Instagram
Sitegiant E-Commerce

Monday 16 December 2013

Sunway Group- Sekilas Pandang

Assalamualaikum kawan2 semua..Apa habaq wei...harap hampa sihat la nooo... lama rasanya aku xupdate blog aku ni..heheh..sorry2...agak sibuk jugak bagi diri ini untuk kebelakangan ini...hari ni rasa free skit kot..ada mood lalu aku cuba gak untuk update blog ini...

Saja la nak berkongsi skit ngan hampa...baru2 ni aku ada terbaca la satu website tu..woww..menarik macha..best.,..dan website ni adalah mengenai benda yang kalau aku sebut boleh dikatakan semua orang taw punya lah... Ini jugak berikutan dengan beberapa kajian kes aku dengan rakan2 aku yang lain..Sebenarnya xda la mendalam sangat aku baca..cuma sekali imbas ja la..dan mana yang aku ingat aku share la sikit2 dengan hampa semua..Mcm biasa laa..aku ni pemalas skit nak baca2 ni..sebab ada kena mengena dengan apa yg perlu aku buat ja...baru laa aku baca..tu pun 45% ja kot berbanding dengan kwn2 aku yang lain...Depa rajin..gua ni pemalas...hahaha....lepas tu nak kena present lak benda yang kita buat tuu..lagi laa aku rasa malas nak mampuihh...heheheh

Ok2...mukadimmah dok merapu banyak sangat satgi pun buat orang menyampah ja nak baca kan...Jadi baru2 ni kami punya case study adalah mengenai dengan kawalan, ataupun control dalam organisasi..Control in organization.. Berdasarkan tu, kena la cari satu company...Multinasional..masa xberapa nak ada dah...Jadi aku main tangkap muat ja la mana yang sempat... Search punya Search..last2 aku terlupa yang aku selalu dok nampak bangunan ni..maka tercetuslah idea secara spontan untuk company Sunway Group ni...Haaa..mesti ada yang taw dah kot??? kami yg area2 Seberang Pulau Pinang ni memang dok nampak la bangunan Sunway Carnival ni...rupanya Sunway Carnival ni baru sebahagian kecikk ja dari Sunway Group ni..Bagi aku la..rupa2nyaa company ni besaq kot..besaq gilaaa...Apa yg aku taw sebelum ni aku rasa macam kecik ja..rupa2nya start ngan nama Sunway ni..memang banyak rupanya aset Sunway ni...huhhh...baru la taw.. Sunway Pyramid ka, Sunway Lagoon ka semua tu Sunway punya noo..rupa2nya besaq sungguh company ni...hahahaa...aku baru nak taw...rasa jakun pun ada sebab company dalam Malaysia ni pun aku xtaw..apa punya turrrr...



http://www.sunway.com.my/



Sunway Group ni diasaskan oleh Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, di mana beliau yang membangunkan company Sunway ni sejak dari tahun 1974. Ada yang mengatakan dia bermula dengan business Kuari..dan bila aku tengok balik kuari pun sebahagian daripada perniagaan yang terus beliau jalankan sehingga sekarang.. Sunway Group ni besaq..di bawah company ni ada 12 division atau department yang terus menjana ekonomi kepada company Sunway ni..senang cerita la..start ngan  Sunway tu..Tan Sri ni punya la..setel... Dalam Sunway ni jugak turut dikuatkan dengan 6 orang Board of Director.

12 bahagian..hurmm.. banyak kot..dan semua bahagian tu semua boleh dikatakan menjana pendapatan untuk Sunway ni. Yang sempat aku baca adalah pasai Sunway Property ..Ni adalah subsidiari yang boleh dikatakan sebagai tulang belakang kepada Sunway Group ni... antara property depa adalah seperti Sunway Resort City...beratuih2 ekaq kot sekali depa buat business wei..huuuu...takut dengaq orang buat duit ni... Projek terbaru Sunway Property ni ada 3, iaitu Sunway Geo Residence di Bandar Sunway, Sunway Lenang Height di Johor, dan juga di Penang Sunway Cassia Phase 2 ...ooo..patut la..La ni jambatan baru nak buat, ada exit di highway tulis Bandar Cassia..aku pun baru taw..hahaha..ni projek depa la ni..Sakan2...




