Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua, salam jumaat dan selamat menyambut bulan Ramadhan, yang telahpun masuk hari ke-5 rasanya..Harap puasa kita sebelum ini diterima dan diredhai Allah In Shaa Allah. Dok terbaca jugak tadi dalam blog para blogger2 di luar sana seperti DenaiHati pasai cerita ada seorang saudara baru masuk Islam. Sekurang-kurangnya bertambah lagi saudara kita nooo..Amin.
Malam tadi lepak sat kat kedai makan area rumah aku, sambil kena teh. Dalam masa yang sama ada dapat satu whatsapp daripada member aku mengatakan di TV ada cerita best. Aku tanya la cerita apa ni dia sebut terus nama hero kat aku. Kawan aku ni pun cekap gak la,tahap tali pinggang merah gak la bab2 filem Tamil ni. Tapi hero yang dia sebut kat aku tu bukannya hero Tamil, tetapi sebenarnya hero Telegu. Tamil dan Telegu ni satu industri filem yang tidak sama, tetapi kadang2 tu Heroin yang berlakon dalam filem Telegu, boleh muncul jugak dalam filem Tamil. Lebih kurang macamtu lah, pokok pangkalnya masing2 pusatnya di India jugaklah tu ja. Bila aku mula berjinak2 tengok filem Telegu ni, aku tengok hero-hero Telegu boleh dikatakan lagi kemaih daripada hero Tamil. Kebanyakkan, bukan semua juga, tapi banyak yang aku tengok memang style.Tidak depa xdapat la nama timangan power star la, stylish style la..Macam-macam dok ada noo hahaha.
Jadi hari ni skop posting aku kali ini bukan Tamil, cuma berubah sikit kepada Telegu. Aku tengok cerita semalam tu best jugak. Tapi aku memang pernah tengok filem yang hero ni berlakon pun, hero ni memang ada gaya jugak dan boleh dikatakan bintang yang tengah dok naik di Industri Filem Telegu.
Nama: Ram Charan Teja
Gelaran Yang Dimenangi: Mega Power Star
D.O.B: 27 March 1985, Tamil Nadu, India
Zodiak: Aries
Lain-lain: Pemilik RC HPRC- Ram Charan Hydrabad Polo Racing Club
Kebolehan: Kecekapan dalam Tarian
Kombo Istimewa: Sengetkan kepala, buat muka ketat, boh penampaq sambil buah lutut pada pihak lawan
Hero ni aku ada pernah review,xsilap aku dua jugak movie dia :
Aku pernah review dah dia ni,boleh lah hampa nak baca klik ja di atas tu. Ada lagi filem dia, aku pernah tengok cuma aku tak buat riview ja. Jadi movie semalam aku tengok tu movie lama dia jugak la, dalam tahun 2007 macamtu. Hero ni kalau nak diikutkan boleh dikatakan agak muda berbanding hero-hero Telegu yang lain, tapi Ram Charan ni boleh dikatakan dia naik disebabkan memang bakat dia dalam lakonan, walaupun ada kaitan mengatakan naiknya dia juga disebabkan bapa dia seorang yang ada nama jugak dalam Industri Filem Telegu iaitu Chiranjevi. Tapi Ram membuktikan bakat dia, bukan bayang2 bapak dia yg membuatkan dia masyur di dalam Industri Filem Telegu.
Ada beberapa perbezaan di antara Telegu dan Tamil. Satunya yang begitu ketara sekali ialah bahasa. Haa hampa jangan ingat Tamil dan Telegu sama noo..Uishh jauh beza. Tamil diwakili Tamil Nadu,sebuah negeri dan Telegu pun diwakili oleh sebuah negeri iaitu Andra Pradesh. Terkenalnya Tamil Nadu dengan Chennai, dan terkenalnya Andra Pradesh dengan Hydrabad, boleh dikatakan ibu negeri la mcmtu la. Sebab India ni besaq, satu state atau negeri dia tu pun jenuh aihh..Besaq.. Silap haribulan satu state dia macam Malaysia punya besaq, huhuhu.. Bahasa depa pun dah xsama dah.. Tamil macam kita dok dengaq sekarang ni la, yang telegu lak bahasa dia nak macam Hindustan dah, sebab ada beberapa perkataan yang depa sebut lebih kurang sama ja aku dengan Hindustan, macam perkataan Bhai. Telegu pun guna Bhai jugak. Dan kalau hampa tengok sendiri filem Telegu ni hampa bleh perasan benda ni iaitu bahasa dia seakan-akan dah macam Hindustan. Biasa la tu, difahamkan lebih 1200 lebih dialek atau bahasa digunakan di India..bukan skit2 punya cerita ni. Silap haribulan kalau kita bleh cakap Tamil pun, pi satu daerah lain orang boleh xfaham oo apa kita cakap. Itulah India..Besar negara dan populasinya.
