Instagram
Sitegiant E-Commerce

Monday 12 January 2015

IlayaThalapathy Vijay- Kaththi (2014)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luaq sana, harap anda semua sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. Tahun dah baru dah noo..Kompom di luaq sana pakat pasang abih dah azam baru kan? aku doa kat hampa semua agar hampa dapat apa yang dihajati, kalau xdapat tu sabaq banyak2 na.. In shaa allah ada yang lagi baik untuk hampa.

Baru-baru ni, tahun 2014 punya cerita, aku memang teringin sangat, dan tak silap aku, aku ada habaq kat hampa yang aku memang teringin nak tengok movie lakonan dia ni di panggung, last2 aku xsempat gak sebab tayangan filem dia ni aku rasa sat sangat. Tak macam movie Lingaa lakonan SUPERSTAR, 3 minggu masih ada di panggung lagi, tu yang aku lalu depan panggung Butterworth tu secara tidak langsung aku pi tengok teruih tu. Tapi sebenarnya hero ni memang aku nak tengok, memandangkan kekangan masa, jarak nak pi panggung tu membuatkan aku akhirnya xsempat nak pi tengok filem ni. Namun dalam masa baru-baru ini, akhirnya aku dapat juga DVD filem ini sebab on the way nak balik rumah mak mentua di utara tanah air. Hehehe.. Jumpa DVD, terus aku rembat sebab memang hero ni aku suka,dan memang movie ni yang aku terlepas untuk pi tengok.





Kedai DVD ni antara alternatif aku pi selain Little India, Pulau Pinang. Kedai ni sapa2 yang dok ada area Utara, kedai ni xsilap aku betul2 KFC dan PizzaHut Aloq Staq, area Pekan Rabu, berhadapan balai polis xsilap aku. Antara satu faktor aku pi, kedai ni DVD dan CD lain semua Original, jangan risau punya. Dah la ori, murah lak tu. hehehe...Dia tampai kat situ rm20, tapi masa nak bayaq dia amik Rm16 ja. Aku kata xpa ka uncle?? dia kata xpa u selalu mai sini jugak. Ehh..aku selalu mai?? hurmm..xpa la tu ayat orang meniaga kot.. Janji murah dari selalu aku beli, sebab original.tidak aku dok beli selalu rm15, masih dalam kategori "copy" walaupun dia dok guna istilah "Mastercopy". Xpa la janji aku dah rembat ini filem. Inilah filem paling latest IlayaThalapathy Vijay, Kaththi yang membawa maksud "PISAU" dalam bahasa Melayu. Sebab apa pisau? haa sat2 aku cuba review kat hampa naa.


Seperti filem Vijay sebelum2 ni kalau sapa pernah baca review aku, Vijay antara pelakon yang selalunya bermula lakonan dalam setiap filem dia dengan membuat satu tindakan yang xberapa seronok, seperti buat lawak,buat muka comei,buat muka lucu, suka pekena pak lawak dan filem ini dan lain2 scene yang bagi aku agak buang masa dalam setengah ke sejam pertama. Ini persepsi aku, selepas banyak movie dia aku tengok. Vijay akan bagi klimaks satu filem itu bila balance lagi sejam ke dua jam filem dia, maka kalau 3 jam filem dia, sejam pertama tu hampa kena sabaq sat. Tapi lain pulak teknik dia kali ini dalam filem Kaththi ni, sebab dari awai dia dah bagi kita pening dah. Awai2 dia masuk jail, dia lari dari jail dan AR Murugadoss selaku director filem ini nampak gayanya mau kasi ini filem tricky dan action dari mula filem lagi. Tambah bagi pening lagi filem ni, Vijay melakonkan dua watak pulak. Pergh...kalau sapa yg masuk panggung atau tengok movie ni sejam lambat, aku rasa baik hampa tengok dari mula la sebab kompom hampa xkan paham, dan lebih menyedihkan kesian la kat orang sebelah hampa jadi tukang tolong cerita kat hampa sebab hampa xtaw apa kan, Heheheh.


