Instagram

Friday, 13 May 2016

Ip Man- Masterpiece Terbaik Dari Donnie Yen



Lamanya tak update Blog. Nak hampir setahun dah tak update  bila tengok post yang lepas2. Dunia semakin canggih, mudah dah saya tidak terlepas daripada menggunakan platform yang lebih mudah iaitu FACEBOOK. Bila terbaca satu post rakan2 FB tentang Blog, tiba2 teringat sebab beliau menyatakan Blog masih lagi relevan bila ianya dicari di carian Encik Google. Banyak sebenarnya movie Tamil yang saya tengok, tapi mai tang nak update tu mai dah urat baloq liat terus jadi  malas. Hari ni saya akan cuba jadi rajin lah, demi  perjuangan dalam mereview filem2 yang saya tengok. Ceewahh macam nak pi perang ja kan.


Saya di tanya oleh member2 yang ada membaca Blog ini, di mana ada tak tengok filem selain Tamil? Maka saya  jawab ada ja. Dari Hollywood, hingga ke Kollywood skop movie yang saya tengok. Tiba2 dia tanya Ip Man tengok? Maka saya kata pernah tengok Poster dia, sebab saya  kata movie Chinese xramai saya kenai Actor dia. Terus dia kata ehh xkan kot? Peminat movie tak tengok antara masterpiece dari orang Cina? kita pun jadi pelik kenapa persoalan tu timbul? selalunya kalau sampai 
macamtu ayatnya memang selalunya kategori rugi saya ni tak tengok. Maka releks ja member pesan "Hang kena tengok wei, ni la movie tentang seorang yang Hebat". Orang Rumah kita pun peminat filem2 Kung fu, pun belum tengok sebab dia kata Jacky Chan boleh la, yang ni sapa dia. Amboi dia pun xtengok lagi, maka saya pun ambil alternatif download (nak beli cd lambat), download ja la kan. Maka memang tidak syak, saya kategori rugi dan lambat, baru saya taw sapa dia pelakon yang bernama Donnie Ye ni. 


Baru saya tahu, actor yang diberi
tugas memegang watak seorang insan
yang cukup disegani masyarakat Cina
ini memang hebat





Bila diperhatikan semula, secara keseluruhan filem ini, Bukannya seni mempertahankan diri itu sahaja  dipertontonkan, tetapi ADAB dan BUDAYA masyarakat Cina diselitkan sekali dengan cukup baik sekali. Grandmaster Ip Man adalah seorang Mahaguru yang hebat, bukan secara fizikal, tetapi kehidupan beliau sebagai seorang manusia yang berPRINSIP menambat hati saya. Andai kata benar apa yang Donnie Yen persembahkan itulah Ip Man dalam realiti, maka tak syak lagi Grandmaster Ip
Man memang meninggalkan prinsip beliau itu dalam hati semua orang-orang yang mengenali beliau.
Di awal2 nak  start movie, Orkestra yang mendendangkan lagu tu saja sudah cukup memberi masej, apa filem yang bakal kita lihat sebentar lagi. Memang berseni lagu Orkestra itu, walaupun cuma Instrument saja didendangkan.


Adab

Faktor ADAB ni memang cukup banyak, dan ditekankan dalam  filem ini. Kita boleh dilihat di mana adab ketika makan, menjemput orang masuk rumah, mengutamakan makan lebih daripada bercakap2, bagaimana situasi apabila berhadapan dengan orang yang tidak beradab datang ke rumah semuanya
disajikan dengan begitu teliti sekali. Cara beliau berhadapan dengan orang juga adalah cukup berbeza. Datang cara elok, dilayan dengan elok, datang cara biadap, beliau masih layan elok, ditambah dengan sedikit pengajaran. Ini adalah merupakan karekter seorang yang begitu mempertahankan prinsip hidup: iaitu berbuat baik sesama manusia selagi mana mampu.

Grandmaster Ip Man adalah seorang yang mahir dalam Wing Chun, maka selingan setiap tindakan beliau akan diselitkan seni mempertahankan diri Wing Chun ini. Memang dalam filem ni orang jumpa dia nak bertumbok ja pun, tetapi bagaimana setiap perlawanan tu disajikan kepada kita, itulah nilai yg terbaik dalam filem ni. Dia jumpa orang yg betui2 nak belajaq, dia layan cara orang yg betui2 nak tuntut ilmu. Dia jumpa orang yang  biadap, dia layan sepatutnya seorang yang biadap patut dapat. Fuhh memang cukup masterpiece setiap gerak geri Donnie Yen dalam filem ni. 






Ramai yang komen di Youtube, "feather vs Sword, feather win hahah" Siap gelak dan perli kot ataih. Babak Grandmaster(GM) Ip Man guna bulu ayam tu memang cukup simbolik, bukan dia nak habaq kata bulu ayam tu kuat,dia tu kuat,bukan. It's not about logic or not tetapi inilah simbolik, nak ajaq orang yang biadap Bulu Ayam memang satu method yang cukup sinonim antara guru dan murid, kan? Sebab cikgu saya pun guna bulu ayam a.k.a rotan. Xtaw la yg komen tu xbesa kena rotan kot. hahaha.  Jadi yang komen ni biasalah. Nama pun komen. Tetapi saya memandang dari sudut simbolik penggunaan bulu ayam tu, tibai kat muka pulak tu, di punggung, sebab apa?



SEBAB BIADAP, tu ja makanan dia! heheh



BABAK BERLAWAN


Namun tak dapat dinafikan lagi babak the best memang waktu GM Ip Man lawan 10 orang karate waktu dia dibawa ke gelanggang untuk bertarung. Babak di mana, GM Ip Man begitu tertekan apabila beliau menyedari kekejaman pihak Jepun terhadap anak bangsa dia. Waktu dia offer diri untuk lawan 10 orang tu, kita boleh tengok GM Ip Man memandang 10 orang yg nak lawan dia tu dengan penuh emosional, sebab benda yg dia bakal buat selepas ini memang kompom bertentangan dengan Prinsip Hidup dia.

Pukulan demi pukulan dia sedekah kat depa, hinggakan ada yang dia pukui memang nak bagi mati, namun atas dasar fahaman yang dia pegang dia masih mampu berfikir. Memang ada niat dia untuk membunuh, tapi andai kata xmati sekalipun, dia akan pastikan depa hidup dalam penyesalan. Mana tak menyesal bang, tangan patah,kaki patah, kepala kena tumbuk banyak kali, kompom mereng. Kalau hidup pun,hidup yang tak da makna. Tu yang kata penangan seorang Mahaguru tu.




Di waktu dia di tanya General Miura siapa hang? Dia tak bagitau nama, malahan dia menisbahkan diri dia pada  " I'm Just A Chinese" (seperti di Subtitle English). Apa maksud dia Cuma seorang Cina? Inilah yang membawa maksud dia Declare War dengan Jepun. Tu Ja. Dia Cina bukan sebab
Jepun kacau hidup dia, tapi dia Cina sebab Jepun kacau maruah Negara dia. Tindakan orang yang level Tok Guru,  Kalau turun padang, dia xmain skala kecik orang yang dia nak gaduh tu, dia main skala besaq, Jepun adalah subjek utama dalam diri dia.


Banyak lagi babak2 lain, yang saya rasa filem keluaran tahun 2008 ni ramai dah tengok, cuma saya saja ja nak  SHARE. Amik mood menulih balik. hehehe


Sekian terima kasih


Montana






sumber/source:

1. https://upload.wikimedia.org
2. http://www.martialartsactionmovies.com
3. https://afewidlemusings.files.wordpress.com
4. Ip Man Film

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...