Instagram

Tuesday, 26 August 2014

Hero Tamil Suriya- Anjaan (2014)



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan hari ini? harap-harap tuan-tuan semua berjaya selalu hendaknya di samping keluarga tersayang. Kelmarin punya cerita la ni, selepas aku cuba tulis dalam entry aku yang bertajuk Filem Tamil Yang Bakal Ditayangkan 2014 , dalam post itu aku ada senaraikan beberapa filem Tamil yang akan ditayangkan dalam tahun 2014 ini. Jadi, dalam senarai tersebut, filem yang ditayangkan untuk bulan ogos ini adalah filem arahan N. Lingusamy yang bertajuk Anjaan. Ada lagi filem-filem lain dalam bulan ogos ini, tapi memandangkan hero dalam filem ini iaitu Suriya, menarik minat aku untuk pergi menonton sendiri filem dia ini. Sila rujuk entry aku yang bertajuk Hero Tamil Suriya bagi siapa-siapa yang samar-samar lagi hero yang bakal diceritakan sebentar lagi ini. Filem yang baru aku tonton semalam ini sekali lagi aku bagitau iaitu Anjaan (2014), yang membawa maksud berani. Filem yang release pada Khamis, 21 Ogos 2014 ini cukup mendapat sambutan, berdasarkan penonton yang datang membanjiri pawagam di Lotus Five Star , Butterworth, Pulau Pinang. Pada mulanya aku cuba untuk lihat pada hari kedua, iaitu pada 22 Ogos, tetapi pawagam penuh tuan-tuan. Showtime yang bermula dari 12 tengahari hingga ke midnight 00:15 penuh, memang xda peluang langsung. Lotus Five Star yang mempunyai 4 Hall semuanya penuh, walaupun sudah hari kedua, dan dikhabarkan berlarutan lama gak fenomena filem ini di panggung ini. Maka semalam la tarikh yang aku dapat, untuk turut serta menonton filem karya N.Lingusamy ini yang hero dalam filem ini adalah Suriya. Tudia, boleh mai tengok sendiri, beli tiket beratoq punya panjang serupa gerabak keretapi, betapa sokongan penuh mereka kepada filem mereka. Aku? err...memang nak tengok pun sebab kawan-kawan dok bakaq kita kata rugi la xtengok.Mana boleh tahan bang, hari2 dok habaq cerita ini best, last-last aku redah jugak 44km dari rumah ke pawagam. HAhaha. Suriya bang. Hero kemaih ni. Bagi aku filem kali ini biasa, tapi dia jadi luar biasa balik sebab Suriya berjaya membawa peranan dia dengan baik sekali dalam filem ini. Syabas la Suriya, tak sia-sia orang beratoq panjang, sebab dia give the best shot dalam filem ini.





Filem ini tuan-tuan, agak tricky sikit andai kata dilihat sepenuhnya selama 2jam45minit. Agak sukar untuk aku nak review sebab filem ini banyak menggunakan flashback, di mana kalau hampa xfokus maka memang xbleh nak faham jalan cerita dia. Tu memang aku dah taw dah, Suriya kalau berlakon dia cukup cekap bab2 nak tricky penonton ni. Unsur naratif yang digunakan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu dalam filem ini cukup mengkagumkan. Tambahan pula bila unsur ini digunakan untuk menceritakan hero dalam filem ini. Unsur naratif seperti "Raju Bhai kalau datang, semua orang akan berasa gementarnya" cukup signifikan untuk menggambarkan siapa dia orang yang akan kita tengok sebentar lagi ni. Jadi permulaan cerita menceritakan seorang pemuda yang bernama Krishna,berwatak nerd, berkaca mata dan pakai satu tongkat di tangan yang datang ke ke daerah Mumbai xsilap aku, untuk mencari abangnya. Beliau juga memberitahu apabila soalan siapa abangnya,dia akan menjawab Raju Brother ataupun adik kepada si raju. Pergh..Dengaq nama raju, benda yang boleh kecut, pakat kecut abih. Tambahan pula Krishna ni memang saling tak tumpah wajahnya macam Raju, yang lebih dikenali sebagai Raju Bhai di kawasan yang bawah jajahannya.








Filem ini bagi aku, 40minit pertama penuh dengan lagu, dan love story yang disampaikan dalam keadaan tidak begitu meleret. Keseluruhan movie hanya berkisarkan kepada Raju Bhai. Siapa Raju Bhai ini? Di waktu Raju Bhai ni nak tunjuk muka di layar, penonton dah jadi tidak keruan dah sebab memang style orang India tonton wayang macamtu. Bagi aku itu bukan persoalannya, yang penting apa yang Suriya nak hidangkan kat aku ni. Maka watak Raju Bhai ini adalah gengster yang cukup disegani,dihormati dan beliau tidak berdiri seorang, tetapi dibantu oleh seorang sahabatnya yang begitu kuat sifat setiakawannya iaitu Chandru. Tidak ada flashback bab depa naik macamna, cuma ada beberapa scene yang menunjukkan kenapa mereka dua ini begitu rapat,sehingga Raju Bhai pernah masuk jail 7 tahun untuk kesalahan Chandru, dan Chandru pernah menyelamatkan Raju Bhai dari ditembak sebanyak 5 kali. Jelas di sini perkaitan dua watak inilah yang menghidupkan filem ini.

Di babak seterusnya maka muncul lah lawan sebenar mereka berdua dalam bisnes gengster ini, watak yang bernama Imran Bhai. Imran Bhai bagi aku adalah satu watak yang kurang fungsinya, namun Imran lah punca anak-anak buah Raju Bhai menjadi pembelot dan merancang satu konspirasi sehingga Chandru,rakan baik Raju Bhai mati. Raju Bhai jugak turut menjadi mangsa dalam konspirasi ini di mana beliau ditembak, tapi hero xmati la bang.Hahaha. Maka di babak-babak seterusnya inilah yang dibawa oleh Krishna, budak yang mengaku adik Raju Bhai, yang sebenarnya dialah Raju Bhai, yang menyamar sementara untuk mencari sebab mengapa konspirasi yang dirancang itu diwujudkan sampai mati member baik dia. Uishh..Raju Bhai marah betui dalam filem ni.

Di babak-babak nak habih dah filem ini, Krishna, yang sebenarnya Raju Bhai cari sorang-sorang balik dan bunuh satu persatu. Beliau tidak dapat menerima hakikat pembelot, apatah lagi pembelot2 itu dikalangan anak-anak buah dia jugak, yang berpaling tadah dari beliau lalu menyokong Imran Bhai. Di akhir cerita Imran Bhai, xkuat mana pun,lawan pun xpandai,cakap pandai ja, mati jugak di tangan Raju Bhai yang ternyata lebih pandai dari dia. Di dalam filem ini, banyak kata-kata sempoi yang diucapkan dari Raju Bhai, kata-kata psiko untuk lawan dengan musuh yang memang bagi aku memang sempoi. Sempoi macamana tu? yang tu hampa kena tengok sendiri. tu ja aku boleh bagitau, yang pasti, Suriya bagi aku berjaya membawa watak dia. Syabas sekali lagi Suriya. Ehh...Raju Bhai.hehehe.

Secara keseluruhannya, filem ini bukanlah semata-mata gengster tuan-tuan, tapi nampak gaya moral yang nak diketengahkan oleh pengarah ini macam xberapa kita nak dengaq dah sejak akhir-akhir ini. Pembelot kalau nak diceritakan selalunya ending dia memang mampuih, tapi dalam masa yang sama pengarah cuba nak ketengahkan nilai sebuah persahabatan dalam kehidupan seharian. Tak perlu nak jadi samseng tuan-tuan, cukup sekadar kita menghormati dan setia dalam persahabatan kita. Raju Bhai dalam filem ini bukanlah kepala samseng yang menyerang orang membuta tuli tuan-tuan, beliau cuma seorang karekter yang terbiasa dengan seorang sahabat karib yang membangun bersama dalam membina empayar mereka. Beliau tidak dapat terima apabila kawan karibnya mati, bukan mati di tangan musuh, tetapi di kalangan member2 depa jugak. Perlukan sikap setia sampai ke hujung nyawa ini tuan-tuan? maka mungkin itu persoalan yang Raju Bhai tinggalkan kepada kita untuk kita nilai sendiri, berdasarkan pandangan masing-masing. Bukankah satu benda yang tidak masuk akal? kawan lain buat hal, kawan lain masuk jail, kawan lain yang nak kena tembak, tapi kawan lain lak yang sampai pi sua badan, sampai berbekaih badan Chandru hasil kesan tembakan. Memang xmasuk akal, tapi siapa mampu nak hurai erti persahabatan yang hanya dua orang ini sahaja yang faham? maka benda itu memang susah la nak jawab kan. Kita kata dia bangang masuk jail 7 tahun pasai Chandru buat silap, tapi Raju Bhai steady ja, macam xdak apa2. Sebab apa, sebab itu erti persahabatan mereka, yang membuatkan Raju Bhai tidak tinggal sekoq pun orang yang terlibat dalam pembunuhan Chandru.

Panjang sangat kot noo. Boleh la kot taraa ni. Hampa nak taw cuba tengok sendiri, rasanya ada lagi dipanggung, dan pastikan tanya di kaunter dulu ada subtitle atau tidak. Bukan apa, saja ja aku peringat hampa, sebab ada panggung wayang yang tayangkan filem Tamil tanpa alih bahasa. Jadi xsalah aih hampa pi tanya kakak di kaunter tu kan. Hehehe. So selamat menonton noo..


Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan/References:

1.http://en.wikipedia.org/wiki/N._Lingusamy
2.http://www.cinema.com.my/cinemas/cinema.aspx?cid=113
3.http://www.strikingsoon.in/wp-content/gallery/anjaan-movie-first-look-posters-hd-wallpapers/thumbs/thumbs_anjaan-movie-wallpapers-first-look-posters-hd-04.jpg


Thursday, 21 August 2014

Superstar Rajinikanth- Aarilirundhu Arubhadhuvarai (1979)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua, moga anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Amacam hari ni? harap-harap tuan-tuan sekalian semuanya dalam keadaan baik hendaknya. Seronok noo rupanya, bila boleh jumpa kawan-kawan lama zaman muda-muda dulu, walaupun xjumpa depan mata, jumpa dalam media sosial yang bagi aku cukup dekat dengan kita seperti aplikasi whatsapp bagi aku memadai sebab kawan-kawan kita bukannya dok dekat macam kita zaman muda-muda dulu. Maka timbul lah cerita masa sekolah, nostalgia dan bermacam-macam lagi memori yang bila dok baca tak larat nak gelak pun ada. Biasalah kan macam aku ni sekolah dulu kelas belakang-belakang, xpandai. Heheh. Bila budak xpandai macam aku ni macam-macam la cerita, cukup berlambak. Tapi tu yang kata kenangan tu, ingat supaya membantu kita menjadi lebih baik di masa akan datang. Aku rasa rata-rata semua orang ada benda-benda macamni kan. Jadi janganlah putus benda-benda macamni, bagi aku ada baiknya, sebab kita bleh taw keadaan semasa kawan-kawan kita time sekolah tu. Tapi jangan ralit sangat, nanti satu kerja apa pun xjadi, kalau boleh lepas waktu kerja la best sebab boleh layan tanpa bebanan kerja di depan mata. hehehehe.

