Instagram
Sitegiant E-Commerce

Wednesday 30 October 2013

Mega Power Star Ram Charan Teja- Naayak

Assalamualaikum..apa habaq hampa semua..Moga hari ini hampa semua sihat dan dirahmati.Ami In shaa Allah. Banyak blog yang baru aku singgah tadi..Cerita pasai lori terbalik, makanan dari restoran terkemuka dan lain2 lagi.Pokoknya pak, semua orang hari ni ada cerita masing2..Untuk dikongsi seluruh rakyat di Malaysia ini.Syabas kepada semua blogger2..anda memang terbaik.

Jadi..errr..hari ni..bila aku usha kat tepi blog aku tu aku tengok post aku pasai Telegu ni kurang banyak berbanding dengan Tamil.Jadi kali ini aku nak review skit pasal filem TELEGU lak..hurmm..Aku cari hero sempoi skit bagi hampa tengok dibantu dengan heroin best skit nooo..



Ram Charan Teja Naayak
Naayak (2013)


Aku bagi hero best skit kat hampa..Nidia..hero stylenya, Mega Power Star Ram Charan Teja. Ni dia punya nama timang-timangan dia..Amacam?mega power tu..Hampa kena tengok kot lakonan dia..Dia ni pandai menari gak ni..Lakonan dia pun mantap, cerita dia sebelum ni aku tengok dia kurang bercakap, tapi dalam filem kali ni, Nayak dia boleh dikatakan banyak bercakap gak la.


Cerita ni bermula dengan hero ni kerja sebagai engineer jugak la..Terpandang seorang wanita yang juga heroin dalam filem ni, dia terus berkenan dekat heroin ni. Tapi heroin ni adik kesayangan abang dia, sayang sangat2 sampai orang xberani nk dekat ngan adik dia...Sebab abg dia ni pun samseng besaq gak kat cerita dia ni...Cuma hero ja berani mau dekat.


Berlaku satu incident apabila abg heroin ni nak p pukui hero sebab hero ni cuba nak memperbodoh-bodohkan kredibiliti beliau sebagai seorang samseng..Tapi dalam perjalanan depa nk p pukui hero, depa nampak hero ni baru sahaja lepas tembak seorang pegawai polis berpangkat besaq gak..Apa yang menghairankan dan menakutkan abg heroin yang samseng ini adalah, hero masa mai rumah nak ayat heroin iaitu adik dia ni seorang yg lembut, dan cakap pun baik2 ja..Napa tetiba dia p tembak orang?Ini lah persoalan abg heroin sebab hero xda muka samseng langsung tapi p bunuh orang..Dan2 abg dia rasa ketaq lutut sampai demam..hahahaha..Samseng apa sampai demam...


Incident yg berlaku itu terus membawa kepada kesinambungan kepada apabila hero ni masa nak p kuil untuk sembahyang ditahan polis kerana disyakki membunuh Pegawai Polis berpangkat besar itu..Tapi bila check balik rekod hero, dia ni memang xda rekod jenayah..Dia memang pure software engineer..Di sini lah bermulanya plot cerita yang agak tricky di mana sebenarnya dalam filem ni Hero memegang 2 watak..hahaha.. Satu hero nama Cherry dan satu lagi Naayak..Muka sama dengan CHerry, Tapi Naayak lagi berpengaruh kerana dia cukup dihormati orang2 kebanyakkan di satu kampung itu.. Jadi masa Cherry tu dilepaskan, masa dia dok tggu bas ka keretapi tah,aku lupa, dia terbaca satu magazine..dan dalam megazine tu ada cerita pasai Naayak ni..haaa..Masa Cherry dok pegang majalah ni la, berlaku satu flashback pasai Naayak ni..Naayak ni dia bukan samseng...Dia juga orang biasa, yg bekerjaya dan mempunyai abang ipar yg bekerja Doktor.

Filem bertambah rancak lagi bila abg beliau itu dibunuh dengan kejam kerana ada satu rahsia yang abg dia selaku Doktor pegang dan bersedia untuk dibocorkan kepada pihak Polis. Disebabkan kematian abg dia tu, Naayak mengambil keputusan untuk menuntut bela kerana abg dia baguih..tu pun ada orang nak bunuh..tu hero xpuaih hati tu..Tapi apa kes sebenarnya yang abg dia ni dibunuh? dan apa lagi yang Naayak ni buat sampai nama dia gah sangat? sampai samseng2 lain pun xberani nak sentuh dia ni..Haaa...aku tinggal persoalan kat hampa..Tapi tema dia aku bagi..Tema dia pasai Keruntuhan sosial jugak..hehehehe....So selamat menonton nooo...




Ram Charan And Kajal


Ni heroin dalam Naayak ni..Nama dia Kajal.






Ram Charan and Amala Paul


NI second heroin, Amala Paul dan heroin ni jugak berlakon Thalaivaa dengan Vijay. Cerita ni ada dua heroin, sebab hero ada dua watak..Jadi heroin untuk dua2 watak la ceritanya..Tapi yang pasti, hero la untung sebab dua watak dia yg lakonkan, tapi heroin berlainan dia dapat..Pi mai pi mai untung kat hero la..ahahahaha...


So setakat ni review aku..selamat menonton..Best..aku bagi 4bintang cerita ni walau ending dia sedikit kurang menyengat sebab ending style habis begitu jaa..Tapi jalan cerita aku bagitaw memang best..Selamat menonton..


Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best











Filem Bakal Keluar Panggung- Aarambam, Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat petang.. Apa habaq noooo..harap hampa semua sihat... PAgi tadi sudah hujan lebat...Mai petang ni cerah balik dah skit... Apa2 pun aku harapkan hampa semua sihat la noo..Amin.


Petang ni aku nak review skit...Pasal filem yang bakal release dalam masa terdekat ni..Dan info yang aku dapat dalam masa terdekat ni adalah filem2 ni :



Ajith Kumar Aarambam
Aarambam


Tudia tu..tengok.sapa pelakon dia macha...Ajith Kumar tuu..Ajith..Aku bleh habaq satu la filem dia selama ni aku dok tengok payah la xsyok..mesti best punya..heheheh... dijangka filem ni keluaq 31 Oktober 2013..ehhh??esok la noo..alamak..kena p tengok ni...heheh.. Dan dalam filem ni digabungkan jugak dengan hero yang bleh gagah gak la style.. Arya. sapa xpernah tengok Arya bleh baca dalam post aku sebelum2 ni dengan Klik Di Sini . Pergh..dua gabungan hebat bagi aku dalam filem ni..Rasa macam nak kena p tengok ni...