Berbeza kali ini, cerita kali ni agak santai, xberat untuk hampa tengok sangat secara totalnya. Isu yang dibawa dalam filem ini nampak macam selalu dah jadi depan mata, tapi cuma xda sapa nak tampilkan isu ini, iaitu isu rumah orang tua2 dan apa outcome orang tua-tua kepada negara. Kita ada kan rumah orang tua2? tapi sapa terpikiaq nak create isu ini? tapi pengarah kali ini yang turut buat filem Vijay sebelum-sebelum ini pun mula dah dengan isu yang bagi aku negara pun kadang2 terlepas pandang isu rumah orang tua2 ni. Watak Vijay yang kedua dalam filem ini adalah seorang yang berpelajaran dan merupakan orang yang berkuasa dalam management rumah orang tua-tua dalam filem ini.

Kampung tempat Hero menetap tu xda sapa-sapa yang boleh usahakan, memandangkan anak-anak muda di kawasan itu keluar ke luar untuk mencari duit, orang pompuan dan isteri2 dok di rumah jaga anak dan yang berpangkat ayah berumur ni banyak berada di rumah orang tua-tua, disebabkan itu tanah depa xdapat diusahakan sepenuhnya, maka tugas inilah yang digalas oleh Hero. Jalan cerita dia sempoi, xmacam cerita2 Vijay sebelum ini, start2 movie kira dah ada jalan cerita dah, bab lawan pulak xbanyak, tapi sekali action, memang best. Kalau sapa tengok movie Vijay kali ni, Vijay tampil dengan tektik lawan yang memang pelik dari movie2 sebelum ni. Ya aku taw mesti ada yang kata "lain apanya, Tamil ni lawan mesti terbang merata" kan. Ya betul, cuma cara dia nak lawan tu, aku rasa Vijay dah buat research skit dah ni dalam tektik lawan. Bukan cara orang kena pukul, tapi cara sebelum nak kena pukul tu, itu yang mahai balik movie Vijay kali ini. Hahahah. Tektik guna syiling,tutup lampu memang sempoi habihh la habaq mai kat hampa..HAhaha..Memang tektikal betui la benda ni. Baru aku perasan, lawan dalam gelap tu lagi sempoi outcome dia bagi seorang hero yang dalam bahaya.

Dalam movie ini jugak ditampilkan apa itu MEDIA,dan apakah kelemahan MEDIA dari perspektif pengarah filem ini. Pengarah mengeluarkan isu di mana MEDIA ini kadang-kadang agak slow dan xmengendahkan isu-isu yang betul penting. Tapi disebabkan watak isu tu xmenarik, maka MEDIA xmau amik cerita itu untuk di highlightkan di akhbar dan berita mereka. Maka di sinilah hampa akan disajikan di mana bagaimana rakyat marhain ni menarik perhatian media dengan bunuh diri, supaya media lebih cepat dalam menyalurkan berita kepada rakyat. Senang cerita la, ada orang bunuh diri, baru berita tu jadi HOT kalau di sana. Begitulah cerita dia. Dalam movie ini jugak aku rasa pengarah cuba membawa isu respek dan menghormati orang-orang lama. Kalau sapa tengok movie ni, aku rasa lepas tu kompom akan rasa nak telefon ayah dan mak depa, sebab Vijay menggunakan tenaga orang lama dalam filem nii untuk membangkitkan semangat rakyat. Orang tua-tua dalam filem ni pun rasa begitu bersemangat sebab dapat memberi sumbangan walaupun depa ni xdipandang masyarakat, disebabkan faktor umur mereka. Macamana Vijay guna orang tua-tua dalam filem ini untuk menaikkan semangat masyarakat ni?? hat tu hampa kena tengok la.. HAhaha...hampa tengok dan nilai sendiri baru taw.

