Instagram
Sitegiant E-Commerce

About Montana

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hurm..dan sekerat jalan dah baru terasa nak buat post khas ni...hurmm..sorry2..Biasa la bro, baru nak bleh skit bab2 IT ni...Mula dulu memang nak buat lama dah..tapi la ni baru taw skit2, baru la aku rasa nak buat pasai entry ni..heheheh..Baru nak cerdik cari pages nak letak kat ataih tu selepas aku menelaah bukan dari khutub khanah(betui ka dak aku eja) hentam saja la labu... Saja la nak buat ramaiii skit kat blog sendiri ni..maka aku terasa nak share skit pasai tuan blog iaitu aku...


Nak boh gambaq pun tarak sebab kamera xdak..Ada pun hat henset punya,standard kasta terendah di antara hanset2 yang dok ada di muka bumi ni...Jadi share mana aku teringat ja la nooo..Bulan lepas aku xingat sapa yang komen di blog aku ni pernah sekali dia berkenan suruh aku buat satu post tentang objektif blog aku ni..Dia pelik sebab aku ni minat Tamil..Mungkin kalau aku minat korea ka atau lain2 filem dia xpelik kot..heheheh...Jadi mungkin ini sebahagian dari apa yg aku nak karangkan dalam post ini.


Nama aku agak panjang..Jadi hampa bleh panggil Jai saja, atau sempena nama blog aku pun bleh gak iaitu Montana. Xda yang menarik, cuma sebahagian dari blogger2 di luar sana yang ingin berkongsi passionate diri sendiri dengan mereka2 di luar sana. Aku bekerja,bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan sebahagian daripada subordinat, yang terendah dalam organisasi aku...hehehe..JAnji kerja la nooo...Aku buat blog ni bukannya apa,aku dapat inspirasi dari kawan aku yang berkata buat blog.AKu tanya la nak buat blog apa,last2 dia bagi satu contoh tentang apa yang aku taw untuk dikongsikan bersama. Masa dok brainstorming tu keluaq la percambahan idea yang pelbagai, dan justifikasi tentang apa jenis blog yg aku bleh buat.JAdi keluaq la macam2 cerita, pasai keghairahan aku tentang filem tamil,sanggup tengok filem Tamil sampai lewat malam, sanggup langkah jauh ke panggung semata-mata nak tengok wayang filem Tamil.Maka di situ tercetusnya idea untuk buat blog mengenai Filem Tamil ini. DI samping itu juga sedikit garapan mengenai filem Telegu.


Sebenarnya dari aku kecik aku dah terdedah dengan masyarakat India sebenarnya. Sejak dari kecik,sewaktu sekolah kebangsaan aku sudahpun ada pendedahan mengenai 1 Malaysia ni..Ya, aku dah didedahkan dengan pelbagai bangsa,selain kaum majoriti yang dok ada. Namun aku banyak rapat ngan geng2 India masa dulu. Masa tu aku dok perhati dah, ramai member2 aku, membuat gaya superstar,gaya bercakap, cara depa bergaduh,cara depa bergurau yang sedikit sebanyak membuatkan aku terikut2 gak skit..Tapi xbanyak,dan yg merugikannya aku xdapat kuasai bahasa mereka itu hinggalah sekarang..Rugi beb, xleh berbahasa lain dari bahasa kebangsaan, sebab kita masyarakat majmuk. Sampai sekarang aku masih tengok filem kena pakai subtitle kalau filem Tamil ni,hurmm..


Bila mai bab kenapa aku bleh minat filem Tamil ni,sebenarnya aku start dengan Bollywood jugak dulu. Banyak filem aku tengok,kebanyakkan filem Shah Rukh Khan. Bagi aku mamat ni memang terer la...Cara dia menghayati watak dan mimik muka dia memang A.dan yg pasti, ayat2 depa memang power..Memang bleh cair la perempuan,kecuali lain dari perempuan..heheh...lawak ja nooo.....Jadi bila aku sampai satu tahap,kita akan rasa bosan jugak.Itu aku la..Last filem aku tengok Mohabbatein.Itu last aku rasa sebab aku dok nampak tema dan persoalan filem dia hanyalah Love Story semata2..asyik cinta ja,Masa bila dia kerja? (ayat paknjang aku)..hehehe..