Aarambam



Bukan xmau review macha.Nama pun filem bakal keluar panggung...Mana nak bleh review lagi..Hehehe...tapi aku bleh bagitaw kalau Ajith berlakon...jarang la mengecewakan cerita dia..Kalau sapa pernah tengok hero ni..dia ni memang kena dengan watak2 yg mencabar...walaupun badan dia ada sedikit PJK tapi berlakon best..hehehe... 


So amacam...jangan buang masa..esok keluaq wayang dah wei..hampa lambat pakat xdapat la tengok..hahahah...


Sekian terima kasih.


Ajith Ararambam




Montana
Be The Best to win The Best





Monday 28 October 2013

Ajith Kumar- Aegan

haaaa aaaa aaa...Corazon espinado...( Sambil mendengar lagu Mana feat. Carlos Santana-Corazon Espinado)..heheheh

Assalamualaikum..apa habaq semua..harap sihat la nooo...Di pagi yang best ini, harap anda semua bergembira hendaknya..Skit2 ja gembira jgn terlebih sangat takut xleh berenti gembira lak nanti... Apa2 pun harap anda semua sihat di samping orang2 yang anda sayang...

Semalam aku ada tengok satu movie.Rentetan dari seorang blogger yang masuk komen dan memberi pandangan pada aku..Terima kasih diucapkan dan dalam komen itu ada diberitahu kepada aku supaya review satu filem...Yang aku taw hero filem tu memang berlakon style abih laa...memang power la lakonan dia..sebab hero ni selalu bawak watak DON..kepala gangster..aku memang nk review lama dah hero ni..DAh ada orang suruh aku review..jadi aku cuba berkongsi dengan hampa semua..



Ajith Kumar Aegan
Aegan (2008)






Ajith Aegan



Nidia hero Filem Aegan ni, nama dia Ajith Kumar. Kepada mereka yang pernah tengok muka ni berlakon xtaw nama dia, ni la nama dia. Dia ni bagi aku memang ada aura tersendiri dan ada follower dia dalam industri Filem Tamil ni..Dia memang ada gaya tersendiri dan kekuatan dia sebagai pelakon.Dia kalau jadi hero, pergh memang style. Saja aku amik gambaq ni boh kat hampa bagi nampak dia macam besa ja,padahai hampa bleh google dia ni..Berlambak lagi watak2 dia pegang dia memang style...Kira ada aura dia yg tersendiri la..bagi aku dia ni kalau berlakon, dia memang ada karisma,ada tanjak untuk pegang watak samseng dan watak2 berat yang lain..Itulah kekuatan dia berbanding hero2 lain..orang lama la katakan..hehehe.Dia ada karisma tersendiri,cara dia berjalan,intonasi dia bila berkata2, dan gaya dia isap rokok...Tu yang style tu dan hero ni kadang2 dia mampu bagi kita rasa macam nak duduk di tempat dia,nak jadi macam dia...Haa..tu yg aku kata karisma dia tu...

Kembali pada jalan cerita Aegan ni, cerita ni berkisarkan tentang seorang samseng yang dikehendaki ketua dia..Ini disebabkan samseng itu adalah orang kanan kepada seorang ketua samseng tu.Kira samseng ni dia tengah dicari oleh ketua samseng tu. Dia dikatakan bakal mendedahkan sindiket haram ketua tu kepada polis.Jadi samseng ni dalam custody Pihak Polis..lebih kurang macamtu la. Pihak Polis kena jaga samseng ni sebab ketua dia nak bunuh samseng ni..Ya la kalau xbunuh kalu maklumat sampai bocoq la rahsia dia kan. Tapi dalam masa perjalanan nak bawak samseng ni ke mahkamah, ketua dia cuba nak bunuh dia..Dalam satu incident kira samseng ni berjaya melarikan diri. Tapi pihak polis dapat maklumat samseng ni kalau lari dia xp mana dah, dia akan cuba cari anak dia yang study dekat satu kolej di sebuah tempat tu. Bagi menjaga keselamatan samseng dan anak samseng tu, maka hero ditugaskan untuk undercover di kolej tu sebagai student..Ya la kalau xjaga anak dia, contoh kata mati ka anak tu,macamana pak dia nk p dekat dia kan..tu ja la..hehehe..Dalam hal ni hero cukup xberkenan kena jadi student. ya la dia umoq berapa nk jadi student..maw xmaw kena gak la..sebab ketua polis dalam cerita ni bapak hero jugak...


Di kolej tersebut, anda semua disajikan dengan bagaimana hero cuba berlakon nak jadi student, dan cuba nak dekat dengan anak samseng yang diarahkan kepada hero untuk dijaga..Tapi anak samseng tu xberkenan la kat hero sebab anak samseng tu dah ada boypren..hahaha..Tapi hero wei, dia xlayan la student..Dia tangkap professor teruih dalam kolej tu..Nama pun hero kan.. Dan dalam cerita ni action dia memang best..Dia lawan pun sempoi..Luka di akhir2 cerita saja..Ya la, nama pun hero wei..Kalau luka berlambak, kena bayaq berlambak la...Kalau aku pun luka berlambak pun aku demand banyak.. Heroin dalam cerita ni pun xmain banyak peranan sangat..Cuma sebagai pelengkap cerita la skit bagi aku..Ada hero, kena ada heroin..macam tu ja la.


