Instagram
Sitegiant E-Commerce
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Friday, 13 May 2016

Ip Man- Masterpiece Terbaik Dari Donnie Yen



Lamanya tak update Blog. Nak hampir setahun dah tak update  bila tengok post yang lepas2. Dunia semakin canggih, mudah dah saya tidak terlepas daripada menggunakan platform yang lebih mudah iaitu FACEBOOK. Bila terbaca satu post rakan2 FB tentang Blog, tiba2 teringat sebab beliau menyatakan Blog masih lagi relevan bila ianya dicari di carian Encik Google. Banyak sebenarnya movie Tamil yang saya tengok, tapi mai tang nak update tu mai dah urat baloq liat terus jadi  malas. Hari ni saya akan cuba jadi rajin lah, demi  perjuangan dalam mereview filem2 yang saya tengok. Ceewahh macam nak pi perang ja kan.


Saya di tanya oleh member2 yang ada membaca Blog ini, di mana ada tak tengok filem selain Tamil? Maka saya  jawab ada ja. Dari Hollywood, hingga ke Kollywood skop movie yang saya tengok. Tiba2 dia tanya Ip Man tengok? Maka saya kata pernah tengok Poster dia, sebab saya  kata movie Chinese xramai saya kenai Actor dia. Terus dia kata ehh xkan kot? Peminat movie tak tengok antara masterpiece dari orang Cina? kita pun jadi pelik kenapa persoalan tu timbul? selalunya kalau sampai 
macamtu ayatnya memang selalunya kategori rugi saya ni tak tengok. Maka releks ja member pesan "Hang kena tengok wei, ni la movie tentang seorang yang Hebat". Orang Rumah kita pun peminat filem2 Kung fu, pun belum tengok sebab dia kata Jacky Chan boleh la, yang ni sapa dia. Amboi dia pun xtengok lagi, maka saya pun ambil alternatif download (nak beli cd lambat), download ja la kan. Maka memang tidak syak, saya kategori rugi dan lambat, baru saya taw sapa dia pelakon yang bernama Donnie Ye ni. 


Baru saya tahu, actor yang diberi
tugas memegang watak seorang insan
yang cukup disegani masyarakat Cina
ini memang hebat





Bila diperhatikan semula, secara keseluruhan filem ini, Bukannya seni mempertahankan diri itu sahaja  dipertontonkan, tetapi ADAB dan BUDAYA masyarakat Cina diselitkan sekali dengan cukup baik sekali. Grandmaster Ip Man adalah seorang Mahaguru yang hebat, bukan secara fizikal, tetapi kehidupan beliau sebagai seorang manusia yang berPRINSIP menambat hati saya. Andai kata benar apa yang Donnie Yen persembahkan itulah Ip Man dalam realiti, maka tak syak lagi Grandmaster Ip
Man memang meninggalkan prinsip beliau itu dalam hati semua orang-orang yang mengenali beliau.
Di awal2 nak  start movie, Orkestra yang mendendangkan lagu tu saja sudah cukup memberi masej, apa filem yang bakal kita lihat sebentar lagi. Memang berseni lagu Orkestra itu, walaupun cuma Instrument saja didendangkan.


Adab

Faktor ADAB ni memang cukup banyak, dan ditekankan dalam  filem ini. Kita boleh dilihat di mana adab ketika makan, menjemput orang masuk rumah, mengutamakan makan lebih daripada bercakap2, bagaimana situasi apabila berhadapan dengan orang yang tidak beradab datang ke rumah semuanya
disajikan dengan begitu teliti sekali. Cara beliau berhadapan dengan orang juga adalah cukup berbeza. Datang cara elok, dilayan dengan elok, datang cara biadap, beliau masih layan elok, ditambah dengan sedikit pengajaran. Ini adalah merupakan karekter seorang yang begitu mempertahankan prinsip hidup: iaitu berbuat baik sesama manusia selagi mana mampu.

Grandmaster Ip Man adalah seorang yang mahir dalam Wing Chun, maka selingan setiap tindakan beliau akan diselitkan seni mempertahankan diri Wing Chun ini. Memang dalam filem ni orang jumpa dia nak bertumbok ja pun, tetapi bagaimana setiap perlawanan tu disajikan kepada kita, itulah nilai yg terbaik dalam filem ni. Dia jumpa orang yg betui2 nak belajaq, dia layan cara orang yg betui2 nak tuntut ilmu. Dia jumpa orang yang  biadap, dia layan sepatutnya seorang yang biadap patut dapat. Fuhh memang cukup masterpiece setiap gerak geri Donnie Yen dalam filem ni. 






Ramai yang komen di Youtube, "feather vs Sword, feather win hahah" Siap gelak dan perli kot ataih. Babak Grandmaster(GM) Ip Man guna bulu ayam tu memang cukup simbolik, bukan dia nak habaq kata bulu ayam tu kuat,dia tu kuat,bukan. It's not about logic or not tetapi inilah simbolik, nak ajaq orang yang biadap Bulu Ayam memang satu method yang cukup sinonim antara guru dan murid, kan? Sebab cikgu saya pun guna bulu ayam a.k.a rotan. Xtaw la yg komen tu xbesa kena rotan kot. hahaha.  Jadi yang komen ni biasalah. Nama pun komen. Tetapi saya memandang dari sudut simbolik penggunaan bulu ayam tu, tibai kat muka pulak tu, di punggung, sebab apa?



SEBAB BIADAP, tu ja makanan dia! heheh



BABAK BERLAWAN


Namun tak dapat dinafikan lagi babak the best memang waktu GM Ip Man lawan 10 orang karate waktu dia dibawa ke gelanggang untuk bertarung. Babak di mana, GM Ip Man begitu tertekan apabila beliau menyedari kekejaman pihak Jepun terhadap anak bangsa dia. Waktu dia offer diri untuk lawan 10 orang tu, kita boleh tengok GM Ip Man memandang 10 orang yg nak lawan dia tu dengan penuh emosional, sebab benda yg dia bakal buat selepas ini memang kompom bertentangan dengan Prinsip Hidup dia.

Pukulan demi pukulan dia sedekah kat depa, hinggakan ada yang dia pukui memang nak bagi mati, namun atas dasar fahaman yang dia pegang dia masih mampu berfikir. Memang ada niat dia untuk membunuh, tapi andai kata xmati sekalipun, dia akan pastikan depa hidup dalam penyesalan. Mana tak menyesal bang, tangan patah,kaki patah, kepala kena tumbuk banyak kali, kompom mereng. Kalau hidup pun,hidup yang tak da makna. Tu yang kata penangan seorang Mahaguru tu.




Di waktu dia di tanya General Miura siapa hang? Dia tak bagitau nama, malahan dia menisbahkan diri dia pada  " I'm Just A Chinese" (seperti di Subtitle English). Apa maksud dia Cuma seorang Cina? Inilah yang membawa maksud dia Declare War dengan Jepun. Tu Ja. Dia Cina bukan sebab
Jepun kacau hidup dia, tapi dia Cina sebab Jepun kacau maruah Negara dia. Tindakan orang yang level Tok Guru,  Kalau turun padang, dia xmain skala kecik orang yang dia nak gaduh tu, dia main skala besaq, Jepun adalah subjek utama dalam diri dia.


Banyak lagi babak2 lain, yang saya rasa filem keluaran tahun 2008 ni ramai dah tengok, cuma saya saja ja nak  SHARE. Amik mood menulih balik. hehehe


Sekian terima kasih


Montana






sumber/source:

1. https://upload.wikimedia.org
2. http://www.martialartsactionmovies.com
3. https://afewidlemusings.files.wordpress.com
4. Ip Man Film

Friday, 8 August 2014

Scarface- Al-Pacino


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua. Harap anda semua sihat. Macam biasa la jumaat geng2 laki pakat2 pi solat jumaat la kan. Itulah rutin kami sebagai orang lelaki di hari Jumaat yang mulia ini. Kuih raya hampa ada lagi dak? bawak mai skit aku nak rasa. Heheheh

Baru-baru ni aku ada kongsi filem-filem yang akan keluaq tidak lama lagi kan. Dalam masa yang sama entry yang lama ada sentuh satu filem yang aku tengok dalam TV, lakonan hero lama. Hero ni bukannya apa, dia ni kalau nak kata kacak, hero drama Melayu kacak bertingkat-tingkat lagi. Tapi itulah Hollywood, bukan rupa paras sangat, tapi nilai seni dan bakat yang ada pada si pelakon itu yang menjadi taruhan. Siapa dia ni? Al-Pacino la. Hehehe.. Tah aku rasa macam nak review la filem dia yang pernah aku tengok dan tengok dalam keadaan lebih pada sekali. Cerita yang bagi aku agak lama jugak la, bukan zaman-zaman aku punya cerita ni, tapi aku rasa satu filem yang cukup sesuai kepada siapa yang nak satu movie yang ada kualiti, dan filem ni banyak menjadi benchmark tentang personaliti seseorang itu, terutamanya geng-geng kulit hitam ataupun lebih dikenali dengan Negro di blah-blah sana. Ramai yang mengatakan movie ini cukup best, sehinggakan meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada golongan Negro ini. Kalau xbest, masakan menjadi benchmark untuk sesuatu orang atau golongan kan. Negro cukup minat la Al-Pacino, kesan lakonan mantap beliau dalam filem ini. Sehinggakan depa banyak guna quotes dari filem ini dalam kehidupan mereka, mahupun lakonan mereka. Translate mudah la tuan-tuan, banyak negro tiru ayat al-pacino, asasnya dari filem ini la. Senang faham skit. Ada aku pernah menonton satu rancangan, dulu rajin dok ada dalam tv, tapi sekarang ini xtaw la ada lagi ka dak, MTV Crib, satu show yang dok tunjuk rumah selebriti yang kaya raya di US. Rumah Negro yang depa pi tu pelakon gak, aku xingat sapa, mungkin terkenal jugak. Jadi MTV Crib ni dia akan highlight apa yang menarik dalam rumah depa ni, jadi negro ni tunjuk la ruang tamu dia kot, memang besaq la. Dalam masa yang sama ada satu lukisan, lukisan tu adalah satu babak al-pacino dalam movie ini. Bila ditanya apa yang menarik tentang gambaq ini sampaikan sanggup boh dalam frame, dekat dalam rumah lak. Mesti ada satu nilai kepada dia. Jadi dia pun bagitaw la, lukisan tu cukup masterpiece bagi dia, sebab babak ni ada kena mengena jugak dalam hidup dia, lebih kurang tu la diskripsi dia. Tapi pokok pangkalnya, dia kata al-pacino memang power dalam movie ini, dan babak yang dia abadikan dalam lukisan tu la babak yang cukup bernilai bagi dia. Perghh..Sakan.. Cerita apa ni? hampa nak taw? Cerita apa yang dia berlakon sampai hebat tara tuu, sehinggakan Chris Tucker dalam satu movie pun dia tiru gaya Al-Pacino sebijik macam dalam movie ni. Jadi inilah movie dia yang bagi aku memang power pun, sehinggakan banyak movie aku tengok, xkira apa jenis bangsa yang buat filem ada jugak iras-iras dari movie ini, xsemua, cuma sesetengah babak saja.






