Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 30 April 2015

Dhanush- Anegan (2015)



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua..Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Ehem2..esok cuti wei..cuti..Hahahah...Boleh releks di rumah di samping keluarga tersayang. Hari ini,kerja dengan sebaik mungkin sebab esok nak lepak rumah saja..Tidak mahu ke mana-mana dah...

Jom..ingat nak share satu lagi filem dengan hampa,sempena sebelum cuti hari pekerja esok hari. Cerita yang aku tengok dah bulan 2 hari tu, cuma tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan penduduk Malaysia ja. Lakonan daripada hero Tamil yang semakin meningkat naik iaitu Dhanush, cukup tidak mengecewakan aku dengan dua filem dia yang aku berjaya tonton dalam bulan februari lepas. SHAMITABH lakonan beliau cukup berkesan, ditambah dengan cerita yang agak jarang dibuat oleh pengarah-pengarah lain. Filem kali ini pula yang akan aku review ini pula bagi aku lebih suspen, lebih sempoi. Cuma kalau yang masa pi tengok wayang tu, kerap pi buang ayaq, maka bila hampa terlepas beberapa babak mungkin membuatkan hampa jadi tak ketahuan punca, sebab filem dia kali ni memang hampa kena tengok betui2. Tidak memang hampa terlepas dan akhirnya mungkin jadi tidak faham dengan jalan cerita dia.








Anegan, adalah bertemakan love story. Memang pasai cinta ja pun cerita ni. Tapi jalan cerita cinta depa digarapkan dengan penuh menarik sekali, di mana jalan cerita itu dijana daripada fantasi heroin dalam filem ini. Heroin cun jugak, tapi orang baru jadi aku tidak berapa nak kenal dan cam sangat lah. Di awal filem ini Hero, lakonan Dhanush adalah seorang anak muda,anak orang kebanyakkan yang berjaya menambat hati anak orang kaya, memang kaya heroin dalam filem ini. Berlaku cabaran dalam cinta depa hingga menyebabkan hero akhirnya di babak-babak kejar mengejar daripada bapak heroin ditembak. Pommm..laa..tetiba ada babak heroin dok menangis atas kerusi seorang Doktor,lebih kurang Doktor Psikatari kot, yang dok berubat orang yang ada masalah dalaman ni. Rupa-rupanya babak pertama tadi tu adalah penjanaan daripada minda heroin. Pening gak cerita ni pada mulanya, seolah-olah macam kehidupan semula pun ada gak cara dia nak bagitau tu. Kalau diperhatikan dan diamati betul2, filem ini terbahagi kepada 3 babak yang akhirnya babak itu disimpulkan dengan dunia realiti, Babak pertama hero di suatu masa lebih kurang tahun 1920an macamtu, babak kedua lebih kurang 1980an dan babak terakhir adalah kesimpulan dari kedua2 babak tadi.

Jalan cerita semakin menarik apabila Hero mendapati heroin ni terlalu banyak berfantasi. Fantasi dia memang cukup memeningkan hero sebab fantasi tersebut membuatkan hero rasa kurang senang. Ya lah, mana tidaknya, setiap masa heroin akan bercerita tentang hero ni dalam mimpi dia. Namun apa yang aku rasa cuba nak diketengahkan oleh K.V Anand , iaitu pengarahnya adalah mengenai kadang-kadang fantasi seseorang itu tidak boleh diambil mudah. Kemungkinan daripada fantasi itu berjaya mencipta dan merungkai satu kejadian atau misteri yang berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan. Unsur itulah yang diterapkan dalam filem ini, di mana fantasi heroin dalam heroin ini berjaya menyelesaikan satu kejadian pembunuhan,yang cukup tragis, di mana kejadian itu jugak ada kena mengena dengan hero dan heroin jugak.

Apa yang pasti, filem ini berjaya dikerat kepada 3 bahagian, dan dua bahagian terakhir itu cukup signifikan dengan kehidupan hero dan heroin di masa sekarang. Setiap yang terjadi di masa lampau itu, berjaya diselesaikan dengan hanya fantasi seseorang. Benarkah ini memang berlaku sebenarnya? maka itulah persoalan yang ditinggalkan. Untuk babak berlawan, Yaa..Dhanush atau hero dalam filem Anegan ni lawan sempoi. Memang best. Boleh la dari cerita SHAMITABH di tidak lawan langsung. Jadi jangan buang masa, aku bagi 4.5 bintang filem ini. Sebab jalan cerita dia memang pelik, dan bila nak abis filem ni hampa akan rasa puas, dan ada jugak sedikit rasa di spinkan oleh pengarah filem ini. Jadi Selamat menonton!!!!