Di akhir2 cerita berlaku satu konflik luar jangka bagi aku di mana semasa boypren anak samseng tu mabok hero tolong bawak balik ke rumah..Semasa dia masuk rumah boypren anak samseng tu, hero telah terkena satu kejutan jiwa..Kejutan itu adalah hero telah nampak satu gambaq family yang digantung di dinding rumah boypren anak samseng tu..Gambaq itu adalah gambaq bapak HERO!!!..aiyooo...gambaq siap dukung budak kecik lagi dan hero taw budak kecik tu bukan dia...PErsoalannya,macamana gambaq bapak dia tu bleh ada di dinding rumah bopyren anak samseng tu?siapa boypren anak samseng tu dengan hero pulak? dan persoalannya siapa sebenarnya bapak hero ni?huhuhuh..banyak persoalannya dalam cerita ni..Kalau hampa nak taw..haaaa..kena tengok sendiri la nooo...ini cerita best...mesti hampa kata alahhh..MOntana semua best...hehehe..ya la dah memang best..Sebab ni hero lama wei..orang lama ni kesan lakonan dia lain..Yang pasti hampa xkan bosan sebab jalan cerita dia adaaaa sentiasa..Gamak nak boring ada lawak skit...




Nayanthara and Ajith
Ajith Kumar and Nayanthara


Tu heroin dia..Nayanthara. Banyak aku perhatikan filem Ajith ni banyak berlakon dengan heroin ni..hehehe...lawa gak dia ni..walaupun ajith cerah skit pada dia..tapi...errr..nilai sendiri la noo.heheheh





Aegan Scene



So setakat ni la review aku noo...Selamat menonton Aegan ni..cerita 2008 punya..Tapi jangan risau, ni hero bestnya..hampa kompom xbosan.



Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best






















Sunday 27 October 2013

Action King- Vathiyar

Assalamualaikum..Salam sejahtera semua..apa habaqqqq...sihat kot nooo hampa semua..moga sihat2 hendaknya..Cuti lama dua hari ni kira xdan nak update aihh..Kalut wei..sorry2...tapi aku taw hampa semua steady..rajin update..bukan macam aku ni...Pemalaih...huuuh..Tapi hari ni kira aku nak update la..Lama ngat aih xupdate noo..xpa2..Walaupun aku xupdate tapi 2 hari tu kira aku sempat gak tengok movie Tamil yang pasti aku akan review dan share ngan hampa..hahaha...saja la syok2 share ngan hampa..sebab aku tengok filem ni best..share p la noo...bagi aku..xtaw la hampa di luaq sana kan..hehehe






Vathiyar Action King
Vathiyar (2006)


Tudia..aku review skali lagi pasai Action King-Arjun...hurmm..aku terlupa yg aku ada cd dia 10 in 1 punya xdan tengok..2 hari lepaih aku buka tengok..tudia..banyak lagi filem dia dalam 10 in 1 tu aku tengok..ni salah satunya..Tajuk dia Vathiyar. Maksud dia dalam English xsilap aku The Teacher. Sempena dengan watak dia sebagai Annadurai, dia memegang watak sebagai seorang samseng gak la..Tapi berhati bunga..baik..Tapi kuat gadoh..Tapi dia bergaduh ada sebab la..bukan saja2 dia suka gadoh..

Cerita start dengan action dah..awai2 dah ada desyum2...Tumbok jatuh ke tanah melantun-lantun penjahat dengan dia..Dia ni memang action punya kaki..Sesuai la dengan gelaran dia "Action King". Dia ni walaupun kaki pukui dia ada satu sifat yang baik..Dia ada buka satu rumah untuk anak2 yatim dan orang2 tua.Di sebabkan itu orang ramai banyak hormat sama dia dalam cerita ni sebab dia xabaikan anak yatim dan orang2 tua.Semua pakat sayang kat dia sebab dia la boss di rumah anak2 yatim tu.

Cerita di selitkan sedikit dengan flashback pasai backgroud hero sebelum dia menjadi boss di rumah anak2 yatim ni.Flashback ni sebab orang2 kat rumah tu geram kat heroin sebab heroin dok kutuk2 hero..Depa xpuaih hati terus cerita pasai zaman silam hero. Jadi zaman silam dia sebenarnya hero ni seorang guru. Guru yang cukup berdedikasi.Dan pernah dia tibai seorang guru lain sebab membuat perbuatan tidak senonoh dekat pelajar depa..Hero xcakap banyak..Bantai xingat dunia punya siap pakai tali pinggang lagi tibai belakang cikgu tu. Rupanya perbuatan hero itu xmenyenangkan hati mak dia sebab mak dia xsuka anak dia jadi samseng. Disebabkan hero tu tibai cikgu yang berlaku xsenonoh tu dia dibuang kerja.Di sebabkan itu mak hero marah.Mak dia xmau dia jadi samseng padahai dia mengajaq cikgu tu..

Di pertengahan flashback itu lagi berlaku perkara lain iaitu kebakaran di sebuah sekolah yg meragut 200 nyawa student.Ini disebabkan sekolah yang dibina tidak menepati spesifikasi yg ditetapkan.Biasalah, di sini unsur2 rasuah pegawai2 kerajaan ditonjolkan dalam filem ni.Seorang guru datang pada hero dan mengadu untuk selesaikan kes ni,tapi mak dia xbagi jugak.Di sebabkan itu,hero amik keputusan untuk setelkan masalah sekolah yang terbakaq itu..Start pada hari tu mak dia xberkenan kat dia sampai xmengaku hero tu anak dia..Kes pasai xdengaq cakap ja.Padahai hero buat benda baik.

Selepas itu cerita kembali seperti sediakala dan heroin baru terasa yg dia dah salah sangka kat hero..Baru dia taw yang hero ni memang baik..Memang dia kaki pukui, tapi sebenaqnya dia pukui orang ada sebab..Tapi bagaimana lak dengan mak dia?adakah mak dia akan terus membenci dia?adakah mak dia taw yang dia ni sebenarnya banyak lagi benda baik dia buat sampai ada orang lain sanggup mati untuk hero iaitu anak dia? Nak taw...kena la tengok...Sebab waktu mak dia dok benci kat dia ni la klimaks cerita ni..Klimaks macamana?kena tengok sendiri la macha..cerita semua xbest la..hahahaha...






Mallika Kapoor Vathiyar Heroin
Mallika Kapoor


Nindia heroin dia..amacam....huhhh...Aku dok perati Action King ni kira dok dapat peluk heroin lawa2 ja..Sesuai la ngan dia Action King macha..hahaha..Badan pun sasa...Tough..Muka pun cerah skit la walaupun xkena cahaya matahari...Kira heroin ni dapat peluk dia pun puaih ati la kot nooo...hahahaha..