Sebenarnya beberapa hari lepas aku nak kongsi dah filem yang aku tengok dalam tv, siaran Astro 202. Mulanya aku mata xberapa nak larat dah tengok TV, tak silap aku malam tu aku dok tengok Highlight BolaSepak ja rasanya, masa kalih channel tu tengok2 pergh.. Superstar berlakon wei. Tapi tu la berdasarkan kualiti gambaq tu, rasanya gambaq tu macam gambaq lama ja. Rajinikanth pun nampak tegap dan muda lain macam ja, jadi aku layan pi la kan. Tak semua filem lama dia aku tengok, sebab berlambak sangat. Jalan cerita pun macam slow ja, tak rasa nak tengok sangat. Saja layan pi la, sekali slow2 pun dia punya jalan cerita, aiyaaa. Cukup meninggalkan kesan gak oo tengok cerita tu. Memang betul la, filem Tamil ni dekat dengan hati orang yang tengok, sebab kisah masyarakat diletakkan di atas sekali, dalam majoriti filem dia, maksud kata xsemua la filem dia pasai masyarakat kan. Tu maksud aku, xsemua. Tajuk dia pun agak panjang, jadi xyah sebut pun xpa sebab susah kot. Cerita dia berkisar tentang kemiskinan yang menghimpit hidup hero Rajinikanth yang memegang watak Santhanam, dalam hidupnya. Dari cerita yang aku tengok ni, hero kira susah dari kecik sampai besaq, dan sampai satu masa itu kemiskinan dia dah sampai tahap ekstrim sangat ni.




Santhanam ni menunjukkan satu watak yang sangat pentingkan keluarga, sangat pentingkan tanggungjawab dalam kehidupan dia. Dengan bekerja di syarikat printing, di sana ada marka sorang yang Santhanam ni suka. Kapel la depa dua orang ni. Memandangkan kemiskinan, dia xbleh apa la, marka lari kawin ngan orang kaya. Di sebabkan hal itu kahwinlah dia dengan orang yang sekufu, iaitu perempuan yang miskin juga bernama Lakshmi. Tu yang kata sekufu kan, senang, miskin dia mudah ngan miskin. Maka dalam masa yang sama Santhanam ni banyak membantu 2 adik laki dan sorang perempuan, di mana adik seorang ni belajaq sampai luaq negeri, yang perempuan pun banyak gak dia sacrifice untuk bab-bab perkahwinan, dan yang last tu turut Santhanam bantu jugak. Nak jadi cerita Santhanam ni dibuang kerja lak, dah la diambang kemiskinan tegar, dibuang lak. Sebab new management iaitu anak tokey dia amik alih dan buang dia bekerja.

Dah la susah, xbekerja, sampai satu masa tu nak bagi anak bini makan ni cukup daif la hampa tengok. Huhh..memang kesian aku tengok Rajinikanth dalam filem ni, dengan pakai T-Shirt pagoda, koyak kat bahu dan lain-lain lagi koyak, dan dia memang pandai buat muka kesian dalam ni. Hidup yang susah menyebabkan dia terpaksa menjual banyak barang-barang dalam rumah, sebab nak menampung kos hidup. Dia xmakan xpa, ni anak-anak dok riauu kat rumah lapaq, mana hero tahan bang. Kalau kita pun xleh tahan kot. Jadi dalam masa ni la banyak babak penghinaan dia terima, dari adik-adik dia yang seolah-olah lupa abih jasa abang dia yang dok tolong depa sampai berjaya. Dalam filem ni memang penuh dengan kata-kata pujangga Rajinikanth yang bagi aku dia ni memang layak la geng2 India panggil dia Superstar. Ada sekali tu adik dia mai melawat dia di rumah, tengok rumah abang dia sampai licin xda apa dah. Dengan nada yang sombong, depan bini dia dan bini Santhanam dia bagi cek untuk abang dia,tapi hero xamik broo..Bukan sombong,bukan miskin tapi xda adab, tapi maruah abang tu dipermainkan. Ya la, hang nak bagi duit kat abang hang,tapi hg dok cakap seolah-olah abang hang tu kemaruk sangat dengan duit hang tu. Huihh malu la abang tu, depan bini dia lak hang wat macamtu kan. Apa salahnya duit tu bagi elok2, cakap elok2 ngan dia. Ni dak, nak bagi tapi cakap benda menyakit hati kawan tu. Adik dia bercakap seolah-olah adik dia tu beranak terus dalam keadaan senang, macam xpernah susah, tu yang hero bengang tu. tuan-tuan, hati orang miskin ni xmacam kita, depa cukup sensitif dan cukup mudah terasa ngan ayat-ayat kita. Jadi berhati-hatilah dalam pertuturan naa, bukan kata ngan orang miskin ja kan, semua orang kita kena jaga pertuturan kita.






Tu adik laki punya hal, adik perempuan lagi la biadap. Santhanam pernah p rumah melawat adik, si Santhanam ni beli la barang mainan kat anak adik dia iaitu anak menakan dia jugak, selamba ja dia buang mainan tu dengan ayat cacian tahap najis kat abang dia. Pergh. Babak ni la paling xtahan, sebab Hero kena maki bertubi-tubi, tapi hero diam ja. Dia taw adik-adik dia naik kepala,xrespek dia sebab dia miskin tegar. Abang dia yang dia dok maki tu lah bekerja siang malam simpan duit nak bagi dia kahwin, last2 cacian dia dapat. Dalam masa dia susah ni, kawan dia sorang tu ja yang rajin dok tolong dia, sampai satu hari tu dia jadi malu dok pinjam duit, maka dia cari ikhtiar kerja baru dan dapat jugak bekerja. Baru dapat kerja, bila lak mati, dalam satu kebakaran. Pergh.. Memang tamparan hebat la Santhanam kena. Selepas satu, satu sampai dia amik pendekatan yang tak masuk akal, iaitu minum racun nak bunuh diri. Tapi akhirnya suara anak dia tengah mengigau sebut "Mak" tu membuatkan dia xjadi bunuh diri.

Santhanam memulakan hidup baru dengan menulis buku, tentang hidup dia, dan berbekalkan duit insurans dari kematian isterinya dia membina syarikat percetakan. Ni pun pada mula dia dapat cek tu, dia xmau amik pun, dia terus bagi kat member baik dia tu. Sampai member dia kata apa hang ni duit pun xmau, hg nak hidup macamana kalau terus macamni. Last-last dia kata kat kawan dia amik la duit tu hang buat la apa hg suka. Tapi kawan Santhanam ni xamik kesempatan, malahan membantu membangunkan Syarikat Printing untuk Santhanam ni. Tu yang kata kawan tu, ya la kan, dah la susah,anak dok xtentu hala lagi makan minum, bini mati lak xkan la ada lagi kawan tergamak nak ainaya kawan kan. Jadi klimaks filem ni diceritakan dalam bentuk pantas di mana babak buku beliau mendapat sambutan, dan di akhir2 cerita dia jadi kaya jugak,hasil penulisan dan beberapa produk lain kot hasil company dia. Di waktu macamni yang dia agak sedih, sebab isteri dia hanya ada di waktu dia susah,namun tidak sempat berkongsi kesenangan hidup masa dia kaya. Di babak sebelum dia nak mati, adik2 dia semua pakat mai menempek kat dia. Adik laki yang berlagak tu menempek bahu kiri,adik popuan bahu kanan. Waktu dia kalih blah adik perempuan dia, flashback balik macamana adik popuan dia hina dia. Kira dia teringat benda tu, dia senyum ja, dan berlaku dialog dalaman diri di mana dia kata dulu dia susah, mungkin depa malu nak mengaku dia abang, bila dia senang baru depa nak menempek merata kat dia. Tapi Santhanam akhirnya memaafkan adik tanpa sedikit pun terasa hati dengan depa.

Filem ni secara total menunjukkan betapa seseorang itu boleh mengubah hidupnya,asalkan dia ada usaha yang sungguh-sungguh nak berubah. Tapi aku lebih tertarik pada nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang abang. Kadang-kadang kita yang adik ni terlupa, dan terlepas pandang perasaan abang kita, sebab mungkin nasib kita lebih baik dari dia. Namun perasan dak kita yang abang kita tu cukup sayang kat kita. Dia sanggup susah, dia sanggup korban masa depan sebab kalau dia pun mengaji tinggi mak ayah xlepaih nak sara kita, padahal nak ikutkan hati dia yang abang,patut dia mesti diktator,tapi jarang abang sulung yang macamtu kan. Entah la, mungkin pandangan aku silap, tapi berdasarkan dalam filem ni Abang ni sampai satu masa nak makan pun xdak sangat2 dah, tapi xpernah nak merayu meminta-minta kat adik2 dia,walaupun dia taw adik dia kaya. Bukan sebab dia berlagak, atau ego tuan-tuan, sebab dia dah terbiasa susah,dan terbiasa nak apa pun usaha, sebab tu bukan mudah untuk depa menyerah kalah,walaupun mereka berdiam diri seolah-olah macam xreti apa dalam hidup ni. Tetapi dia mereka itu menyimpan seribu satu persoalan yang jarang ada jawapan untuk mereka sendiri. Itulah yang kata kasih sayang seorang abang, kadang-kadang abang ni la yang akan secara automatik membela adiknya, jika adiknya ditimpa masalah atau sebagainya. Abang ni sanggup dicaci depan orang, tapi xkan biarkan family atau adiknya dicaci depan orang. Biaq adik dia sendiri caci dia, tapi bukan orang lain caci adik dia. Sebab apa, dia lebih kenal adik dia daripada orang lain, jadi biarlah dia rasa sendiri adik dia keluarkan setiap ayat dari bibir mereka, walaupun perkataan itu tidak enak didengar. Sebab itu kalau ada abang2 tuan-tuan yang mungkin dalam situasi macam dalam filem ini, maka sentiasa la bagi semangat kat depa,dorongan supaya mereka bertambah kuat, dan selalu lah melawat depa, sebab kadang2 abang ni dah macam ayah kita, dia bukan nak duit tuan-tuan, dia cuma nak perhatian kita. Cukup sekadar call, tanya khabar dia. Dengan panggilan,suara kita tu saja mampu mengubah hari dia dari suram kepada gembira.

Setakat ni dah la kot noo. Panjang lagi kalau nak cerita ni, tapi panjang sangat satgi aku pun bleh kaya macam Santhanam tulis buku teruih kaya. hahah. Cuba lah tengok kot2 ada lagi ka dalam astro 202, boleh hampa tengok sendiri.

Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan/Reference:

1.http://www.whatsapp.com/
2.http://en.wikipedia.org/wiki/Aarilirunthu_Arubathu_Varai
3.http://www.starmusiq.com/movieimages/Aarilirunthu-Arubathu-Varai_B.jpg
4.http://4.bp.blogspot.com/-XIVJN5ao2xM/UqlCmlz2U_I/AAAAAAAABIU/z93Y0rwMmSA/s1600/27- Aarilirunthu+Arubathu+Varai-02.jpg




Friday, 15 August 2014

Menantu Superstar Dhanush- Venghai (2011)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua, moga tuan-tuan dan puan-puan sekalian sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Bagi yang bekerja tu, selamat menjalankan tugas dengan penuh komited dan dedikasi nooo. Macam-macam berita dan maklumat yang aku dapat daripada blogger lain hasil blogwalking, tahniah kepada anda semua sebab anda memang share benda yang menarik untuk tatapan kita semua. Tahniah diucapkan. 