Ni la filem yang aku dok sembang di atas tadi, SCARFACE (1983). Tudia memang lama la bang, kira fesyen zaman ni, lagu-lagu zaman ni semua dalam kategori retro punya muzik, muzik dalam genre disco punya muzik. Hahaha.. Ala-ala SinarFm Muzik Retro la. Sebab dalam movie ni pakaian depa baju bukak dada la bang, seluaq kaki bawah besaq dan lagu-lagu dia banyak disko 1980 an punya style. Hampa nak taw pakaian dia lagu mana? search google Hail Amir, masa muda-muda hampa akan dapat gambaran. Pakai rantai, loket bentuk kuku rimau tu, ganaih ooo..Hahaha. Rambut kembang. Jadi itulah lakaran asas filem ni dari segi lagu dan persekitaran yang disajikan pada kita. Ya la kan, xkan 1983 nak dengaq lagu Bruno Mars lak, satgi hampa lak terkejut, mana mai lak dah, yang dok pikiaq lojik 24 jam punya geng tu kompom lagi dok heran sampai ke pagi pulak nanti. Jadi itulah lagu-lagu depa dalam filem ini.

Apa sebenarnya filem ini? Awal-awal gambaq ni depa dah tunjuk dah beberapa video imigran dari Cuba yang masuk secara berbondong-bondong ke dalam Negara Amerika, untuk bekerja dan mendapat kerakyatan di US. Dalam filem ini la aku baru nak kenal Presiden Cuba, iaitu Fidel Castro yang memang cukup sinonim dengan Kecerdikkan dia dalam politik dan pentadbiran negara beliau, sehinggakan ada yang berani kata, Cuba yang hanya pulau sebesar buah pelam, boleh dok ugut negara yang sebesar US tu. Aku xtaw pasaipa di awal 1960 an dah berlaku masalah imigran Cuba ke US ni, xtaw apa yang depa nak cari. Tapi besaq kemungkinan memang dah terkenal kan dengan ayat " American Dream" jadi mungkin depa berhijrah ke US. Jadi di awal-awal filem ni Al-Pacino, yang memegang watak pelarian ni sebagai Tony Montana, yang cukup berani dalam hidup dia. Dia datang dalam keadaan serba sederhana, tapi dengan rekod jenayah yang cukup hebat di negara dia. Dan memang pada ketika itu mentaliti US dah terdorong macamtu, tengok muka orang Cuba, jahat. Biasa lah mat salleh kan, depa sajalah baik. Depa lah "White Man Burden" dan macam-macam lagi kata2 depa.

Jadi filem ini mengisahkan seorang kartel Dadah terbesar, iaitu Tony Montana ni dengan bisnes dia yang hampir mencecah xsilap aku USD 3juta sebulan ka setahun tah, aku xingat. Uishh 3juta bang, tahun 70 an hampa bayang la lagu mana punya banyak xbanyak duit dia. Dalam filem inilah banyak informasi, moral yang disajikan kepada kita. Kasih sayang Tony pada adik perempuan dia, tapi dibenci oleh Mak dia sebab mak dia taw, dia ni duit berlambak kompom xbunuh orang, juai dadah. Tu ja mak dia kata hang reti. Informasi yang boleh dikongsi adalah apa pandangan masyarakat terhadap orang yang muka ala-ala mexico, columbia ni. Ada satu babak tu bila Tony nak deal pasai dadah, kawan yang nak deal tu dok wat lawak bodoh, Tony nak tumbuk dia, dan2 kawan yang tony nak tumbuk tu kata, "wei..jangan main2..Ni orang Columbia ni"..Lebih kurang tu la bunyinya. Dalam filem ni dia dibantu orang kanan dia, Manolo atau Manny (Steven Bauer) yang cukup setia dan sebagai penasihat dia.

Dalam filem ni jugak hampa boleh tengok di mana Boss Tony ni sendiri belot dan cuba untuk bunuh dia, sebab boss dia dengki dengan Tony sebab Tony ada deal satu business dengan cartel dadah Bolivia, yang cukup berpengaruh. Boss dia tuduh dia la sebab p deal xbincang dengan dia, silap haribulan deal nak bunuh boss. Jadi di dalam filem ni, cukup banyak kata-kata berharga yang banyak meninggalkan kesan kat penonton, ataupun "quotes from movies" di mana dia ada kata dia bukan seorang yang suka berbohong, dan dia benci orang yang menipu. Di akhir plot konflik dia dengan boss dia ni berakhir dengan Tony datang sendiri dekat boss dia dan bunuh boss dia, sebab Tony dapat taw ada konspirasi nak bunuh dia, dan dia hampir-hampir dibunuh dalam satu night club. Jadi ada beberapa scene dalam ni yang Tony sajikan kepada hampa dia mana dia trap boss dia, untuk mensahihkan betul ka boss dia ni betul2 orang yg nak bunuh dia. Ternyata lepas dia pasang jerangkan yang cukup mastermind dari segi psikologi bagi aku berjaya menjerat boss dia dan memang boss dia last skali mengaku dialah dalangnya. Maka tamatlah riwayat boss dia, iaitu Frank Lopez. Dia cuma guna telefon ja, dan berjaya mendapat jawapan. Jadi di babak selepas inilah muncul empayar Tony Montana dalam industri dadah secara besar-besaran hasil perjumpaan dia dengan kartel Bolivia tadi, di mana babak ni diselangi dengan lagu yang kerap kali sebut "Push it to the limits" sambil depa tayang Tony ni beli rumah besaq, ada bela harimau, kira duit dan simpan duit bergundi-gundi.

Dalam filem ni jugak aku baru taw, di mana kita kalau simpan duit di bank, kita akan diberi interest dihujung tahun kan,tapi berlainan kalau orang yang simpan duit banyak2 ni di mana yang aku faham depa akan dicaj atas duit depa yang disimpan tu. Dalam filem ni ada sebut tapi aku lupa sebab dia pasaipa tah, hampa try la tengok dan kaji sendiri sebab memang aku lupa sangat. Tapi yg aku taw Tony simpan duit, bank akan caj dia yang cukup tinggi sehingga 20% dari nilai dia simpan tu. Tu yang dalam satu babak dalam filem ni masa tony tengah dok mandi dalam tub sambil tgk tv, dia dok bara dekat bank, sebab dia kata bank ni dok buat bangunan besaq2 ni xlain dok kutip dari aku la tu. Hahaha..Tuan-tuan bayangkan, zaman 60-70an, dia sekali simpan dalam katakan 3juta, kalau 20% interest, xka 600ribu duit Tony bank sapu?hahah bengang la kawan. Pelik ooo bank ni depa caj orang kaya sampai lagu tu. Tu baru sorang kartel macam dia, kalau 10 orang tokey dadah di US ketika itu? xka 6juta dah bank dapat sebulan. Jadi nak kaya bukak la bank noo..Hahaha...

Dalam filem ni juga diselitkan berkenaan apa itu money laundry. Aku tengok baru aku taw, inilah cara geng2 kartel dadah ni nak bagi clean duit depa, dengan cara bukak syarikat atas nama adik dia, perniagaan yang halal di mata manusia dan dia akan roll akaun dia dalam tu. Jadi duit tu jadi legal balik la. Di akhir-akhir filem ni Tony menghadapi ketagihan kokain yang berlebihan, sampai dia sanggup tembak orang kanan dia sendiri, iaitu boyfren adik perempuan dia jugak. Ketagihan yang melampau sampai xkenai sapa orang dia yg patut tembak dan sapa yang tidak patut. Dalam filem ni la banyak quotes-quotes dia yang sempoi seperti " You need a bad guy like me, so you can point your finger and say that's the bad guy" Hahaha..power kot. Sapa yang jadi jahat dia taw la ayat ni memang bermakna la bagi depa kan. Jadi aku syorkan hampa tengok filem ni. Memang 5 bintang la aku bagi. " I always tell the truth, even when i lied" antara ayat padu dia gak. Dia sentiasa berkata benar, walaupun dia sedang berbohong. Sempoi aih..Kalau dia bohong pun dia akan bagitaw " wei, yang tadi tu aku tipuu jaa" lebih kurang tu la maksudnya. Sebab tu aku kata filem ni banyak tinggal kesan pada penonton. Xpercaya? tengok sendiri. Kompom hampa puaih hati dan hampa akan taw tang mana nilai seorang pelakon hebat ini iaitu Al-Pacino.










Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/Reference:

1.http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/5/5c/Scarface.jpg
2.https://d2nh4f9cbhlobh.cloudfront.net/_uploads/galleries/30517/scarface-1.jpg
3.http://i61.tinypic.com/wh1sw5.jpg
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Steven_Bauer

Monday, 4 August 2014

Stand Up Guys- Al Pacino


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. Selamat bekerja bagi mereka yang tengah berhempas pulas di medan pekerjaan.