Heroin??hurmm..Bukan xmau ulas, bagi aku dalam filem ni heroin xda pun xpa. Cuma nak bagi ada ja, tidak orang lain xmau tengok lak kan. Heroin ni adalah heroin yang sama dalam filem Anjaan yang pernah aku review sebelum ini. Boleh la hampa belek2 post aku sebelum ini. Segak gak la heroin dia. Kira secara keseluruhannya, filem ni santai,xberat sangat tetapi isu dia memang best, politik, sosial, dan keagaaman yang memang boleh diketengahkan untuk tatapan penonton semua. So bagi aku, nak review banyak2 pun buat pening ja sebab filem Tamil ni memang hampa kena tengok,baru hampa taw. Heheh..Jangan risau,bagi pencari logik dalam filem babak lawan xbanyak broo..Sikit ja..hehehe. Babak rumah orang tua-tua tu memang sempoi, sapa yang pangkat cucu,anak mesti akan rasa lebih menghargai orang tua mereka andai ada jodoh tengok filem ini.. Tu ja..



Sekian terima kasih dan selamat menonton.



Montana
Be The Best to win The Best




Sunday 4 January 2015

SUPERSTAR- Lingaa (2014)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan di luar sana, harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Fuhh..lamanya rasa tak menulih ni. Awat tah yang jadi baloq liat sangat ni. Hari ni rasa nak menulih dan share lah dengan hampa semua dengan filem yang baru aku tengok baru-baru ini, dan memang aku dah disiplinkan diri aku dah, kalau ada movie yang aku dah tengok aku akan cuba untuk share dengan hampa semua. Last movie dan post aku pasai Anjaan, lakonan Suriya dan lepas tu aku lama xtengok wayang dah, sibuk dengan nak habih tahun ni, kerja. La ni dah nak ujung2 taun, dan la aku tengok. Tu pun ada movie hero favourite aku pun aku terlepas tengok. Ni pun kira langkah kanan ja ni,aku lalu depan panggung tengok ada banner ini movie. DAn aku rasa movie dia ni xperlu dipertikaikan lagi, sebab hero dia ni kalau xtengok maka xlengkap sebagai seorang peminat filem Tamil, bagi aku la, xtaw la prinsip hampa macamana kan. Hahaha.


Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan yang sudi komen di ruangan komen blog aku ini. Tergerak hati walau dengan hanya satu komen itulah, aku rasa macam nak tulih hari ini. Di antaranya adalah komen yang mintak supaya aku cuba review filem SUPERSTAR yang terbaru. Jadi secepat yang mungkin  sebelum urat baloq aku naik, maka aku cuba untuk menulis dan berkongsi dengan semua orang pasai filem terbaru SUPERSTAR ini. Buat pengetahuan anda semua, kalau sebut nama dia ramai di kalangan kita yang bukan orang India kenai, tapi di kalangan orang India sendiri depa xsebut nama betul hero ni, tetapi depa bagi satu gelaran yang hanya bila disebut " SUPERSTAR" maka depa akan tau, hanya insan ini sorang ja di hati mereka yang dipanggil macamtu.






Jadi, hampa kenal kot sama ini SUPERSTAR? kompom kenai punya lah..Ni lah Legend!! tengok gaya pun taw dah, tengok dalam gambaq tu ramai akan "oooo dia ni". Haaa memang dia la, masuk tahun baru ini pun masih ramai orang yang beratoq panjang di panggung Butterworth semata-mata nak tengok hero depa berlakon,dari kaunter sampai ke bahu jalan depa beratoq, punya nak tengok, nasib tang aku xkena beratoq sampai macamtu, tapi kalau dah kena pun apa bleh buat, beratoq jugak la. Hehehe.. Berhibur,dalam masa yang sama jangan dilupa etika adab membeli tiket, beratoq la naa,jangan main potong turn orang, xbaik. Jangan risau, yang nak masuk tetap kena bayaq dan filem tu jugak yang akan ditayangkan, so be patient.