Kadang-kadang seronok tengok anak-anak yang suka berbuat baik kepada orang tua depa, sebab tindakan yang depa buat itu memberi inspirasi kepada kita yang dok tengok ini supaya lebih sayangkan benda yang dok ada depan mata kita. Bukannya apa kan, bila dah xdak besok nanti, haa lain oo rasa. Sebab tu orang yang paling kita sayang tu kita kena hargai dia betul-betul. Jadi benda ni banyak aku tengok dalam masyarakat kita, dan kerap kali bila aku tengok filem tamil aku tengok benda ni kadang-kadang dah jadi macam sebati dah dalam setiap filem depa andaikata tema filem itu pasal keluarga. Budaya masyarakat India ni kalau diperhatikan depa cukup sayang mak ni, sayang sungguh-sungguh. Adakah dalam masyarakat kita tiada? pasti sedangkan itu dituntut dalam kepercayaan kita sebagai seorang mukmin. Hinggakan redhaNya itu terletak pada ibu bapa itu jugak. Traslate mudah, mak bapak kita sayang kita, maka pencipta kita sayang kita. Mudah punya pemahaman. Awat montana tgk cita tamil ja ka ada benda tu, filem Melayu xda ka? ada. Kan aku bagitaw tadi kan, bukan kata masyarakat malahan kepercayaan kita tuntut benda tu, maka kompom la ada dalam orang kita jugak kan. Tapi mengikut status quo yang dok ada cerita kita macam dok ada la kan, kecuali kalau berkaitan drama, terutamanya CEREKARAMA tu lain skit, sebab kalau cerekarama yang boh dalam TV drama tu, maka tema masyarakat dan kepercayaan Islam bakal dihidangkan kepada kita. Maka sebab tu aku suka tengok drama CEREKARAMA tu, yang selalu dok ada dalam 2 jam tu sebelum NIGHTLINE. Seronok aku tengok. Memang best pun, drama dia layan ja. La ni pun drama jugak kan, yang petang-petang tu, yang dok cakap Utara sat tu, lepas tu pi KL speaking balik.. Ada laa..cerita tu..Heheheh....Hat seronok sangat depa dok kata tu..Tapi baguih gak tidak pelakon baru xdak peluang la nak berlakon. Yang penting pakej mau ada naa nak berlakon, xpandai berlakon pun xpa..

Sebenarnya dalam masa aku dok nak tulis ni, masih berlegar-legar di minda lagi apakah filem seterusnya serta skop filem lagu mana yang aku nak kongsi dengan tuan-tuan sekalian ni. Dalam masa perenggan kedua di atas ditulis, maka dari perenggan itu dapat aku cari satu filem yang aku pernah tengok, walaupun asasnya mengenai sayang orang tua xberapa nak strong, tetapi filem itu masih ada intipati sayang dan hormat orang tua, samaada dari pihak hero mahupun pihak heroin. Jadi kali ini sekali lagi aku nak review dan kongsi satu filem yang dilakonkan oleh Hero yang boleh dikatakan ramai kata xberapa nak kacak, tapi bagi aku lakonan dia agak sempoi jugak sebab komitednya hero ini dalam lakonannya. Kali ini aku cuba nak review pasal Menantu Superstar kita, iaitu Dhanush, di mana aku pernah review cara lakonan dia dalam entry aku yang bertajuk Hero Tamil Menantu Superstar Dhanush . Rujuk entry berkenaan untuk hampa taw sedikit latar belakang beliau dari nukilan aku yang xseberapa ini nooo. Dhanush ni bagi aku, dia ni  kacak, cuma dia ni kacak di antara yang tak kacak. Tapi kalau dia berlakon, memang best. Cuma cerita-cerita dia kebelakangan ini ja kurang menyengat skit, nak dibandingkan filem-filem dia yang lama, termasuklah filem dia tahun 2011yang akan aku review ini. Hat ni antara best filem dia bagi aku setelah aku tengok 2 kali, masih xingat sepenuhnya jalan cerita tapi 2 kali tengok memang best ini filem macha bagitaw hampa.






Tajuk cerita ni Venghai, yang membawa maksud Cheetah (Wikipedia.Org). Haa..Maksud Cheetah tu, tapi dalam ni Dhanush xlari laju pun macam Cheetah, dak pun. Kalau sapa yang dok taw maksud Venghai mesti ingat macamtu kan? heheh..Dak. Hero xlari laju pun, malahan babak gaduh xda tumbok terbang merata, tu beza Dhanush ni ngan hero lain. Kadang-kadang banyak movie dia lakonkan watak fight tu nampak style gak, senang cerita la nampak real la. Masih ada skit2 babak yang xmasuk akal tu, tapi Montana macam biasa, nak tengok apa yang Director Hari ni nak sajikan kat aku. Jadi aku layan dulu. Secara totalnya, tema cerita ini adalah sikap tidak puas hati dan benci yang cukup lama dekat bapa hero kita dalam filem ini. Dhanush memegang watak Selvam, seorang anak kepada gengster, tapi gengster yang cukup disegani orang kampung depa tinggal tu. Bapak Selvam bukannya dikenali pasai samseng tu, tapi sikap tegas bapak dia dalam kebenaran sesuatu hal, xbetui, memang kena takek la ngan bapak dia ni. Dalam masa yang sama, bapak dia ni xsedar, bukan semua orang suka dengan cara dia tu, justice ni hanya orang yang memang mau justice ja akan terima, tapi bagaimana plak pihak haluan yang memegang watak antagonis plak? terang-terang la kan depa xmau benda betui.

Jadi permulaan cerita ni mengisahkan Selvam, seorang anak yang taat kepada ibu bapa, terutama bapanya banyak membantu bapanya menjalankan perniagaan bapanya. Bapa dia ni biasa la kan, pesyen orang kampung tapi duit banyak, ada kilang beras. Ada kilang kira tauke gak la, bila kata tauke ni rumah memang besaq la kan. Serupa kita gak la, kampung yang jauh dari orang, tiba-tiba dalam kampung tu rumah kaler putih siap besaq semua cukup, kompom itu orang kaya la kan. Dalam masa yang sama, Selvam ini cuba nak jadi orang yang berdikari, dengan membawa diri ke pekan dan bekerja biasa di bawah pak menakan dia, iaitu adik bapak dia sendiri. Semasa di pekan, hero sudah jumpa marka lama la, marka kawan dari kecik lagi ini yang dilakonkan oleh Tamannah. Heroin ini memang aku berkenan betui, bleh rujuk entry Stylish Star Allu Arjun di mana aku ada letak pic Tamannah ni. Dia ni kalau kerja Bank Rakyat ka, kompom berlambak orang buat loan kat dia punya. 3juta punya sale sebulan senang2 ja dia contribute, sebab lawa, hahaha. Dalam masa yang sama, berlaku satu pergaduhan kecil di depan mata Selvam, sebab seorang guru, tempat heroin belajaq ini kena marah tahap maki sampai maruah ni. Selvam terpanggil nak membantu sebab tu cikgu atau pengetua kot tempat heroin belajaq, jadi dia pi tolong la cikgu tu. Berlaku satu pergaduhan yang sempoi gak la di situ.

Dalam masa yang sama itu, plot cerita beralih kepada bapak Selvam pulak di mana ada satu Menteri tu cukup xpuaih hati dekat bapak hero kita ni, sebab bapak dia xmau tunduk atau berbaik2 dengan menteri ni. Bukan pak dia xmau baik, masalahnya Menteri ni dok buat kemaih sangat, tu yang pak dia bengang tu. Lagipun menteri ni banyak dok buat nayaa kat orang kampung membuatkan bapak Selvam bara sampai ke hujung filem ini. Konflik berlaku dari segi fizikal dan juga mental di mana Menteri ni cuba bermain tektik jahat untuk perangkap bapak Selvam ni. Bila perkara ini sampai ke pengetahuan Selvam, maka dia ambik inisiatif untuk kembali ke kampung untuk perbetulkan keadaan sebab dia dapat taw Menteri tu sampai tahap nak bunuh bapak dia. Haa. Di sini berlaku perang psikologi yang bagi aku memang cukup tektikal, di lakukan oleh Dhanush. Sebab apa, dalam filem ni dia memang pakai macam budak kampung yang xreti apa, tapi dia cukup brilliant dalam nak checkmate Pak Menteri yang jahat ni. hahaha.. Bab-bab ni yang hampa kena tengok sebab memang Dhanush cerdik gila, sampai menteri ni pening kepala dibuatnya, nak bunuh hero, takut karier politik dia tercabar, maka terpaksalah dia melawan cara tektik politik jugak dengan Selvam ini.

Babak-babak akhir filem menunjukkan Selvam kahwin dengan radhika, heroin yang dilakonkan Tamannah ini jugak, tetapi sebenarnya perkahwinan ini pulak ada konspirasi pulak dah. Ni yang buat filem ni bertambah menarik sebab Tamannah ni bukan kawin saja, tapi kawin bersebab. Sebabnya dia terpaksa menurut kehendak ibu dan datoknya yang berdendam dengan bapak si Selvam ini, sampai ke tahap kopi boh racun ini. Filem Tamil ni, kalau pakai racun kira klimaks la, habis cerita la jawabnya. Persoalannya, kenapa diturut ibu dan datok sampai tahap membunuh ni? Nak taw pasaipa sampai tahap tu heroin sanggup buat, maka hampa kenalah tengok Venghai ni..ok? hehehe... Wei best.. Bagi aku ini di antara movie Dhanush yang hampa boleh tengok. 

Bagi aku filem ini lah yang menampilkan taatnya seorang anak, baik dari blah hero mahupun heroin. Hero memang taat, heroin pun taat. Tapi taat hero bertempat, tetapi heroin ditarik untuk jadi seorang yang taat tidak kena pada tempatnya. Kerana konflik yang terjadi adalah bersebab, yang akhirnya menunjukkan Dhanush ni memang banyak bekorban dalam hidupnya, demi bapak dia. Sampai satu masa tu ada babak menunjukkan heroin ni berkata satu benda yang xenak didengar hero mengenai bapak dia, nyaris2 nak kena penampaq dah. Hero sampai kata, benda kalau pasai bapak aku, aku xkahwin ngan hg pun xpa. Tudia..Yang kata hero taat ni, hg kutuk bapak aku, hg lawa tara mana pun, sorry la aku xmau. Bapak dia sanggup mati untuk anak dia, bapak dia yang membesarkan dia dan bapak dialah orang yang betul memahami dia. Sebab tu dia xleh terima orang kata kat bapak dia, dan anak mana yang mampu terima cemuhan ke atas bapak depa, bukan kata bapak, malahan ada orang yang xleh dengaq andaikata family dia menjadi perbualan yg ke arah negatif ni. Maka di sinilah yang aku rasa Director dia cuba nak ketengahkan, iaitu seburuk mana pun kita,seburuk manapun famili kita, tapi kalau kita sendiri turut serta dalam memburukkan lagi keadaan, maka sapa lagilah yang nak selamatkan nama baik famili kita kan, kalau bukan ahli keluarga itu sendiri. Maka di sinilah peranan dia membawa satu karya kekeluargaan yang bagi aku xheavy mana pun, cuma kita terlepas pandang benda2 macamni. Orang kata abang kita jahat, tu biasa. Tapi kalau kita sekali turut menambah, maka di mana kesudahan untuk abang kita jadi orang yang baik di masa akan datang? rasanya tuan-tuan pun boleh menjawab persoalan ni kot nooo....hehehe..