http://www.sunwayproperty.com/pd/




tuuuudiaaaa aihhhhhh ..... punyalah besaq skala perniagaan depa...sekali buat bangunan jalan serentak satu Malaysia...kompom kaya laa ini olang maaa....hahahha... Memang xterbeli kot property macamni...Bagi la kat depa yang kaya tu ja la...orang pertengahan macam kebanyakkan orang dalam Malaysia ni mana mampu...Kompom la..Cassia tu xsilap aku area Batu Maung..situ memang rumah mewah2 ja tu...Kalau rasa mewah silakan la beli noo..masuk ja website tu usha sendiri..hehehe..

Selalunya corporate company ni depa kena ada business lain selain major business depa..Dan Sunway juga turut tidak terlepas dalam menjaga kebajikan sosial, seperti yang diperlukan oleh sesuatu company itu..Iaitu Corporate Social Responsibility (CSR)..senang cita la macha..Tanggungjawab sosial company la..jadi CSR Sunway ada 3 seperti Pendidikan, Kesihatan dan C.A.R.E... Sebab tu adanya Sunway University,Sunway Medical Camp dan Free Shuttle Bas di area Bandar Sunway..Ini adalah seperti yang aku baca la kan..Dan inilah sebahagian CSR Sunway Group ini..Sebab nak memenuhi sesuatu Tadbir urus korporat yang baik, CSR ni depa kena la ada jugak..Jadi sebab itu tertubuhnya business sampingan ni..kira orang utara kata duit kot tepi..macam tu la kot...heheh... Dan Sunway University tu aku dapat taw dah disatukan di bawah satu yayasan yang diberi nama Jeffry Cheah Foundation..aikk...nama Boss nampak..heheh..apa bleh buat..Company dia..xkan nak boh nama Aku kot...

Banyak lagi yang ada dalam website ni..hampa baca sendiri lah..aku saja nak share jaa..Ada 12 division..so hampa tengok sendiri..punya berlambak dok wat duit dan company ni telah pun melebarkan sayap ke merata, dan paling jauh di Trinidad&Tobago rasanya..untuk perniagaan Trading&manufacturing rasanya..bleh la hampa baca...aku saja ja nak share..dah xtaw apa mau tulis daaa...


Sekian terima Kasih


Montana
Be The Best to win The Best





Monday 9 December 2013

Bheemaa- Vikram

Assalamualaikum semua kawan2..apa habaq wei...harap hampa semua okkkk...huhhh..banyak hari gak aku xupdate blog ni...terasa hari ni nak menulis sesuatu...hehehe...Banyak isu yang terjadi dalam negara kita...hurmm..bukan xmau amik taw..aku amik taw jugak..cuma bagi la geng2 kita yg lain yg buat review pasai tu..aku macam besa la macha..hehehehe...filem ja la yang aku taw pun.Terima kasih kepada semua blogger2 di luar sana yang tidak berhenti dalam memberi info kepada aku dan juga seluruh rakyat Malaysia..jasa anda tetap ku kenang..feewiitttt....

Ok..sebelum ni..hero yang aku nak review dan juga filem dia berlakon ni aku pernah dah review..Tapi xbanyak la macam aku review pasai Dhanush dan lain2..Aku pun xsangka banyak aku review pasai Dhanush bila aku belek2 balik blog aku ni...Menunjukkan banyak filem Dhanush aku tengok..Jadi kali ni aku akan review satu filem...Dan hero ni sebenarnya hero lama,tapi style, bagi aku seangkatan dengan Action King Arjun ..Hero ni yg aku taw nama dia Vikram..Hero ni badan style la macha..body builder punya geng....




bheema vikram
Bheemaa (2008)