Hari ini, aku nak share cerita yang hero dia aku rasa dah pangkat-pangkat tok wan kot. Tapi macam biasa la, sapa pernah baca kolum khas aku di atas " About Montana" aku ada highlight di situ hero Hollywood yang aku minat, dan hero yang aku minat tu berlakon dalam filem ni. Mula-mula masa aku tengok iklan, sebelum nak start movie, dalam HBO astro kan, baca sikit review dia, lepas tu awal-awal movie aku tengok muka orang tua ni dah ada, apa yang ada dalam kepala aku satu ja aku tune, iaitu cerita ni pasti menarik, kompom best punya. Sebab apa, sebab Al- Pacino ada dalam movie ni. Hahaha..sorry la geng, bukan bias, cuma pandangan peribadi la kan. Sebab memang aku dok tengok filem dia ni, walaupun tidak semua filem dia aku tengok. Ya la kan, Al-Pacino ni xsilap aku umoq2 ayah kita dah ni, 1947 lebih kurang tu la. Mana la aku sempat nak tengok movie2 dia kan. Jadi sementara dia dok hidup lagi ni, aku tengok filem dia jarang mengecewakan. Dikatakan Al-Pacino ni dia memang ada aura tersendiri, bukan sekadar kepada penonton aura dia tu aktif, malahan di kalangan para pelakon sendiri pun depa respect kat Al-Pacino ni. Aku xtaw napa, mungkin satu ja istilah boleh kita guna, iaitu dia ni kat Hollywood mesti Otai la bohhh..Hahaha... Macamana orang kata Otainya Eman Manan di kalangan pelakon-pelakon kita, maka Al-Pacino ni lebih kurang tu la kot. Blah utara ni orang kata " Orang Lama".

Banyak filem dia sebenarnya, tapi pasai baru-baru ni aku bukak tv, keluaq filem ni jadi aku layan pi la. Ternyata jangkaan aku xmeleset sama sekali, memang sempoi cerita ni. Jalan cerita dia xheavy, ringkas dan padat pengisian dia sampai ke akhir cerita. Cerita pun xda merapu, kelaut dan sebagainya, masih keep on track dan aku rasa kalau hampa tengok pun mudah hampa faham, sebab cerita dia mudah sangat. Tambahan pula dibantu oleh Christopher Walken, antara otai yang cukup tidak asing dalam dunia Hollywood sebagai watak kawan baik Valentine, nama watak Al-Pacino dalam filem ni. 3 orang sebenarnya yang menggerakkan cerita ni, tapi di akhir plot cerita tinggal Al-Pacino dengan Christopher Walken ja yang menghidupkan cerita ni.

Cerita dia dimulakan dengan babak Doc (Christopher Walken) pi ambik member dia baru keluaq Jail iaitu Valentine atau Val (Al-Pacino). Mula-mula masa aku tengok tu pun aku dok kata apa lah orang tua ni nak hidang dekat aku. Val ni baru keluaq jail, xsilap aku 28 tahun kot dia dok jail. Doc dan Vel ni adalah boleh diketegorikan sebagai gengster pencen la. Depa kerja sekali sejak dari muda, cuma Vel masuk jail, Doc masih bekerja dengan boss lama depa, Claphands (Mark Margolis). Mark Margolis ni pun orang lama gak ni, berlakon jadi machai ja filem2 lama, dalam filem ni dia jadi ketua gengster lak. Hahaha. Jadi filem ni sebenarnya nak bagitaw kat kita, Doc ni dapat satu misi, iaitu dia kena bunuh sorang yang telah menyebabkan kematian anak Claphands, iaitu boss depa. Tapi masalahnya, orang yang Doc nak kena bunuh tu, tak lain adalah Val.Hahaha..Tu yang sempoi tu. Jadi Doc diberi tempoh xsilap aku dalam 18jam ja kot, kena bunuh Val tu. Nama pun kawan baik kan, Doc ni xsampai hati la bang nak bunuh member sendiri. Tapi Val paham, sebab gengster kan. Dia kata aku pun akan buat perkara yang sama kalau aku dok tempat hang Doc. Tu yang kata ayat gengster tu. Bukan kawan persoalannya, tapi tugas. Pergh. Yang kata gengster pencen tu. Jadi, dalam masa sehari lebih kurang la, Doc kena bunuh gak Val. Cerita ni kira pasal dalam masa sehari sebelum Val nak mati la jalan ceritanya. Jadi dalam masa sehari ni la, macam-macam jadi, sampai cerita ni dikira action komedi gak la aku rasa. Sebab banyak babak-babak action, tapi lawak. Ya la, Val ni kan dah taw, esok macamana pun dia akan mati, jadi macam-macam la dia nak buat sebelum dia mati. Jadi dia ajak la Doc ni bawak dia pi party, menari, benda2 yang orang tua-tua teringin nak buat sebelum mati. 

Banyak benda depa buat, depa pecah masuk farmasi, sebab nak curi ubat kuat ngan ubat darah tinggi, depa curi kereta gengster, dan depa selamatkan maruah seorang gadis. Pergh..Babak depa tuntut bela untuk maruah gadis ni memang style, depa masuk dua orang ja p settle laki-laki yang cemarkan maruah popuan yang depa kenai malam tu ja, kenai pun sebab popuan tu ada orang letak dalam boot kereta depa.Hahaha. Memang sempoi la, sampai perempuan tu pun terharu awat la depa ni baik sangat nak tolong dia. Depa bagitaw la jahat-jahat depa pun, perbuatan laki-laki yang cemar maruah perempuan tu lagi jahat daripada depa dua. Jadi laki jahat tu perlu diajaq. Dalam masa ni juga depa p ambik kawan baik depa, Hirsch (Alan Arkin) antara kawan baik depa masa muda-muda dulu jugak. Hirsch ni depa p ambik kat rumah orang tua-tua. Kesian gak la dalam babak selepas tu Hirsch ni mati dalam kereta, mungkin aku rasa pasai lemah jantung kot, sebab masa depa p ambik kat rumah orang tua-tua tu, nohhai wayar penuh, siap bekalan pernafasan extra lagi. Jadi nak habaq kat hampa kawan depa ni xsihat mana pun, tapi dia terkejut kawan2 lama mai ambik dia, bawak dia jalan-jalan pusing pekan US malam tu. Dan malam tu gak dia mati. Depa tanam dia pun malam tu gak.

Babak akhir filem ni menunjukkan Doc xsampai hati gak nak tembak Val, mungkin sebab kawan lama kot. Banyak babak lawak wei. Ada sekali tu Val ngan Doc jalan kaki, sampai kat gereja dia boleh tanya Doc gereja buka ka dak hari ni.Hahahaha. Tapi Doc releks jaa..dia bagitaw gereja hari-hari bukak Val wei. Tu yg kata punya lama dok jail, xpernah nak masuk gereja dah, nak buat baik pun lama dah xbuat. Akhirnya Doc ngan Val bergabung gak, dan depa dua pi serang Claphands, dan cerita habih lagu tu ja. Aku rasa director dia Fisher Stevens nak tinggal persoalan kat kita. Terpulang hampa nak pikiaq lagu mana pun, cerita bagi aku xtergantung. Cuma director bagi freedom kat kita, samaada hampa nak kata depa dua ekoq tu mampuih ka, hidup ka, terpulang.Hahaha. Macam nak ada stand up guys 2 pun ada gak. Tapi Doc pun baik, dalam filem ni dia ada cucu, yang keja kedai makan. Sebelum nak p mana2 dia mesti akan makan kat kedai tempat cucu dia kerja,dan pesan makanan yang sama. Dalam hal ni cucu dia tu mula-mula xtaw yg tu tokwan dia, last sekali baru Doc call dia, tinggal duit satu kotak kasut untuk masa depan cucu dia tu. Pergh..kalaulah tokwan aku lagu tu. Hehehe.. Di sini ada moral dia jugak kan. Orang tua-tua ni dia memang suka berahsia, dia sanggup lagi jumpa cucu dia hari2,makan benda yang sama hari2 supaya kita bleh alert apa yang depa buat tu sebenarnya depa nak kita ingat kehadiran depa,ingat yang depa ni tetap sayang kat kita walaupun depa xbgtau sapa depa tu sebenarnya. Babak dia call cucu dia tu yang bagi aku agak sedih gak la, sebab cucu dia baru taw Doc tu tokwan dia, dan dia ada tanya bila boleh jumpa lagi, dan Doc bagitaw xtaw lagi. Ya la kan, sebab ending filem ni macam aku bgtau atas tadi, dia ngan Val p serang tempat Claphands, depa berdua, tempat depa pi tu orang ramai. Sebab tu aku bgtau director tinggal persoalan kat kita, mati ka hidup ka, terpulang kat orang yang tengok. Tu ja.hehhehe..







Ni la babak akhir filem Stand Up Guys ni. Pergh. Ni la babak yang bagi aku cukup masterpiece la, kalau hampa tengok, hampa akan dengaq kata-kata akhir dari Val kepada Doc, antara kata-kata yang selalu depa ungkapkan semasa depa muda-muda dulu, antaranya bila Val tanya " u got bubble gum?" terus Doc akan jawab " my bubble gum is finish" lebih kurang tu la. Kata-kata yang mungkin sebagai motivasi depa dua untuk depa terus buat kerja depa rasanya kot. Macam kita la kan, Kecemerlangan anda, Iltizam kami. Tu ayat yang tertulis di dinding tempat tusyen aku tu. Hahaha..saja la sementara dok ingat kan, dak saja nak related bagi hampa paham dengan ayat yang doc ngan Val ni dok sebut. Lepas depa sebut tu yang terus depa pegang pistol macam dalam pic tu. Babak depa nak keluarkan pistol tu yang, perghhh..Memang sempoi dan legend betui la.. Kawan aku sampai terkeluaq kata " ni baru otai bohhhh". hahaha...selamat menonton noo..Serius best.

p/s: memang best wei. 4 bintang wei.

Montana
Be The Best to win The Best

Rujukan/ Reference:

1.http://movies.omy.sg/wp-content/uploads/2013/03/20130307_movie-poster_StandUpGuys.jpg

Sunday, 20 July 2014

Empat Perspektif Pengarah Filem Yang Berbeza


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah dah 23 Ramadhan dah kalau tak silap aku la kan, lagu raya pun pakat kedengaran dah di merata alam. Nak habaq apa kat kita semua ni, raya kui nak dekat dah ni. Tu macamana hampa semua, baju raya pakat-pakat beli dah ka? uishh kalau tak beli lagi raya xsyannn laa...heheheh..Tidak mengapa, yang penting isteri dengan junior-junior bagi setel dulu, betui dak?abah ni last sekali xpa..Silap haribulan xdak pun xpa..Tu yang kata sacrifice tu. Hero senior la katakan. Ramai orang bagitaw kalau nak dengaq lagu raya hampa kena dengaq KedahFM . Di samping itu hampa boleh la dengaq DJ Kedah Fm punya loghat Utara. Lagi best. Tak percaya? cuba dengar.. Baru boleh taw. DJ punya pendekatan berbicara dengan pemanggil, sempoi. Rasa macam dekat ja dengan DJ sebab xsilap aku kadang-kadang aku pernah dengaq DJ bahasakan diri dia tu macam bahasa-bahasa kita dengan saudara-saudara kita, contohnya Mak Lang, Mak Teh dll. Lebih kurang macamtu la. Tu yang seronok tu. Pemanggil pun kadang-kadang stok season in the sun punya. Hahaha. Orang-orang lama kalau call hampa bukan xtaw, kalau boleh satu Kedah kawan dia, satu Kedah dia nak buat ucapan. Tapi tak pa la kan, DJ dia sempoi.