Ni seronoknya kalau kita tengok filem Tamil, sebab Filem Tamil ni dia hidangkan kita kadang2 filem tu boleh dibahagikan kepada 3, bab lawan, nyanyi dan lawak. Jadi dalam filem ni pun begitu jugak. Ada yang suka nak tengok pasai lawan dia tu depa rasa lawak, dan ada yang pesyen macam aku tengok mesti nak tengok sampai habis. Jadi director takut kita bosan, maka apabila filem tu dia macam nak strech skit atau tegang, dia boh babak lawak yang kadang2 lawak tu xda kena mengena langsung dengan jalan cerita, seolah2 macam nak bagi minda kita rest dulu, jangan dok gelabah atau teruja sangat. Jadi dia bagi lawak sikit, dalam 2-3minit macamtu, maka lepas tu terus masuk jalan cerita. Dalam cerita ni jugak ada babak lawak macamtu, dan memang lawak. Hampa kena tengok la baru best. Hahaha..Bagi aku orang India ni memang unik. Depa mempunyai kekuatan dari segi body language yang agak baik. Kadang-kadang kita pun keliru, betul ka dia ni? contoh kata kalau kita tanya "anne, sudah makan ka"? dia jawab "sudah thambi", sambil kepala geleng kiri kanan macam xsetuju, tapi mulut jawab ya.Hahaha..xcaya? hampa try sendiri. Ask somebody Tamil guy and you will know. Kepala kata dak, mulut kata ya. MAcam mana tu? pening ngat aihh..Hahaha.. Tapi itulah varietynya manusia, apabila Malaikat Izrail meraup tanah daripada bumi menjadikan Adam ( Muhammad Idris, 2010).  Tanah yang diraup itu daripada pelbagai jenis tanah segenap timur,barat, tengah dan lainnya maka jadilah manusia dengan pelbagai sikap dan sifat. Jadi buat apa lah kita nak berbalah kan? kita ni kejadian kita sama ja pun. Jadi releks2 ja, jangan gelabah dan positif dalam kehidupan seharian kita ok.




Aku rasa setakat ni ja kot review aku noo. Kalau hampa nak tengok lebih hampa kena tengok sendiri la. Cerita semua baik aku dok depan hampa cerita sebijik2 setel. Hampa kena tengok baru hampa taw sempoi ka dak Dhanush ni berlakon, dan heroin memang cun wei..Hehehe... Sekian terima kasih.



Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/ Reference:


1.http://www.dhanushfans.com/wp-content/uploads/2011/07/vengai-releasing-theater-post.jpg
2.http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_(director)
3.http://en.wikipedia.org/wiki/Venghai
4.Muhammad Idris Al-Marbawi., (2010). Bahru Al-Madzi, Syarah Muktashar Shahih At-Tirmidzi,
   Jilid 21 Bab Tafsir Al-Quran, Edisi Rumi, Cetakan Al-Hidayah Publication, MS 45.
5.http://images.desimartini.com
   



Tuesday, 12 August 2014

Young Superstar Simbhu- Silambattam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luaq sana, harap anda semua sihat la noo.. Hurm.. Sambil dok tulih blog ni, aku masih lagi dalam mood dok layan album wings yang baru ni, pergh tuan-tuan. Memang best betui album wings kali ni. Belek punya belek FB, hasil dari tag kawan2 baru aku taw aku punya entry mengenai Menakluk Kosmos iaitu album baru Wings mendapat perhatian PAGE Facebook Sayap Sayap Wings . Terima kasih kepada Page Sayap-Sayap Wings ni, kerana sudi letak di page depa link blog aku yang xseberapa ini. Memang aku berpuas hati dengan album Wings kali ni, cuma xsangka dapat perhatian pihak yang memang dok sama-sama perjuang menaikkan industri Rock di Tanah Air kita ini. Sekali lagi terima kasih la noo Admin Sayap-Sayap Wings. Perghh tulis dan review xseberapa mana pun tapi ada gak insan yang sanggup share benda yang aku dok tulih ni. Hehehhe.. Nanti kalau ada T-Shirt Free nama Wings depan huloq la mai selai kat aku noo.. Hehehe..

Belek punya belek komen tuan-tuan sekalian di ruangan komen, membuatkan aku ni dok rasa nak kongsi lagi apa yang dok rasa dalam kepala otak ni. Tengah dok tulis ni aku tengah dengaq lagu Bisa Yang Telah Tertunda, lagu nombot 3 dalam album Menakluk Kosmos. heheh.. Baca komen kawan2 dapat la idea, iaitu rasa macam nak kongsi sikit lah cerita-cerita yang aku pernah tengok. Kadang-kadang tu banyak dah movie Tamil dan Telegu yang aku dah tengok, cuma bila mai nak kongsi ngan hampa aku jadi lupa. huhuhu.. Betui la cikgu-cikgu kita dok pesan, "tulisan yang samar-samar itu adalah lebih baik dari ingatan yang kuat". Tudia yang kata ayat orang-orang lama tu noo. Sebab apa, sampai satu masa kita punya memory pun sudah mau corrupt kan, jadi banyakkanlah menulis,nota pendek ka panjang ka, jadi satu sumber untuk jadi pengganti kepada ingatan yang kuat,separuh kuat dan xkuat. Sama la ngan aku pun dok peringat orang aku pun,,hurmm...Hangittttttt...Aku dok perati dekat stats post entry, aku tengok Post aku pasal Young Superstar Simbhu mendapat pageview yang tinggi jugak. Aku pun xtaw pasaipa, sebab rata-rata pembaca aku tengok depa banyak kenai Superstar Rajinikanth ka, tapi post pasai Simbhu ni tinggi, padahai sebelum ini aku pernah share gak pasai dia xdak la banyak pageviewnya. Mungkin Simbhu ni kacak kot noo, tu yang banyak orang dok baca kot. Hehehe.. Maksud kata benar la kata kakak India yang kerat tali pinggang aku di supermarket tu kata, memang perempuan banyak minat dengan Simbhu ni. Hehehe. Kalau geng-geng laki kompom kata Simbhu ni muka cekodoq, tapi cekodoq pun marka dia ninddiaaaa habaq mai punya putih melepak kalah Neelofa oo.. Xcaya boleh baca post aku pasai Mappillai , dalam tu aku ada boh gambaq heroin dalam filem Mappillai, heroin tu la awek Simbhu ni, di dunia realiti bukan lakonan noo.. Hampa tengok la, lawa ooo..Memang cun.

Jadi aku nak bagi laluan sekali lagi pada Young Superstar, Simbhu sekali lagi untuk entry kali ini, untuk cuba kongsi filem dia yang pernah aku tengok. Ada dah sebelum ni aku review pasai simbhu ni, dari segi karekter dan cara lakonan dia dalam post aku iaitu Young Superstar Simbhu . Dalam tu aku review dah gaya dia, cara lakonan dia dan sebagainya. Jadi kali ni aku cuba nak kongsi antara filem dia yang pernah aku tengok sebelum ini. Bagi aku, filem ni, filem yang agak slow dan mungkin menguap sikit la hampa tengok. Jalan cerita dia mula-mula memang slow, dengan Simbhu yang muka memang nampak cekodoq tahap 3, dengan berlakon kurang pakai baju skit dalam filem ni. Tapi cerita xmelalut sangat la. Masih on track, cuma cerita tu slow di awal-awal, dengan babak dia dok pekena pak lawak dalam filem tu, melawak manja dengan heroin dalam babak tu. Sebab tu aku kata slow, cuma di pertengahan filem tu, tuan-tuan bakal disajikan dengan babak flashback, sedikit pengenalan supaya hampa taw sapa simbhu ni sebelum ini. Lepas babak flashback tu, haa..Memang lawan sempoi punya la.





Filem ni tajuk dia Silambattam ( 2008). Silambattam ni membawa maksud senjata yang digunakan dalam seni mempertahankan diri Masyarakat India dari Tamil Nadu ( Wikipedia.Org) . Cerita ni bagi aku jika diperhatikan secara total, bukannya semua ada scene yang menunjukkan Seni Silambam tu sangat, tapi nama silambam tu digunakan sebagai tajuk filem ni. Aku xtaw sangat la sebab xkaji bab-bab seni mempertahankan diri ni, sebab aku dari muda-muda lagi orang tua-tua kata la, gaduh koboi ja. Hahah. Mat saleh kata Brawler kot, hat tu aku taw la. Ya la kan tengah2 gaduh masa kecik2 mana dan dah nak pakai taekwando ka apa ka, orang dok tibai kita keluaq ja apa yang sempat. Jadi Silambam ni membawa satu kisah seorang budak yang seorang budak kampung yang agak sederhana kehidupan dia. Seorang yang agak pendiam, kerana hidupnya banyak dihabiskan dengan membuat kerja-kerja amal di Kuil. Dalam masa yang sama hero Simbhu yang memegang watak Vichu dalam filem ini dibesarkan oleh Tokwan dia, yang memang cukup sayang kat dia. Vichu ni sebab Vichu ni ada satu sifat atau benda yang terpendam dalam diri dia, lebih kurang macam alter terahsia la hasil yang diwarisi oleh ayahnya sendiri. Dalam filem ni diterapkan nilai cinta yang xdapat restu orang tua, kira Vichu ni adalah hasil daripada perkahwinan yang xdapat restu family. Ayah Vichu, yang juga dilakonkan oleh Simbhu sendiri merupakan seorang yang memang power di kampung dulu, sebut nama pak dia ja, kira orang kampung ni benda yang bleh kecut pakat kecut abih la. Ayah dia bukannya samseng, tapi seorang yang full of justice dan banyak tolong orang kampung. Cuma pendekatan yang ayah Vichu ni guna menyebabkan tokwan Vichu ni xberapa berkenan kat bapak dia masa dulu. Ayah Vichu ni dulu memang tangkap cintan la kat Mak Vichu ni, tapi Ayah dia sentiasa menjadi sasaran orang jahat di kampung tu. Aku xberapa nak ingat sangat sapa yang jahat tu, tapi Tok wan Vichu ni bukannya apa, dia takut perangai panas baran bapak vichu tu membahayakan keselamatan anak perempuan dia iaitu Mak Vichu, jadi dia xberapa restu la perkahwinan dan akhirnya xsilap aku mak dia kena buang dari family rasanya. Babak ini di paparkan di layar dalam konteks flashback, sebab mungkin director filem ini iaitu S.Saravanan tu xsampai hati kot penonton dok tertanya2 sapa Vichu ni kan. Hehehe..Aku agak2 ja la.

