Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat menyambut Ramadhan, hari yang kesembilan aku rasa2. Semoga anda semua semakin bersamangat, dan konsisten dalam berbuat kebaikkan di bulan Ramadhan ini. Hari ni xsilap aku, kalau tengok kalender depa tulih HAri Warisan Dunia UNESCO, betui kan?kan kalender hampa tulih apa sebab kalender aku tulih lagu tu la..Tapi hari ni kami semua kena kerja, sebab Bos suruh..Jadi kena kerja la.hahaha.. Nak habaq apa lagi, boss suruh hampa nak kata apa dah. Berani question lebih2.. Maka bekerjalah aku hari ni, dalam masa yang sama ada kesempatan ni aku tulih pi lah blog ni kan.Padahai bukannya ada idea apa pun..Habok pun tarak.Nak jadi Pahlawan Papan Kekunci pun aku memang xpandai pun nak jadi Pahlawan apa..huhuhu..Maka ikut la perjalanan dan arus sinar Beta dalam kepala aku ini... Tapi sebenarnya dalam masa yang sama tu, aku dok layan Youtube..Saja la nak habaq kat hampa.
Dulu masa aku kecil-kecil dahulu, rancangan di TV2 selalu berjaya menjadi satu siaran yang mendapat rating tinggi daripada semua orang sebab bagi aku kreatif mereka dalam menawarkan rancangan-rancangan yang menarik untuk mendapat tempat di hati Masyarakat Malaysia satu ketika dulu. Ini disebabkan daripada konteks penyiaran, mereka berjaya menyiarkan banyak rancangan, yang membolehkan hampa melekat di TV, setiap masa. Kalau xsetiap hari, setiap minggu. Banyak siaran TV, yang berbentuk bersiri selalu ada dekat TV2, kalau xsilap aku la TV2 la kan..Aku xberapa nak ingat sebenarnya, tapi yang aku tahu rancangan2 bersiri ni rajin TV2 yang siarkan, kalau silap dan andaikata tersilap betulkan saya ya. Jadi di sini aku nak share satu siaran TV,yang aku rasa di TV2 disiarkan secara bersiri. Rata-rata yang aku kutip data secara lisan mengatakan depa memang tengok siri ni..Ramai yang tengok terdiri daripada mereka yang dilahirkan 1070an-1980an punya time, daripada sini punya kiraan lebih kurang kebanyakkan terdiri dari Gen X la kot nooo. Bagi aku rancangan ini telah membuatkan beberapa rentetan dan evolusi dalam konteks Bahasa. Sitkom ni adalah berdasarkan Bahasa Inggeris, yang dituturkan oleh pelbagai bangsa dan negara, seluruh Dunia.
Nama Drama Sitkom: Mind Your Language
Episod Pertama: 30 Disember 1977
Episod Terakhir: 1986
Idea Asal Program: Vince Powell
Bahasa Yang Digunakan Dalam Sitkom: Bahasa Inggeris
Siri sitkom ni dulu-dulu memang dok ada dah dalam TV. Tapi xsilap aku depa boh sat ja kan. Lepas tu aku tengok pakat xdak dah. Semua ni bermula semula sebab malam tu aku tengok tv ngan member aku, kami dok tengok la satu rancangan Nabil Raja Lawak berlakon, tajuk dia "Cakap Melayu Lah" rasanya kot. Uihhh..sempoi Nabil jadi cikgu.Memang ada karisma seorang cikgu dia ni. Dengan gaya lawak spontan dia dan sebagainya. Jadi dari sini la aku rasa macam konsep yang rancangan NAbil dok berlakon ni seakan-akan mirip macam rancangan yang di atas ni. Jadi aku search dalam Youtube dan tengok balik dari season 1 dan season 2. Ternyata rancangan ni memang xmengecewakan. Memang menghiburkan, di samping kita memahami Bahasa Inggeris dari kaca mata penduduk seluruh dunia. Berdasarkan tahun diterbitkan iaitu 1977, maka dapat disimpulkan di sini rancangan ini berjaya menjadi evolusi dalam industri hiburan berasaskan pendidikan. Xsilap aku dalam tahun 2000 macamtu wujud rasanya di tv2 gak rancangan bertajuk "KELAS MALAM" lakonan Ilyia Buang Husin (Senario atau kumpulan Jin dalam Sinaran Passport) dan juga Abon. Konsep dia macamni juga di mana Ilyia pegang watak apa taktau,tapi warganegara Bangladesh yang belajaq bahasa Melayu. Jadi ini yang aku maksudkan ini, rancangan Mind Your Language ni berjaya menjadi rentetan siri bahasa seluruh Dunia. Mungkin negara lain ada macam Korea ka apa ka, tapi yang aku taw dalam Malaysia ja la sebab aku dok Malaysia.