Action King VAthiyar





Vadivelu Comedy
Vadivelu (kanan)

Haa...ni pak lawak dia..Yang baju oren gelap pegang bunga tu..Dia ni ada memang hampa bleh gagah gak la gelak sebab dia ni memang bahan ujikaji hero dan orang lain..Habuan kena tampaq pipi,sepak dan sebagainya..Kehadiran dia ni di waktu2 filem nak jadi heavy, maka dia muncul untuk meringankan sedikit minda kita dengan lawak jenaka dia...hahahaha..Kira director Tamil ni xmau la hampa tengok movie dalam keadaan tension..so dia selit la babak lawak dengan pak lawak ni..tu ja la...






Sekian terima kasih review dari aku...


Montana
Be the best to win The Best







Thursday 24 October 2013

Thoranai- Vishal

"Baim..sudah berapa lama Baim bermain seksafon"? "sudah 1 tahun abang".."oohh...Abg dulu pernah bermain seksafon..tapi xtaw lah sama ada abg masih boleh bermain seksafon atau tidak"...

                                                              (Kasim Selamat berkata kepada Baim, Ibu Mertuaku, (1969)


Assalamualaikum semua..saja ja aku boh petikan di atas tu..tiba2 teringat seksafon terus teringat babak2 ni..Orang buta tiup seksafon lagi terer dari orang celik dan setahun lebih dah main...Nampak sangat Kasim Selamat memang otai...feewiitttt....

Hahaha..jadi petang ni jom kita review satu filem tengok..Di sebabkan ada beberapa komen di blog aku ada bertanya tentang satu cerita yang aku belum tengok lagi..Tapi hero tu aku pernah tgk movie dia yang lain.hurmm....




Thoronai Poster
Thoranai (2009)


Tudia...dia ni aku xpernah tengok lagi filem dia ni padahai berlambak dah movie dia dok ada dalam pasaran. Hero ni badan besaq,tinggi, sasa tapi suara kecik...Tapi style la...hero ni nama dia Vishal. Dan dia pun berlambak gak berlakon ngan heroin lawa2 walaupun ibarat tar dan rumput...hahahah....





Sriya and Vishal Thoronai


Tudia heroin dia..Sriya..lawa..tapi hero?ahahha...handsome gak....Member yang tengok sekali ngan aku movie ni dia kata hero xbleh blah..hurmm...apa bleh buat..Untung Vishal  ni la pasai pelakon..bleh dapat berlakon ngan heroin lawa..hahah


So cerita ni bagi aku simple ja..Hero dari kampung mai ke pekan sebab nak cari brother dia(abg kandung) dia yang dihalau oleh mak dia masa kecik2 dulu..Kes kecik ja abg hero kena halau,buat tatu nama perempuan kat dada...Tapi benda tu dalam masyarakat depa cukup xbaguih la sebab buat malu family kot..kecik2 buat tatu nama perempuan kat dada..hahaha..Kes tu ja dia abg hero kena halau..


Jadi dia dalam proses ke pekan nak p cari balik abg dia setelah hampir 10 tahun kot terpisah..Mak depa pun sebenaqnya sedih gak..Sebab masa mak dia halau tu dalam keadaan marah..Lepaih tu mak dia dok menangis xberenti la sebab abg dia lepaih kena halau tu memang xjejak kaki langsung kot ke rumah mak dia di kampung..Hero pun p la pekan dan nak cari abg dia sebab mak dia paksa dia p cari abg dia...

Plot cerita bertambah rancak bila abg dia yang dia dok cari tuu rupanya samseng besaq di pekan..pergh...Rowdy besaq wei dan dijadikan cerita dia ada gadoh gak ngan abg dia..Dia gadoh sebab abg dia ada tibai sapa tah dalam filem tu..Ya la..dari kecik dia xjumpa dah abg dia muka pun dah berubah..kalau dia kenai xkan la dia nak gadoh kan..cerita..biasa la..hehehe...

Dan di bibit2 terakhir filem akhirnya hero dapat taw samseng tu abg dia sebab dia perasan tatu kat badan abg dia tu...Itu ja la dan dalam perjalanan dia nak bawak balik abg dia berlaku pergaduhan di antara abg dia dengan samseng sekoq lagi lakonan Prakash Raj. Prakash ni kira dok jadi jahat ja..hahaha.. Abg hero ni kan aku cerita tadi samseng, jadi depa kompom xpuaih hati punya kat abg hero walaupun abg hero ni dalam proses insaf..Abg hero dan prakash adalah 2 samseng besaq di pekan dalam cerita Thoronai. Kira nak abih dah cerita hero akhirnya berjaya bawak balik abg dia ke kampung dan berjaya menggembirakan hati mak depa...Tambah skit lagi, perempuan yg nama dia ada di tatu abg dia tu pun masih dok ada..DOk anak dara lagi...Apa lagi..mak dia kira bagi menikah la ngan abg dia...hahahah..hampa tengok..betapa setianya perempuan kat laki..walaupun laki tu xnampak sikit punya lama wei macha....





Thoronai scene






Sekian terima kasih noo...

Montana
Be the best to win The Best










Wednesday 23 October 2013

Action King-Marudhamalai

Assalamualaikum dan selamat petang semua..apa habaq..apa cerita semua petang2 ni?wei Penang hujan lebait wei..hujan lebaitt..hahahah...rahmat..rahmat..Jadi bagaimana di Selatan sana..harap yang nak balik nanti berhati2 la nooo..hujan ni..lebait sangat...jangan laju2..tang kona baru hampa speed.heheh..lawak ja noo...



Marudhamalai Poster
Marudhamalai (2007)


Cerita ni hero dia Action King Arjun..hahaha..cerita dia jadi Polis..Cerita ni depa tunjuk dari awai proses atau prosedur Hero nak jadi Polis.macam p fizikal test, dan sebagainya..Xda la start2 cerita dia jadi Polis. Ini di sebabkan oleh harapan ayah dia jugak nak dia jadi POLIS.hero xmembantah,menurut sahaja..Itulah contoh anak yang baik kan..hahaha..