Kelmarin kan hari Ahad, cuti, xpi mana-mana jadi aku lepak rumah saja la. Sambil-sambil itu aku dok layan la TV. Macam biasa la kan, dah nak makan xleh jadi dok layan TV ja la. Bila kata tengok TV ni, macam-macam chanel la aku layan, dari rancangan Discovery Channel sampai la akhir sekali aku tengok filem saja la. Filem macam-macam yang aku tengok, sementara nak tunggu sampai petang nak buka puasa kan. Jadi apa yang aku nak kongsikan hari ini, adalah kepelbagaian filem yang ada di muka bumi buat masa kini. Bila diperhatikan balik, berlainan benua,berlainan budaya maka berlainan la cerita yang disajikan kepada kita. Hollywood cara depa, Kollywood (Tamil) cara depa, Hong Kong cara depa dan filem dan drama kita cara kita. Betui ka filem kita cara kita? hheheh...Dak aihh..Saja la aku tanya kan. Mesti la filem kita cara kita, mana ada kita tiru orang kan. Daripada dimensi filem yang diwakili oleh 4 budaya di atas ini, dapat kita lihat bagaimana pemikiran setiap pengarah filem itu diperjudikan bagi menghasilkan karya yang betul-betul masterpiece untuk tontonan semua orang dalam dunia ini. Xmustahil filem kita juga kan, sebab Tamil, Hong Kong  juga filem depa ada yang berjaya mendapat perhatian daripada badan professional dunia perfileman, buktinya di mana pelakon-pelakon depa berjaya menembusi pasaran Hollywood. Kira boleh berlakon Hollywood kira A laa kan. Balik kampung kira canang merata la mak pak pelakon ni anak boleh berlakon ngan Mat Salleh, rebah kambing 3 ekoq sekampung buat kenduri.

Bila kawan-kawan kita ajak tengok wayang ja, perkara pertama kita tanya mesti filem apa kan, lepas tu mesti yang kena ajak tengok wayang tu akan tanya "filem Mat Salleh ka, kalau Mat Salleh aku mau la pi". Selalu aku dok dengaq macamtu, even aku sendiri akan bertanya macamtu. Sebab apa, nilai yang ada kat filem yang bakal kita tengok nanti. Kita boleh tengok wayang mat salleh bangga xdak dah, kawan-kawan ajak tengok filem Melayu ngan Tamil, dan-dan "uishhh...mana layan"..Hahahah..Hampa pernah kena situasi macamni? aku selalu aih. Aku universal, semua filem aku layan. Tiada masalah bagi aku, sebab basic dia hiburan, menghiburkan dan nak kita terhibur. Jadi "why so seriuos???" (Ayat Joker) heheh.. Bertenang. Kita pi panggung wayang nak layan ja kan. Jadi jangan terbawa-bawa sampai tengah memandu pun dok maki berkandaq lagi kat director filem tu, bukannya KWSP hang bertambang pun dok maki orang..Tarak dapat apa-apa maaa..Aiyaa... Ok. Bagi aku la, pada sudut pandangan aku, Filem-filem Hollywood, Mat Salleh la senang cerita kan, cerita dia macamana pun dia tetap ada masej yang dia hendak sampaikan, masej dan juga kesan kepada orang yang tengok filem depa tu. Tak kisah la filem yang depa nak sampaikan tu ada unsur dakyah agama dia ka, berunsur sains fiksyen ka,Kekeluargaan ka, pokok pangkalnya dia ada hala tuju dan dia ada masej yang dia nak sampaikan kepada kita. Aku tak taw la kan, kalau siapa pernah baca review aku baru-baru ni pasai Fast 6 , filem ni kalau sapa peminat fanatik dan tegar dia kompom boleh cerita A-Z kan.


 Ya la aku tengok fast 6 saja, yang sebelum-sebelum ini tak da la tengok sangat, tengok tapi ingat-ingat lupa. Jadi berdasarkan kepada fast 6 ni, walaupun zahirnya dia nak ketengahkan kereta buatan negara depa, macam SRT, Mustang, tapi dalam masa yang sama dia sulam kat kita unsur-unsur moral yang cukup tinggi iaitu kekeluargaan, itu yang membuatkan adunan dalam filem membuatkan kita rasa lagi seronok, di samping  hati dok layan kereta-kereta yang kadang-kadang memang tak terbeli dah kita, tapi hakikatnya dia ada hala tuju dia nak persembahkan kepada penonton. Memang cerdik depa ni, geng-geng Mat Salleh ni dalam bab-bab filem ni. Ada dak unsur-unsur pembohong dari segi aksi dalam filem Mat Salleh, ada kan. Tapi sapa berani dok kata lebih-lebih? silap haribulan kawan yang tengok wayang sekali ngan kita tu dok kata kita yang xreti, dia boleh sokong filem Mat Salleh lebih dari Mat salleh lagi kalau kita dok kata tu xlogik la, ni xlogik la. Hahaha..Itu yang kata penangan Hollywood tu, dia punya filem meninggalkan kesan kepada kita, kebanyakkan la.Xsemua kan. Masih ada filem yang sampah, tapi aku cuba berlaku positif sebaik mungkin dalam hal ini. Mereka wujudkan filem yang berkualiti, dan mempunyai kelas tersendiri. Bergantung kepada pengarah, andai kata filem tu ada dakyah agama depa, ianya tetap ada masej berkenaan agama depa. Ya la kan, dah dia yang buat filem, dia mesti nak angkat kepercayaan dan budaya dia. Itu hakikat,fakta yang kita kena jelas dari sekarang. Industri dia kawal selia sepenuhnya, mesti dia akan buat benda yang bertentangan dengan kita. Kalau bukan pasai keagamaan sekalipun, dia buat filem race kereta, yang menang kereta dia jugak. Xkan dia nak bagi proton Preve race dengan Mustang Preve menang bang..Terang-terang dia xbuat punya. Even kalau sapa tengok Tokyo Drift, walaupun dia guna enjin Nissan RB-25, last2 enjin tu benam dalam Ford Mustang gak. Hahaha. Dia kot mana pun nak menang kat dia. Nak watcamana, dah filem dia. Ikut suka dia la kan. Dia nak melingkup lagu mana pun. Ni contoh paling senang la nak bagi clear benda-benda yang tidak sepatutnya kita argue selepas angkat punggung dari seat panggungwayang, sambil jalan nak keluar dari panggung. Dok sembang benda xpuaih di hati, bayaq dah bayaq dah kan. Terima ja la kalau dia pembohong pun. Sapa suruh pi tengok hahahah...Lawak ja nooo..





Ok. Bab filem Mat Salleh selesai kot, kalau ada aku teringat aku cuba boh tengok. Dari segi filem Hong Kong pula. Hurmm...Hong Kong ni pun bagi aku banyak jugak filem depa yang best-best kan. Ya la, kalau xbest, masakan kita akan mengenali Jacky Chan. Bagi aku cerita dari China ataupun dari Hong Kong ni boleh dikatakan lebih kepada kebudayaan, culture depa. Banyak la filem yang aku tengok, last-last akan berakhir dengan hero pakai baju kebangsaan, heroin pun lebih kurang tu la kot. Lebih kurang la, masih dalam konteks bukan semua filem Hong Kong. Contoh kata kalau macam filem Kungfu, Lelaki baju sutera, rambut botak tapi bertocang. Lebih kurang macamtu la gamaknya. Maka di sini pengarah filem dia mahu menyampaikan bahawa depa memang memandang tinggi aspek kebudayaan bangsa depa. Buat filem Kongfu, lawan dengan orang Jepun, depa tu jugak mesti mau pakai baju orang Cina, payah la depa dok gelut nak pakai kain pelikat lawan, sebab tu bukan culture yang depa agung-agungkan. Kalau filem tu berkenaan Triads or Ellegal gang, ataupun bahasa mudahnya Kongsi Gelap, maka Pengarah yang dok ada akan memberikan yang terbaik kepada kita. Asalkan budaya dia diketengahkan, maka filem tu dengan sendirinya akan menjadi best. Bagi aku la, kalau bukan kita, sapa lagi kan nak angkat budaya kita. Maka semangat Chauvinist, fanatik kepada apa yang depa faham itu akan diketengahkan sebaik yang mungkin. Ini yang selalu director filem Hong Kong, menggunakan bahasa cina loghat Kantonis dalam filem-filem depa. Kita disajikan bagaimana sistem organisasi sesuatu kongsi gelap, dari kacamata sebenar pengasas kongsi gelap ni iaitu bangsa Cina. Memang kalau kita sendiri tengok kita akan nampak gambaran sebenar sesuatu kongsi gelap itu. Macamana seseoarang taiko tu bermula dari bawah, kawan baik mati, pegang kawasan, ada persaingan, sampai la organisasi fully governance by him. Tu yang kita nak tengok tu tuan-tuan, keaslian karya dari seoarang pengarah. Originality idea, xmau cedok2 ni xsyok.





