Instagram
Sitegiant E-Commerce

Wednesday 30 October 2013

Mega Power Star Ram Charan Teja- Naayak

Assalamualaikum..apa habaq hampa semua..Moga hari ini hampa semua sihat dan dirahmati.Ami In shaa Allah. Banyak blog yang baru aku singgah tadi..Cerita pasai lori terbalik, makanan dari restoran terkemuka dan lain2 lagi.Pokoknya pak, semua orang hari ni ada cerita masing2..Untuk dikongsi seluruh rakyat di Malaysia ini.Syabas kepada semua blogger2..anda memang terbaik.

Jadi..errr..hari ni..bila aku usha kat tepi blog aku tu aku tengok post aku pasai Telegu ni kurang banyak berbanding dengan Tamil.Jadi kali ini aku nak review skit pasal filem TELEGU lak..hurmm..Aku cari hero sempoi skit bagi hampa tengok dibantu dengan heroin best skit nooo..



Ram Charan Teja Naayak
Naayak (2013)


Aku bagi hero best skit kat hampa..Nidia..hero stylenya, Mega Power Star Ram Charan Teja. Ni dia punya nama timang-timangan dia..Amacam?mega power tu..Hampa kena tengok kot lakonan dia..Dia ni pandai menari gak ni..Lakonan dia pun mantap, cerita dia sebelum ni aku tengok dia kurang bercakap, tapi dalam filem kali ni, Nayak dia boleh dikatakan banyak bercakap gak la.


Cerita ni bermula dengan hero ni kerja sebagai engineer jugak la..Terpandang seorang wanita yang juga heroin dalam filem ni, dia terus berkenan dekat heroin ni. Tapi heroin ni adik kesayangan abang dia, sayang sangat2 sampai orang xberani nk dekat ngan adik dia...Sebab abg dia ni pun samseng besaq gak kat cerita dia ni...Cuma hero ja berani mau dekat.


Berlaku satu incident apabila abg heroin ni nak p pukui hero sebab hero ni cuba nak memperbodoh-bodohkan kredibiliti beliau sebagai seorang samseng..Tapi dalam perjalanan depa nk p pukui hero, depa nampak hero ni baru sahaja lepas tembak seorang pegawai polis berpangkat besaq gak..Apa yang menghairankan dan menakutkan abg heroin yang samseng ini adalah, hero masa mai rumah nak ayat heroin iaitu adik dia ni seorang yg lembut, dan cakap pun baik2 ja..Napa tetiba dia p tembak orang?Ini lah persoalan abg heroin sebab hero xda muka samseng langsung tapi p bunuh orang..Dan2 abg dia rasa ketaq lutut sampai demam..hahahaha..Samseng apa sampai demam...


Incident yg berlaku itu terus membawa kepada kesinambungan kepada apabila hero ni masa nak p kuil untuk sembahyang ditahan polis kerana disyakki membunuh Pegawai Polis berpangkat besar itu..Tapi bila check balik rekod hero, dia ni memang xda rekod jenayah..Dia memang pure software engineer..Di sini lah bermulanya plot cerita yang agak tricky di mana sebenarnya dalam filem ni Hero memegang 2 watak..hahaha.. Satu hero nama Cherry dan satu lagi Naayak..Muka sama dengan CHerry, Tapi Naayak lagi berpengaruh kerana dia cukup dihormati orang2 kebanyakkan di satu kampung itu.. Jadi masa Cherry tu dilepaskan, masa dia dok tggu bas ka keretapi tah,aku lupa, dia terbaca satu magazine..dan dalam megazine tu ada cerita pasai Naayak ni..haaa..Masa Cherry dok pegang majalah ni la, berlaku satu flashback pasai Naayak ni..Naayak ni dia bukan samseng...Dia juga orang biasa, yg bekerjaya dan mempunyai abang ipar yg bekerja Doktor.

Filem bertambah rancak lagi bila abg beliau itu dibunuh dengan kejam kerana ada satu rahsia yang abg dia selaku Doktor pegang dan bersedia untuk dibocorkan kepada pihak Polis. Disebabkan kematian abg dia tu, Naayak mengambil keputusan untuk menuntut bela kerana abg dia baguih..tu pun ada orang nak bunuh..tu hero xpuaih hati tu..Tapi apa kes sebenarnya yang abg dia ni dibunuh? dan apa lagi yang Naayak ni buat sampai nama dia gah sangat? sampai samseng2 lain pun xberani nak sentuh dia ni..Haaa...aku tinggal persoalan kat hampa..Tapi tema dia aku bagi..Tema dia pasai Keruntuhan sosial jugak..hehehehe....So selamat menonton nooo...




Ram Charan And Kajal


Ni heroin dalam Naayak ni..Nama dia Kajal.






Ram Charan and Amala Paul


NI second heroin, Amala Paul dan heroin ni jugak berlakon Thalaivaa dengan Vijay. Cerita ni ada dua heroin, sebab hero ada dua watak..Jadi heroin untuk dua2 watak la ceritanya..Tapi yang pasti, hero la untung sebab dua watak dia yg lakonkan, tapi heroin berlainan dia dapat..Pi mai pi mai untung kat hero la..ahahahaha...


So setakat ni review aku..selamat menonton..Best..aku bagi 4bintang cerita ni walau ending dia sedikit kurang menyengat sebab ending style habis begitu jaa..Tapi jalan cerita aku bagitaw memang best..Selamat menonton..


Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best











13 comments:

  1. Samseng tu usually synonim dengan cerita Tamil n Telegu n Bollywood kan...heheh....

    ReplyDelete
  2. boleh tahan gak hero ni..hensem..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasai handsome yang suggest tengok tu..Famous di Industri Filem Telegu dah dia ni....Menari pun pandai

      Delete
  3. Banyaknya ilmu filim ni? Ambk bidang filim, eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. broo...terima kasih broo sudi singgah blog gua brooo...xdak la brooo...xamik bidang filem pun..saja share ja cerita yg ditonton..hehehe...Metallica amacam

      Delete
  4. heroin depa sentiasa cun. :D haha

    ReplyDelete
  5. Encem pulak hero tamil ni...tak mcm dulu berkerak je... lagi apa filem best? suka gak layan citer tamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkerak?hahahah..ni hero Telegu Ogy...heheheheh

      Delete
  6. terbaik r heroin dia

    ReplyDelete
  7. handsome pula tengok hero cerita ni..

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...