Jadi itu serba sedikit latar belakang telegu lah habaq mai kat hampa noo. Jadi berbalik pada hero Telegu di atas, dia ni bagi aku dia xberapa banyak bercakap, xberapa sense of humor sebab gaya dia banyak dok wat style hinggakan dia lupa apa itu lawak kot rasanya. Dua filem yang aku review di atas, menunjukkan dia ni memang ability dia bagi aku menari. Dia memang pandai menari, dalam cerita dia berlakon aku tengok dia menari memang sempoi. Kira boleh menari dengan baik la xda la keraih badan dia tu, dengan badan boleh dikatakan Mr Muscle gak la, macam Salman Khan, tapi dia ni xda la dok xdok p buka baju, xdak2.. Time nak lawan pun buka butang ja xbukak semua.
Babak lawan dia ni bagi aku kurang skit la, lawan ni memang effect dan gaya lawan aku dok nampak menang kat geng2 Hero Tamil lagi. Bagi aku la. Ataupun mungkin Telegu punya industri depa xfokus sangat pasai2 babak gaduh ni kot.Cuma depa pun xterlepas seperti filem Tamil iaitu babak2 yang mustahil tu dok ada jugak. Ram Charan ni ada skill tersendiri, macam hero2 lain jugak. Dia kurang MASS SCENE ni, tapi dia ada trademark tersendiri yang aku perhatikan dia sering buat, seperti yang aku tulis di atas, iaitu kombo istimewa dia. Dan dia senget pala, muka ketat tu haa tunggu la hampa..Memang lepas tu kena penampaq betui muka, buah lutut. Walaupun dengan bantuan effect, tapi bila dia berlakon dia buat sungguh2, kalau kata dia muka tumbok tu muka sepenuh hati la, kalau kata nak tikam, dia buat macam tikam sungguh2 oo..nohhaii..Bahayaa betui..Kena tertikam sungguh2 mampuih masuk jail lagu tu apa pun xbleh.
Ram Charan ni karekter dia lebih kepada seorang yang gentleman, jujur dan kalau buat salah tu kira dia punya muka bersalah tu memang cukup jadi la nak habaq mai kat hampa. Haa dia memang karekter dia macamtu dalam filem. Dia tampil dengan gaya muka yang ada simpati bila kita tengok, masa dia ok la.. Time dia naik syeh, kepala senget xda rasa simpati dah pasai time tu dia tibai penjahat xingat dunia dah..hahahaha. Dalam banyak2 hero Telegu yang aku tengok pun memang dia ni la antara hero yang paling kacak pun, sebab banyak hero Telegu yang lain semua pakat tua-tua habih dah, jadi ini mungkin peluang untuk dia kot..Hehehe..tinggai dia ja yang muda kan, bukan la tua sangat yang ada pun, cuma Ram Charan ni muda di antara yang tua..Tu ja la.
Semalam punya filem tajuk dia Chirutha. Aku rasa malas lagi la kot nak review filem dia. Nanti aku senang nanti aku review, cuma post kali ni aku kasi hampa naik syeh dulu baca pasai hero ni. Nanti ada masa aku review filem yang aku tengok malam tadi ok. Cuma aku bleh bagi hint skit2 la cerita ni Tajuk dia Chirutha, Telegu dan Tamil ada amik Dubbing filem ni jadi tajuk dia Siruthai Puli yang membawa maksud Harimau Kumbang.. Amacam..tajuk dia style haaa..hahahaha... Cerita dia dok dalam Jail, lepas keluaq jail dia cari balik orang yang pernah bunuh bapak dia, lebih kurang macam tu la sebab aku semalam pun terlewat 15minit.. 15minit aku xtengok cerita tu kira selalu 15minit lengkap dah mukadimmah filem selalunya. Nanti aku review lain.
Sekian Terima Kasih. Selamat berbuka puasa noooo (3jam lagi) ;-)
Montana
Be The Best to win The Best
Salam kenal ya
ReplyDeleteterima kasih sudi datang sini
DeleteMemang kemaih hero filem Telegu nie ;)
ReplyDeletefewittt
DeleteWah hero ni dah ada iras tuan empunya Blog..he..he
ReplyDeletebiskut merry seketika ;-)
Deleteperh hebat fakta hang..aku baru tau kat india ada 1200 sleng bahasa..