Tudia...blah kanan hero..blah kiri tu mafia dalam cerita ni..Prakash Raj.Prakash ni kalau hampa perasan banyak filem dia berlakon..bleh dikatakan dalam filem Telegu pun banyak dia berlakon...DAn bagi aku Prakash ni memang versatile..sebab semua watak dia bleh.Jahat dia bleh,jadi baik pun kadang2 kesian gak kalau dia jadi baik..Tapi hero dalam filem ni Vikram ok, bukan Prakash Raj ni..heheh.. Hero smart kot..badan berkotak2 milo... Cerita ni start dengan Prakash yg memegang watak namanya Chinna,seorang yang memang dikenali dari dulu lagi dalam satu pekan di India tu..Bukan sebab jahat, tapi ketegasan beliau dan samseng gak la..Kira dia ni samseng baik la..benda xkena,Polis sekali pun dia lempang pala ikut dan dia jaa... Hero pulak muncul bleh dikatakan agak tiba2 sebab di mana saja orang yg Chinna ni ready nk p pukui, hero akan sampai dulu di tempat tu dan settle untuk Chinna ni..Sekali tengok macam hero ni secret admire la dekat Chinna ni...Hero bila dengaq ja Chinna nak p tibai orang, dia sampai dulu..Sampaikan perbuatan dia ni menimbulkan tanda tanya pada Chinna. Ya la,dia heran la,dia nk p pukui ja orang tu, sampai2 tempat tu kawan yg dia nak pukui tu rebah ke bumi siap dah..aikkk..dia dok heran xabih2..dia tertanya2 siapa dia mamat yg settle dulu sebelum dia ni...

Sampai satu masa tu Chinna dapat trace sapa punya keja..last2 hero mai serah diri dekat Chinna dengan mengaku dia lah orang yg selalu sampai dan pukui dulu,dan ada yg sampai mati kena tibai ngan dia dekat Chinna.Chinna tanya la dia balik hg ni sapa dok wat chemm kat kawasan aku ni..Last2 hero bagitaw satu ja iaitu dia sebenarnya teringin nak jadi orang bawahan dia,ataupun dengan lebih senang nak join geng Chinna ni la... Bermula pada sini lah Chinna bila ada musuh yg buat kacau, dia p hantaq hero ja p settle..Dan dia sendiri nampak hero ni memang gagah la..Sekali tibai bukan skit punya..satu group KMK gak la dia tibai.. (KMK=Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja)...hehehe... Dan ada adegan dalam filem ni yg menunjukkan sebenarnya hero ni memang admire sungguh kat Chinna ni..Ada babak bila Chinna garu belakang badan, dia perasan yg hero pun buat benda yg sama gak macam dia buat..hahaha..kira sampai taraaa tu la hero ni sanjung dia...

Bila sampai satu masa tu,depa dok berbual dua orang Chinna tanya la hero ni sebenarnya sapa..napa tiba2 muncul dan follow dia semua..Maka sebenarnya hero ni minat kat Chinna ni dari dia kecik lagi...Chinna ni memang dah famous dah sejak hero kecik lagi..Chinna ni antara orang yang samseng tadi berlaku adil dalam semua hal..Pernah sekali bapak hero ni POLIS,kena lempang ngan samseng..Masa tu CHinna mai sorang ja..bawak kayu satu hentam semua orang yg pukui bapak hero tadi..Maka dari situ lah timbul perasaan sanjung dia kepada CHinna ni...Mulai dari saat itu hero berkelakuan samseng,dan meniru gaya2 CHinna ni....Hero cerita ni benda ni kat Chinna membuatkan Chinna terharu sangat...dia xsangka ada orang yg nampak dia sejak dia muda2 lagi...

Klimaks cerita ni start bila POLIS di kawasan tu ditukarkan kepada POLIS yang lebih agresif..Polis tu memang diberitahu bahawa Chinna dan hero adalah samseng yg sangat dikehendaki, cuma depa xda bukti kukuh saja untuk menangkap depa..Ada lagi konfliks lain yg membuatkan depa ni sangat dikehendaki oleh POLIS baru ni..Apakah konfliks itu???? maka itu hampa kena tengok sendiri lah...sebab klimaks dia ni memang best kerana berlaku pertembungan di antara CHinna dengan hero di akhir filem ini...hahahaha...