Dalam filem ni yang aku dapat perhatikan Simbhu ni memang sempoi lakonan dia, dan filem ni memang sarat dengan aksi, lawan dan tarian yang memang sempoi. Aku tengok Simbhu ni memang pandai menari, lembut ja badan dia masa menari. Secara keseluruhannya aku tengok filem ini adalah berkenaan balas dendam ja, di antara keluarga bapak Vichu sendiri yang xpuas hati dengan bapak Vichu ni. Bapak Vichu ni nampak ja gengster, tapi sebenarnya dia cukup disayangi dalam family dia. Jadi di sini lah kita dipaparkan bahawa dendam di antara family selalunya xsudah, xabih2 selagi salah seorang dari kita ni mengambil sikap tolak ansur dan beralah dalam sesuatu hal. Dalam dunia realiti pun, gaduh kadang-kadang dengan adik beradik ni memang susah nak baik, kecuali salah seorang tu beralah. Tapi bolehkah benda tu berlaku? sebab masing-masing ada ego sendiri, lagi ego tu xleh nak ditundukkan, maka lagi tulah konflik dalam family tu payah nak diselesaikan. Padahal kalau diikutkan saluran yang betul tu banyak untuk kita selesaikan secara elok, contoh kata kalau masalah pembahagian harta pusaka, kita ada channel dia untuk selesaikan, tapi main dengan ahli keluarga yang agenda tersendiri ni, tamak dan ada agenda tersembunyi la membuatkan satu perkara itu xsetel walaupun memakan masa sampai berpuluh-puluh tahun lamanya. Akhirnya, cucu-cucu lah jadi mangsa. Sebab apa cucu jadi mangsa? sebab cucu ni xtaw cerita, tapi mendapat tempias daripada hasil pergaduhan mak dan ayahnya. Ayah dan saudara ayah yang lain berebut harta, anak cucu bermasam muka dengan pak saudara yang lain. Sebab apa,anak dan cucu tu akan membesar jugak suatu hari nanti, dan bila besaq depa pakat2 tau game pak menakan yang dok berebut harta tu, maka sillaturahim kembali tegang. Jadi sampai bila nak settle masalah2 macamni kan?melainkan salah seorang mendapat petunjuk dan cuba memperbetulkan keadaan yang sudah begitu lama tegang tiada penyudahnya.

Jadi di dalam filem ini, berlaku konflik di antara bapak hero dan pak saudara atau pak menakan hero ini, cuma bezanya pak hero dah besaq panjang dah, pak menakan tu kecik lagi time tu. Perbalahan berlaku sebab bapak hero ini terkenal ngan sikap dia yang panas baran dan suka bertindak luar kawal, tetapi untuk isu yang memang pada zahirnya betul. Tetapi perkara itu tidak menyenangkan pak menakan hero ini, walaupun masih kecik, tp dendam dia pada bapak hero ini cukup menebal, sebab ada konflik lagi yang aku lupa dalam filem ni yg membuatkan pak menakan hero ni taram atau anti sangat ngan bapak hero kita ni.Huhuhu..Memang berbelit skit la macha, sebab aku tengok pun jadi macam konfusi sikit, bukan jalan cerita dia merapu, cuma kita kena pay attention betui2. Kalau sambil tengok dok layan henset ka, menyembang benda lain atau sebagainya, lepas tu nak layan pakat dak paham la jawabnya.






Di babak akhir filem ini berlaku konflik di mana hero ni sebenarnya seorang yang gagah,kuat seperti diwarisi bapak dia. Konflik dan fight scene yang sempoi berlaku di antara hero dan pak menakan dia. Nampak dak? konflik sebenarnya bapak hero dan pak menakan dia.Tapi akhirnya dendam tu membawa sampai ke anak. Jadi dalam hal ni, anak tu hero la. Pak menakan ni xpuas hati kat bapak hero sedangkan dah mati, tapi dendam tu membawa sampai ke anak pulak. Tapi anak bukan cikai punya geng. Hero lawan memang style la, dan dalam filem ni la Simbhu banyak buat babak2 yang menunjukkan dia ni seorang yang penuh style, nak lawan siap boleh menganjing pak menakan dia lagi dengan hanya gaya di jari jemari ja. Nak cerita xtaw bab style jari ni, hampa tengok sendiri hampa taw la. Dan di akhir cerita director tunjukkan bahawa sikap panas baran dan justice for all tu turun lak kat anak hero, kira anak hero ni kecik ja, tapi boleh dok buli orang besaq dah. Hahaha. Satu benda yang director walaupun berlainan bangsa nak bgtau kita, mana tumpahnya kuah kalau x ke nasik. Tu ja la.Hehehe.. Cerita ni bagi aku cukup sempoi, memang best bagi sapa yang nak ada kisah cinta, konflik keluarga dan fight, memang cerita ni best. Dan mesti ada bab-bab yang xlojik tu cuma tang fight saja, tapi kalau hampa nak tengok bab2 kekeluargaan, cerita ini ada. Bagaimana kasih sayang seorang tokwan pada cucu, yang xmau cucu ni ikut jejak langkah ayah dia pun disajikan dalam ini. Orang tua ni bukan apa, bila dia sayang dia xmau jadi benda xelok dekat cucu dia. Biaq dia mati pun xpa, janji cucu tu selamat, dan hidup dalam keadaan rutin seharian sebagai seorang cucu yang baik dan juga orang yang berguna kepada masyarakat.

Jadi selamat menonton filem Silambattam ini, dan nilai la sendiri sejauh mana karya director ini kepada hampa semua noo..Selamat berjaya semua. ;-)






Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan/Reference:

1.http://movie.webindia123.com/movie/2008/regional/october/silambattam/still/silambattam29.jpg
2 http://en.wikipedia.org/wiki/Silambam
3.https://www.facebook.com/pages/Sayap-Sayap-Wings/139660716119303
4.http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/3/33/Silambattam.jpg
5.http://en.wikipedia.org/wiki/Silambattam_(film)
6.http://4.bp.blogspot.com/_jrXA4rg3to4/S9un7EN-E3I/AAAAAAAAAUw/3f-QSqu0jOc/s1600/1.png




Friday, 8 August 2014

Scarface- Al-Pacino


Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua. Harap anda semua sihat. Macam biasa la jumaat geng2 laki pakat2 pi solat jumaat la kan. Itulah rutin kami sebagai orang lelaki di hari Jumaat yang mulia ini. Kuih raya hampa ada lagi dak? bawak mai skit aku nak rasa. Heheheh

Baru-baru ni aku ada kongsi filem-filem yang akan keluaq tidak lama lagi kan. Dalam masa yang sama entry yang lama ada sentuh satu filem yang aku tengok dalam TV, lakonan hero lama. Hero ni bukannya apa, dia ni kalau nak kata kacak, hero drama Melayu kacak bertingkat-tingkat lagi. Tapi itulah Hollywood, bukan rupa paras sangat, tapi nilai seni dan bakat yang ada pada si pelakon itu yang menjadi taruhan. Siapa dia ni? Al-Pacino la. Hehehe.. Tah aku rasa macam nak review la filem dia yang pernah aku tengok dan tengok dalam keadaan lebih pada sekali. Cerita yang bagi aku agak lama jugak la, bukan zaman-zaman aku punya cerita ni, tapi aku rasa satu filem yang cukup sesuai kepada siapa yang nak satu movie yang ada kualiti, dan filem ni banyak menjadi benchmark tentang personaliti seseorang itu, terutamanya geng-geng kulit hitam ataupun lebih dikenali dengan Negro di blah-blah sana. Ramai yang mengatakan movie ini cukup best, sehinggakan meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada golongan Negro ini. Kalau xbest, masakan menjadi benchmark untuk sesuatu orang atau golongan kan. Negro cukup minat la Al-Pacino, kesan lakonan mantap beliau dalam filem ini. Sehinggakan depa banyak guna quotes dari filem ini dalam kehidupan mereka, mahupun lakonan mereka. Translate mudah la tuan-tuan, banyak negro tiru ayat al-pacino, asasnya dari filem ini la. Senang faham skit. Ada aku pernah menonton satu rancangan, dulu rajin dok ada dalam tv, tapi sekarang ini xtaw la ada lagi ka dak, MTV Crib, satu show yang dok tunjuk rumah selebriti yang kaya raya di US. Rumah Negro yang depa pi tu pelakon gak, aku xingat sapa, mungkin terkenal jugak. Jadi MTV Crib ni dia akan highlight apa yang menarik dalam rumah depa ni, jadi negro ni tunjuk la ruang tamu dia kot, memang besaq la. Dalam masa yang sama ada satu lukisan, lukisan tu adalah satu babak al-pacino dalam movie ini. Bila ditanya apa yang menarik tentang gambaq ini sampaikan sanggup boh dalam frame, dekat dalam rumah lak. Mesti ada satu nilai kepada dia. Jadi dia pun bagitaw la, lukisan tu cukup masterpiece bagi dia, sebab babak ni ada kena mengena jugak dalam hidup dia, lebih kurang tu la diskripsi dia. Tapi pokok pangkalnya, dia kata al-pacino memang power dalam movie ini, dan babak yang dia abadikan dalam lukisan tu la babak yang cukup bernilai bagi dia. Perghh..Sakan.. Cerita apa ni? hampa nak taw? Cerita apa yang dia berlakon sampai hebat tara tuu, sehinggakan Chris Tucker dalam satu movie pun dia tiru gaya Al-Pacino sebijik macam dalam movie ni. Jadi inilah movie dia yang bagi aku memang power pun, sehinggakan banyak movie aku tengok, xkira apa jenis bangsa yang buat filem ada jugak iras-iras dari movie ini, xsemua, cuma sesetengah babak saja.






Ni la filem yang aku dok sembang di atas tadi, SCARFACE (1983). Tudia memang lama la bang, kira fesyen zaman ni, lagu-lagu zaman ni semua dalam kategori retro punya muzik, muzik dalam genre disco punya muzik. Hahaha.. Ala-ala SinarFm Muzik Retro la. Sebab dalam movie ni pakaian depa baju bukak dada la bang, seluaq kaki bawah besaq dan lagu-lagu dia banyak disko 1980 an punya style. Hampa nak taw pakaian dia lagu mana? search google Hail Amir, masa muda-muda hampa akan dapat gambaran. Pakai rantai, loket bentuk kuku rimau tu, ganaih ooo..Hahaha. Rambut kembang. Jadi itulah lakaran asas filem ni dari segi lagu dan persekitaran yang disajikan pada kita. Ya la kan, xkan 1983 nak dengaq lagu Bruno Mars lak, satgi hampa lak terkejut, mana mai lak dah, yang dok pikiaq lojik 24 jam punya geng tu kompom lagi dok heran sampai ke pagi pulak nanti. Jadi itulah lagu-lagu depa dalam filem ini.