Aku masih xtengok habis semua siri sitkom ni, tapi aku recall balik dan cuba refresh balik, sebab dah ada dah dalam TV2 aku tengok kan. Jadi masa search dalam Youtube semalam aku nak tengok balik dari awal, sebab aku xpernah tengok dari mula sitkom ni. Macamana Mr Jeremy Brown, lakonan Barry Evans sebagai Cikgu kelas depa ni dapat kerja kat sekolah Mind Your Language ni.heheheh. Pergh, sapa yang duduk tempat Mr Brown ni, kompom pening pala baq hang. Jenuh nak mengajaq Bahasa ni. Kalau sesama bangsa mungkin, tapi ni pesyen negara seluruh dunia ni. Bukan senang Bangggg. Aku ada pengalaman dengan Foreigner ni, depa memang berusaha sungguh-sungguh dalam nak belajaq bahasa negara orang lain ni. Macam di Universiti tempatan sendiri pun, kita akan bekalkan kelas tambahan untuk Bahasa Inggeris saja selama 6 bulan macamtu, untuk memudahkan komunikasi pelajar2 luar ni dengan negara kita. Fuhhh...memang mencabar nak cakap dengan depa ni, kadang2 memang kita akan jadi macam Mr Brown dalam sitkom ni. Memang kena banyak bersabaq..Tidak memang lebam bijik mata punya..Hahahah.
Antara elemen lain yang aku tengok dalam sitkom ni adalah seperti Work Culture atau budaya di tempat kerja. Ya, di antara Mr Brown, Pengetua dia Miss Courtney ( tua tapi masih CIK) ;-) , Sid si tukang sapu sampah dan sorang lagi tea Lady nama aku xingat. Aku nampak satu ja, dia memang nak promote yang British ni memang gentleman dalam segala sudut dan bidang la. Cara Mr Brown tu, cara Pengetua tu cakap, cara tukang cuci tu melawak dengan Mr Brown pun semua dalam konteks British. Tapi kalau berdasarkan sitkom ni la, xdapat dinafikan memang Mr Brown ni seorang yang gentleman dan sabaq sungguh dengan student dia. Selain tu ada diselitkan sedikit budaya ambil berat antara satu sama lain, caring dan kadang2 tu aku nampak lebih kurang macam Busy Body pun ada. Xdapat dinafikan lah depa punya work culture lebih kurang macam kita gak la, dapat satu berita tu,xdan nak taw sahih ka dak,sebar xkira dah..Hahaha..kita macam tu ka??dak kot noo..kita baguih lagi dari Mat Salleh. Ada satu siri tu di mana Mr Brown ni keluar dari bilik kelas dia nak selamatkan anak murid dia dari Perancis tu, xdan apa2 Mak Long Tea Lady dan Sid si tukang sapu dah gossip dah..Hahahah..cepat sungguh. Tapi dalam konteks humor la depa buat ni, supaya kita yg tengok ni xdak la nak emosi xtentu pasai..Hahaha.Nama pun hiburan kan..so why so serius??? (ayat Joker ) heheheh
Ada episod keberapa tah aku xingat, Pengetua Miss Courtney dapa berita daripada Istana kata Queen nak mai Sekolah depa..Hahah..dia punya seronok sampai Pengsan. So masa ni lah student2 Mr Brown pakai pakaian macam2, yg mewakili negara masing2.. Memang best bagi aku episod ni. Sebab benda ni aku rasa di dunia realiti pun ada, di mana bila event2 macamni la Pengarah kita pun nak jadi cacing kepanasan, maklum la.. Hampa xkalut ka kalau Agong tiba2 nak buat lawatan tempat kerja hampa, huhhh..Sebulan nak mai pun kita kompom pening dah aih..