Ini adalah salah satu contoh filem yang cukup aku minat. Heheh. Cerita Cina ni, dengan Stephen Chow ja la setakat ni yang aku boleh layan, kalau yang lain tu makan masa sikit la kan. Tara nak faham, nak kenai watak tu. Macam filem di atas ini, Young And Dangerous ini adalah salah satu karya pengarah bernama Andrew Lau yang bagi aku inilah masterpiece terbaik filem Hong Kong bagi aku, dari segi aksi dan kronologi cerita. Bab lawak xleh lawan Stephen Chow la bang. Sebab apa seronok? rata-rata orang dalam Malaysia ni mesti tengok filem ni, number satu ni kalau xsilap aku tahun 1996, di mana teraju utama dia rasa-rasanya kakak-kakak blogger kenai kot hero ni, mesti kenai punya lah pasai dia agak kacak la bagi aku, iaitu Ekin Cheng . Memang kenala casting hero ni dengan cerita ni, ya la kan, kalau tak kena, xkan la filem ni melarat sampai ke Young And Dangerous: Born To Be The King (dipercayai dari sumber-sumber sekunder filem ni number 6). Itu xcampoq lagi dengan prequel yang lain, maksud aku ada filem yang depa buat asing lak, tapi ada related dengan filem young and dangerous ni, contohnya macam Lagendary Of Tai Fei, adalah satu movie yang nak cerita pasal Latar Belakang Tai Fei ni. Tai Fei ni dalam young and dangerous 2-5 dia ada, hampa boleh tengok. Jadi filem asing ni depa buat untuk cerita khas, siapa Tai Fei ni sebenarnya. Begitu jugak watak Jordan Chan iaitu Chicken dalam Young And Dangerous ini, satu filem asing nama dia Those were The Days, cerita pasai Chicken ni saja, sebelum dan selepas dia masuk kongsi gelap. Bagi aku betapa detailnya director dia nak cari makan, buat satu filem asing, tapi last sekali ada related dengan francais utama dia iaitu Young and Dangerous ni. Ya, memang tak dapat dinafikan, mesti ada yang katakan, mana budaya orang Cina? kata samseng Cina awat xpakai pakaian yang melambangkan itu depa kan? maksudnya pakaian tradisi la. Bagi aku, mungkin director ada alasan tersendiri dalam hal ini. Mungkin pakaian tradisi depa xmenepati standard ISO untuk filem depa kan. 

Walaupun filem ni tahun 1996, perasan dak fesyen yang Ekin Cheng pakai ni terbawa-bawa pengaruhnya sampai ke Tanah Melayu kita ni? Hampa perasan dak Rosyam Nor, Jamal Abdillah kerap pakai Seluaq kulit warna hitam. Rosyam Nor pulak dok xdok kadang-kadang berlakon filem Cinta, tapi pakai kot,perasan dak?ada filem dia dengan sapa tah,Nasha Aziz kot. Aku tengok lama dah, pendek kata style Rosyam Nor tu kira ada la orang dok kata " dok pakai style Gengster Hong Kong lak dahhhhh".. Lebih Kurang tu lah suara-suara bak kata pepatah, baling batu sembunyi tangan, kentot kat tangan sendiri suruh orang cium. Lebih kurang itu lah. Maknanya dalam filem ni Ekin Cheng tampil dengan gaya serta imej samseng Hong Kong, dan benda ni dia bawak sampai ke akhir filem Y&D ni. Sapa yang pernah tengok movie ni, boleh nilai sendiri, di mana budaya samseng depa itu disajikan kepada kita, bagi aku xsampai tahap brutal lagi, cuma ganas tahap 2 macam itu ja la. Director dalam filem ini cuma nak ketengahkan Cara hidup gengster, macamana permulaan dia, macamana klimaks hidup dia, dan kesimpulannya apakah ending seorang rascal ataupun gengster macam depa ini. Adakah ending depa ni seperti ending orang yang baik-baik atau sebaliknya. Maka Andrew Lau ada ramuan dia sendiri dalam nak memastikan filem ni mendapat sambutan yang menggalakkan. Siri 1-6 penuh dengan konfliks dalam organisasi kongsi gelap, di mana berlaku tikam belakang, cubaan membunuh sesama adik beradik dalam persatuan, pecah amanah disebabkan terdesak dengan konflik dalaman diri sendiri, dan tidak ketinggalan, aksi pergaduhan yang seakan-akan real. Haa sapa yang kaki logik semata-mata ni boleh la tengok filem ni. Dia gaduh nampak real, xtaw la kan mungkin pelakon dia ready take risk kalau mati. Kalau aku xberlakon dah xpa.Hahaha...Sebab berlakon nak cari duit, bukan mau cari mati maa..Waa xmau oooo..

Jadi bagaimana pula dengan Filem Melayu tuan-tuan? hahahaha...Aku xpandai sangat la sebab aku tak berapa tengok sangat filem Melayu ini. Aku tengok kalau dah sampai panggung tu dah tak ada dah filem yang lain, maka itu adalah pilihan yang ada maka aku tengok. Sebenarnya, bagi aku ramai pengarah-pengarah kita yang berbakat sebenarnya. Tapi ke mana depa ni sebenarnya ya? filem xsemestinya letak perempuan bang, xletak pun xpa, janji jalan cerita ada hala tuju, maka jangan risau, kami akan pi panggung tengok aih filem hampa. Jangan risau. Aku nak komen panjang-panjang xpandai, cuma dalam banyak-banyak filem setakat ini aku tengok, ada satu filem bagi aku memang best. Berkisarkan cerita gangster jugak, masih tercari-cari hala tuju dari segi culture ataupun identiti mereka dalam dunia gengster, tapi filem ini bagi aku ada matlamat, tak tergantung seperti filem-filem stereotaip lain, di mana selalu tergantung kan movie kita ni, tambah2 macam filem 7 Perhentian.Hahaha.. Tah apa-apa filem. Tahniah Prof. Memang best filem tu. 17 Bintang. Jadi filem yang aku maksudkan ni, adalah arahan Syed Hussein bin Syed Mustafa ataupun dikenali dengan Sein Ruffedge. Pergh bagi aku filem Langgar arahan dia ni memang tepat kehadiran dia di waktu ini. Sebab apa, sebab filem ni ada lawan, ada babak organisasi yang agak teratur, ada konspirasi, ini lah elemen yang terpenting dan perlu diberi penekanan, bila ada konspirasi, baru jalan cerita tu xstatik ke arah gaduh dan bertumbok ja. Konspirasi dalam filem ni berkenaan satu pihak yang cuba melaga-lagakan 3 watak utama lain dalam filem ni. Baru syok maa... Dan yang paling best, pelakon-pelakon yang aku minat boleh dikatakan semua ada la.




Tu..Hampa Tengok tu. Nam Ron tu. Aku cukup minat la brother ni. Dalam filem ni memang kepala samseng betui la. Dengan gaya dia yang bersahaja, dan bagi aku dalam filem ni, aku rasa la, depa ada identiti masing-masing. Sebab tu aku rasa filem ni satu nafas baru dalam industri kita, kena saport Sein ni punya filem lepas ni. Sebab aku xtaw la kan, adakah dia terlibat sepenuhnya, maksud aku sampai ke identiti seseorang pelakon tu. Ya la mungkin contohnya la, Nam Ron maybe tampil dengan Idea dia sendiri dalam filem ni, atau mungkin memang idea asal pengarah. TApi kalau 100% pengarah, memang aku puas hati dengan karya Sein Ruffedge ni. Bagi aku memang ada kelas tersendiri cerita ni. Bab Fighting dia pun sempoi, kira tengok boleh ternganga jugak la mulut dalam panggung wayang. Ni pun lawan cara logik gak ni. Kepada pencari logik dalam filem, aku syorkan filem ni boleh jugak. HEHEHE..lawak ja naa jangan marah. Nam Ron ada identiti sendiri sebagai pemilik kelab malam, Khir Rahman lebih kurang macam Mat Kutu pakai cara Mat Kutu, dan mastermind dalam filem ni Hans Isaac, pakai cara Businessman punya orang, tapi nama Jimmy. Hahaha..nama sweet potato. Bagi aku dalam filem ni depa 3 ni memang tunjang betui la yang memastikan filem ni jadi lagi cantik, di samping Zul Huzaimy membantu dan watak utama, Hero dia Adi Putera. Sebenarnya, walaupun aku highlight depa 3 orang tadi, tapi hakikatnya Adi Putera la paling power sebenarnya. Pertama kali aku tengok dia berlakon filem yang perlu jugak dia pegang watak hero yang kena fikir sikit guna kepala otak. Dia la mastermind sebenar dalam memastikan konspirasi dalam filem ni jalan lagi cun. Dia la yg membuatkan 3 orang kepala gengster dia atas berbalah, sebab xsilap aku Adi Putera dalam filem ni dia Cikgu. Heheheh..bukan apa, yang lawak tu member baik dia Bell Ngasri. Hahahah.. Bell memang lawak dalam filem ni. Nak taw cerita dia macamana? hampa tengok sendiri lah. Memang best. Bagi aku filem ni lagi best dari KL Gengster. Tapi xtaw macamana filem tu meletup sangat-sangat. Hurmm... Xpa la..Lain orang lain perspektifnya kan.

LAst sekali filem Tamil. Hhahaha. Xyah bagitaw kot. Terhasilnya Montana Blog ni, tunjang dia filem Tamil la. Hampa boleh tengok review aku sebelum2 ni. Baca la kalau rajin, kalau malas sorry. Saya xboleh tolong no tuan-tuan. Cuma filem Tamil ni, mai la pengarah mana pun, depa tetap berpegang prinsip atau codes yang lebih kurang sama macam Mat Salleh dan Hong KOng, iaitu kebudayaan, ataupun culture. Hurm..xtaw nak cakapla, culture lagi. Ya la, kita represent who we are, then people will knows us well. Jadi, cerita Rajinikanth bukan xda lepaih sampai ke US, dan Jepun malahan mungkin ada lagi filem dia yang masuk pasaran luar. Gengster pi lah macamana pun, Ahli politik la macamana pun, depa tetap dengan Dhoti (kain sarung) yang depa suka pakai tu. PErasan dak? samseng lagu mana pun, body builder macamanapun, dan dia silang kaki angkat dhoti tu, mampuih penjahat. Melekat tiang elektrik la jawabnya.Hahaha. Budaya bang, sebab apa penting sangat budaya ni? dengan budaya la orang taw cerita kita. Orang taw adat resam kita, orang taw segala-segala yang baik dari orang kita. Kalau kita sendiri represent budaya orang lain, kita nak harapkan orang lain ka untuk represent budaya kita? jauh sekali bang. Tamil samseng macamanapun, masih dalam konteks cakap tamil lagi. Orang Cina kalau samseng, kompom2 dah cakap kantonis/mandarin/hokkien punya kan. Tapi kita bila jadi samseng?? kenapa nak kena guna lu gua, gua lu, gua tiaw lu la..Aik...hurmm.. Ini sebahagian research kecil-kecilan aku yang tetiba keluaq dari kepala hotak aku ni ja. Pada pandangan aku ja la kan..



