Instagram
Sitegiant E-Commerce
Showing posts with label Iklan Montana. Show all posts
Showing posts with label Iklan Montana. Show all posts

Thursday, 31 July 2014

Wings- Menakluk Kosmos



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua. Amacam raya tahun ni, harap anda semua bergembira dan bahagia dengan keluarga anda semua nooo. Tengok dalam TV banyak berita dok update pasai traffic di jalanraya. Ada tempat yang sesak, ada yang kurang dan tidak sesak. Jadi di manapun ada semua ada, maka berhati-hatilah di jalanraya ya tuan-tuan sekalian.





Baru beli semalam. Punya dok tertagak-tagak nak beli akhirnya dapat jugak. Wings album baru: Menakluk Kosmos. Aku dengaq lama dah Wings akan keluarkan album baru. Rasanya pelancaran bulan lepas lagi. Sejak aku dok area sini, nak p pekan jauh, jadi sekali keluaq baru aku p beli teruih la. Tu pun last kopek dah tu, masa aku dok cari-cari album ni di ruangan CD MELAYU, Wings yang lama-lama ja. Last sekali aku tanya dia terus la " Wings album baru ada?" terus dia tunjuk kat tepi mesin cashier dia tu. Hahaha..sekeping ja lagi tinggal. Memang rezeki aku la. Tidak lambat sikit memang xdak la. Masa aku beli tu dia ada tunjuk rupa yg agak skeptikal, sebab soalan dia " Ini Bands mana?". Aku bagitau la Rock bands Malaysia. Dia agak ragu-ragu sebab dia kata album ni memang orang dok cari dia kata. Mai kedai dia, Wings terus tanya ini Album. Aku kata ini Band Legend Maa..Macam lu punya Band la.. Beyond.. Ada kenai ka.. Hahahahah dia gelak. Dia kata " Waa lu pun ada kenai Beyond aaa"..Aku kata mana xkenai, vokalist mati jatuh stage. Satu dunia taw aih..hahaha.. 

Bagi aku kali ini, Wings tampil dengan nafas baru, memang baru. Aku dah dengaq semua lagu dia. Memang kalau hampa nak rock memang kali ni Wings rock nafas baru punya, xtaw nak habaq lagu mana. Tapi ada unsur baru dalam rock la. Lebih kurang macam Album Search, Gothik Malam Edan, ada unsur groove kan, jadi Album ni jugak ada unsur yang boleh dikatakan menambah perasa rock tu jadi lagi best. Aku nak habaq pun xtaw, tapi lagu-lagu dia best. Ada lagu Slow gak, tapi bukan slow macam Wings Dulu-dulu. Tangkap leleh, dak2. Ni slow banyak unsur tersirat. Tahniah Wings. Anda semakin matang dalam berkarya. Tahniah pada Joe Wings sebab dia yang banyak buat lagu dalam album ni. Tapi ada lagu yang bila dengaq memang satu macam dia punya susunan muzik, aku cuba la check kat buku kecil dalam album aku beli ni, patut la..Muzik digubah Edrie Hashim. Uishh Edrie Hashim memang power la. Patut dengaq pun satu macam, boleh rasa muzik tu orang muda yang buat. Memang betui la. Tambahan pulak dengan Joe punya role sebagai gitaris, pergh...Memang layan, memang legend la ini orang. Dia punya goreng, setiap lagu tu bagi aku memang teratur ja. Memang best, bagi aku Joe memang tampil kali ini dengan penuh research aku rasa sebelum terbitnya album ni. Memang dia punya goreng memang best-best.

Lagu-lagu dalam Album Menakluk Kosmos:

1. Menakluk Kosmos
2. Peti Pandora Mu
3. Bisa Yang Tertunda
4. Raja Segala Duri
5. Komplikasi Pramaya
6. Ingatkan Dia
7. Gurindam Mahsyar
8. Adoney Dari Paran
9. Segitiga Piramida
10. Penanti

Tengok tajuk lagu ja, aku dah excited. Betul ka Wings ni?? mula-mula masa aku nak beli tu la. Dengan kulit Album dia, memang tidak pernah mengecewakan, memang cun. Setakat ni, lagu kesukaan aku memang Peti Pandora Mu. Dok ulang-ulang berapa kali xtaw.Hahah.. Tapi Terus terang cakap, semua lagu dia best. Dapatkan di pasaran wei. Hampa akan rasa Wings memang lain. Wings sudah matang. Muzik dia, dan dia punya melodi memang layan. Suara Awie pun sedap, kena dengan melodi yang disajikan. Tiada la menjerit xtentu pasal. Memang best la..Ishh xtaw nak habaq.. hampa beli dengaq sendiri la..setel.hehehe.. Selamat Hari raya.


Sekian terima kasih

Montana 
Be The Best to win The Best


Rujukan:

Wings., (2014). Album Menakluk Kosmos, Terbitan KRU Music Sdn.Bhd.

Wednesday, 13 November 2013

Nissan Cefiro converted Skyline R34 Turbo (M)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..Apa habaq semua..harap sihat la noo....

