Instagram
Sitegiant E-Commerce

Sunday, 27 October 2013

Action King- Vathiyar

Assalamualaikum..Salam sejahtera semua..apa habaqqqq...sihat kot nooo hampa semua..moga sihat2 hendaknya..Cuti lama dua hari ni kira xdan nak update aihh..Kalut wei..sorry2...tapi aku taw hampa semua steady..rajin update..bukan macam aku ni...Pemalaih...huuuh..Tapi hari ni kira aku nak update la..Lama ngat aih xupdate noo..xpa2..Walaupun aku xupdate tapi 2 hari tu kira aku sempat gak tengok movie Tamil yang pasti aku akan review dan share ngan hampa..hahaha...saja la syok2 share ngan hampa..sebab aku tengok filem ni best..share p la noo...bagi aku..xtaw la hampa di luaq sana kan..hehehe






Vathiyar Action King
Vathiyar (2006)


Tudia..aku review skali lagi pasai Action King-Arjun...hurmm..aku terlupa yg aku ada cd dia 10 in 1 punya xdan tengok..2 hari lepaih aku buka tengok..tudia..banyak lagi filem dia dalam 10 in 1 tu aku tengok..ni salah satunya..Tajuk dia Vathiyar. Maksud dia dalam English xsilap aku The Teacher. Sempena dengan watak dia sebagai Annadurai, dia memegang watak sebagai seorang samseng gak la..Tapi berhati bunga..baik..Tapi kuat gadoh..Tapi dia bergaduh ada sebab la..bukan saja2 dia suka gadoh..

Cerita start dengan action dah..awai2 dah ada desyum2...Tumbok jatuh ke tanah melantun-lantun penjahat dengan dia..Dia ni memang action punya kaki..Sesuai la dengan gelaran dia "Action King". Dia ni walaupun kaki pukui dia ada satu sifat yang baik..Dia ada buka satu rumah untuk anak2 yatim dan orang2 tua.Di sebabkan itu orang ramai banyak hormat sama dia dalam cerita ni sebab dia xabaikan anak yatim dan orang2 tua.Semua pakat sayang kat dia sebab dia la boss di rumah anak2 yatim tu.

Cerita di selitkan sedikit dengan flashback pasai backgroud hero sebelum dia menjadi boss di rumah anak2 yatim ni.Flashback ni sebab orang2 kat rumah tu geram kat heroin sebab heroin dok kutuk2 hero..Depa xpuaih hati terus cerita pasai zaman silam hero. Jadi zaman silam dia sebenarnya hero ni seorang guru. Guru yang cukup berdedikasi.Dan pernah dia tibai seorang guru lain sebab membuat perbuatan tidak senonoh dekat pelajar depa..Hero xcakap banyak..Bantai xingat dunia punya siap pakai tali pinggang lagi tibai belakang cikgu tu. Rupanya perbuatan hero itu xmenyenangkan hati mak dia sebab mak dia xsuka anak dia jadi samseng. Disebabkan hero tu tibai cikgu yang berlaku xsenonoh tu dia dibuang kerja.Di sebabkan itu mak hero marah.Mak dia xmau dia jadi samseng padahai dia mengajaq cikgu tu..

Di pertengahan flashback itu lagi berlaku perkara lain iaitu kebakaran di sebuah sekolah yg meragut 200 nyawa student.Ini disebabkan sekolah yang dibina tidak menepati spesifikasi yg ditetapkan.Biasalah, di sini unsur2 rasuah pegawai2 kerajaan ditonjolkan dalam filem ni.Seorang guru datang pada hero dan mengadu untuk selesaikan kes ni,tapi mak dia xbagi jugak.Di sebabkan itu,hero amik keputusan untuk setelkan masalah sekolah yang terbakaq itu..Start pada hari tu mak dia xberkenan kat dia sampai xmengaku hero tu anak dia..Kes pasai xdengaq cakap ja.Padahai hero buat benda baik.

Selepas itu cerita kembali seperti sediakala dan heroin baru terasa yg dia dah salah sangka kat hero..Baru dia taw yang hero ni memang baik..Memang dia kaki pukui, tapi sebenaqnya dia pukui orang ada sebab..Tapi bagaimana lak dengan mak dia?adakah mak dia akan terus membenci dia?adakah mak dia taw yang dia ni sebenarnya banyak lagi benda baik dia buat sampai ada orang lain sanggup mati untuk hero iaitu anak dia? Nak taw...kena la tengok...Sebab waktu mak dia dok benci kat dia ni la klimaks cerita ni..Klimaks macamana?kena tengok sendiri la macha..cerita semua xbest la..hahahaha...






Mallika Kapoor Vathiyar Heroin
Mallika Kapoor


Nindia heroin dia..amacam....huhhh...Aku dok perati Action King ni kira dok dapat peluk heroin lawa2 ja..Sesuai la ngan dia Action King macha..hahaha..Badan pun sasa...Tough..Muka pun cerah skit la walaupun xkena cahaya matahari...Kira heroin ni dapat peluk dia pun puaih ati la kot nooo...hahahaha..



Action King VAthiyar





Vadivelu Comedy
Vadivelu (kanan)

Haa...ni pak lawak dia..Yang baju oren gelap pegang bunga tu..Dia ni ada memang hampa bleh gagah gak la gelak sebab dia ni memang bahan ujikaji hero dan orang lain..Habuan kena tampaq pipi,sepak dan sebagainya..Kehadiran dia ni di waktu2 filem nak jadi heavy, maka dia muncul untuk meringankan sedikit minda kita dengan lawak jenaka dia...hahahaha..Kira director Tamil ni xmau la hampa tengok movie dalam keadaan tension..so dia selit la babak lawak dengan pak lawak ni..tu ja la...






Sekian terima kasih review dari aku...


Montana
Be the best to win The Best







18 comments:

  1. serius muka hero dia memang samseng.. berapa bintang nak bagi untuk filem ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 bintang bleh ni....aiza bleh tengok cerita ni layann

      Delete
  2. Fenomena baru ka Tamil Movie ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic...mr.tana...u try review dis film ..vettaikaran..star by vijay i think...
      and 1 more Aegan...i think mcm best...but Aegan i don know hero dia siapa...

      Delete
    2. Vettaikaran..hurmm in shaa allah nanti kita try..hehehe
      Aegan: Ajith Kumar..tu hero style gak tu

      Delete
  3. hero2 tamil awat nmpak ganaih taktau hak3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja amik gambaq yang nampak ganaih..time xganaih smart jaaa hero ni hehehe

      Delete
  4. alaaaa...nape crita sekerat jaa?
    hahaha...
    banyak movie nak kena tengok ni, semua sbb hg punya review la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok la..sudah2 la layan Bollywood ...Ji Haa... hahaha

      Delete
    2. bollywood terbaekkkkk~~
      hahaha...

      Delete
    3. ya la...Tabu...apa bleh buat hahaha

      Delete
  5. siap ada bahan ujikaji dalam citer tu. haha. memang melekek la kau ketawa kan montana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib bukan tikus ja kalau tidak memang mati la dia ni hahaha

      Delete
  6. Ada Deshum-deshum lagi..trademark cerita tamil tu..

    ReplyDelete
  7. dulu dulu dulu mmg layan aa tamil ni.. skang korea jeeeee dek! ermm last tgk cite chennai expresss je.

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...