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/Reference:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/K._V._Anand
2. http://cinemaz.in/gallery_pic/org/mg_12.jpg

Friday 24 April 2015

Dhanush- Shamitabh (2015)



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakyat Malaysia di luar sana. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Macamana kerja hari ini, ok kot nooo. Hari ini aku cuba untuk kongsi satu filem yang aku dah tengok di panggung. Hurmm..Boleh tahan la cerita ni, cuma tak ada aksi tumbuk, tendang,sepak lepaih sampai ke tiang elektrik ja. Sebab filem ini bagi aku boleh dikatakan satu bentuk filem lain dari yang lain konsep dia. Pergh...sejak dua menjak ni, aku tengok banyak filem Tamil yang tampil dengan idea-idea yang cukup pelik, tetapi mungkin ada atau mungkin hanya fantasi di dunia yang sebenar ini. 









Filem yang bertajuk SHAMITABH ni aku tengok bulan 2 baru-baru ini, yang bagi aku pada mulanya aku xberapa excited nak tengok sangat. Selepas aku tengok dalam movie tu ada Amitabh Bachan, aku rasa macam satu feel ja, rasa macam nak tengok. Sebab bagi aku legend macam Amitabh Bachan ni jarang berlakon dengan Hero Tamil, tapi kali ini dia boleh muncul, dengan Dhanush lak tu, bukan yang lebih popular di Malaysia lain seperti Vijay atau Ajith Kumar. So disebabkan faktor inilah yang membuatkan aku teruja jugak untuk tengok filem ini. So aku ambil langkah,tengok dulu, baru taw. Sebab kemunculan Amitabh Bachan mesti ada something punya, dengan Dhanush lak tu.


Tema filem ini adalah pasal dunia hiburan. Dunia lakonan adalah medium asas cerita ini yang bagi aku pengarah filem ini iaitu R.Balki cuba ketengahkan kepada umum. Filem ini adalah mengenai seorang anak muda yang mempunyai bakat besar dan impian yang besar dalam dunia lakonan. Dari kecik dia memang suka dengan lakonan, dan bila meningkat umur remaja pun dia cukup passionate dengan lakonan. Dia banyak menghabiskan masa tonton TV,tiru gaya pelakon dalam tv dan terbawa-bawa benda macam tu dalam hidup sebenar dia. Sehingga pada satu hari dia nekad untuk ke Mumbai, di mana terpusatnya industri filem terbesar India dalam filem ini. Bila dia sampai sana, dia cuba untuk meyakinkan para penerbit filem, sehinggakan sewaktu dia dihalau dan bergaduh dengan pengawal kawasan di situ, menarik perhatian seorang perempuan yang bekerja sebagai pembantu pengarah,merangkap heroin dalam filem ini.

Dhanush, yang memegang watak Dhanish dalam filem ini cuba meyakinkan heroin yang dia boleh berlakon, dengan meminta heroin bagi satu scene untuk dia lakonkan, maka dia buat dengan sebaik mungkin hinggakan menarik minat heroin untuk ditunjukkan kepada pengarah dia. Namun, masih ada kecacatan pada Dhanish dalam filem ini. Dhanish memang pandai berlakon, dan dia mampu menguasai dan menjiwai watak dengan perfect sekali. Namun satu sahaja kekurangan dia, walaupun pandai berlakon, menjiwai,ada rupa jugak la dalam filem ini, tapi Dhanish tidak mempunya SUARA!!!!...perghhh... Muka kalau hensem dan pandai berlakon pun, cukup problem oo kalau bisu. Macamana nak berlakon kalau bisu. Jadi isu bisu inilah yang menjadi asas kepada filem ini, iaitu Hero Bisu, tapi pandai berlakon.

Plot seterusnya menceritakan bapak kepada heroin cuba untuk menawarkan bantuan kepada Dhanish, dengan membawa ke Finland melakukan satu pembedehan kepada Dhanish, iaitu operate untuk memasukkan satu peti suara baru di dalam kerongkong dia. Peti suara ini lebih magik, di mana Dhanish boleh copy paste suara orang lain, dengan syarat orang yang satu lagi tu dibekalkan mic dan headphone. Bila orang tu cakap, secara automatik masuk terus ke dalam peti suara Dhanish,dia rakam dan bila dia buka suara/mulut dia akan keluar suara orang yang bercakap menggunakan mic itu. Pergh..first time masa aku tengok ni memang macam nak tergelak, tapi hakikatnya ada dak pengarah filem terpikiaq nak buat filem macamni? secara teorinya, pembedahan ini nampak macam boleh dilakukan di dunia realiti, tapi sapa yang terpikiaq nak buat macam tu? so di sinilah the power of Tamil movie yang aku boleh nampak.