Dalam siri ni berbagai negara ada, paling best bagi aku Giovani Capello,watak pelajar dari Italy sebab dia ni selalu dok buat pandai..Padahai kerja Tukang masak ja pun..hahahah. Lain2 watak aku rasa memang sempoi jugak, Macam Taro dari Jepun, Ali dari Pakistan selalu berbalah dengan Ranjith dari Punjab dari segi racist jugak la..Hahah...Mungkin xsesuai di negara kita tapi dalam siri ni ada. Dan terakhir pelajar dari Spain, nama apa xtaw ,haaa Juan. Dia punya tagline "Por Far vor"..tu ja dia pandai..Dari awai sampai kesudah yg tu ja dia pandai. Ada watak Anna, dari German.Aku tengok dalam sitkom ni baru aku taw yang orang German depa xberapa nak boleh sebut huruf V dengan W. Kadang2 ada perkataan tu kena sebut V dia sebut W..hahaha.. Kan kita pun ada kan?setengah orang tu dia xberapa nak bleh sebut dengan perfect perkataan yang ada huruf R. Kereta dia rela sebut ketee, sebab dia taw kalau dia bersungguh gak sebut ada R jadi buruk..Tu dia drop terus huruf R. Dan kalau nak sebut gak macam Rumah, dia akan jadi GHumah..Tu kalau dia pulun nak sebut la so benda ni disulamkan dalam siri Mind Your Language ni.
Jadi kesimpulan dia Siri Yang pernah diutarakan TV2 ni memang aku suka sebab disamping berhibur aku turut belajaq bahasa Inggeris, dari konteks penduduk seluruh dunia. Memang best. Sapa2 try la search serius best sitkom ni. Bagi aku bahasa dia gunakan xla english yang heavy, memadai kita nak memahami setiap isu yang dia cuba nak sampaikan.
Giovani Capello, Pelajar Itali
Ali Nadim, Pelajar Pakistan
Maximilian, Pelajar Dari Greece
Setakat ni la aku share noo..Nak balik dah ni..Bye-bye... Selamat berbuka puasa semua.. Assalamualaikum
Montana
Be The Best to win The Best
selamat berbuka puasa na..makan apa cek....
ReplyDeletePau Daging heheh
DeleteKena tengok balik baru boleh ingat, banyak dah lupa tapi memang best, kalau siarkan sekarang pun mesti ramai yang minat.
ReplyDeletesalah satu cara nak bagi rating TV naik tu
Deletetak pernah lihat cerita ni ... selamat berbuka puasa
ReplyDeleteTry layan noo cikgu..Selamat berpuasa Cikgu
Deletemacam pernah jugalah tengok mind your language tu
ReplyDeleteLaa ni xdak dah
Deleteserius bro..aku x panah tgok sikkom ni..
ReplyDeleteowh menarik penggunaan slang bahasa inggeris dri plnagai negara
Hang kena tengok Bri sempoii
Deletenanti aq google sikcom mat salleh ni.. cek ada x kat u tube
Deletelpas ni smakin mantap la bi aku ha,..ha :P
bro aku dah tgok dah sikom ni..terbaik..mlm tadi aku layan kat utube sampai sahur ha..ha,, memng lawak ar ..
DeleteHahaha....tudiaa...hg tengok dari season 1 pa?hahahah...Mr Brown memang seorang guru yang sabaq....Tu yg kata tugas seorang guru ni memang mencabar...