Bila kata kesimpulan, kalau belajaq rumusan form 5 aku teringat cikgu aku selalu pesan. " Mesti kena ada cadangan dan juga harapan" ( Ahmad, 2002).  Jadi apa yang aku nak bagi cadangan hanyalah kata-kata yang tidak seberapa dari seorang penonton macam aku ni. Aku cuma nampak sebenarnya filem kita memang ada potensi, memang pengarah baru-baru, muda ni come with fresh idea. Orang muda kan. Depa banyak idea, depa passionate, ghairah dengan hasil kerja yang basicnya adalah kualiti, maka bagi peluang kepada depa, jangan sia-siakan bakat pengarah muda ni. Yang lama bukan letak tepi, sama-samalah bantu, jangan tekan dia masuk ke dalam,didik dia. Biasalah manusia, dia perlu diasuh, dididik bukan diherdik naa tuan-tuan. Kita masih xda hala tuju, ke mana filem kita?apa jenis filem kita, apa identiti kita. Maka dalam hal ni berapa ramai otai2 seni dok ada. Aku cadangkan rujuk daripada geng-geng lama dalam industri filem kita ni. Depa memang cari makan kot tu, jadi depa mesti ada idea punya. Depa la Peti Pandora kita, cari jalan macamana nak dapat segala-gala permasalahan di atas ni. Kita ada Wan Hanafi Su, Kita ada Eman Manan, kita ada Hilal Azman, Sulaiman Yassin (Mat Over), depa ni semua geng-geng lama ni. Kompom depa boleh bagi jalan kat kita. Tambah Mat Over, baru-baru ni aku tengok dia berlakon, dia pegang watak anak Jati Terengganu jadi sungguh tuan-tuan. Sebab apa? sebab dia berjaya buka peti Pandora lakonan dalam karya seni dia. memang best. Aku lupa la drama tu, dia berlakon dengan Wan Hanafi Su jugak, dua-dua orang bawak watak anak jati Terengganu, membawa kisah hidup orang terengganu yang turun ke laut mencari rezeki. Identiti yang Mat Over bawak tu, itu yang best tu. Pakaian dia, dengan kerja kupaih buah nyokk dia, dengan kera dia letak kat moto dia. Haa..tu semua culture tu. tak gitu???hahahaha... Bawak culture kita, mesti boleh fight punyalah skit hari. Mesti boleh.

Aaa...panjang sangat..Letih lak dah.. Selamat berpuasa, dan selamat berbuka puasa nanti naaaa (lagi 7 jam oiiii) ;-)  Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best


Rujukan/Rerefences:

1. http://imageserver.moviepilot.com/fast-furious-6-poster-paul-walker-new-fast-furious-7-poster-       brings-the-awesome-previous-6-posters-bring-the-sad.jpeg?width=1000&height=1584
2. http://wpcontent.answcdn.com/wikipedia/en/thumb/f/fa/Young_and_Dangerous.jpg/220px-                 Young_and_Dangerous.jpg
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Ekin_Cheng
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Andrew_Lau
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sein_Ruffedge
6.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ8CTo8spzqP5z0LDuszxbp16aG6RtBsYzvrlSpkjh04KWWJk86UI7Q7zjFG05KdD7C0VA-5EA6jwG9eAZVRNx3uJK82C6qVwa8WlmkxJHsL2NJK2qpt32oS-F6Au107d360lZVcNUyYA/s640/20130321-183908.jpg
7. http://www.outlookindia.com/images/showtime_sivaji_20070702.jpg



Monday, 7 July 2014

Mind Your Language- Mari Belajar Bahasa Inggeris


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat menyambut Ramadhan, hari yang kesembilan aku rasa2. Semoga anda semua semakin bersamangat, dan konsisten dalam berbuat kebaikkan di bulan Ramadhan ini. Hari ni xsilap aku, kalau tengok kalender depa tulih HAri Warisan Dunia UNESCO, betui kan?kan kalender hampa tulih apa sebab kalender aku tulih lagu tu la..Tapi hari ni kami semua kena kerja, sebab Bos suruh..Jadi kena kerja la.hahaha.. Nak habaq apa lagi, boss suruh hampa nak kata apa dah. Berani question lebih2.. Maka bekerjalah aku hari ni, dalam masa yang sama ada kesempatan ni aku tulih pi lah blog ni kan.Padahai bukannya ada idea apa pun..Habok pun tarak.Nak jadi Pahlawan Papan Kekunci pun aku memang xpandai pun nak jadi Pahlawan apa..huhuhu..Maka ikut la perjalanan dan arus sinar Beta dalam kepala aku ini... Tapi sebenarnya dalam masa yang sama tu, aku dok layan Youtube..Saja la nak habaq kat hampa.

Dulu masa aku kecil-kecil dahulu, rancangan di TV2 selalu berjaya menjadi satu siaran yang mendapat rating tinggi daripada semua orang sebab bagi aku kreatif mereka dalam menawarkan rancangan-rancangan yang menarik untuk mendapat tempat di hati Masyarakat Malaysia satu ketika dulu. Ini disebabkan daripada konteks penyiaran, mereka berjaya menyiarkan banyak rancangan, yang membolehkan hampa melekat di TV, setiap masa. Kalau xsetiap hari, setiap minggu. Banyak siaran TV, yang berbentuk bersiri selalu ada dekat TV2, kalau xsilap aku la TV2 la kan..Aku xberapa nak ingat sebenarnya, tapi yang aku tahu rancangan2 bersiri ni rajin TV2 yang siarkan, kalau silap dan andaikata tersilap betulkan saya ya. Jadi di sini aku nak share satu siaran TV,yang aku rasa di TV2 disiarkan secara bersiri. Rata-rata yang aku kutip data secara lisan mengatakan depa memang tengok siri ni..Ramai yang tengok terdiri daripada mereka yang dilahirkan 1070an-1980an punya time, daripada sini punya kiraan lebih kurang kebanyakkan terdiri dari Gen X la kot nooo. Bagi aku rancangan ini telah membuatkan beberapa rentetan dan evolusi dalam konteks Bahasa. Sitkom ni adalah berdasarkan Bahasa Inggeris, yang dituturkan oleh pelbagai bangsa dan negara, seluruh Dunia.




Nama Drama Sitkom: Mind Your Language
Episod Pertama: 30 Disember 1977
Episod Terakhir: 1986
Idea Asal Program: Vince Powell
Bahasa Yang Digunakan Dalam Sitkom: Bahasa Inggeris



Mind Your Language Actor


Siri sitkom ni dulu-dulu memang dok ada dah dalam TV. Tapi xsilap aku depa boh sat ja kan. Lepas tu aku tengok pakat xdak dah. Semua ni bermula semula sebab malam tu aku tengok tv ngan member aku, kami dok tengok la satu rancangan Nabil Raja Lawak berlakon, tajuk dia "Cakap Melayu Lah" rasanya kot. Uihhh..sempoi Nabil jadi cikgu.Memang ada karisma seorang cikgu dia ni. Dengan gaya lawak spontan dia dan sebagainya. Jadi dari sini la aku rasa macam konsep yang rancangan NAbil dok berlakon ni seakan-akan mirip macam rancangan yang di atas ni. Jadi aku search dalam Youtube dan tengok balik dari season 1 dan season 2. Ternyata rancangan ni memang xmengecewakan. Memang menghiburkan, di samping kita memahami Bahasa Inggeris dari kaca mata penduduk seluruh dunia. Berdasarkan tahun diterbitkan iaitu 1977, maka dapat disimpulkan di sini rancangan ini berjaya menjadi evolusi dalam industri hiburan berasaskan pendidikan. Xsilap aku dalam tahun 2000 macamtu wujud rasanya di tv2 gak rancangan bertajuk "KELAS MALAM" lakonan Ilyia Buang Husin (Senario atau kumpulan Jin dalam Sinaran Passport) dan juga Abon. Konsep dia macamni juga di mana Ilyia pegang watak apa taktau,tapi warganegara Bangladesh yang belajaq bahasa Melayu. Jadi ini yang aku maksudkan ini, rancangan Mind Your Language ni berjaya menjadi rentetan siri bahasa seluruh Dunia. Mungkin negara lain ada macam Korea ka apa ka, tapi yang aku taw dalam Malaysia ja la sebab aku dok Malaysia.

Aku masih xtengok habis semua siri sitkom ni, tapi aku recall balik dan cuba refresh balik, sebab dah ada dah dalam TV2 aku tengok kan. Jadi masa search dalam Youtube semalam aku nak tengok balik dari awal, sebab aku xpernah tengok dari mula sitkom ni. Macamana Mr Jeremy Brown, lakonan Barry Evans sebagai Cikgu kelas depa ni dapat kerja kat sekolah Mind Your Language ni.heheheh. Pergh, sapa yang duduk tempat Mr Brown ni, kompom pening pala baq hang. Jenuh nak mengajaq Bahasa ni. Kalau sesama bangsa mungkin, tapi ni pesyen negara seluruh dunia ni. Bukan senang Bangggg. Aku ada pengalaman dengan Foreigner ni, depa memang berusaha sungguh-sungguh dalam nak belajaq bahasa negara orang lain ni. Macam di Universiti tempatan sendiri pun, kita akan bekalkan kelas tambahan untuk Bahasa Inggeris saja selama 6 bulan macamtu, untuk memudahkan komunikasi pelajar2 luar ni dengan negara kita. Fuhhh...memang mencabar nak cakap dengan depa ni, kadang2 memang kita akan jadi macam Mr Brown dalam sitkom ni. Memang kena banyak bersabaq..Tidak memang lebam bijik mata punya..Hahahah.

