum ni baca buku sejarah je mengenai candi lembah bujang tu..

    ReplyDelete
  13. never been there..maybe kena jejak jugak ke sana satu hari nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang ke negeri Kedah Darul Aman... ;-)

      Delete
  14. cik akak kalau zaman sekolah dulu memang minat lentok...sekarang nie..nak hurai memang dah basi otak cik akak nie...semoga berjaya :)

    cik akak singgah follow sekali

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...