ReplyDeletebyankanlah besar mana sebuah ngeri depa..
owh aku ingatkan tamil tlegu ni utk tamil malaysia.. tamil nadu tamil kat negara india.
btw boleh tahan segak hero dia mcm hero hindusstan bak hang ha,,ha, :)
happy fasting bro...
terima kasih sobri singgah sini... Haa lebih kurang macamtu la cerita dia..Bleh cek google memang setiap negeri depa besaq2...bleh cakap Tamil kalau dok India belum tentu semua orang di India paham
Deleteperghh...orang lelaki minat tgok citer tamil ni...macam x percaya je....
ReplyDeleteajak member2 yg rajin tengok tamil mai blog ni nooo heheheh
Deletekurang minat dengan citer tamil ni... huhuu jangan marah nooo
ReplyDeletep/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html
kurang minat dengan citer tamil ni... jangan marah ya.... hehehe
ReplyDeletep/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html
ohhh macam xcaya Otai Mai blog aku heheheh...tanks Mia..senarai blog ni di number 80 ;-)
Deletepadayappa..hahahha..style gilerrr..hahaha
ReplyDeletetu hero Legend tu
Deletekacak tu yg buat ramai org nak tgk ...
ReplyDeletesinggah sini n salam kenal. follow sini yea
ReplyDeleteDr blog mialiana
ReplyDeleteSalam ukhwah
xper wak pass., harhar2
ReplyDeleteWah! Entry penuh berfakta..dah boleh jd blog gosip bollywod ni..hehe
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
DeleteHeheehe suka gak tgk citer tamil kalau kena ngan jalan citer ..kalau tak best mmg tak leh nak tgk naik poning kepala akak ..
ReplyDeleteterima kasih akif singgah mai sini
Deletecerita tamil best sebab menipu tak teragak. kereta terbang kalah mat salleh buat filem
ReplyDeletetipu sungguh2 senang skit xyah pening2 nak pikiaq
Deletesalam singgah. cerita tamil ni dari dulu kena tengok sebab ayah memang fanatik tengok. ahhaha. terpaksarela gitu :P
ReplyDeletemai2 singgah terima kasih
Deletetak minat sangat tengok cerita tamil. Kalau pak sedara minatlah tengok..
ReplyDeletesinggah sini balik dri segmen kak mia liana
peminat filem tamil rupanya..hehe..lain dari yg lain.. :)
ReplyDeleteperghh aku dok ingat Rafinha, Defend Perancis komen Blog aku tadi..huhuhuhuh..Rupanya Rafina...terima kasih nooo sudi singgah
Deletedatang follow sini #206..wow,peminat filem tamil yer?terbaik..
ReplyDeletedtg singgah dari segmen kak mia..:)
ReplyDeletePeminat filem tamil rupanya..
ReplyDeleteBoleh tahan jugak si Ram ni tp akak Jm x minat citer tamil or telegu ni sbb bila dgr dorang cakap rasa sakit kepala sbb cepat sgt pastu rasa bising je tp bab scene lawan tu mmg terbaek
ReplyDeletetudia sampai sakit pala hahahah...releks2 ni hiburan..Why so serius(ayat Joker) heheheheh
Deletesuka juga tgk cerita tamil..first time tahu tamil vs telagu berbeza rupanya..hehehe
ReplyDeleteAssalam..fara balas kunjungan dr segmen blog kak Mia..follow sekali ;)
ReplyDeleteboleh tahan handsome...singgah kenai..
ReplyDeleteahkak memang minat tengok filem tamil dari hinustan..
ReplyDeletetapi telegu ni akak tak perasan, macam tak pernah tengok ja :)
hehehehe... ayie mmg jrng tgok industan mahupon tamil.. tpy pernah tgok mmt nie dlm tv.. citer ap xingt...
ReplyDeleteAssalammualaikum .. bls kunjungan n follow....dtg dr segmen kak mia..memg minat dgn cite tamil ke? he.sy kalau tgk filem tamil tgk hero n heroin ..huuu =.='' .
ReplyDeleteSalam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari perserta Segmen Nak URL Blog #6 by Mialiana.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTamil paling layan part ade hero ensem je. Hahaha
ReplyDeletewah hero telegu lah kiranya ni
ReplyDeletehaa ni hero Telegu
Deletesalam. hmmm bole tahan handsome! hahahhahha
ReplyDeleteAku rasa filem telugu sedikit mendahului filem tamil ini kerana kebanyakkanya filem tamil adalah remake drp filem2 blockbuster telugu sebagai cnth superstar vijay sendiri berlakon dlm dua filem yg remake dpd filem telugu iaitu filem kuruvi..chatrapati dan velayudam ..filem lakonan nagarjuna
ReplyDelete