DeleteIngat2 lupa cite ni.cam pernah perasan Ayah tengok dia ulang tayang balik kat tv2. Dia jela faham dok gelak, aku budak lagi apa tau
ReplyDeletexpa ni dah besaq paham kot
DeleteBunda pun ingat2 lupa, tak pasti pernah tengok ke dak..
ReplyDeleteMcm best je cerita ni. Selmt berpuasa
ReplyDeleteakak de tgk cerita yg nabil blakon tuh..best
ReplyDeletesempoi
DeleteDulu arwah bapak selalu suruh anak-anak tengok sitkom ni. Lagipun masa tu mana ada banyak channel pun kan.
ReplyDeleteMemang Nostalgia
DeleteTv2 mmg movie omputeh dia best2 la. Lagi2 time malam krismas.
ReplyDeletenostalgia betul cite ni..
ReplyDeleteTak pernah tahu pun citer ni..apatah lagi tengok..huhu
ReplyDeleteMind you language. hmm x pnah dgo pulakk.
ReplyDelete2000 pun umur baru acah2x jagung x masak lg. hehee
aah, betol la tu tajuk dia "cakap melayu lah"
x tengok lg slot yg tu..
knape akak tak pernah tau cerita ni..huhu..
ReplyDeleteSelamat berpuasa..:)
salam. ehh? hehhehhe tak pernah tau pasal ni :D
ReplyDeletelama dah ke sikkom ni ? tak pernah tengok lagi..kena tengok ni, mna tahu lpas ni bleh speaking eng..hihi
ReplyDeleteselamat berbuka puasa.
hurmmmm..selamat berbuka puasa noo ;-)
DeleteHayooo mmg x pernah tgk sitcom ni festime dgr huhu mmg ketinggalan ketapi nih
ReplyDeleteyessss anim rasa macam pernah tengok sitkom ni hehe. Tapi, masa tu anim kecik lagi kot. Tapi memang best citer nim, anim ingat sebab dalam kelas diaorg belajar English kan?
ReplyDeleteErrmm nostalgia sungguh hehe. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :))
terima kasih singgah sini noo yaa selamat berpuasa juga
Deletemcm stu pun takde dlm ingtn ni..huhuh..
ReplyDeletesalam ramadhan =)
taktau dah nak kata pa dah aihhh..nak kena guna youtube jugak throwback balik.. nak throwback pa dia pun taktau..aku belum lahir lagi masa tu..sitkom nie zaman abang2 aku la. nanti aku terai tanya depa camne..hahahaha...
ReplyDeleteTak pernah tengok sitkom ni, belum sempat lahir, hehehe.
ReplyDeleteAssalamualaikum...tak pernah tengok la.. tapi cerita Cakap Melayu Lah ada tengok. lawak si Nabil tu.. dengan shahrul shiro...
ReplyDeleteMind Your Language
ReplyDeleteYes!!! dulu pun Mrs. A layan rancangan ni...
Time tu masih bersekolah lagi
Sekejapnya masa berlalu
Terbaek.. x pernah tgk rancangan tu.. hehe..
ReplyDeleteJemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"
memang minat gak citer-citer macam ni..anak murid buat lawak..cikgu cool jer..
ReplyDeletewah pjgnya entry..hihi..sha xpna pla nmpk rncgn ni..cm best kan
ReplyDeleteYa. marilah belajar pelbagai bahasa. At least, bahasa arab. Hoho
ReplyDeletesis ada tgk masa kecik2 dulu . klu x silap tv2 tayangkan kul 7.30 mlm . mmg best . bercakap bahasa inggeris ikut loghat mrk . cikgunya terangkan lain , anak muridnya faham lain ... adeh .
ReplyDeleteZumal rasa macam pernah tengok gak... Tapi yang kelas malam tu zumal tengok la... best gak. Sekarang rasanya masih ada sitcom macam tu kat RTM tapi masa tayangan tu tak ingat pulak :)
ReplyDeletePernah tengok mind your language ni. Lama dulu..
ReplyDeletesempat jg tgk cite ni...
ReplyDeletebest
Delete