Aku bleh bagi 3 bintang filem ni..Action ada, lawak ada gak skit..Dan bagi yg rasa filem tamil agak stereotaip, aku bleh bagitaw filem ni hero mati...tu jaa..Bukan kata hero,heroin pun mati..dengan chinna sekali pakat mati habih...mati sebab apa?kena tengok laaa...Kira masa aku nk beli filem ni pun akak kedai tu kata ini filem banyak sedih la adik..sebab hero mati...hehehehe...




Vikram Trisha Bheemaa


Ni la heroin dia..Trisha.Amacam???haaa..lawaaa lagii..setakat ni heroin Tamil yg dok ada ni semua gaya2 macamni..lawa...Kira kalau keja kat Kaunter PUSPAKOM ni kira brother2 Runner kereta pakat melekat la kat PUSPAKOM tu sampai ke petang..hahahah...



Sekian terima kasih..


Montana
Be The Best to win The Best



Wednesday 4 December 2013

Aadukalam- Dhanush

Assalammualaikum..apa habaq hampa semua...sihat kot noo..harap hampa sihat la noo...so amacam post aku yang lepas?hampa cari dak lagu ACDC tuu?hahaha...kalau jumpa tu selamat mendengaq la nooo...banyak lagu2 depa yg aku dengaq best..serius best....best di telinga aku laa hampa punya telinga entah la bagaimana kan...

Jadi hari ni beralih pula kepada bentuk asal..Iaitu review filem Tamil..hurmm..filem apa yg aku nak review ni..sat2..dok pikiaq sat....haaa...apa kata kali ni aku review pasai Menantu Superstar?hurmm...dia ni berlakon bagi aku agak serius dalam lakonan dia..cukup serius...aku nak review skit lah pasai filem dia ni...



Dhanush Aadukalam
Aadukalam (2011)



Tudia..hampa tengok..filem apa ni?hahaha...Dengan pegang ayam...kain pelikat...Kira filem ni hero yang namanya Dhanush ni...memang kampung abih la dia dalam ini cerita...Cerita ni temanya pasai Sabung Ayam..Hampa taw kot...kami blah Utara kalau sebut sabung ayam ni taw la..Xtaw la blah2 selatan sebut apa kan..So filem ni di awal2 depa ada la review skit2...sebenaqnya bila aku tgk filem ni baru aku taw yg blah2 Europe jugak ada yang terlibat dengan perlawanan Sabung Ayam ni..kira dah lama dah benda2 macamni berlaku..So dalam filem ni Hero memegang watak seorang budak yang champion dalam perlawanan sabung ayam ni.

Dalam cerita ni hero dibawah kendalian seorang Tua yg memang master dalam perlawanan sabung ayam ni..Kira hero ni anak emas orang tua ni la, sebab selalu ikut dan belajaq skill2 mengenai ayam sabung ni dengan dia..Nak jadi cerita,pada suatu hari, depa ada join satu event besaqnya dalam kampung tu..Pertembungan dua kumpulan legend dalam perlawanan sabung ayam,kumpulan hero dan kumpulan lain..Dalam event tu, hero ada buat slack skit ngan orang tua yang ajaq dia pasai sabung ayam tu..Kira dalam event tu hero sampai dihalau dari kumpulan orang tua tu sebab xdengaq cakap..Ada konflik antara ketua kumpulan hero,iaitu orang tua tu la dengan hero..Hero xdengaq cakap,orang xbagi lawan,dia nk lawan..so dia dibuang kelayakkan dia dari group orang tua tu..Tapi dalam event tu hero menang besaq..Hasil duit kemenangan tu la hero buka kedai makan kat mak dia,beli sari baru dan belanja habih orang kampung dia..Kira hero kena jackpot la hari tu...Menang besaq broo..Padahai dia xsedaq,kemenangan besaq dia tu dah mengundang rasa tidak senang pihak lain..Bukan dari kumpulan lain, ketua group dia jugakk..Orang tua tu la... Hero xtaw yang banyak musibah menanti dia di kemudian hari, kerana dia dah menimbulkan rasa benci orang tua tu, dan dalam masa yg sama membuatkan orang tua tu iri hati dengan dia..