Babak seterusnya menceritakan bahawa Dhanish cuba mencari suara yang terbaik untuk dia gunakan dalam kehidupan dia sebagai bakal hero dalam filem-filem dia, maka dia dapat satu suara iaitu suara Amitabh Bachan. Pada permulaanya susah untuk yakinkan orang tua ni sebab dia seorang yang pemabuk, maka payah la sikit nak cerita kat dia. Namun pujuk punya pujuk dia setuju untuk bekerjasama dengan Dhanish, dan nak dipendekkan cerita Dhanish memang meletup dalam iklan dan filem-filem yang dia lakonkan, dan salah satu faktornya adalah suara dia, yang dikatakan memukau penonton. Namun hakikatnya bukan suara dia pun, tu suara Amitabh Bachan.

Klimaks cerita ini berlaku bila mana Dhanish dah mula naik tocang, sebab dia dah mula masyur dalam industri, dia dah mula berlagak,sombong dan ada scene dia bergaduh teruk dengan Amitabh Bachan. Bagi aku scene ni memang memberi impak kepada sesiapa pun, terutamanya pada mereka yang menjadikan karier lakonan sebagai punca pendapatan utama. Hayati watak Dhanish dan Amitabh Bachan time ini, maka hampa akan nampak betapa sombongnya orang yang dah berjaya dan bertapa egonya orang tua yang xboleh langsung nak ditegur. Jadi, seterusnya, apa jadi dan kesudahan depa ni? hampa kena tengok la noo..heheheh..


Sekian terima kasih.

Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan:

1. http://www.filmibeat.com/img/2014/12/22-1419251253-shamitabh.jpg
2. http://en.wikipedia.org/wiki/R._Balki


Monday 6 April 2015

Thala Ajith Kumar- Yennai Arindhaal (2015)



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakyat Malaysia di luar sana. Apa khabar harap hampa semua sihatla hendaknya noo. Pergh..nak cari mood nak menulis sekarang ni bukan satu benda yang boleh dipandang enteng. Sekali dia malaih teruih rasa macam xmau menulis pun ada. Tapi apa kan daya, hati dok rasa berat lagi xmenulis sebab ada aku janji nak tulis dan share filem terbaru di FACEBOOK aku. Hurm...apa2 pun kuatkan semangat dan teruskan berkongsi apa yang kita rasa terbaik dan buat la satu benda yang kita suka asalkan xlari dari landasan yang sepatutnya itu pun sudah memadai.

Pada yang baru membaca blog ini, aku ucapkan selamat datang dan kepada yang dah biasa tu selamat datang juga sebab aku lama xmenulis..Hehehe... Bukan apa nak mai mood tu perghh susah ooo... Padahal filem yang aku tonton dan bakal aku kongsi satlagi adalah situasi sekitar bulan februari 2015 yang lalu. 2 bulan oo amik masa kan. Padahal dalam masa bulan 2 sampai sekarang aku dah tonton hampir 3 (termasuk yang akan direview) filem aku tengok. Mai tang bab nak review tu yang makan masa tu. Apa nak buat, kita bukannya penulis yang rajin, kalau aku bekerja bahagian yang perlu aku menulis artikel sehari satu artikel alamat dia memang kena buang kerja dah aku ni. Jadi jom kita sama2 hayati, dok tulih panjang2 sangat pun satgi ada yang meluat nayaa ja aku...Satu apa pun xmula lagi ni kan..ehhehe.










Yennai Arindhaal yang membawa maksud "If You Know Me" adalah filem yang aku tengok di panggung dalam tahun 2015 ini pada 7 Februari 2015. Seperti yang sedia maklum, aku memang nak bagitau yang aku memang minat hero ni. Aku rasa aku xpernah review lagi in detail pasai dia ni. Cukup la sekadar aku bagitau karisma dia sebagai seorang pelakon memang power la Ajith Kumar ni. Memang penuh dengan konfiden dalam setiap lakonan dia dan sebab itulah dia bagi aku cukup terseksa menunggu filem dia yang ni. Hampa bleh cek dalam blog aku tentang filem2 dia yang pernah aku review, contohnya seperti Aarambam . Bleh luang masa andai ada masa terluang untuk cek tengok filem dia yang terdahulu. Namun satu ja aku nak bagitau, bila aku dok follow filem2 dia ni, memang aku menunggu satu karya yang mesti secara zahirnya lagi best dari filem2 sebelum ini. Tapi akhirnya huhuhuh...Filem dia kali ini kurang "kick" berbanding filem2 sebelum ini. Jalan cerita dia macam aku dah selalu sangat tengok, aku la..Hampa aku xtaw la. Kalau sapa yang xpernah tengok atau memang kenai hero ni mesti kata best. Xdak la xbest sangat filem Ajith kali ini, cuma pada pandangan aku ja la kali ni punya movie rata-rata mengharapkan Ajith beri yang terbaik,tetapi xberapa terbaik. Mungkin jawapan aku ni bunyi macam bias. Tapi aku nak bagitaw jugak, filem xberapa nak best, tapi Ajith berlakon memang best, Tu ja hahahaha.


