Instagram

Tuesday, 1 October 2013

Menantu Superstar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan di luar sana. Moga anda semua sihat2 dan moga diberkati..amin..



Cuaca di pagi ini di sebelah utara ni boleh dikatakan tidak hujan seperti hari2 sebelumnya. Masing-masing dengan tugasan dan kerja masing2.. Di sini, aku, Montana mcm biasa la buat kerja, sambil-sambil tu cuba lah sedikit sebanyak berkongsi apa yang boleh dengan hampa dalam scope aku..ehem2.mcm besa la macha..tengok tajuk pun sudah taw... Rajinikanth (kalau hampa tengok pic kat blog aku, atas belah kanan, dia la tu) kebanyakkan kalau hampa bersembang ngan orang India, depa xpanggil sangat Rajini, depa akan panggil SUPERSTAR kat dia...Lebih kurang mcm nama timangan dia la tu..Sapa xkenal Rajinikanth, hero Tamil yang gah di persada filem TAMIL..Begitulah kisahnya..



Namun, jika mengikut status quo yg dok ada la ni, aku xmau bercakap mengenai Superstar, bukan bermaksud aku xminat( gila wei...sUPERSTAR tuuuu....) tapi mungkin di post2 akan datang aku akan sentuh beberapa filem beliau yg mungkin aku dah tengok, hampa belum tengok, vice versa. heheheh... Ya la kan..hampa mesti ada dah yang tengok kan...cuma aku mungkin akan cuba berkongsi setakat mana yang aku taw la... Jadi kali ni aku xsentuh pasai Superstar...aku nak sentuh pasai menantu superstar.... iaitu DHANUSH (ada nama lain kot...tp aku xtaw) sebab di persada seni, di kedai2 cd, just sebut DHANUSH, dan depa akan taw la.. Ya la..Industri filem depa..mesti la depa taw...xkan nk lawan tokey lak..stg kena buah penampaq betui muka nanti..nayaaa jaaa...


Dhanush ni banyak filem gak..Cuma aku xreti nk cerita origin dia dalam industri filem ni...mungkin dari semasa ke semasa aku akan cuba kongsi filem2 lama dia...Tapi kali ni aku akan sentuh filem DHANUSH yg aku dah tengok...hurmmm...banyak gak filem dia aku tengok...cuma kali ni aku sentuh satu dulu...



Dhanush


DHANUSH


Jadi inilah dia..menantu SUPERSTAR..jika di tengok balik filem2 dia sebelum ni..Dia ni ada keunikkan dia sendiri. Dan ramai gak orang India yang minat dia..Sebab mcm biasa la, hero Tamil semua ada kekuatan masing2..dan depa ada follower2 depa yang sentiasa menyokong karier seni mereka. Jadi kesimpulannya DHANUSH ni bagi aku, dia tetap ada kekuatan dia tersendiri..Lakonan dia kalau situasi bab2 perkampungan, kena pakai kain pelikat ni dia cukup suka la...Nampak kekampungan dia di situ..Mungkin dia suka kot cara tu..biaq p la kat dia nooo..hehehe..aku yg menonton tamil ni bagi aku ini lah pandangan aku..DAn xsemestinya perspektif aku benar belaka...itulah pandangan pada dasarnya...





MARIYAAN (2013)


Haa..ni cerita terbaru dia yang aku dah tengok..hahahahahaha...MAriyaan tu aku xtaw apa maksud, kot2 la ada orang INDIA lain paham tu lain la..Yang aku taw MAriyaan tu nama dia dalam cerita ni jugak... Cerita dia pasai dia ni nelayan, dapat offer kerja luar negara, dalam masa yang sama kena kidnapped dengan local punya gengster..Filem dia India dan ada scene di Afrika..Apa yg aku paham dalam  cerita ni adalah masej dia pasai mcmana kehidupan seseorang yang dalam tahanan dan ditahan di negara orang..Kesian gak dia hampa tengok dia dalam cerita ni.. Dia berhempas pulas cuba lari dari tahanan untuk sampai ke India.. 300km lebih dia cuba lari tanpa makan dan minum dari local punya militan yg culik dia tu.. DAn sedikit cerita mcmana dia berkenan dekat heroin, dan ada sedikit adegan pukul melantun-melantun..heheh


So kesimpulannya cerita ni, bagi aku xberapa best..Sbb aku ukur dari segi action..sebab filem ni berkisarkan love story jugak..action kurang.. So pada sapa yg dahagakan action mcm aku mcmana nk kata filem ni best?kan?hahahah..itu sekadar pandangan aku.. Tapi sapa yg minat love story tu..hampa bleh tengok la mcmana pengorbanan hero nk balik INDIA untuk jumpa achiii dia machaa..perghh...sadis kot.. sampai last skali dia tinggai seluaq koyak ngan singlet mcm roti jala jaa...hahahah