Filem kali ini, aku habaq siap-siap, aku bagi 5 bintang, yaa memang aku bias kali nii sebab hero dia SUPERSTAR. Hahah. Cara aku tengok wayang,cerita apa pun kalau sapa2 dah pernah baca pasai Montana, aku punya cara akan tengok hero dulu, kalau hero tu ada aku akan tengok. So dalam industri filem Tamil, Rajinikanth ni tergolong dalam kategori Umum iaitu memang hampa kena tengok,tanpa dibanding-banding dengan mana-mana hero dah. Dia ada tempat dan podium tersendiri,xleh dibanding-banding,jangan. Tengok ja muka dia ni, tengok teruih xyah tanya dah. Hahah..sebab bagi aku, SUPERSTAR mesti bagi yang the best kepada peminat dia, dan buat masa ini filem ini dah pun box office di India, dan aku selitkan sedikit info terkini dari CNN, khabarnya peminat Rajinikanth yang berumur 58 tahun didapati mati semasa menonton filem ini. Kenapa pa sampai mati? hat tu aku xtaw la na..Aku xberani nak hurai sebab aku xtaw hujung pangkai. Hampa boleh check benda tu di internet. Mati pasai seronok sangat ka,mati sakit dalam panggung ka, terkejut dengan gaya dia ka, aku xtaw..hehehe...

Jadi xyah hurai panjang sangat la na,sebab satgi xabih lak nak cerita. Ok, kali ini punya movie best. Mula-mula cerita, dah ada lagu dah. Tapi lagu dia memang sempoi, muzik dia sama,dengaq lutut boleh dok goyang secara tidak sengaja oo. Watak superstar dalam ni adalah nama movie ini iaitu Lingaa. Dalam filem ini, dia memegang watak sebagai seorang pencuri yang profesional, dan dibantu oleh pelawak terkenal depa iaitu Santhanam, nama sebenar tapi nama pak lawak ni dalam movie ni aku xingat. Kerja-kerja mencuri depa ini mendapat perhatian seorang wartawan wanita, yang akhirnya cuba perangkap hero untuk dibawa balik ke kampung wartawan wanita iaitu heroin dalam filem ini. Ini adalah kerana Lingaa dipercayai oleh penduduk tempatan kampung heroin ini sebagai seorang waris Raja yang banyak membantu membangunkan sosial ekonomi penduduk kampung Solaiyur. Kira Tok Wan Lingaa ni, raja yang baik dan telah membantu kampung depa dengan projek mega, iaitu membina empangan kepada penduduk di situ. Namun Lingaa sendiri membenci tokwan dia, sebab dia ni ada orang racun pemikiran dia dengan mengatakan tokwan dia Iaitu Raja Lingaasamy ni seorang yang boros,suka-suka hati perabih duit dan xmempedulikan orang di sekeliling. Itu yang dia taw.

Maka pada suatu hari Lingaa berjaya dibawa heroin ke kampung, dan ada orang yang tengok dia cukup sanjung dia, khabarnya muka dia macam tokwan dia. Memang pun, tokwan dia, Dia jugak. Maksud aku, watak Lingaa dan Raja Lingaasamy iaitu tokwan dia adalah orang yang sama jugak, iaitu Rajinikanth.Hehehe. Tu yang depa kata muka sama tu, memang sama la orang tu gak berlakon. Hero dalam cerita ni seorang pencuri barang kemas, dan minat dia untuk ikut heroin balik kampung tu kerana dia dapat info di dalam kuil di kampung tu tersimpan batu zamrud paling mahai xsilap aku. Maka diwaktu dia hampir kantoi nak mencuri itu, maka filem bertukaq menjadi flashback di tahun 1930, menceritakan kepada kita sebagai penonton siapa tokwan Lingaa ini sebenarnya.