Apakah musibah yang hero akan hadapi tiu?dan kenapa yg orang tua tu benci dan iri hati sangat dengan hero dalam filem ni?nak taw...haaa...macam besa...tengok sendiri la macha...hahahaha...aku pun tengok sampai habis ini cerita...best..cerita dia xberat sangat...senang faham..dan anda akan dihidangkan dengan suasana kampung dan konflik orang kampung dalam perlawanan sabung ayam ni..Ada la dalam filem ni, ayam import, suntik vitamin dekat ayam dan berbagai2 lagi..Sapa yg kaki sabung ayam bleh la usha..heheh..yang xkaki sabung ayam pun bleh...sebagai hiburan saja..jangan hampa lepaih tengok ni gila sabung ayam dah la....aku bagi 3 bintang la filem ni...




Dhanush Aadukalam





Dhanush Aadukalam




Sekian terima kasih...nanti kita jumpa lagi nooo.....


Montana
Be The Best to win The Best

Tuesday 3 December 2013

AC/DC Rock Band

Assalamualaikum semua kawan2..harap hampa semua sihat la nooo...Hari ni cuaca pun dok hujan ja..Blah2 utara ni la..Hampa yang belah selatan xtaw la macamana...Hari ni aku nak releks2..sambil dok layan lagu dulu.. Hari ni aku dok ulang lagu kumpulan ni jaa..Aku xtaw dah berapa kali aku Ulang...hahahaha...Muzik dia bleh la dikatakan Rock N Roll, Hard Rock pun ada gak...Dan band ni bleh dikatakan Legend gak la, dan xsilap aku banyak movie2 Hollywood kebelakangan ini memainkan lagu2 band ni dalam filem depa...Haaa...hampa agak2 sapa dia ni..heheheh...






Tudia..ni la band yang aku kata tu..aku taw brother2 kita di luaq sana mesti dah masak dengan Band ni..maklum la, single depa ada yang dikeluarkan dalam tahun 1976..pergh..lama tu..kalau hampa google band ni, kira ada gambaq2 depa yg xda kaler pun ada..Menunjukkan depa ni memang lagend la..Yang aku taw band ni band dari Australia..sedap didengar jugak lagu dia..Rock dia xda la keras sangat...cuma dia punya vokalis dia nyanyi suara agak nyaringg skit....tapi aku rasa okk la....sebab aku dok dengaq lagu2 depa ni...






Antara single mereka..xsilap aku...Tajuk dia TNT...tahun 1976..dan sekarang ni pun aku dok ulang lagu ni..berapa kali aku pun xtaw..hehehe.. Saja la nak share ngan hampa kan....










Bleh la hampa google tengok pasai band ni..Bagi aku legend ni selalu ada kekuatan mereka...dan mereka sentiasa dikenang sebab selalunya band yang bertahan lama ni sebab seni depa..Depa berjuang atas seni depa tu..Sebab tu tahan lama macha..Dulu aku ada dengaq gak ura-ura mengatakan depa ni nak Mai Malaysia..tup2 xdengaq apa dah pun..xmai la kot..hehehe....

So setakat ni ja la post aku..saja share ngan hampa ja...Banyak lagu2 dia yg hampa bleh layan..Dan banyak gak filem2 terbaru Hollywood amik lagu depa...So cari sendiri la noo..yang aku taw band ni memang best... Kalau di Malaysia xdapat dinafikan lagi... Double Trouble...Wings Dan Search la..tetap di hati....Rock Band Malaysia terbaikk....




