Instagram
Sitegiant E-Commerce

Friday, 4 October 2013

Hero Telegu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Mood untuk menulis tu tadi ada, tiba2 rasa baloq liat lak dah..Aku pun xtaw pasaipa..Mungkin sebab nak menulis ni kot..Kalau apa yang aku cakap ni keluaq teruih kat PC ni kan best.. Tudia..punya pemalaih punya INSAN..heheheh... Apa2 pun akhirnya jari jemari ini berjaya juga untuk cuba buat sesuatu di petang Jumaat ini..


Seperti selalu, aku dok review pasal Tamil sahaja. Sebab boleh dikatakan banyak gak la filem Tamil yang aku dah tengok walau koleksi aku secebis cuma. Namun aku cuba untuk beralih angin buat sementara waktu, sementara Hero Tamil yg top2 lain nak release filem baru, aku nak cuba alih angin sat untuk satu lagi industri Filem India yang xkurang jugak hebatnya.. Iaitu Telegu. Sebelum ni aku ada jugak review pasai Star Telegu, iaitu MAHESH BABU. Kali ni aku nk review sorang lagi hero telegu yang xkurang juga sengatannya, tumbukkannya, dan tandukkannya.. Yang mampu membuat watak jahat dalam filem depa sakit yang teramat sangat akibat kena tendang ngan penampaq betui telinga.




Ram Charan Teja

RAM CHARAN TEJA


Amacam kakak2 di luaq sana? xkan dok minat hero lama lagi kot?hahahaha..nindia hero zaman kotemporari la ni...Berbakat dan juga kacak.. Ni hero Telegu. Di fahamkan juga RAM ni anak star Telegu jugak, CHIRANJEEVI. Kira anak beranak berlakon la nampak gaya. Ram Charan ni muda lagi, tapi lakonan dia tetap ada sentuhan tersendiri. Dia ni pun kalau tibai orang jenuh jugak la penjahat nak tepis.. Sebab dia tandok pun bleh terbang sampai ataih bumbong..Baru tandok..X boh penendang lagi. Itu anda bayangkan sendiri yaa.... Baru-baru ni aku ada usha filem dia ni. Ni adalah atas khidmat nasihat salesgirl kedai cd yang aku selalu dok p kat LITTLE INDIA tu...Dia suggest untuk tengok filem TELEGU ni lama dah, cuma aku ngan member aku ja buat xretiii ja..last2 aku dan member aku cuba untuk buat anjakan dalam menonton filem2 India ni.. Atas dasar, untuk mempelbagaikan filem2 yang belum di terokai lagi..Dan hasilnya, wowwww...memang best.. Ada kelainan tersendiri. Cuma conclusion yang aku mampu buat pasai filem Telegu ni adalah filem depa ni ending dia selalu kurang sengat..Jalan cerita best...ok sangat dah..Ending dia jaa..selalu ending yang habissss teruih...kira kalau ending dia bunuh penjahat, kira xtunggu dah..abih cerita teruih..Begitu lah yang aku dok tengok selama ni.. Selepas aku menonton lebih dari 4 filem Telegu... Termasuk hero ni aku rasa dah 6 ke 7 movie dah kot... Dan Telegu kurang watak pak lawak..Muka tu ja pak lawak depa..xmacam Tamil..Boleh dikatakan ramai yg boleh berlawak dan pak lawak dalam Tamil ni.



Ok2..rasa mcm review ke lain dah ni..Kita sembang pasai nak P KL ja..last2 aku p cerita sampai ke Kazakhstan lak.(perumpamaan).... Ok..Aku akan review satu filem RAM CHARAN ni yang baru saja aku tengok baru-baru ni. Bagi yang xbaca entry ni dari awal, mana la taw teruih baca dari tengah kan, aku akan review pasal filem TELEGU naa..bukan TAMIL untuk post kali ini..






DVD Rachcha

RACHCHA (2012)



Heroin dia??? sat2......










nindiaaa....TAMANNA..heroin dalam RACHCHA ni..amacam??




tudia aih heroin..mcm besa..aku harap marka macam ni kalau kerja kat Jabatan Pendaftaran..Hari2 aku p tukaq IC..alasan dia IC aku hilang..boleh dok usha dia hari2.hahahaah... Heroin ni dalam Tamil pun berlambak2 dah dia berlakon dan aku xsangka bila aku usha Telegu pun dia dok ada.. Maknanya depa ni xp kemana laaa..dok dalam industri tu jugak la...mungkin depa dapat offer kot..rembat ja la..



Rachcha ni berkisar tentang Raj (RAM CHARAN) yang sukakan bertaruh dalam apa jua sekalipun.. Kira mudahnya, nk teka silang kata pun bagi dia kalau xbetting xbest la..Macamtu la cerita dia.Dia suka betting. Ada sekali masa dia menang betting ngan mamat sekoq tu, mamat tu sudah tarak puas hati sama dia..Ajak repeat betting..tapi bukan betting race, seperti mana dia kalah sebelum ni ngan Raj, tapi betting untuk cuba pikat seorang achi, iaitu TAMANNA ni la..untuk suka sama dia... Tapi Tamanna ni sukar untuk didapati adalah disebabkan bapak dia ni samseng besaq di Hydrabad.Cukup samseng..samseng kampung Dusun punya.


Akhirnya Raj terima betting tu dalam masa sebulan kena buat achi tu sebut I LOVE U sama dia..hahaha.. Bunyi mcm romantik komedi, tetapi cerita ni berkisarkan action jugak laa... Banyak konfius jugak la yg cuba di sajikan oleh pengarah kepada penonton.. Beberapa kejutan dari Tamanna untuk hero dan sebagainya.. Sebab hero ni mak bapak dia mati masa dia kecik2 dulu.. Mati kena bom plak tu..Memang tragis.. Dan bapak Raj ni pulak memang seorang yang famous di kampung dia.


Plot cerita dia lebih kurang macam tu la.Nak taw lebih, hampa kena tengok sendiri la..sebab kalau cerita saja xtengok hampa xleh nak feel cerita dia mcmana.. jangan risau..cerita dia best..Ending dia ja mcm aku bgtau di atas la..Tapi action dia sempoi.Dia pukui penjahat guna Buluh jaa..bukan buluh runcing macha, buluh muda..hijau punya ni....tibai betui muka penjahat xingat punya...hahahaah...last sekali dia gaduh guna kapak jenis barbarian punya..huhhh...Sekali dia rembaihh....berbelang belakang penjahat wei..siap berdarah2 memancut punya... heroin pun boleh dikatakan tidak berapa stereotaip, kira kehadiran dia sebenarnyaa memang membangkitkan klimaks filem ni..Kira bukan habuan untuk ditampaq, dilukai dan sebagainya.. Kira Tamanna ni penting gak dalam cerita ni..


Jadi aku rasa setakat tu dulu lah review aku..dah kui 5 wei..kena balik..banyak benda lagi kena buat.. Berkaitan menulih2 ni gak...hahaha..apa2 pun selamat bercuti untuk semua.. Semoga anda semua dirahmati...


Jangan Lupa..... RACHCHA...........Rachcha.......(lagu dia...best wei...) membuatkan terpesona mendengarnya..



Sekian terima kasih..


Montana







7 comments:

  1. minat cerita tamil ke? rare~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa..tapi post kali ni pasai telegu..apa2 pun tanks affy..teruskan follow nooo

      Delete
  2. sy pun minat juga..though language dia pening sikit..tapi cerita tamil always jujur and they show us the their true life. dan jalan cerita yang menarik jugak. :)

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...