Plot cerita bermula bila dia dapat jadi Polis, Konstabel dulu macha..bukan berpangkat dah..Penjahat di situ memang betui2 underground punya law sampai kawasan tu xpernah ada pilihanraya sejak 15 tahun dulu lagi.Semua samseng sekoq tu ja control. nak jadi cerita ada gak election di situ dan samseng telah mengamok, dan memukul hero punya bapak di tempat membuang undi..apa lagi..Hero penendang la..Siap dia naik pangkat lagi lepaih dia tibai samseng tu...hahahaha..


Cerita bertambah best masa dia dah naik pangkat sebagai inspektor...dan dia membuat segala keputusan berdasarkan kebenaran..bukan rasuah2 punya...kira dia gaduh bukan standard samseng kampung punya..Menteri pun dia psiko buta2 ja...Sampai ada menteri tu bunuh diri sebab malu, punya xtahan dengan psiko Hero terhadap dia..hahahaha...Tu yang aku kata best...


Ending cerita memang steady..Action gila2 punya..lawan pun best sampai ada satu scene tu dia lawan ala-ala tomoi..hehehe....



Meera Chopra
Meera Chopra



Ni la heroin dia..saja boh last skit..bagi hampa tertanya2 sapa heroin dia..Dengaq cerita ni la sepupu Priyanka Chopra..patut lawa..hahahaha


Sekian terima kasih..

Montana
Be the best to Win The Best





Tuesday 22 October 2013

Stylish Star-Allu Arjun

Assalamualaikum...salam sejahtera kawan2 semua dan anda2 di luar sana moga sihat sejahtera.Hari ni hampa semua sihat kot noo..harap hampa sihat sejahtera hendaknya...aku baru sahaja selesai menonton satu filem...bukan tamil...kali ini aku tengok Telegu lak...heheheh...





Badrinath Poster
Badrinath (2011)

Tajuk filem Telegu ni Badrinath, 2011 punya movie..hampa tengok la poster tu..Siap ada pedang muka singa..kompom action punya movie macha...hero ni aku xkenai,sbb Telegu ni aku kenai Mahesh Babu ja..sbb bagi aku Mahesh Babu la style..hehehe...





Allu Arjun
Stylish Star Allu Arjun



NI dia hero dia..amacam..style dak..nama timangan dia dalam industri Telegu Stylish Star..nama dia Allu Arjun dan filem ni xsilap aku arahan bapak dia..aik..nak macam industri kita punya style dah nooo...heheheh...Allu Arjun ni banyak gak filem dia cuma aku baru tengok yang ni ja...





Stylish Star







Tamanna



Ni heroin dia..seperti biasa Tamanna sekali lagi ada dalam filem telegu..hehehe..dia lawa gila dalam filem ni..macam biasa gak la..dia la kekasih hero...


Badrinath ni mengisahkan filem pasai seorang anak murid yang setia pada gurunya, iaitu Badri(watak hero) dan merupakan murid yang paling setia dan taat pada gurunya..guru dia suruh buat apa semua dia ikut...Dan dalam cerita ni hero adalah seorang murid yang kena jaga tok guru dia..Pergolakkan berlaku apabila kuil2 di India banyak yang kena ganggu dengan geng2 pengganas dalam India..depa ni mai dan suka ganggu sami2 di kuil ni dan ada yang dibunuh..aku pun xtaw apa yg pengganas ni geram sangat kat geng2 sami ni.


Jadi geng2 sami ni bersidang la nak kena jaga kesucian kuil2 ni sebab geng2 ni anytime bleh buat kacau...Jadi mahaguru yang wataknya di pegang Prakash Raj ni ditugaskan untuk memimpin sekumpulan remaja yang bila depa dewasa nanti akan dihantar menjadi guardian di kuil2 yang akan ditetapkan pada depa nanti.Dan Hero sebahagian daripada remaja2 yang dididik khas oleh Mahaguru ni dan hero memang stylish star betui la lawan dalam cerita ni.


Watak heroin ni timbul masa dia saja dok wat terer nak berkelah di kawasan pergunungan...tok wan dia tetiba sakit dan masa tu gak hero mai dengan gaya lompat dari bukit ke bukit sampai la kat tempat tok wan heroin sakit dan menyediakan rawatan percuma kepada tok wan dia.. Jalan cerita dia simple,heroin berkenan kat hero, tapi hero lak xbleh bercinta..sebab mahaguru dia xbagi..ini disebabkan hero bakal pengganti mahaguru..Mana la mahaguru nak bagi dia kawin atau bercinta macha..mahaguru pun bertapa skit punya lama..berjanggut sampai putih senang2 nak bagi hero kawin..hahahhaah....DAk aih...itu prosedur depa..Kalau nk jadi pengganti mahaguru,kena follow guideline mahaguru la..xleh kawin...tu ja laa..


Ending cerita dia macam biasa aku dok cerita...Habihh macamtu ja...heroin tensen dan memaki hamun mahaguru hero...hero buat xtaw ja last2 mahaguru lak xsampai hati...dan akhirnya membenarkan heroin bercinta dan teruskan niat suci depa..tu ja la...hehehehe...aku xtaw apa mahaguru tu pikiaq..mungkin sbb dah masuk 2jam lebih kot cerita dia kan..cerita duration 2jam 20minit..kalau mahaguru lak dok wat merajuk xjadi la 2jam 20 minit..


Aku bleh bagitaw ini cerita ada action,love kurang sebab hero xleh tunjuk sangat love dia..ya la..mahaguru dok pesan dah..kalau bercinta gak kena penampaq betui muka..hero xberani la macha..nak pangguu kepala depan mahaguru pun xberani apatah lagi nk lawan mahaguru...Oh yaa...hero ni...aku lupa nk bgtau..serius...dia pandai menari..lembut gila badan dia..sapa suka tarian aku suggest hero ni..dia punya tarian memang style..padalah depa panggil dia stylish star...aku bleh bagi 3bintang ja la cerita ni...bukan xbest...tapi okk lahh..cerita dia xbosan..sentiasa ada jalan cerita dia...agak bila nak bosan ada la komedi skit...tu ja la...



Sekian terima kasih....