Apa sebenarnya filem ini? Awal-awal gambaq ni depa dah tunjuk dah beberapa video imigran dari Cuba yang masuk secara berbondong-bondong ke dalam Negara Amerika, untuk bekerja dan mendapat kerakyatan di US. Dalam filem ini la aku baru nak kenal Presiden Cuba, iaitu Fidel Castro yang memang cukup sinonim dengan Kecerdikkan dia dalam politik dan pentadbiran negara beliau, sehinggakan ada yang berani kata, Cuba yang hanya pulau sebesar buah pelam, boleh dok ugut negara yang sebesar US tu. Aku xtaw pasaipa di awal 1960 an dah berlaku masalah imigran Cuba ke US ni, xtaw apa yang depa nak cari. Tapi besaq kemungkinan memang dah terkenal kan dengan ayat " American Dream" jadi mungkin depa berhijrah ke US. Jadi di awal-awal filem ni Al-Pacino, yang memegang watak pelarian ni sebagai Tony Montana, yang cukup berani dalam hidup dia. Dia datang dalam keadaan serba sederhana, tapi dengan rekod jenayah yang cukup hebat di negara dia. Dan memang pada ketika itu mentaliti US dah terdorong macamtu, tengok muka orang Cuba, jahat. Biasa lah mat salleh kan, depa sajalah baik. Depa lah "White Man Burden" dan macam-macam lagi kata2 depa.

Jadi filem ini mengisahkan seorang kartel Dadah terbesar, iaitu Tony Montana ni dengan bisnes dia yang hampir mencecah xsilap aku USD 3juta sebulan ka setahun tah, aku xingat. Uishh 3juta bang, tahun 70 an hampa bayang la lagu mana punya banyak xbanyak duit dia. Dalam filem inilah banyak informasi, moral yang disajikan kepada kita. Kasih sayang Tony pada adik perempuan dia, tapi dibenci oleh Mak dia sebab mak dia taw, dia ni duit berlambak kompom xbunuh orang, juai dadah. Tu ja mak dia kata hang reti. Informasi yang boleh dikongsi adalah apa pandangan masyarakat terhadap orang yang muka ala-ala mexico, columbia ni. Ada satu babak tu bila Tony nak deal pasai dadah, kawan yang nak deal tu dok wat lawak bodoh, Tony nak tumbuk dia, dan2 kawan yang tony nak tumbuk tu kata, "wei..jangan main2..Ni orang Columbia ni"..Lebih kurang tu la bunyinya. Dalam filem ni dia dibantu orang kanan dia, Manolo atau Manny (Steven Bauer) yang cukup setia dan sebagai penasihat dia.

Dalam filem ni jugak hampa boleh tengok di mana Boss Tony ni sendiri belot dan cuba untuk bunuh dia, sebab boss dia dengki dengan Tony sebab Tony ada deal satu business dengan cartel dadah Bolivia, yang cukup berpengaruh. Boss dia tuduh dia la sebab p deal xbincang dengan dia, silap haribulan deal nak bunuh boss. Jadi di dalam filem ni, cukup banyak kata-kata berharga yang banyak meninggalkan kesan kat penonton, ataupun "quotes from movies" di mana dia ada kata dia bukan seorang yang suka berbohong, dan dia benci orang yang menipu. Di akhir plot konflik dia dengan boss dia ni berakhir dengan Tony datang sendiri dekat boss dia dan bunuh boss dia, sebab Tony dapat taw ada konspirasi nak bunuh dia, dan dia hampir-hampir dibunuh dalam satu night club. Jadi ada beberapa scene dalam ni yang Tony sajikan kepada hampa dia mana dia trap boss dia, untuk mensahihkan betul ka boss dia ni betul2 orang yg nak bunuh dia. Ternyata lepas dia pasang jerangkan yang cukup mastermind dari segi psikologi bagi aku berjaya menjerat boss dia dan memang boss dia last skali mengaku dialah dalangnya. Maka tamatlah riwayat boss dia, iaitu Frank Lopez. Dia cuma guna telefon ja, dan berjaya mendapat jawapan. Jadi di babak selepas inilah muncul empayar Tony Montana dalam industri dadah secara besar-besaran hasil perjumpaan dia dengan kartel Bolivia tadi, di mana babak ni diselangi dengan lagu yang kerap kali sebut "Push it to the limits" sambil depa tayang Tony ni beli rumah besaq, ada bela harimau, kira duit dan simpan duit bergundi-gundi.

Dalam filem ni jugak aku baru taw, di mana kita kalau simpan duit di bank, kita akan diberi interest dihujung tahun kan,tapi berlainan kalau orang yang simpan duit banyak2 ni di mana yang aku faham depa akan dicaj atas duit depa yang disimpan tu. Dalam filem ni ada sebut tapi aku lupa sebab dia pasaipa tah, hampa try la tengok dan kaji sendiri sebab memang aku lupa sangat. Tapi yg aku taw Tony simpan duit, bank akan caj dia yang cukup tinggi sehingga 20% dari nilai dia simpan tu. Tu yang dalam satu babak dalam filem ni masa tony tengah dok mandi dalam tub sambil tgk tv, dia dok bara dekat bank, sebab dia kata bank ni dok buat bangunan besaq2 ni xlain dok kutip dari aku la tu. Hahaha..Tuan-tuan bayangkan, zaman 60-70an, dia sekali simpan dalam katakan 3juta, kalau 20% interest, xka 600ribu duit Tony bank sapu?hahah bengang la kawan. Pelik ooo bank ni depa caj orang kaya sampai lagu tu. Tu baru sorang kartel macam dia, kalau 10 orang tokey dadah di US ketika itu? xka 6juta dah bank dapat sebulan. Jadi nak kaya bukak la bank noo..Hahaha...

Dalam filem ni juga diselitkan berkenaan apa itu money laundry. Aku tengok baru aku taw, inilah cara geng2 kartel dadah ni nak bagi clean duit depa, dengan cara bukak syarikat atas nama adik dia, perniagaan yang halal di mata manusia dan dia akan roll akaun dia dalam tu. Jadi duit tu jadi legal balik la. Di akhir-akhir filem ni Tony menghadapi ketagihan kokain yang berlebihan, sampai dia sanggup tembak orang kanan dia sendiri, iaitu boyfren adik perempuan dia jugak. Ketagihan yang melampau sampai xkenai sapa orang dia yg patut tembak dan sapa yang tidak patut. Dalam filem ni la banyak quotes-quotes dia yang sempoi seperti " You need a bad guy like me, so you can point your finger and say that's the bad guy" Hahaha..power kot. Sapa yang jadi jahat dia taw la ayat ni memang bermakna la bagi depa kan. Jadi aku syorkan hampa tengok filem ni. Memang 5 bintang la aku bagi. " I always tell the truth, even when i lied" antara ayat padu dia gak. Dia sentiasa berkata benar, walaupun dia sedang berbohong. Sempoi aih..Kalau dia bohong pun dia akan bagitaw " wei, yang tadi tu aku tipuu jaa" lebih kurang tu la maksudnya. Sebab tu aku kata filem ni banyak tinggal kesan pada penonton. Xpercaya? tengok sendiri. Kompom hampa puaih hati dan hampa akan taw tang mana nilai seorang pelakon hebat ini iaitu Al-Pacino.










Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/Reference:

1.http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/5/5c/Scarface.jpg
2.https://d2nh4f9cbhlobh.cloudfront.net/_uploads/galleries/30517/scarface-1.jpg
3.http://i61.tinypic.com/wh1sw5.jpg
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Steven_Bauer

Wednesday, 6 August 2014

Filem Tamil Yang Bakal Ditayangkan Tahun 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Harap anda semua sihat di samping keluarga tersayang. Rasanya rumah terbuka pun dok berlambak lagi kan, kalau ada kuih raya lebih tu huloq mai skit noo..Lapaq kuih raya wei. Tambahan pula muncul macam-macam jenis kuih raya dah lani, tengok pun wow. Kira kuih raya pun ada "wow" faktor oo hampa ingat apa. Orang kita ni memang terer bab kuih raya ni. 

Baru-baru ini aku ada review filem orang putih kan, amacam? harap hampa pakat-pakat tengok la noo. Seronok filem Stand Up Guys tu. Aku rasa dua kali depa dok boh dalam astro HBO dua kali aku tengok, ingat nak rakam, tapi dah la kot dua kali sebab cerita dia dah taw dah kan. Dalam masa yang sama jugak, aku dok dapat info dari rakan-rakan aku yang terdekat mengenai filem-filem Tamil yang bakal dilancarkan dalam bulan ni, sampai hujung tahun. Tu dia, kadang-kadang dekat setahun filem depa nak keluaq, depa dah taw dah oo.. Tapi setakat ni xdak lagi la filem depa yang leak, macam yang terjadi pada KL Gengster 2. Aku tak taw sebab apa, mungkin jati diri kot noo. Depa jaga filem depa, padahai hackers terbaik ni dengaq cita India punya orang, tapi xda sorang pun yang bocorkan filem depa. Mungkin la kan,semangat cintakan filem sendiri tu kot. Siapa lagi nak leaks kan filem depa kalau bukan orang depa sendiri kan. Aku agak ja la, nama pun agak. Aku ingat nak review gak la filem-filem terbaru, tapi nak review macamana sebab wayang pun xkeluaq lagi. Bagi aku tengok dulu, lepas tu aku akan share lah ngan hampa. Tiba-tiba aku pun rasa macam xsabaq ja nak tunggu Filem Vijay yang akan keluaq dalam tahun ni. Filem nak keluaq bulan 11 ni, tapi info tu dah spread awal lagi. Ni yang aku dapat taw, maknanya orang India taw lagi awal la filem depa nak keluaq bila. Hahaha. Yang penting karya seni depa tu terkawal dan dijaga rapi, setakat trailer tu ada dalam youtube, tapi filem penuh aku rasa xdak la. Kalau ada tu mungkin aku ja yang xtaw.

Cuba kita tengok, ada beberapa info yang aku dapat dan boleh berkongsi dengan hampa, berkenaan beberapa filem depa yang akan keluar dalam tahun ini. Nak ikutkan banyak, tapi aku klass mengikut hero-hero yang aku kenal dan boleh dikongsikan bersama hampa semua. Antaranya Vijay, Suriya, Vikram dan Ajith Kumar. Nama-nama ni aku berani la review sebab aku terdedah dengan filem-filem depa.




1. Katthi (November 2014) Lakonan Vijay




2. Anjaan ( Ogos 2014) Lakonan Suriya






3. Ai ( Ogos 2014) Lakonan Vikram




4. Thala 55 (Oktober 2014) Lakonan Ajith Kumar




Setakat ini aku dan dapat info 4 movie ni ja. Dan memang semua hero ni aku pernah tengok. Dan peratusan tertinggi aku akan tengok movie adalah movie nombor 4, sebab hero yang memang aku minat tu. Tapi xpa la kan semua movie release xsama tarikh, nasib baik hehehe. Cuma movie Suriya dan Vikram ja la, tapi xda masalah punya, boleh buat marathon movie hari tu. HAhaha. Apa-apa pun, Movie number 1 dan 4 adalah peratusan tertinggi aku nak pi tengok. Vijay dan Ajith bang, best oo hero-hero ni. Nak taw lebih lanjut background depa, boleh la hampa buat research skit dari entry-entry aku yang lama. 


Sekian terima kasih.

p/s: Xsabaq nak tengok Vijay ngan Ajith Kumar beraksi.hehehe


Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/Reference:

1.http://www.chitramala.in/wp-content/uploads/2014/06/Vijay-Kaththi-Poster.jpg
2.http://truthdive.com/wp-content/uploads/2014/05/anjaaan.jpg
3.http://www.cinemanewstoday.com
4.http://i1.ytimg.com/vi/rMpg8R_HZgg/0.jpg




Monday, 4 August 2014

Stand Up Guys- Al Pacino


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. Selamat bekerja bagi mereka yang tengah berhempas pulas di medan pekerjaan.




