Instagram

Wednesday, 9 October 2013

Vijay Si Pembuat Parang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap anda blogger2 semua dan termasuk orang2 lain jugak sihat2 sejahtera di luaq sana di samping keluarga dan orang tersayang. Hari ni amacam hampa semua?harap hampa seronok la hendaknya noo..

Tadi masa dok round2 blog blogger2 tadi terbaca la pasai depa post pasai Nuffnang...amboi sakan depa seronok dapat duit.Harap2 kita yang xmerasa apa lagi ni boleh kot merasa nanti noo..hehehe.. Hari ni aku nak post pasai Vijay la..Memandangkan dia adalah hero yang famous sekarang ini termasuk di kalangan ramai gak rakyat Malaysia yang kenai maka aku nak review skit pasal filem dia..Hari tu dah post yg baru so hari ni filem lama skit la.. THIRUPACHI.





Thirupachi Poster
Vijay dalam Thirupachi (2005)


Tudia hampa tengok..Poster dia pun dia dok pegang parang dah...Maw taw la....Sebab dalam cerita ni dia pembuat parang di kampung dia.Bermula dengan cerita perkahwinan adik dia yg berpindah ke bandar sebab menikah orang sana.. So masa kat sana tu la pekan depa dok tu penuh samseng.. Tapi sebab adik ipaq dia dah bgtau dok diam2 jgn dok kacau samseng2 ni so Vijay xterkata apa la..Sebab dia sayang adik dia jadi dia dengaq la kata adik ipaq dia..Sebab dia kalau tibai orang..memang melambung la..Aku suggest kat hampa cerita ni bagi yg dahagakan action..Memang dalam cerita ni Vijay tibai orang xingat punya..Sorang tibai 20 orang..Sorang lagi Inspektor yg corrupt punya dia bantai.


Heroin dia...err...lawa gak wei...hehehe....Trisha...hampa google sendiri la sebab senang ja..Dalam review aku sebelum2 ni pun ada pasai Trisha ni...So cerita ni klimaks dia masa kawan sekampung dia kena bunuh tengah pekan sebab nak beli tiket wayang..Orang jahat xmau beratoq beli tiket wayang..depa Pukui member dia dan terus dibunuh di tempat kejadian..Dan kejadian itu membuatkan Vijay comeback untuk menuntut bela kematian member dia.. Memang best cerita ni..Yang ni aku suggest kat hampa sebab action, moral dia berlambak dalam ni.. Ada review pasal keruntuhan moral skit dalam cerita ni..Berkaitan pelacuran dan lain2 masalah sosial yg berjaya Vijay atasi..So kalau nak taw tengok sendiri la noo...heheh





Vijay
Vijay dalam babak Thirupachi








Sekian terima kasih


Montana


16 comments:

  1. wah peminat tegar cerita tamil rupanya..first time visit Blog cerita tamil..kalau korea banyak..tapi kita tak kenal hero-hero ni...enjoy blogging nway..

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea ada kekuatan dia..cuma bagi la depa yg expert saja review kan...

      Delete
  2. terbaik la hang nih =) dh lama ambe xtgok citer tamil ni..kemain lg no hero dia tibai pnhatan..citer tamil ni ganaih skit kn..tu bukan prang dah..tu pedang namanya ha3..kemain besar..lepaih ni hang review la heroin2 tamil pulak..nk juga tgok kecomelan diorang..rsanya xpnh lg tgok hak comel2 tamil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni moral of the story dia pasai kasih sayang seorang abang dekat adik...heheheh....abg sanggup korban demi kebahagiaan adik perkahwinan adik perempuan dia..HEroin aku akan review..tp yg aku kenai ja la noo..hehehe..apa2 pun tanks brooo

      Delete
  3. :)
    kalau free singgahlah blog noly
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ok nih hero akak k.. Thirupathi sume akak tgk.. ekekeke tp tu la laki orang kan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanks drop by blog gua beb...heheheh ;-)

      Delete
  5. Wah..bru jumpak blog cenggini..best2..sya peminat ceta tamil...tambah2 vijay..hehecerita thulatha manamum thullum..sgt best..dan menitiskan airmata...tima ksih folo blog sya..sya folo blog ni plak..ceta muthu ada x? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huiyooo tu cerita zaman Vijay misai tebai tu..heheheh....Muthu ada nanti kita cuba review

      Delete
  6. haha, kau mmg peminat tegar tamil kan ? aku korea beb :D

    ReplyDelete
  7. ayah suka sangat cita tamil. dulu kalau dia tengok drama tamil kat tv, kami lari p kot lain. tapi dah takda menda nak buat, tumpang tengok. alih2 minat lah jugak. hahahahahhaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tengok..sekali tengok melekat teruih

      Delete
  8. Adoiii...vijay pelakon tamil terkenal rupa2nya....memang x pernah tgk...lps ni blh la dtg sini tumpang ambil tau...

    Montana ni dkk ka...?dok minat sgt dgn filem tamil nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu Wirda..sbb dulu sekolah rendah kebangsaan ramai member india..sebab tu kot...heheheh

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...