Montana
Be the best to win The Best





Monday 21 October 2013

Action King-Arjun

Assalamulaikum...apa habaq hampa semua...harap sihat la nooo...lambat skit hari ni post..nak kata malam pun dak..ni dah kira pagi dah ni..bapa jam lagi ja nk menjelang subuh sapiee(ayat orang utara).. Baru tonton satu filem macha...sat2...cerita ni baru lagi...ibarat kalau hampa kena buat asingment mengenai review jurnal masih relevan sebab tahun yang sama lagi..bukan 6 tahun sebelum punya cerita ni...






Kadal Poster
Kadal (2013)






Kadal Gautham Karthik



Jadi..kalau nak ikutkan...ni la hero dia..Gautham Karthik dan aku difahamkan bahawa ini juga adalah first movie lakonan dia...hurmm..satu macam ni..sebab first movie dia dah berlakon dengan star dah.Secara fundamentalnya aku beli cerita ni bukan pasai hero ni.Ya la kan,first filem..aku rasa sapa pun xkenai dia ni..Tapi pembelian cerita ni adalah disebabkan faktor hero yg ada dalam poster di atas..Iaitu Action King-ARJUN.Macam besa la,ni nama timangan dia dalam industri filem Tamil.Aku agak pelik gak pada mula aku tgk cerita ni sbb Action King dah xmacam hero dah pun,tapi atas terma lain dia masih lagi Lead Role dalam filem ni..Kira watak penting gak la...hehehe...Xda dia kira cerita kira masam gak la..lebih kurang mcmtu la.





Arjun
Action King

Ni la hero bagi aku sebenaqnya..Bukan bias wei,sebab memang dia best..hahahah..(walaupun berbaur bias)..Jadi dia ni la penyebab aku beli cerita Kadal (the sea) ni..itu ja la..Sebab banyak movie dia sebelum ni aku tengok dia hero dan dia lead role..tapi kali ni dia bukan hero tetapi masih tergolong dalam lead role gak..sebab cerita hidup pasai dia ni jugak la..Ya la bang, hero cerita ni muda lagi...macmana pun Action King gak la penggerak plot2 cerita ni.


Jadi cerita ni berkisarkan kehidupan masyarakat pelaut atau orang laut di India dan bagaimana kehidupan seorang budak iaitu hero yang membesar tetapi dicemuh orang masyarakat atau komuniti di laut.Sebab orang kampung di situ menghina dan mencemuh hero sejak dia kecik,3 tahun lebih lagi dah kena cemuh sebab dikatakan ibunya seorang pelacur..hurmm...Jadi ianya berkisarkan keruntuhan sosial di kampung dan director cuba nak dekatkan kita dengan keruntuhan sosial masyarakat pelaut di India kepada kita..Hero membesar dengan dihina,dicaci.Agak tidak adil kerana dia xbersalah sebab bapak dia sendiri macam xmengaku dia anak dan bapak dia sendiri menghina isteri merangkap ibu hero sendiri..Agak tidak adil di sini..Hampa bleh nampak macamana tanpa pendidikan dan pegangan agama boleh menguasai tindakan seseorang itu..DAn ini ditunjukkan oleh orang laut di India.


Jalan cerita bertambah rancak dan agak tricky apabila kemunculan Action King yang entah dari mana datangnya cuba untuk menghidupkan dan memberi nafas baru kepada hero..Ini disebabkan oleh dendam lama Action King pada seseorang yg dia taw sekarang tengah dok ajaq hero ke jalan yang benar.hehehe..Kiranya orang yg tengah dok jaga hero skg ni orang baik..Action King jahat... Ibarat senang, pendekatan antara Angel and Demon dalam memberi option kepada hero..Jadi Action King ni dendam gak la kat watak Angel dalam cerita ni sebab dok ajaq hero jadi baik,sedangkan dia nak hero jadi jahat macam dia...So di babak ni la agak tricky skit sebab Action King mai dalam keadaan buat muka kesian,dan akhirnya memerangkap watak Angel ini hingga masuk jail.


Jadi cerita ni bagi aku xberapa nak ada action,lawan kurang..Tapi diselitkan sedikit unsur2 keruntuhan sosial masyarakat laut di India yg bagi aku..hurmm..memang heavy la mcmni..Bagaimana rendahnya moral depa bila orang nak buat baik dengan depa, dan suka2 ja jatuh hukuman kat orang..SAmpai paderi di tempat depa pun depa tibai xkasi chance punya..ada ka patut..

JAdi kesimpulannya hero memilih the right path dalam hidup dia.Sebab the wrong past kompom la wrong..hahahah..Di babak last ada fight di atas kapal..Yang bagi aku best depa lawan...ada gak la skit sepak melambung2...tapi xbanyak macam cerita Superstar..tu ja la.Aku bleh bagi 4 bintang cerita ni..Bukan atas dasar action, tapi nilai kemanusiaan dan sosial life yang begitu menyentuh hati kalau kita tengok..hhuhuhuh...


oppss..lupa nak tunjuk kat hampa heroin dia...jeng jeng jengggggg




Beauty Thulasi
Thulasi Nair

Aku try cari maklumat pasai heroin ni..errr tapi xdapat..aku xtaw mana depa dapat heroin ini..Tapi bleh gagah gak la..dalam cerita ni dia jadi anak Action King..hahahaha...dia jadi anak orang jahat.Tapi awek hero..

So setakat ni ja kot...Yang lain2 hampa bleh usha sendiri..Filem ni filem 2013..Tahun ni punya keluaq..Patut aku tgk Action king agak season in the sun skit...RAmbut skit ada putih la macha..heheheh...




Sekian terima kasih...salah silap harap maaf noooo...



Montana
Be the best to win the Best

Sunday 20 October 2013

Mappillai-Dhanush

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Moga anda sihat semua..Huhhh...cuti macha..releks2 dulu kan...hehehhe....Aku baru setel ja tengok satu filem..Dan filem ni aku memang dok cari..Last2 jumpa la jugak...huhhh...Yang syoknya jumpa area Pekan Rabu Aloq Staq gak la...hurmmm...Aku dapat info ni dari member aku yang bleh dikatakan peminat Tamil tahap Hardcore gak la...Cerita ni tajuk dia Mappillai...memang dok cari...jumpa jugak Akhirnyaa....kini Pasti...aikk...Anita Sarawak lak dah...