Antara elemen lain yang aku tengok dalam sitkom ni adalah seperti Work Culture atau budaya di tempat kerja. Ya, di antara Mr Brown, Pengetua dia Miss Courtney ( tua tapi masih CIK) ;-) , Sid si tukang sapu sampah dan sorang lagi tea Lady nama aku xingat. Aku nampak satu ja, dia memang nak promote yang British ni memang gentleman dalam segala sudut dan bidang la. Cara Mr Brown tu, cara Pengetua tu cakap, cara tukang cuci tu melawak dengan Mr Brown pun semua dalam konteks British. Tapi kalau berdasarkan sitkom ni la, xdapat dinafikan memang Mr Brown ni seorang yang gentleman dan sabaq sungguh dengan student dia. Selain tu ada diselitkan sedikit budaya ambil berat antara satu sama lain, caring dan kadang2 tu aku nampak lebih kurang macam Busy Body pun ada. Xdapat dinafikan lah depa punya work culture lebih kurang macam kita gak la, dapat satu berita tu,xdan nak taw sahih ka dak,sebar xkira dah..Hahaha..kita macam tu ka??dak kot noo..kita baguih lagi dari Mat Salleh. Ada satu siri tu di mana Mr Brown ni keluar dari bilik kelas dia nak selamatkan anak murid dia dari Perancis tu, xdan apa2 Mak Long Tea Lady dan Sid si tukang sapu dah gossip dah..Hahahah..cepat sungguh. Tapi dalam konteks humor la depa buat ni, supaya kita yg tengok ni xdak la nak emosi xtentu pasai..Hahaha.Nama pun hiburan kan..so why so serius??? (ayat Joker ) heheheh

Ada episod keberapa tah aku xingat, Pengetua Miss Courtney dapa berita daripada Istana kata Queen nak mai Sekolah depa..Hahah..dia punya seronok sampai Pengsan. So masa ni lah student2 Mr Brown pakai pakaian macam2, yg mewakili negara masing2.. Memang best bagi aku episod ni. Sebab benda ni aku rasa di dunia realiti pun ada, di mana bila event2 macamni la Pengarah kita pun nak jadi cacing kepanasan, maklum la.. Hampa xkalut ka kalau Agong tiba2 nak buat lawatan tempat kerja hampa, huhhh..Sebulan nak mai pun kita kompom pening dah aih..

Dalam siri ni berbagai negara ada, paling best bagi aku Giovani Capello,watak pelajar dari Italy sebab dia ni selalu dok buat pandai..Padahai kerja Tukang masak ja pun..hahahah. Lain2 watak aku rasa memang sempoi jugak, Macam Taro dari Jepun, Ali dari Pakistan selalu berbalah dengan Ranjith dari Punjab dari segi racist jugak la..Hahah...Mungkin xsesuai di negara kita tapi dalam siri ni ada. Dan terakhir pelajar dari Spain, nama apa xtaw ,haaa Juan. Dia punya tagline "Por Far vor"..tu ja dia pandai..Dari awai sampai kesudah yg tu ja dia pandai. Ada watak Anna, dari German.Aku tengok dalam sitkom ni baru aku taw yang orang German depa xberapa nak boleh sebut huruf V dengan W. Kadang2 ada perkataan tu kena sebut V dia sebut W..hahaha.. Kan kita pun ada kan?setengah orang tu dia xberapa nak bleh sebut dengan perfect perkataan yang ada huruf R. Kereta dia rela sebut ketee, sebab dia taw kalau dia bersungguh gak sebut ada R jadi buruk..Tu dia drop terus huruf R.  Dan kalau nak sebut gak macam Rumah, dia akan jadi GHumah..Tu kalau dia pulun nak sebut la so benda ni disulamkan dalam siri Mind Your Language ni.

Jadi kesimpulan dia Siri Yang pernah diutarakan TV2 ni memang aku suka sebab disamping berhibur aku turut belajaq bahasa Inggeris, dari konteks penduduk seluruh dunia. Memang best. Sapa2 try la search serius best sitkom ni. Bagi aku bahasa dia gunakan xla english yang heavy, memadai kita nak memahami setiap isu yang dia cuba nak sampaikan.


George Camiller


Giovani Capello, Pelajar Itali


Dino Shafeek


Ali Nadim, Pelajar Pakistan



Kevork Malikyan

Maximilian, Pelajar Dari Greece



Setakat ni la aku share noo..Nak balik dah ni..Bye-bye... Selamat berbuka puasa semua.. Assalamualaikum



Montana
Be The Best to win The Best

Tuesday, 1 July 2014

Minda Kelas Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua..Harap anda semua bersemangat dan terus bersemangat dalam bekerja dan selamat berpuasa...









Pintu depan pejabat..Apa yg ada sangat dengan pintu depan ni kan..xda pa..biasa la kan..Ya memang biasa..Bagi aku yg selalu dok tengok pintu depan ni, selalu aku memerhatikan..cukup sentimental oo rasa... Setiap hari memerhati pintu ini digunakan..Dan kenapa perkataan "TARIK" difokuskan, kerana itu merupakan satu arahan yg begitu simple atau dalam masa yg sama SOP yg paling ringkas sekali dalam dunia..nak guna dia cuma ikut seperti yg ditulis tu jaa..

Tapi walaupun perkataan tu  huruf saja dan 2 sukukata, namun masih ada yg gagal menggunakannya dengan baik..kenapa..adakah yg terlibat menggunakannya itu tak pandai(senang guna bahasa kampung), ohh tidak masing2 terdiri dari kelas elit dan mungkin lagi atas..Jadi adakah education level jadi makanisme nak ukur etika seseorang??? bagi aku dak kot..Cukup setakat kematangan berfikir, rasanya bleh dah nak keep on survivor..Habis tu berapa banyak ibu bapa yg xsemuanya berpindidikan tinggi,namun mampu meninggikan level pendidikan anak mereka kan...Itu sudah cukup nak buktikannya..

Saban hari aku dok tengok 5huruf ni xberjaya digunakan dengan baik..adakah kerana tidak tahu membaca...Tidak..ini adalah kerana kadang2 sikap,ataupun setengah orang kata tabiat kot nooo..Mungkin jenis yg kalut ka,nak cepat ka,benda yg kena tarik lu p tolak,lama2 itu pintu bleh jahanam liaoo..hahahaha... Sebenarnya saja la nak share ngan hampa..Inilah kita, betapa kompleksnya kita..Xsemua orang bleh faham kita dan kita kena faham iaitu kita xbleh mengharapkan semua orang faham kita..Kalau asas seperti TARIK di atas pun xsemua orang bleh buat, kenapa kita nak hukum orang yang memegang atau uruskan sesuatu yang lebih besar dari perkara di atas?..kenapa kita sebagai orang atau environment sekeliling tidak membantu mempermudahkan sesuatu perkara..Kita ada pendirian masing2,kita ada pegangan masing2..Pegangan kita xmengajaq kita dok gelut nak cari salah orang nak pertikai tindakan orang... Dari kecik kita diajar,kita bukan dikritik..Kita diasuh dan bukan dibasuh...huhuhuh... Kenapa bila seseorang yg terpaksa memegang tanggungjawab besar, tugas yg lebih berat bila dia cuba buat yg terbaik kita dok boo dia dari belakang, kenapa tidak ada budaya membantu, sound depan senang skit sebut dekat orang tu..Masih ada lagi geng2 baling batu sembunyi tangan...Jangan la macamtu tuan2.jangan2..Kita sampai satu masa jangan dok kondem orang xtentu pasai,dok komen itu xkena ini xkena..Sebab komen tu cukup mudah,lebih mudah dari perkataan tarik di atas..tapi cuba suruh orang yg komen tu ''TARIK" seperti di atas, silap haribulan dia pun xreti buat jugak.

Apa kata,dari kita kritik,kondem,kita tunjuk dan kita bagitau secara elok..Uishh...selalu sangat habaq, terok la..Iya mungkin setengah orang even aku sendiri akan kata begitu..Tapi kondem apa yg kita dapat?Kita ni pulak kondem dalam hati so orang yg kita xpuas hati tu xdengaq jugak sampai ke sudah..Alihkan paradigma kita, bagitau dia,cerita pelan2 kat dia..In shaa Allah lama2 dia bleh praktik benda tu..Benda baik yg berlaku depan kita akan membuatkan kita sentiasa tersenyum...Tambahan pulak benda baik tu akaq dia kita yg stat dulu, sampai dia tumbuh menjadi pohon...Maka kita la tunjangnya..Tunjang kebaikkan..Sudah2 la kita dok kondem..kondem..kritik..Majoriti rasanya bukan diasuh untuk gelut cari keburukkan..Betui dak..Jom sama2 kita buat kebaikkan...walaupun xbanyak..skit pun jadikla...Kadang2 negara tu dikatakan kelas pertama bukan pasai bangunan yg tumbuh merata cerok tinggi melangit tu..Nilai dari rakyat itu sendiri..Rakyat yg menentukkan hala tuju dan kelas negara yg mereka duduki... Lagi tinggi nilai moral dan etika kita, maka bertambah gerun la di mata rakyat negara lain... 

Jadilah insan yang sentiasa bersangka baik. Xrugi aih sangka baik..Malahan menyihatkan tubuh badan..Hati xsakit sebab kita sentiasa cas positif dalam badan dan kepala kita..Kurang la dapat penyakit skit kan..hehehe.. Sentiasa membantu,jangan jemu dan konsisten..Aku berpesan untuk semua termasuk diri aku sendiri. Ya memang cakap senang, buat tengok..Jadi apa kata kita buat sama2..baru la Malaysia ni lebih positif minda rakyatnya...Asuh dari sekecik2 perkara seperti "TARIK" di atas..Simple..tu ja dulu..Lepas tu baru kita sembang ekonomi menguncup ka, telaga minyak Libya ka apa ka..heheheh..saja melawak ja noo..Sekadar perkongsian di pagi ini...

Selamat Berpuasa dan berbuka puasa (err...9 jam lagi)


Montana
Be The Best to win The Best



Monday, 30 June 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat Islam di Malaysia, selamat menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur. Seperti biasa, setiap perjalanan puasa itu pasti tidak lengkap andaikata tidak berbuka puasa di luar. Ramai di kalangan umat Islam di Malaysia ini masih mengekalkan tradisi berbuka beramai-ramai di rumah, dan masih ada lagi unit-unit keluarga yang berbuka di luar seperti restoran-restoran dan lain-lain tempat untuk berbuka puasa. Jadi bagi mereka yang berada di kawasan Ampang, apa kata jika dalam bulan Ramadhan kali ini anda luangkan masa bersama keluarga tercinta untuk sama-sama berbuka di Restoran orang kita iaitu Casa Ombak, lokasi di sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Sekali sekala kan, berbuka ramai-ramai bersama ahli keluarga ni aura dia berlainan sikit kan.