Namun xbermakna DHANUSH ni xbagus..Hampa bleh tengok banyak lagi filem dia yang lain2..ada satu filem lagi..aku xtengok lagi..Tapi member aku yg HARDCORE punya Tamil filem ada bgtau gak..Filem tu best...heroin dia lawa... Dan berkisarkan konflik di antara menantu dan mentua..Yg berlakon jadi mentua dia dalam filem tu MANISHA KORAILA..satu nama yg tidak asing lagi dalam industri filem Hindustan....tajuk cerita tu MAPPILLAI..(sorry2 kalau salah eja yaa macha).




Mappillai

MAPPILLAI



Haaa...ni la cerita yg aku bgtau tu..Aku masih mencari..di kedai cd di Little India, butterworth dan lain2 kedai cd tamil namun enggak ketemu dong... Ada tu memang ada..Tapi xda subtitle la macha..masalah negara dunia ketiga gak bagi aku benda2 kecik ni.. Sebab aku masih bergantung sepenuhnya pada subtitle..xkisahla..English pun xpa Melayu pun lagi ok.. Jadi kalau sapa2 yang ada cerita ni bleh cuba share ngan aku...aku memang dok cari cerita ni..Janji mau ada subtitle ja..kalau original dan ada subtitle lagi baguih...... Sebab memang depa xda stok filem ni kerana difahamkan company yang nak buat subtitle tu banyak yang dah xbuat dah..itu aku xtaw la sebab aku aku xtanya la depa sampai tahap maximum mcm tu... Tapi berbalik pada persoalan asas, sapa ada filem ni bgtau sama gua..Gua mau rembat ini cd..Sebab difahamkan cerita ni memang best dan ada yang kata ni adalah filem lama lakonan SUPERSTAR, cuma dia versi menantu dia plak..iaitu DHANUSH..so kalau ada bgtau la noooo..sapa2 dok area2 little india blah2 KL tu ada bgtau...sebab kami di Area Penang dah xda dah filem ni...yg bersubtitle..bukan xda langsung..cuma xda yg dilengkapi dengan SUBTITLE...tu ja la..heheheh...Itu ja kelemahan aku..tengok dah banyak tapi xbisa bertutur tamil..apatah lagi TELEGU..kompom2 xleh punya...


Jadi setakat ni dulu kot review aku mengenai menantu SUPERSTAR ni..ada masa nanti aku review lain ngan hampa tentang semua hero yang aku taw sedikit2 ni..okk...kita cuma share...ada info pakat2 kita sembang...hehehhhe..Sebelum aku terlupa...DHANUSH ni akan ada filem baru dia jugak dalam tahun ni jugak..hurmm..xsilap aku tajuk dia RANJHANAA kot...bila tu xtaw...sama2 pakat kita tunggu la nooo...Sebab aku pun xtaw bila release dia...dengan 2013 gak..bila tu xtawww....


Sekian terima kasih.


Montana



15 comments:

  1. Assalamualaikum montana. minat filem tamil ya? sheila pernah tengok satu citer superstar.. yang dia jadi polis tu. popular, tapi lupa tajuknya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sheila singgah mai sini.yupp..sekarang dalam proses dok tgk TELEGU lak..kalau xsalah Superstar jadi POLIS tu tajuk dia PANDIAN kot..dak pun POKKIRI RAJA..dua2 xtengok lagi sbb dok cari dah hari tu..banyak yg xda subtitle..kalau jumpa bagitaw la nooo

      Delete
  2. Replies
    1. bollywood masa muda2 dulu ja..laa dak kot

      Delete
  3. Salam perkenalan dik,

    Akak mmg layan jer cite Tamil nih.. Takat cite padayappa citer robot sume la layan.. Chandramukhi pun ada taw.. Ra.. Ra.. hahhahaa

    Suka gak tgk pelakon Vijay ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan direview dari masa ke semasa,,terima kasih singgah mai heheheh

      Delete
  4. Salam perkenalan bro =) ni bukan cerita tamil ke?? kiranya peminat bollywood la ni..terbaik..

    ReplyDelete
  5. Anak aku minat sangat cita tamil.
    Terima kasih follow blog KH.
    Follow sini juga. have a nice day.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hahahahaha terima kasih brooo singgah mai

      Delete
  7. rajini = thalaiva in tamil movie industry

    ReplyDelete
  8. wow...first time jmpa org minat cter tamil...rare x p tgok wyg cter tamil dkt kajang..ada dua org mlyu ja kowt..

    ReplyDelete
  9. Dhanush hero idaman 1 malaysia tau

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...