Mappillai
Mappillai (2011)







Mappillai scene





Hansika
Hansika


HERO dia Dhanush...menantu superstar lagi kali ni..Tapi heroin ja..hurmm..xyah habaq..aku taw lawa..hahahah..Dengan cerita dia ni la marka Little Superstar...xkenai little superstar?hampa bleh tengok dengan klik di sini ..tudia marka..hahaha..punya la lawa..hero xyah dok habaq la aku pun jeles...

So cerita ni pasai Hero yang cukup merendah diri...berkenan dan kenai heroin secara xsengaja sebab masa heroin dok naik moto ada kutu cuba buang brek moto dia..Jadi masa heroin menunggang moto tiba2 dia sedaq moto dia xda brek...Melelong la dia bawak moto..Kira masa tu la hero, DHANUSH atau nama dia dalam watak ni Saravanan selamatkan dia..Heroin sudah jatuh cinta..Cuba mengorat hero tapi hero xlayan..Hampa tengok Tamil buat cerita,skit punya lawa heroin dok gila kat hero sirrr punya..hahaha..apa bleh buat...Cerita..layan ja la.


Plot cerita bertambah menarik bila mak heroin, Manisha Koraila, nama yang tidak asing lagi dalam Bollywood dapat taw anak dia suka kat hero kampung ni..Macam2 la dia xberkenan sebab hero ni low class katanya..Jalan cerita bertambah menarik bila hero akhirnya kawin di pertengahan cerita..Bermulalah pergaduhan secara psikologi di antara hero dengan mak mentua dia iaitu Manisha Koraila..tapi dia silap la sebab hero cerdik..Macam2 tektik dia pekena hero...tapi hero pekena balik.. Mak mentua dia taw kalau nak tibai, hero ni samseng gak masa dulu2..Sebab ada dah kutu2 standard menteri p cerita kat dia background hero dekat dia..Jadi dia xmain la cara kasaq..heheheh..


Plot cerita disajikan sedikit dengan jenaka2 biasa oleh Vivek, nama komedi yang tidak asing lagi dalam dunia komedi Tamil..sat2 aku tunjuk kat hampa vivek ni mcmana rupa dia..kalau hampa tengok mesti kenai kot..Yang pasti dia bukan meniaga cendoi dekat tepi sekolah kepala batas penang la nooo....




vivek the tamil comedian



ni la vivek..tengok muka pun xleh blah dah..hahahaha....dia ni kira main peranan gak la sebab awai2 filem dah ada muka dia dah..Sebab depa xmau bagi hampa boring so boh la mamat lawak ni dulu...tu ja la..


So setakat ni review aku..hampa bleh tengok sendiri...tu ja la...Jalan cerita dia xberapa heavy,cuma berkisarkan mak mentua xberapa berkenan kat menantu..tu ja la..dan ada la unsur2 pandang rendah skit di antara mentua dan menantu dan mentua dengan biras depa..selamat menonton..Mappillai (rasanya maksud dia menantu kot)..hehehe..sorry kalau silap.


Montana
Be The Best to win The Best





Friday 18 October 2013

Jom Buat Rombongan Ke Candi Lembah Bujang #VMY2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Harap anda semua sihat sejahtera...Fuhh..selamat hari ni..sebab aku xtaw nak post menatang pa petang ni..Otak kiri dan kanan berfungsi cuma lambat panas.Nasib aku terbaca blog otai kita...Mengenai segmen untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 .Steady broo..Kalau tidak gua pun xtaw apa mau tulis ini petang..Mujur ada gak la idea mengenai #VMY2014 ni..


Aku nak cuba kempen Melawat Malaysia ni berfokuskan Negeri Kedah Darul Aman..Subjeknya adalah mengenai Tempat Bersejarah, iaitu Candi Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman. Ya memang tempat ni xramai orang taw walaupun yang berada di Kedah sekalipun. Buat pengetahuan semua aku pernah sampai ke sini, tapi aku xberapa ingat memandangkan masa tu aku muda2 lagi..Mana nak ingat..Sapa bawak pun aku xingat dah..huuhuhuh....Jadi lokasi nak ke sana tu xsusah memandangkan kerajaan telah membina banyak Lebuhraya bagi memudahkan anda semua untuk access ke sana. Sapa yang mai dari selatan atau utara sekalipun, yang guna Lebuhraya, anda hanya perlu exit Tol Sungai Petani Selatan kerana dari sini lebih mudah untuk anda semua ke sana. Keluaq tol Sg Petani selatan ja, terus ja dan anda hanya perlu berpandukan signboard yang ada.Kalau xda sekalipun ikut ja jalan nak ke Merbok,dan lepas tu mesti ada jalan nak ke Candi berkenaan.


Tempat Bersejarah ni kalau nak ikutkan sapa nak pergi kan..Tapi kalau kita sendiri xp, sapa lagi nak pergi kan..Dan kita perlu war-warkan benda ini supaya ianya lebih dekat lagi untuk mereka yang dahagakan percutian dalam Malaysia ini..Dan lebih2 lagi untuk Kempen melawat Malaysia ini, orang luaq akan lebih seronok kalau tempat yang kita p tu ramai orang mai jugak.




Merbok Kedah





Merbok Kedah






Candi






Kuala Mudah Kedah Darul Aman



Kalau nak diikutkan sejarah ni berlambak candi yang dijumpai di Lembah Bujang ni..Ya la kan, empayar terbesaq kedah Tua la, Langkasuka la semua ada area ni..Jadi Candi2 ni jugak ditemui dan masih lagi dicari sehingga sekarang..Dan sudah banyak candi2 yang dijumpai sehingga ke hari ini kerana Lembah Bujang mendapat perhatian para arkeologi di Malaysia untuk terus mencari monumen2 bersejarah yang ada dalam Malaysia ini. 


Untuk maklumat lanjut mengenai lembah bujang ni, hampa boleh la melawati blog Kedah2U ni sebab banyak lagi tempat2 menarik di Kedah ada dalam website ni.Kalau hampa nak info mengenai tempat2 selain dari Kedah, boleh lah hampa melawati website Tourism Malaysia. KLIK SINI untuk terus ke Laman Web Tourism Malaysia.Banyak lagi info2 pasal tempat2 menarik di Malaysia ni ada dalam web Tourism Malaysia ini.. Jadi aku hanya boleh bagitaw bahawa kita semua boleh kalau ada masa mai melawat Candi Lembah Bujang ni..Mungkin ada lagi monumen2 bersejarah lain yang belum kita discover lagi kan..heheheh..