Montana
Be The Best to win The Best



Sunday 1 December 2013

Peranmai- Jayem Ravi

Assalamualaikum kawan2..apa habaq hampa semua..harap hampa semua sihat la noo di samping keluarga tersayang...Aku di sini ingin mengucapkan selamat hari cuti...esok sudah mau kerja kan..soo tidoq la awai....yang aku dok xtido2 lagi...saja dok teringat ada mood hari ni tu yang dok nak tulis dalam blog ni..

seperti yang dijanjikan sebelum ini, sempena visit aku ke Little India tempoh hari, aku ada cerita yang aku ada beli DVD kat situ dan aku akan cuba untuk mereview cerita yang aku sempat beli. Cerita ni aku try cari kat Penang xda stok dan akhirnya jumpa jugak di Little India Kuala Lumpur..Feewittttt..... Kali ini aku nak review satu cerita yang bleh dikatakan 4tahun kebelakang..cerita dalam lingkungan tahun 2009. Cerita ni hero dia aku pernah review dalam post aku sebelum2 ini.. Ya hero ini bernama Jayem Ravi. Hero tegap, sasa dan dia ni kalau berlakon bertumbok best...Xda side effect, lawan best punya..Tapi xda la sampai tahap Tony Jaa, tomoi Di Raja...


Jayem Ravi Peranmai
Peranmai (2009)



Cerita ni berkisarkan hero yang memegang watak sebagai renjer hutan(lebih kurang macamtu la). Cerita bermula apabila sekumpulan budak perempuan yang datang dari sekolah mana tah untuk menjalani latihan di tempat hero bekerja, lebih kurang macam kadet remaja sekolah la kot. Jadi Hero ni bleh dikatakan officer gak la, sebab dia ditugaskan untuk melatih budak2 perempuan ni di kem tempat dia bekerja. Latar belakang hero dalam filem ni adalah orang kampung yang duduk di kawasan hutan, dan sekali tengok macam xda pendidikan yang tinggi kalau dia duduk di kalangan orang kampung dia. Aku ada dapat info bahawa Jayem Ravi iaitu hero ni pernah dicemuh penggiat seni di sana sebab ada scene dalam filem ni dia pakai CAWAT. Depa cemuh dia la, sebab sampai tara mana sangat aihh nak menghayati watak kan..Itu kritikan terhadap beliau dalam filem ni la..

Hero ni seorang yang pendiam, dan selalu dia dibuli boss dia..Tapi hero releks...xkalut..diam ja dan banyak scene dalam filem ni menunjukkan budak2 perempuan tersebut dok buli dia jugak, dan prank dia setiap waktu.Depa buat macamtu atas alasan xsuka kat hero, sebab depa kata hero ni xlayak untuk membimbing depa tentang seelok belok ilmu survival dalam hutan.


Peranmai Jayem Ravi





Peranmai Jayem Ravi


Cerita ni bagi aku...errr...heroin macam xda ja..sebab perempuan ramai dalam filem ni..semua ada peranan masing2 dalam menjayakan watak mereka. Ada yang pekena hero dan ada yang jatuh cinta dengan hero.Tapi hero xlayan macha..sebab banyak kerja lagi dia nak kena buat.. Dalam masa yang sama, sewaktu mereka dalam training, depa dikejutkan dengan kedatangan orang asing iaitu orang puteh la..apa lagi..Bab2 nak menjahanam orang ni depa cukup chemmm la.. Apabila diselidik balik, berdasarkan ilmu survival dalam hutan, hero dapat trace yang depa ni ada hidden agenda datang dalam hutan tempat depa training tu. Mat2 salleh tu sebenarnya cuba untuk melumpuhkan sistem yang baru nak dibangunkan oleh kerajaan India. Dalam filem ni, India dalam proses untuk melancarkan satellit untuk enhance sistem pendidikan di India. Jadi Depa2 ni mai nak musnahkan roket yang bawak satellit tu la..Perghh..jahat depa..Kalau satelit tu berjaya sampai ke atas, maka India akan menjadi pusat pendidikan terbaik di Asia..Lebih kurang macamtu la cerita dia..



Peranmai


Jadi...mampukah Mat Salleh tu memusnahkan roket yang bawak satelit yang diwakili negara India ini? kalau nak taw kena la tengok..Peranmai...heheheh...Cerita ni best..jangan risau..best...Kepada sapa yang nak kan lojik,lawan xda bunyi2 punya, haa ini cerita gua suggest sama lu macha...okk...gua bleh bagi 4 Bintang ini cerita...


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best
 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...