Hari ini, aku nak share cerita yang hero dia aku rasa dah pangkat-pangkat tok wan kot. Tapi macam biasa la, sapa pernah baca kolum khas aku di atas " About Montana" aku ada highlight di situ hero Hollywood yang aku minat, dan hero yang aku minat tu berlakon dalam filem ni. Mula-mula masa aku tengok iklan, sebelum nak start movie, dalam HBO astro kan, baca sikit review dia, lepas tu awal-awal movie aku tengok muka orang tua ni dah ada, apa yang ada dalam kepala aku satu ja aku tune, iaitu cerita ni pasti menarik, kompom best punya. Sebab apa, sebab Al- Pacino ada dalam movie ni. Hahaha..sorry la geng, bukan bias, cuma pandangan peribadi la kan. Sebab memang aku dok tengok filem dia ni, walaupun tidak semua filem dia aku tengok. Ya la kan, Al-Pacino ni xsilap aku umoq2 ayah kita dah ni, 1947 lebih kurang tu la. Mana la aku sempat nak tengok movie2 dia kan. Jadi sementara dia dok hidup lagi ni, aku tengok filem dia jarang mengecewakan. Dikatakan Al-Pacino ni dia memang ada aura tersendiri, bukan sekadar kepada penonton aura dia tu aktif, malahan di kalangan para pelakon sendiri pun depa respect kat Al-Pacino ni. Aku xtaw napa, mungkin satu ja istilah boleh kita guna, iaitu dia ni kat Hollywood mesti Otai la bohhh..Hahaha... Macamana orang kata Otainya Eman Manan di kalangan pelakon-pelakon kita, maka Al-Pacino ni lebih kurang tu la kot. Blah utara ni orang kata " Orang Lama".

Banyak filem dia sebenarnya, tapi pasai baru-baru ni aku bukak tv, keluaq filem ni jadi aku layan pi la. Ternyata jangkaan aku xmeleset sama sekali, memang sempoi cerita ni. Jalan cerita dia xheavy, ringkas dan padat pengisian dia sampai ke akhir cerita. Cerita pun xda merapu, kelaut dan sebagainya, masih keep on track dan aku rasa kalau hampa tengok pun mudah hampa faham, sebab cerita dia mudah sangat. Tambahan pula dibantu oleh Christopher Walken, antara otai yang cukup tidak asing dalam dunia Hollywood sebagai watak kawan baik Valentine, nama watak Al-Pacino dalam filem ni. 3 orang sebenarnya yang menggerakkan cerita ni, tapi di akhir plot cerita tinggal Al-Pacino dengan Christopher Walken ja yang menghidupkan cerita ni.

Cerita dia dimulakan dengan babak Doc (Christopher Walken) pi ambik member dia baru keluaq Jail iaitu Valentine atau Val (Al-Pacino). Mula-mula masa aku tengok tu pun aku dok kata apa lah orang tua ni nak hidang dekat aku. Val ni baru keluaq jail, xsilap aku 28 tahun kot dia dok jail. Doc dan Vel ni adalah boleh diketegorikan sebagai gengster pencen la. Depa kerja sekali sejak dari muda, cuma Vel masuk jail, Doc masih bekerja dengan boss lama depa, Claphands (Mark Margolis). Mark Margolis ni pun orang lama gak ni, berlakon jadi machai ja filem2 lama, dalam filem ni dia jadi ketua gengster lak. Hahaha. Jadi filem ni sebenarnya nak bagitaw kat kita, Doc ni dapat satu misi, iaitu dia kena bunuh sorang yang telah menyebabkan kematian anak Claphands, iaitu boss depa. Tapi masalahnya, orang yang Doc nak kena bunuh tu, tak lain adalah Val.Hahaha..Tu yang sempoi tu. Jadi Doc diberi tempoh xsilap aku dalam 18jam ja kot, kena bunuh Val tu. Nama pun kawan baik kan, Doc ni xsampai hati la bang nak bunuh member sendiri. Tapi Val paham, sebab gengster kan. Dia kata aku pun akan buat perkara yang sama kalau aku dok tempat hang Doc. Tu yang kata ayat gengster tu. Bukan kawan persoalannya, tapi tugas. Pergh. Yang kata gengster pencen tu. Jadi, dalam masa sehari lebih kurang la, Doc kena bunuh gak Val. Cerita ni kira pasal dalam masa sehari sebelum Val nak mati la jalan ceritanya. Jadi dalam masa sehari ni la, macam-macam jadi, sampai cerita ni dikira action komedi gak la aku rasa. Sebab banyak babak-babak action, tapi lawak. Ya la, Val ni kan dah taw, esok macamana pun dia akan mati, jadi macam-macam la dia nak buat sebelum dia mati. Jadi dia ajak la Doc ni bawak dia pi party, menari, benda2 yang orang tua-tua teringin nak buat sebelum mati. 

Banyak benda depa buat, depa pecah masuk farmasi, sebab nak curi ubat kuat ngan ubat darah tinggi, depa curi kereta gengster, dan depa selamatkan maruah seorang gadis. Pergh..Babak depa tuntut bela untuk maruah gadis ni memang style, depa masuk dua orang ja p settle laki-laki yang cemarkan maruah popuan yang depa kenai malam tu ja, kenai pun sebab popuan tu ada orang letak dalam boot kereta depa.Hahaha. Memang sempoi la, sampai perempuan tu pun terharu awat la depa ni baik sangat nak tolong dia. Depa bagitaw la jahat-jahat depa pun, perbuatan laki-laki yang cemar maruah perempuan tu lagi jahat daripada depa dua. Jadi laki jahat tu perlu diajaq. Dalam masa ni juga depa p ambik kawan baik depa, Hirsch (Alan Arkin) antara kawan baik depa masa muda-muda dulu jugak. Hirsch ni depa p ambik kat rumah orang tua-tua. Kesian gak la dalam babak selepas tu Hirsch ni mati dalam kereta, mungkin aku rasa pasai lemah jantung kot, sebab masa depa p ambik kat rumah orang tua-tua tu, nohhai wayar penuh, siap bekalan pernafasan extra lagi. Jadi nak habaq kat hampa kawan depa ni xsihat mana pun, tapi dia terkejut kawan2 lama mai ambik dia, bawak dia jalan-jalan pusing pekan US malam tu. Dan malam tu gak dia mati. Depa tanam dia pun malam tu gak.

Babak akhir filem ni menunjukkan Doc xsampai hati gak nak tembak Val, mungkin sebab kawan lama kot. Banyak babak lawak wei. Ada sekali tu Val ngan Doc jalan kaki, sampai kat gereja dia boleh tanya Doc gereja buka ka dak hari ni.Hahahaha. Tapi Doc releks jaa..dia bagitaw gereja hari-hari bukak Val wei. Tu yg kata punya lama dok jail, xpernah nak masuk gereja dah, nak buat baik pun lama dah xbuat. Akhirnya Doc ngan Val bergabung gak, dan depa dua pi serang Claphands, dan cerita habih lagu tu ja. Aku rasa director dia Fisher Stevens nak tinggal persoalan kat kita. Terpulang hampa nak pikiaq lagu mana pun, cerita bagi aku xtergantung. Cuma director bagi freedom kat kita, samaada hampa nak kata depa dua ekoq tu mampuih ka, hidup ka, terpulang.Hahaha. Macam nak ada stand up guys 2 pun ada gak. Tapi Doc pun baik, dalam filem ni dia ada cucu, yang keja kedai makan. Sebelum nak p mana2 dia mesti akan makan kat kedai tempat cucu dia kerja,dan pesan makanan yang sama. Dalam hal ni cucu dia tu mula-mula xtaw yg tu tokwan dia, last sekali baru Doc call dia, tinggal duit satu kotak kasut untuk masa depan cucu dia tu. Pergh..kalaulah tokwan aku lagu tu. Hehehe.. Di sini ada moral dia jugak kan. Orang tua-tua ni dia memang suka berahsia, dia sanggup lagi jumpa cucu dia hari2,makan benda yang sama hari2 supaya kita bleh alert apa yang depa buat tu sebenarnya depa nak kita ingat kehadiran depa,ingat yang depa ni tetap sayang kat kita walaupun depa xbgtau sapa depa tu sebenarnya. Babak dia call cucu dia tu yang bagi aku agak sedih gak la, sebab cucu dia baru taw Doc tu tokwan dia, dan dia ada tanya bila boleh jumpa lagi, dan Doc bagitaw xtaw lagi. Ya la kan, sebab ending filem ni macam aku bgtau atas tadi, dia ngan Val p serang tempat Claphands, depa berdua, tempat depa pi tu orang ramai. Sebab tu aku bgtau director tinggal persoalan kat kita, mati ka hidup ka, terpulang kat orang yang tengok. Tu ja.hehhehe..







Ni la babak akhir filem Stand Up Guys ni. Pergh. Ni la babak yang bagi aku cukup masterpiece la, kalau hampa tengok, hampa akan dengaq kata-kata akhir dari Val kepada Doc, antara kata-kata yang selalu depa ungkapkan semasa depa muda-muda dulu, antaranya bila Val tanya " u got bubble gum?" terus Doc akan jawab " my bubble gum is finish" lebih kurang tu la. Kata-kata yang mungkin sebagai motivasi depa dua untuk depa terus buat kerja depa rasanya kot. Macam kita la kan, Kecemerlangan anda, Iltizam kami. Tu ayat yang tertulis di dinding tempat tusyen aku tu. Hahaha..saja la sementara dok ingat kan, dak saja nak related bagi hampa paham dengan ayat yang doc ngan Val ni dok sebut. Lepas depa sebut tu yang terus depa pegang pistol macam dalam pic tu. Babak depa nak keluarkan pistol tu yang, perghhh..Memang sempoi dan legend betui la.. Kawan aku sampai terkeluaq kata " ni baru otai bohhhh". hahaha...selamat menonton noo..Serius best.

p/s: memang best wei. 4 bintang wei.

Montana
Be The Best to win The Best

Rujukan/ Reference:

1.http://movies.omy.sg/wp-content/uploads/2013/03/20130307_movie-poster_StandUpGuys.jpg

Friday, 1 August 2014

Hero Tamil- Ajith Kumar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Masih dalam bulan syawal, maka selamat hari raya diucapkan kepada semua nooo..Nak pi beraya mana pun, pandulah dan tungganglah dengan cermat serta berhati-hati di jalanraya ya.

Aku macam biasa la, raya ketiga aku dah mula kerja dah, tapi dalam masa yang sama masih lagi berkesempatan melawat blog-blog tuan-tuan sekalian. Seronok kita kalau dok baca depa dok jalan raya, makan masakan menu tradisi kita, tambahan pula siapa-siapa yang dok update pasai serunding, hullamak memang tiada tertahan melihatnya. Best. Dalam masa yang sama, aku dok usha la rancangan TV, hurm.. Xtaw la kalau orang lain kan, aku dok tengok rancangan TV biasa-biasa saja. Aku dok cari gak la rancangan yang best. Macam biasa la, aku tengok ja la apa yang sedap untuk dilihat. Last sekali macam biasa, aku bukak PC ni, dan cuba berkongsi satu benda yang aku memang taw nak tulis.Heheheheh.