Plot cerita semakin menarik sewaktu konflik di antara kerajaan British,sebagai watak antagonist menentang Raja Lingaasamy, kerana beliau meletak jawatan sebagai Collector kerajaan British. Dia letak jawatan sebab ada isu yang dia xpuaih ati dengan kerajaan British ini. Dalam babak ni, Rajinikanth mula memainkan emosi kita sebagai pelakon di mana dia gadaikan semua harta dia, demi untuk membina empangan kepada penduduk di situ. Lagi menyedihkan apabila ada tukang belot di kalangan masyarakat itu, yang menjadi tali barut British untuk menjatuhkan Raja Lingaasamy. Watak tali barut ni kalau hampa tengok memang geram,sebab dia berjaya memecah belahkan penduduk di situ dengan isu kasta. Memang sensitif la isu ni sampai Raja Lingasaamy terpaksa menggunakan akal sepenuhnya untuk selesaikan isu ini. Sampai satu ketika itu, penduduk di situ halau pulak raja Lingaasamy ni sebab dah terpengaruh dengan ayat2 tali barut tadi yang mengatakan Raja Lingaasamy ni nak juai tanah depa untuk buat empangan,dan empangan itu dibuat kepada kerajaan british bukannya penduduk tempatan. Hampa boleh tengok waktu ni,masa Raja Lingaasamy kena halau, dia releks jaa..Senyummm ja.. Sebab dia taw tali barut tu punya kerja. Dia pun hilang dari kampung dan membawa diri sehinggakan seorang bini salah seorang pegawai British tu bagitaw kat penduduk situ yang depa ni bodoh,cepat percaya khabar angin dan halau seorang yang cukup baik. Raja Lingaasamy gadai habih harta dia waktu tu,istana dia dan segala-segalanya sebagai dana nak membina empangan. Ternyata depa rasa bersalah lepas taw depa dah halau insan yang baik dengan depa.

Babak yang paling aku xtahan, waktu penduduk kampung keluaq nak mencari Raja Lingaasamy,sebab nak minta maaf atas misunderstanding depa tu. Dalam keadaan kelaparan kerana geografi kampung depa waktu itu ketandusan air dan makanan, waktu ini lah Raja Lingasaamy muncul dan bagi depa makan. Dari seorang raja, berpindah duduk di pondok usang. Sambil dia memberi depa makan, waktu tu la penduduk-penduduk yang keluaq pi cari dia tu makan di pondok usang Raja Lingaasamy sambil menitik ayaq mata. Depa sedih sebab depa dah hina dia macam2,halau dia dan dalam keadaan macamtu Raja Lingaasamy boleh berbuat baik lagi kat depa tanpa ada rasa sikit pun nak marah depa. Di sinilah aku teringat, dan waktu inilah director filem ni iaitu K.S. Ravikumar cuba membawa masej "balas kejahatan dengan kebaikkan'' dan babak ni memang SUPERSTAR bawak dengan baik sekali. Credit to you Rajinikanth. Hampa boleh bayang dak, depan hampa ada orang makan sambil menangis?sebab dah buat silap kat orang yang dulu yg depa hina, orang tu yang bagi depa makan.huhuhuh...touchinggg weiiii

Jalan cerita kali ini xbanyak fight,babak lambung merata alam,kurang dalam filem ini. Sebab aku rasa director nak bawak kita tengok kehidupan, bukan fantasi semata-mata. Isu gila kuasa, pembelot cukup kuat dalam filem ini yang bagi aku SUPERSTAR memang master dalam bab-bab ini. Apa yang aku boleh bagitau movie kali ini macam ada unsur-unsur seperti filem2 dia yang terdahulu. Ada unsur,kaya,jadi susah,tolong orang miskin dan lawan. Cuma Lingaa ni adalah filem masa kini, maka effect dia xmacam dulu dah,ada bullet time punya scene waktu dia lawan. Hahaha..memang terhibur.

Jadi aku cadangkan sapa nak pi tengok tu, silakan. Jangan risau,xrugi memang best.



Sekian terima kasih.

Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan:

1. 1.http://static.dnaindia.com/sites/default/files/2014/11/18/284982-lingaa.jpg
2. http://en.wikipedia.org/wiki/K._S._Ravikumar



 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...