So setakat ni ja la post aku kali ini bagi menyahut Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Jadi anda semua bila lagi..jom2..kita pakat serbu candi ni..Baru la makcik2 yg dok meniaga koeteow tu kaya skit..heheheh(aku teka jaa) tah ada tah xda koeteow...


Sekian Terima Kasih..


Montana
Be The Best To Win The Best







Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia

Thursday 17 October 2013

Baasha-Superstar

Assalamualaikum!!!!(cara bagi salam bila mai rumah orang)..Apa habaq semua?sihat kot noo..Alhamdulillah..Moga xda la yg kena penyakit kuku dan mulut ka,apa ka..In shaa allah..Moga anda semua sihat sejahtera..Ok..teruih terang habaq mai kat hampa,aku bukan rajin sangat nk update ni..Tadi baru sat2 aku update survey Nuffnang.AKu boh ja la apa aku rasa patut...Dalam masa yang sama saja2 laa aku tgk gambaq Tamil tadi..Baru habis aku tengok..aku tengok cerita lain tadi..tapi selepas aku bukak internet..tetiba aku perasan..AKu ada boh muka Rajinikanth dekat blog aku ni..Tapi xreview pun filem2 dia..Jadi malam ni aku teringat ada satu filem..Dan aku ingat gak waktu aku kecik2 dalam tahun 1995 macmtu,ramai2 member2 India aku selalu dok sebut tajuk filem ni..sat2..nak tunjuk kat hampa....



Baasha Poster
Baasha (1995)






Superstar




Superstar



Nindiaaa!!!!..nak habaq mai weiii....SUperstar RAJINIKANTH...Sapa minat dia ni??bagi aku kalau sapa kata minat dia..Tapi xtengok Baasha ni pada perspektif aku xcukup minat lagi..Sebab cerita ni nak habaq mai kat hampa..fuhhh..best gila..Memang..starting dia slow..slow..slow..Macam cerita Marlon Brando la The Godfather..start ja lembab..lepaih tu hahahah..hampa xlarat nak gelak..action gila2 cerita ni..Tapi action cara 1995 la macha..hampa xleh harapkan the best la...Tahun 1995 lain kamera dia..xmacam skg kan...


Cerita Baasha ni bermula dengan harapan seorang Ayah,yang dah lama tiada kepada seorang anak sulong(Superstar) la tu..Ayah ni pernah kerja ngan orang jahat,so dia pesan la kat superstar dia xmau adik beradik dia yang lain jadi macam dia..So di awal2 cerita hampa dah disajikan dengan moral kekeluargaan..Biasa la kan..selalu anak sulong ni sebab tu depa pendiam, sebab banyak tanggungjawab depa kena tanggung.sebab tu benda2 macamni mendewasakan pemikiran depa lebih cepat berbanding adik beradik lain.Abg sulong ni selalu diam,xbanyak cakap..tapi action lebih..hehehe


Superstar dalam cerita ni dia kerja.Xmacam cerita Bollywood..CInta sampai ke mati, masa bila depa kerja kan..SO dalam ni dia cerita dia bekerja sebagai auto driver(tut2) kereta pendek 3 tayar tu la....Dan sebenarnya,di masa silam dia bukanlah seorang yang kerja2 cikai macamni..tapi dia dulu adalah samseng besaq di Bombay...Dia lebih dikenali sebagai Baashaa..Sebut Baasha di Bombay(xsilap aku)..kira benda yang boleh kecut pakat2 kecut abih....lebih kurang macamtu la... Jadi dia dah tinggal kerja lama dia disebabkan hasrat ayah dia..iaitu nak tengok adik2 dia berjaya..


Nama dia dalam cerita ni Manikam..Kira Manikam ni sapa xkenai..memang selalu dok buli dia..belasah dia..Bila depa dapat taw Manikam tu la Baashaa..hahahahah..di situlah kronologi cerita bermula dengan cantikkkk sekali...serius xtipu hampa..Kalau sapa pernah tgk filem2 dia sebelum ni hampa kata best, kesimpulan dia Baashaa lagi best..serius xtipu Macha..sebab cerita ni la nama dia top gila2... Konflik bermula bila adik laki dia, yg ayah dia nak jadi Inspektor Polis tercapai.Dan adik dia berdepan dengan abg dia..yang orang2 besaq dalam POLIS sendiri pun taw sapa abg dia..Tapi konflik xtara mana pun..gadoh kecik2 ja..Besa la..Adik dok wat hero jadi POLIS..tapi abg releks jaaa...


Dan filem ni la terhasilnya berbagai2 trademarks2 superstar, seperti ayat2 dia, gaya jari ke atas dia dan lain2..nak taw??kena tengok la macha..hampa kena cari cd ni..serius xtipu..Sebab aku dah tengok..dan aku minat dia..Memang xbanyak filem dia aku tengok,tapi bila aku compare ngan lain2 filem dia...Baashaa hampa kena tengok..tu ja..


ERRR.....xleh tulih banyak2..stg merapu jaa...hahahaha..baik hampa tengok...kalau tidak..Baashaa akan menghantui hampa...hahahah..lawak ja nooo...Ok la macha..selamat menonton..MAcam biasa,review filem tamil xkan sama bila hampa tonton sendiri..Amacam trademark aku?hahahahah...


Ok lahh...chow Yun fatt dulu...sekian terima kasih...selamat berblog walking nooo...salah dan silap harap maaf..tiada niat apa2 cuma berkongsi cuma..


P/s: perasan dak..first time aku review filem tamil xcerita pasai heroin..sebab apa?sebab orang kalau nak tengok filem superstar..orang xberapa nak tengok sangat heroin dia..sebab Superstar dah cukup nak sajikan hiburan terbaik untuk hampa..boh p la heroin mana pun..janji superstar tu mau ada.hahahahah..



Superstar






Superstar








Ni..mai tengok sedikit sedutan dia...baru hampa taw..hahahahah




Montana
 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...