Aku cuba untuk share benda ni lama dah. Cuma rasa macam nak tulis hero yang lain-lain dulu, padahal aku rasa hero ni la yang paling best. Malam tadi masa aku lepak kat gerai standard koboi punya, sambil dok tibai nasik tu aku dok la sebelah tokey kedai tu. Dia dok sibuk dok buat apa tah ngan tali rapia, dalam masa yang sama kawan aku ada send satu whatsapp, aku baca la. Kandungan dia mengenai penulis novel rindu kamu 200% tu. Mak aih, masa aku baca tu, aku tengok la penulis dia, laa muda lagi..Macam baru abis SPM, nak amik form 6 lagu tu la, dalam whatsapp tu gambar dia dengan pelakon drama rindu kamu 200% tu la. Lepas tu aku tunjuk la kat tokey kedai tu, wajahnya sekilas pandang macam Don King, Manager Mike Tyson. "laa, muda lagi noo tulis novel",kata Don King. Aku xkata apa la. Dia kata kalau macamni memang orang-orang muda suka la tengok dia kata. Maka dalam masa yang sama terus dia dengan keyword yang sekaligus memberi inspirasi kepada aku, " cerita ni kalau hg nak taw seronok, cerita Tamil ja, sebab apa yang depa cerita tu ada kena mengena ngan hidup kita".Cerita Melayu ni, makan,tidoq, teriak.Kata Don King sambil menghirup teh tarik buatan sendiri. Hahahah...Tudia..Don King ni jarang cakap, sekali dia cakap padu gak la ayat dia tuan-tuan. Jadi terus aku dapat idea, iaitu aku akan share sorang lagi hero yang bagi aku memang orang India cukup minat dia,secara majoriti sebab peringkat umur yang pelbagai cukup minat hero ni, tua dan muda. Bukan Superstar ya tuan-tuan, tapi bagi aku dan bila aku share ngan orang ramai, ramai yang memang berkenan ngan hero ni.





Nama:  Ajith Kumar
Gelaran Yang Dimenangi: Thala, Ultimate Star
Tinggi: 180cm
D.O.B: 1 May, 1971
Tempat Kelahiran: Hydrabad
Pendidikan: Asan Memorial Senior Secondary School
Kerjaya Awal: Mekanik
Pakaian Kegemaran: T-Shirt dan Jeans
Warna: Merah
Makanan Kegemaran: Bukan Vegeterian, terutama makanan berkenaan daging kambing
Falsafah Hidup: Hidup, dan terus hidup
Kelebihan: Cara Bercakap yang penuh falsafah
Kombo Istimewa: Mass Scene, dan kombinasi teknik lawan yang penuh brutal


Ni la hero yang aku cuba nak kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian ni. Nindia, nama dia Ajith. Tapi kalau hampa sebut Thala saja, maka tidak syak lagi ni la hero tu. Dia ni kalau berlakon, hullamak, memang style abis, memang mass la. Masih ingat mengenai mass scene, maka Thala cukup terkenal dengan mass scene. Filem dia kalau dia berlakon, mass scene dia ni mampu buat orang jadi xkeruan dalam panggung wayang nak habaq mai kat hampa semua. Kadang-kadang camera angle ni memainkan peranan penting dalam filem depa, sebab kadang-kadang kemunculan seseorang hero tu bukan 100% lagi, tapi sudah mampu buat peminat dia menjerit-jerit dalam panggung wayang. Aku taw la sebab aku pernah masuk panggung depa. Baru tunjuk rambut dan sandal dia ja, orang dah rasa satu macam dah, sekali bila 100% fizikal hero ditonjolkan, menjerit-jerit depa. Hahaha... Cuba la masuk sekali, hampa baru bleh feel macamana orang India tengok wayang. Memang havoc la. Rasanya kalau tengok Adi Putra kita tak jadi Havoc sampai macam itu. Ada beberapa filem dah yang aku pernah review pasal filem hero ni, di antaranya:-


Aarambam (2013) dan Veeram adalah filem tahun ini. Ada lagi kalau hampa belek blog aku, aku rasa hero ni yang banyak aku review. Dan kedua-dua filem ini, buat pengetahuan hampa aku tengok di panggung wayang, Lotus Five Star, Butterworth. Hahaha. Xsilap aku aku menonton di hari kedua selepas filem ni dilancarkan. Perghh...Memang fullhouse la panggung bang. Filem baru launch kan, jadi memang penuh la bang. Beratoq nak beli tiket sampai ke jalanraya oo..Hahahah..lawak ja. Tapi memang happy la bleh tengok culture yang xperlu naik kapal terbang untuk kita hayatinya, masih dalam negara kita jugak. Nenek, Tokwan, paklong, maklong semua pakat turun sekali dalam budaya masyarakat India ni kalau nak tengok wayang. Yang pangkat cucu ni sanggup bawak nenek dan tokwan, kalau xlarat depa akan papah nenek depa bawak masuk panggung. Perghh ni yang kata semangat, semangat support filem keluaran mereka. Rasanya benda ni memang xdak dah kat orang lain kan. Kalau ada memang sempoi la. Kalau nenek nak ikut, maknanya nenek mesti kenal la itu hero kan. Xtaw la tapi memang Ajith Kumar ni memang cukup diminati orang India. Nak taw sebab apa?? jom kita tengok tara mana sangat hero ni.

Ajith Kumar ni, bagi aku satu hero yang memang ada aura dia tersendiri. Kalau nak ikutkan, hero ni fizikal dia bagi aku bukanlah kategori body builder, agak berisi jugak di bahagian perut, tapi cara lakonan dia yang banyak dialognya meninggalkan kesan kepada penonton. Hero ni bukan jenis yang cakap banyak, tapi sekali dia cakap ayat-ayat dia memang sempoi. Berdasarkan 2 filem yang aku bagi link di atas, dia berlakon satu watak yang dia xbercakap banyak. Aku bukannya apa, mai hero ni aku xberapa nak reti sangat nak tulis, sebab hero ni style sangat. Hahahaha.. Serius memang style, kalau aku xdipengaruhi enviroment panggung wayang sekalipun, kalau aku tengok di rumah sekalipun, aku dapat rasa lakonan dia memang sempoi. Gaya lawan dia xda la macam hero yang baru-baru ni, dia lawan teknik biasa ja, tapi gaya lakonan dia memang sempoi. Mungkin disebabkan umur dia kot, dan tempoh dia yang agak lama berkecimpung dalam industri filem sama kot.

Berdasarkan filem yang terbaru sekali yang aku pernah review dan juga best bagi aku iaitu Veeram, filem ni dia berdasarkan 5 orang bersaudara yang hidup di kampung, di mana Ajith Kumar adalah anak sulong. Tema filem ni memang pasal bersaudara. Dalam filem ni juga dia cukup sentimental, slow tapi agresif bila adik-adik dia dalam bahaya. Dalam filem ini juga diselitkan bagaimana layanan seorang boss kepada anak buah, di mana ada satu babak dalam filem ni dia bagi geran tanah,kedai runcit untuk anak buah dia sebab anak buah dia nak kawin. Anak buah dia dalam filem ni kira pak lawak la, tapi menangis gak la sebab hero bagi geran tanah dan kedai runcit. Dia nangis la sebab xsangka Hero baik hati sampai macamtu sekali. So dalam babak ni la yang aku kata hero jarang bercakap, sekali dia bercakap memang tinggal kesan kepada kita yang dok tengok ni. Antara alasan dia bagi geran tu sebab dia kata anak buah dia tu cukup setia, selama dia bekerja dengan hero xpernah membantah, taat dan setia. Di sini moral of the story dia kita boleh lihat di mana setiap manusia layak mendapat layanan yang baik, xkira dia orang bawah atau atas, manusia tetap dilayan seperti manusia.

Ada jugak satu babak tu di mana adik-adik dia dok heran pasaipa hero xkawin2, jadi depa tanya la uncle juai teh depan pejabat depa tu. Uncle tu kira menyimpan jugak la rahsia hero, di mana bila dia bercerita, dan2 suasana dalam panggung jadi diam. Diam xberkata apa-apa sehingga ada sorang aunty dok belakang aku tu bunyi macam nagis ja. Huhuhu.. Bukannya cerita hero mati pun nak nagis2, tapi apa yang pelakon tu cerita cukup touch aunty belakang aku tu kot. Hero dalam filem ni hidup cukup susah, dari kecik mak bapak xda, dia la yang dok jaga makan minum adik2 dia, sampai satu masa tu dia xminum, sebab duit xcukup, dan duit yang ada tu hero beli teh kat uncle tu la untuk adik2 dia. Tudia...Mungkin cerita pengorbanan hero tu kot yang buat aunty yang belakang aku tu menangis kot. Ya la kan kita ni xtaw tuan-tuan, bukan semua orang hidup senang, dan memang cerita Veeram ni bawa isu pasal orang kampung pun. Jadi xmustahil la ia memang ada kena mengena ngan orang yang pernah hidup susah di kampung. Tu yang kata Ajith kumar tu, filem dia bagi aku selama ini aku tengok, xdak lagi la yang mengecewakan.








Banyak lagi yang hero ni boleh sajikan kepada penonton beliau. Serius kalau hampa tengok filem dia hampa akan nampak karisma dia sebagai pelakon. Dia kalau jadi gengster, memang gengster yang style, dia jadi abang, memang abang yang cukup sayang kat adik dia, dan xterlepas jugak sebagai seorang hero kepada heroin. HEhehehe...Itu mesti la kan. Bagi aku Ajith Kumar memang cukup mastermind dalam setiap filem dia berlakon, setiap role dia dalam setiap babak itu kadang-kadang kita bleh rasa confuse, rasa tertipu dan kadang-kadang dia mampu buat kita tertunggu-tunggu apa tindakan dia yang seterusnya. Jadi aku sarankan kalau hampa nak tengok cerita dia yang bagi aku memang cukup mastermind dalam planning, aku cadangkan hampa tengok Mankhata sebab filem ni, hahahah aku xtaw nak habaq la wei..Gelak dulu aku. Filem ni gabung dua hero sekaligus, tapi anchor filem ni memang Ajith Kumar la. Hampa tengok filem ni, memang hampa akan terhibur, Ajith kumar sebagai Polis. Depa nak lumpuhkan sindiket judi kriket, tapi memang sempoi la tektikel dia dalam nak settlekan judi ni. Dan dalam filem ni hampa boleh tengok dia layan heroin macam sampah ja. Xcaya??kena tengok la...Heheheh

Ok la kot setakat ni ja la. Minta maaf andai review xtara mana, sebab bagi aku hero ni memang best, sampai xtaw nak tulis lagu mana...Hahahaha...aku cadangankan hampa usha dulu satu movie dia, hampa akan dapat taw tang mana lebih dan kurang hero ni.


Sekian terima kasih.

Montana
Be The Best to win The Best


Rujukan/Reference:

1.http://behindwoods.com
2.http://nextresources.blogspot.com
3.http://truthdive.com
4.http://www.123coimbatore.com
 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...