Jadi selepas era Bollywood,aku mula ke Kollywood(Industri FIlem Tamil)..AKu pun bukannya taw sangat pada mulanya,aku tertarik dengan action dia saja..Isap rokok bunyi fuh2,sila panggung kaki pun bunyi fuh2..Bleh dikatakan side effect dia tu yang menarik tu.Bila tibai musuh,5 orang kacang ja..Kurang2 mau 24 orang baru dia start luka kat pipi dah...hahaha..Dan bila umur meningkat,aku tengok lagi,aku buang sat bab2 effect ni,aku fokus kepada tema dan persoalan dia.Ternyata filem mereka penuh dan sarat mengenai masyarakat.Masej mereka cukup jelas,autoritarian pemimpin,karisma pemimpin dan sayangkan keluarga..Itu yang aku berkenan dengan filem Tamil ni,.Ada cerita bab2 orang kaya, tapi bukan lagi pagi petang malam,asyik makannnnn ja cerita dia..Lepas tu cinta..DAk..cinta ada...Tapi bagaimana cinta depa tu dipertontonkan..Dengan masej ibu bapa diterapkan..bagaimana budaya dipertontonkan... Kalau nak kata lojik,xyah teruk2 pikiaq..memang xda pun penumbok lepas ke pokok..Kalau nak kata lojik jugak, xda la orang yang marah..tetiba jadi hijau kan..lepas tu jadi hijau,badan besaq,seluaq xkoyak..baju koyak..hahahha..Kalau nak kata lojik la kan...Start buka TV ja,hampa dah bersedia untuk kena tipu dah..Lain la rancangan keagamaan, dan lain2 yg hampa rasa bleh terima akai..Dan terang2 filem Mat salleh tu pun berlambak yang bohong..hahaha..Tapi kenapa tengok?sebab style kan..tipu pun bleh terima..DI sini la sudut pandangan kita sebagai manusia berbeza broo..Minda hg bleh terima hulk tu wujud, carry on..Bagi aku..this was entertainment..Layan ja..Nama pun berlakon..itu prinsip dia dari awai lagi.>BErlakon..so paham2 la..hehehhe..Jangan amik serius sangat...Have fun bro..enjoy..Kita nak tengok apa pun movie untuk kurangkan stress,kalau hampa tengok lagi stress..err..p tidoq lagi baguih..Itu ja jalan paling senang...Bagi aku..AKu tengok gak filem2 Mat Salleh ni..hehehe..Tapi xsemua sebab fundamental aku adalah PELAKON.Aku kalau tengok wayang pun aku akan tengok pelakon dulu..Haaa..Kalau macam Johnny Deep,Samuel L Jackson,Denzel Washington,contohnya,aku xcakap banyak aku akan tengok..Sebab aku taw depa ni jarang mengecewakan penonton..Mesti best punya filem depa..Tapi adakah maksud filem depa ni xda unsur2 "bohongg aih cerita ni"???rasa2 ada x?hahaha...xkan xda kot nooo....Tapi itu style aku kalau tengok filem Hollywood ni..AKu tengok pelakon..ehh..lupa..sorang lagi...AL-PACINO..hehehe..dan lain2 lagi la pelakon lama..sorang lagi...Marlon Brando.


Jadi tujuan blog ini memang untuk share apa yg aku tengok dan paham mengenai filem2 Tamil..Itu ja la..Bila lagi banyak hampa tengok,lama2 hampa kenai la hero dia,heroin dia,pak lawak dia dan lain2 yg dipertontonkan...So aku rasa itu sahaja laa bab diri aku ni...Bab2 lain tu..xda kot..Aku share benda yang masih dalam scope penubuhan blog ini jugak...YAng lain2 tu..kita sembang di lain masa andai diberikan masa..In shaa Allah.