Tema filem ini ringan ja, berkenaan persahabatan dan juga balas dendam, itu secara ringkas garapan dari pengarah filem ini. Dalam masa yang sama, isu rakyat jugak dimasukkan dalam ini seperti isu yang boleh dikatakan selalu sangat kita dengar dan memang dah kerap didengar, iaitu isu penjualan organ manusia yang cukup meruncing dalam masyarakat India seperti yang dipaparkan dalam filem ini. Ingatkan dulu-dulu ja, rupanya sampai sekarang ada lagi masalah itu. Tapi xtaw la sejauh mana kebenarannya, sebab ia dipaparkan dalam bentuk filem, nak taw betui ka dak rajin-rajin la buat research naa..Aku nak tengok filem ja,hehehe.


Ajith Kumar yang memegang watak pegawai Polis, ISP SatyaDev diminta untuk menjalankan satu tugas undercover tentang satu kepala gangster yang cukup susah untuk diburu oleh Polis. Masa undercover, Satya ditempatkan di dalam penjara dan di dalam penjara tu dia kenai Victor, watak jahat yang menjadi sahabat karib beliau di dalam penjara. Bila depa sama-sama keluaq dari jel, Victor ni telah memperkenalkan kepada Abang besaq dia, iaitu kepala gangster supaya serap Satya masuk dalam geng depa. Ternyata Satya memang pandai berlakon bab ini sebab depa memang xleh kesan langsung dia ni memang Polis. Gaya cakap dia, eye contact dan body language dia digunakan sepenuhnya bagi mengaburi kepala gengster ini. Maka ternyata sangkaan mereka meleset, iaitu Satya seorang anak buah yang setia apabila dia menyerang mereka secara bersendirian dalam satu situasi di mana dalam masa itu kepala gengster itu ditembak oleh Satya, sekaligus memberikan mimpi buruk kepada Victor yang menganggap Satya la best friend dia, last2 nak jadi cerita dia ditikam belakang oleh satya,jika dari perspektik victor la kan. Tapi Satya menegaskan inilah tugas beliau sebagai seorang yang menjaga keamanan negara.

Filem menjadi semakin menarik apabila Victor yang dimasukkan semula ke jel apabila keluaq memburu Satya,dan memberikan tekanan yang hebat pada Satya sehingga Girlfriend Satya, yang dok esok nak jadi bini dia dah pun dibunuh dengan Kejam sebab geram nak mampuih dekat Satya ni. Sian Satya,dah la xdan jadi laki, Girlfriend tinggai lak anak kat dia  sebab gf Satya ni Janda anak satu. Tak ka haru, mak xdapat, dapat anak ja. hahaha.. Tapi unsur seorang bapak yang baik, setia dan paham tanggungjawab dipaparkan Satya dalam filem ini. Plot cerita mencapai klimaks bila mereka berdua bertembung dan akhirnya Victor mati dalam filem ni. Tu yang aku bagitaw tu, aku xdapat yang terbaik dari Ajith Kumar bagi filem dia kali ini. Sebab tu aku boleh bagi 3 bintang ja kat dia untuk Yennai Arindhaal kali ini. Sebab nak banding dengan sebelum-sebelum ini, isu yang dibawa pun menarik jugak cuma kali ini xkick sangat, Tapi Ajith tetap bagi full comitment dan full punya lakonan walaupun jalan cerita dalam filem ini kurang menyengat seperti filem2 dia sebelum ini.

Moral dalam filem ini cukup banyak, bagi yang memandang Victor, depa akan kata Satya ni jahat, tikam belakang. Bagi yang lihat dari sudut Satya, depa akan kata Satya cuma jalankan kewajipan beliau sebagai seorang yang menjaga keamanan negara. Itulah subjektifnya persahabatan dalam filem ini. NAk kata Victor jahat xbleh gak, sebab dia jadi macamtu sebab dendam dia dibelot kawan baik yang memang dia cukup sayang, nak kata Satya ni tikam belakang xboleh jugak sebab itu kewajipan dia dalam nak membanteras jenayah yang berlaku. Maka di sinilah terhentinya bukan tergantung cerita yang pengarah dia, Gautham Menon nak bagi kat kita dalam filem ni. Sapa yang lihat, nilai sendiri. Nak taw cerita dia, kena la tengok heheh.. Sebab aku dah tengok dah dan aku memang boleh bagi credit kat Hero sebab AJith memang master bab-bab berlakon jadi UNDERCOVER ni. Hampa boleh nilai sendiri kalau hampa tengok. Cuma badan berat sikit la bab2 bertumbok, biasa la perot besaq bang, tapi boleh la. Hahahah... Selamat menonton.


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best





Rujukan:

1.  http://en.wikipedia.org/wiki/Ajith_Kumar
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Yennai_Arindhaal
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Gautham_Menon




 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...