Sedikit Latar Belakang Casa Ombak :

  • Milik Sepenuhnya Ombak Creative Solution
  • Menyediakan perkhidmatan lain iaitu Persiapan Perkahwinan, cataring dan canopy
  • Motto: "Your True Experience"

Buffet Ramadhan Casa Ombak mempromosikan makanan kampung, serta lokasi Casa Ombak juga merupakan  restoran yang menawarkan  suasana santai kerana terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Harga yang ditawarkan untuk Buffet Ramadhan Casa Ombak :





Harga yang berpatutan untuk masakan ala kampung dengan keadaan semasa. Selain itu juga, pihak Casa Ombak juga mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk berbuka puasa di sini, tuan-tuan dan puan-puan semua boleh membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi nombor yang tertera:


Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001

Tel : 03 21818750

Call/Whatsapp : 013 624 1417

Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative



Tempat atau ruangan untuk menunaikan solat juga disediakan di restoran Casa Ombak ini. Bagi mereka yang sudahpun berada di daerah Ampang dan Kuala Lumpur, boleh merujuk kepada peta ke Restoran Casa Ombak seperti yang tertera:-






Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan selamat menjamu selera di Casa Ombak kepada mereka yang sedang berfikir ataupun telah menempah untuk ke sana. Sekian terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca..Terima kasih sekali lagi dan Assalamualaikum.





Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

CPUV Pertama Montana Blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera...Harap anda semua sihat sejahtera la nooo...huhh..dah masuk 3 ramadhan malam ni...Hurm...harap anda semua bersemangat noo...


weii...aku dapat CPUV wei..nohhaii..aku bukan taw apa kabondo ehh menatang ni..cuma aku dok tengok ramai orang yg dok upload pic macam yg aku dok buat ni..Depa kata benda ni cukup penting..Jadi aku share p la kan..aku pun lama wei tunggu benda ni..Punya lama,sampai janggut aku jadi oren selai kot..hua hua hua... Oreo Transformer ngan KK box Awareness lak tuu..benda apa ni wei..yg aku paham CPUV ni hampa xyah klik pun xpa kan..bleh duit kan...sorry2..adat la bertanya sebab aku memang xtaww pa pun benda2 ni..Aku cuma letak ja iklan nuffnang ni kan blog aku..

Dalam masa yg sama aku dok baca la kat blog2 kawan2 blogger lain depa bunyi macam benda ni penting sangat...hurmm..Kalau ada info apa2 hampa mai a share noo kat ruangan komen aku..serius tahap double dragon aku xtaw...Tapi yg aku taw penting kot benda ni kan...


Dan ramai yg akan berakhir dengan rasa syukur dengan benda ni..Maka aku manusia biasa yg xlari dari rasa syukur juga..Amin...terima kasih kepada semua yg hadir dan rajin komen kat blog aku yg xseberapa ni...Apa sangatlahh Montana Blog ni,kutipan dan garapan dari insan kerdil yg macam aku yg xbanyak pun cerita yg aku share dengan hampa di luar sana,nak dibandingkan dengan blogger2 lain yg lebih power 100%...kompom...Maka di sini ucapan ribuan terima kasih kepada tuan2 sekalian semua..Teruskan datang ke blog aku..dan beri sokongan dan cadangan supaya dapat diupgrade lagi menjadi lebih mengancam..

Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best

Sunday, 29 June 2014

Hari kedua Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua..Selamat menjalankan ibadah Puasa, dah masuk hari kedua Ramadhan dah hari ni nooo..Harap hari ni semua bertenaga walaupun xberapa nak tenaga okk..heh heh heh





Punya dok layan bola..sambil2 tu aku layan la twitter kat astro xsangka akhirnya masuk gak twit aku dalam chatzone tu...hahahaha...Aku tulis sambil hastag tu punya la berlambak2,satu tu ja yg masuk..jadi laa..masuk tv tuu..ingat apa..heh heh heh..Banyak yg aku dok kasi panas lain ja sebenarnya..Yg dok sokong belanda aku kasi panas belanda,yg sokong Portugal aku kasi panas Portugal..sampai ada orang reply tuu xpuaih hati kat aku..Perempuan lak tu, kes aku kata kat Portugal ja..pergh reply teruih ooo...Aku tulis simple jaa "Portugal Bungkuih" dan Ronaldo xleh buat apa aih...dia reply balik "Mulut kuang jaq"..hahaha...aku punya nak tergelak..Rupa2nya fanatik sungguh awek2 Malaysia kat Ronaldo ni noo..cuit skit pakat kena getah laa..Jadi aku usha la tengok profile awek ni..Laaa...pakai tudung putih,uniform sekolah lagii...alamak...jem2..Betui2 bertenaga dan agresif betui budak2 la ni noo..Betui la ada brother tempat kerja aku pernah kata dia pernah saja2 usha budak2 sekolah yg dok tunggu bas di pondok bas,dulu kalau budak2 dulu kalau macam aku la sebagai contoh,kalau orang tua2 usha aku jadi macam segan dan xberani nak usha balik..La ni sorry la,hampa dok pandang2 dia dia siap bleh usha panaih sama hampa balik ooo..Budak2 la ni xreti takut...Yes you can't force someone to respect for you, because respect itu adalah ikhlas dari hati. Jadi paham2 sendiri la macamana gen Y punya perspektif kepada orang yg lebih berumoq dari depa..hehehe...Aku malaih nak reply kasaq2 sebab aku ni kan pemalu dan gentleman orangnya..heh heh heh..LAst2 aku reply simple ja la "adik, TV adik dok Tengok Ronaldo tu pun mak ayah beli"...sampai ke sudah dia xbalaih..hahahha...sorry la..aku budak seni..kiasan kena ada baru dia cepat paham skit..

Kelmarin punya game aku tengok,di antara Mexico dan Belanda di mana kesudahan dia Tahniah la Robben no sebab jatuh dengan begitu ikhlas sekali di dalam kotak penalti Mexico..Xpa la xda harapan gak nk tengok once upon a time in Mexico melangkah lebih jauh.Terpaksa la tengok gak Flying DutchMan layak ke peringkat seterusnya kan...hurmm... Sambil2 tu aku dok layan la FB..aku terbaca satu posting member aku 







Tudia...cerita Fevret aku tuu..hahahaha..Ulang p la berapa kali pun kompom tarak bosan punyaa...Jadi aku rasa aku bleh ingat la skit2 cerita tu walaupun tengah dok layan bola bukannya cerita Legend Arwah P Ramlee ni...Hero Tantari la bhai..Tekpi kiri kanan pinggang,. Aku cukup suka cerita ni,sebab banyak masej dan sejarah tersimpan rapi dalam filem 6 jahanam ni...tu yg syok tu.. Ingat saja2 ka P Ramlee lawan pakai tekpi,dan aku rasa bukan saja2 nak buat lawak kot Laksamana Damburi pakai pistol nak lawan penjahat..mesti ada sebabnya... Aku pernah tanya geng2 lama depa kata P Ramlee dikritik hebat pasai filem ni..Katanya sebab P Ramlee cuba menerapkan budaya koboi, kan dia letak tekpi kiri kanan kan..jadi pada pandangan aku koboi apanya memang tekpi letak macamtu kot..aku rasa laa..Kalau Ninja turtle pun rasanya dia boh kat area2 pinggang...Jadi aku rasa xpa la..Nama pun pengkritik kan..xkritik maka mana nak mai perkataan pengkritik filem..

Antara babak paling best biasala kan,babak dia bunuh 6 jahanam la, penjahat2 dia pun nama bleh tahan lawak gak.. Mumbala,Jagindas, Sujamang, Katipang,Baragas dan Karambit..Yang paling xtahan nama Jagindas laa..hahaha..lawak2...Baragas ni muka penyamun, tapi bukak Tabung Rakyat, kira kalau la ni macam Bank Rakyat tu dia punya la...hahaha..Rambut bertocang, lantai ofis bleh jadi secret hole oo ingat apa..hahaha... Dan bagi aku babak Laksamana Damburi dapat hadiah dari Sultan (Karim Latiff) tu yg style tu.."Terimalah senjata hikmat ini,untuk menghapuskan lanun2 yg bermaharajalela di lautan"...Ingatkan apa..nohhai Sultan bagi Pistol..hahah..dengaq memang lawak..tapi releks2 luuu..xkan saja2 kan Sultan nak bagi pistol..Dia Laksamana, tugas menjaga Lautan,xkan nak bagi keris Bang...xkena kot..Ini Sultan dulu punya bang, Phd ooo..cerdik.. Jadi kalau sapa yg rajin baca sejarah Melayu ni mesti jumpa dengan satu perkataan "Terokol" atau "Pemuras''..aku keliru mana satu tah senapang pendek...aku rasa pemuras kot pistol macam Laksamana Damburi pakai tu..Haa ingat apa,di fahamkan orang Melayu yg jumpa Pemuras ni dulu...Tapi macam biasa la kan,Sejarah itu milik siapa yg menang..Yang menang akan buat cerita dia menang la kan...Portugis dia tawan melaka dan dia berhak buat apa saja cerita tentang kemenangan dia..Cuma dengan German la dia kalah...haa buat la cerita tengok ahahaha...lawak ja nooo...

Jadi bagi aku P Ramlee cuba nak cerita dan kekalkan bahawa orang Melayu ni hebat sebenarnya..Tapi nak wat camana kan,dia ni futuristik..mungkin orang di zaman dia xsampai lagi pemikiran macam dia sebab tu dia dikritik hebat...apa bleh buat..Tapi di zaman la ni bila kita tengok..hullamakkk..best ooo..aku suka betui ini cerita... Dengan jalan cerita,gaya bahasa yg betul2 bersahaja seolah2 xda skrip,membuatkan cerita ni nampak hidup betui...hhahahaa...layann oooo...Panjang sangat ni..rasa lapaq lak dah...Ok la kot nooo...nanti kita sembang lain ada cerita lain aku share lagi...


Sekian terima kasih..Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan


Montana
Be The Best to win The Best

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...