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki noo kepada sesiapa yang membaca andai ada aku berkata2 yg xenak dibaca,kerana yang buruk tu memang datang dari aku..Jadi maafkan hamba yang lemah ini..uhuhuh..Jangan amik hati noo..Sekadar share ja...Have fun macha...FUH FUH(bunyi jari naik ke atas macam Superstar)hehehe...


Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best


14 comments:

  1. RAKAM KHANAH-UNTUK CARI LAGU LAMA PIRING HITAM...HAHA

    BY THE WAY...GOOD LUCK AS A BLOGGER!

    ReplyDelete
  2. aku sebagai kekasih gelap SRK mngucapkan bebanyak dandewar kpd hg sbb puji dia...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Hahahahaa... tergelak baca ayat2 yang di tulis kat atas . bagus gak buat belog pasal filem tamil at least orang yang xpernah langsung tengok filem tamil akan tertarik nak tgk.. tapi bab sound effect tu mmg agree sangat2 la sebab dengan sound effect tu la bt kita lagi excited nak tgk..

    ReplyDelete
  4. suke cerita TAMIL sangat2 ! update kalau ade cerita yg best2. slalu tengok kat astro aje =)

    ReplyDelete
  5. x sangka aku boleh bace sampai habis hahha. memang unik pengenalan die. ape2 pun kite teruskan ape yg kite suke :D

    ReplyDelete
  6. salam kenal and keep posting, nice blog

    ReplyDelete
  7. Fuh! Aku pun mintat gak ngan filem tamil nih. Aksi gaduh-gaduh tu yang best. Tumbuk sikit jer, melayang sampai ke langit..hehehe

    ReplyDelete
  8. Johnny Depp,Samuel L Jackson,Denzel Washington.. semua tu pun peminat saya.. eh.. saya minat..
    pilem Tamil.. pun saya minat.. tapi tak lah gila punya minat..

    salam jai..
    saya suka lah blog ni..
    boleh saya datang dan datang dan datang lagi ya..?
    :)

    ReplyDelete
  9. Salam.. Saya salah seorang peminta filem tamil.. Tapi kalau en. Hubby ada selalunya dia akan kata tak ada cerita lain ka nak tengok.. Hahaha.. Tapi kalau balik kampung, dia tak boleh nak buat apa la sebab abah n kakak2 dia semua peminat filem Tamil.. Hahaha...

    ReplyDelete
  10. Serius hang memang layak menerima pingat jaksa negara India. Gempak lah hang punya minat dengan cerita Tamil. Aku minat jugak, tapi takde la segempak ni/ Filem Tamil lebih memaparkan budaya India berbanding Hindustan. Nora bagi ampat bintang setengah! - stanzaku

    ReplyDelete
  11. fuhhhh tudia aih sempoi mempoi intro hang ni Jai !
    aku kagum sungguh kat hang sbb minat filem tamil.

    yang aku lagi kagum, aku baca dari mula sampai abeh
    tak skip langsung ! punya padu la ayat2 hang !

    ni aku rasa ilmu ayat power cita hindustan (SRK) tu dah
    turun kat hang dah ni Jai.. kehkehkeh

    teruskan blogging Jai no hehe

    Salam kenai,
    Anamizu

    ReplyDelete
  12. hahaha..kelakar nye bace..eda pon ske tgok cite tamil tambah2 cite hantu dorang..peehhh..memang original seram..cite ape tu..cite rangini berlakon..dengan jontika bini suria tu,..tak ngt pulak cite dye..
    ti boleh la share..

    ReplyDelete
  13. Saya pun minat kat filem tamil...yeah best sgt!

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...