Hari ni aku nak post pasai iklan..saja xda pa aku boh p la entry kali ni pasai IKLAN..Tadi saja la aku dok belek2 Mudah.my tadi...tengok2 ja la..nak beli memang dak kot mana nak ada duit dah time2 tengah2 bulan ni..sesakk deeee(ayat sudin dalam ali baba bujang lapok)

Aku tertengok satu iklan tu..ternampak la satu iklan member2 kita gak la post pasai sebiji kereta tu..dia ni adik kepada member aku...Rajin juai kereta dia ni..sekali tengok..makk aihh...SKYLINE tuu...hehehe...Tapi iklan dia tulis Convert...ooo...tapi ok la sekali pandang kalau buta vehicle macam aku ni memang xtaw punca dah cefiro ka apa ka...



Cefiro Skyline

















Harga : Rm 28,800.00
Tahun: 1991
Engine: 2000cc

Detail serba sedikit:

Nissan Cefiro A31 fully converted skyline R34
RB20DET turbo engine
manual transmission
clutch ogura racing
HKS blow off valve
ARC intercooler
defi meter
adjustable absorber TEIN HLSH with pillow ball
interior fully skyline R34


NI la serba sedikit...hehehe...iklan p la kan..mana la taw ada yang berkenan di hati..Lokasi dia ni selalu di area2 Kepala Batas, Pulau Pinang. Hampa nak jumpa dia untuk apa2 call la number ni 012-4526313,nama dia MAT..hampa panggil Mat saja nooo...


Sekian terima kasih..dah pakai Skyline nanti jangan lupa drift noo...hehehe...



Montana
Be The Best to win The Best




Sunday, 10 November 2013

Mencari Jawapan Penyelesaian Untuk Si Cilik Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Tudia aih..banyak hari dah noo xupdate blog. Hari ni rasa macam nak update sat.

Ni..nak habaq mai kat hampa..hari ni aku nak iklan sikit..Tadi baru dok whatsapp ngan member aku..Dia ngan orang rumah dia dok meniaga satu produk untuk kanak-kanak.Produk tu adalah mengenai Jeli Minda. Hurm..serius aku xpernah rasa pasai aku bukan kanak-kanak..hehehe..Aku ni bukan reti meniaga sangat ni,jadi aku tumpang la iklankan sedikit pasai info produk dia ni.hehehe..Nak tolong duit aku pun tersungkoq ke bumi gak,bantu cara ni ja la kan...




Poster Pur-Q



Produk ini adalah milik orang kita..Tu yang mahai tu..Dan fokusnya adalah pada anak-anak anda di luar sana sebagai makanan tambahan membantu perkembangan minda mereka.




Pur-Q

Yang aku taw skit2 la company ni mengeluarkan produk yang nama dia PUR-Q kid advance, seperti di atas ni laa.. Sedikit sebanyak pasai info produk ini :


Pur Q Active merupakan sejenis makanan tambahan bebentuk jeli lembut yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.Pastinya jeli lembut ini mudah untuk anak-anak memakannya daripada berbentuk cecair.Ini kerana ramai diantara kanak2 sukar menerima makanan tambahan berbentuk cecair yang mana mereka akan menganggap  cecair ini ubat dan pastinya tak sedap.Oleh itu, formulasi yang pertama di Malaysia ini berbentuk jeli lembut pastinya akan memudahkan anak-anak memakannya dan ia seakan gula-gula yang kanak-kanak gemari.
Dengan adanya formulasi baru ini dapat membantu anak-anak yang “lembab”, “malas” dan “degil” kepada mencapai tahap yang tinggi dari segi pemikiran meraka. Ini kerana formulasi Pur Q Active ini adalah merangsang otak anak-anak yang sukar untuk “menangkap” pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Bahan Utama Pur Q Active.
Terdapat 2 bahan utama di dalam Pur Q Active.
  1. Za’faran
  2. Garam Bukit.
Za’faran
Za’faran merupakan bunga yang termahal di dunia dan dikenali sebagai “King Of Spices”.Kehebatan khasiat bunga za’faran ini diakui oleh ramai pengguna malah diiktiraf sebagai herba yang banyak membantu melawan penyakit. Penggunaan yang sangat meluas seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India sebagai bahan untuk melazatkan masakan atau pewarna disanping khasiat yang menakjubkan untuk badan manusia antaranya:-
  1. Membantu menguatkan INGATAN.
  2. Membantu mencerdaskan MINDA.
  3. Membantu pertumbuhan akal dan fizikal bayi dan kanak-kanak.
  4. Membantu melancarkan aliran darah dan oksigen dalam badan mahupun otak
  5. Kaya dengan vitamin B1 & B2.
  6. Membantu merawat penyakit saraf.
  7. Membantu sistem penghadaman, membuang angin dan asid dalam perut.
  8. Membantu masalah  kemurungan dan runsing.
  9. Membantu merawat bengkak hati, hepatitis A & B.
  10. Mmbantu menambah selera makan kanak-kanak.
  11. Menghindarkan masalah demam, batuk dan selesema.
  12. Membantu merawat migrain.
  13. Membantu mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak yang tumbuh gigi.



PUR-Q produk




Jadi, untuk hampa dapatkan maklumat lanjut, boleh hampa tengok sendiri,paham dan nilai sendiri dalam website produk ni dengan KLIK DI SINI .Dalam ni ada detail2 pasai produk ni lagi..Jadi aku review skit2 ja la...nak lebih usha dalam website ni nooo...


Setakat ni la entry aku kali ni..Apa2 terima kasih la noo..


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best









 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...