Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 26 June 2014

Budaya Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..Sari Berita Penting..ceewahh..Macam rancangan Berita Tv1 Tahun 80an plak...lepas tu ada lagu skit2 kan....gimikk..heh heh heh...Harap anda semua sihat sejahtera nooo...Harap blogger2 dan rakyat jelata semua dalam keadaan yg full of confidence level dengan atmosfera positif di tempat masing2..

Selalu pagi2 kalau nak p kerja kita mesti layan tv seround dua kan,tengok berita ka apa ka..Tadi sama la ngan aku pun masa nak p kerja tadi,sambil2 layan tv ngan member sebelum nak p kerja dok layan la channel bola..Macam besa la ulasan depa memang Tahap Pendekar Laut 1juta Hp punya komen..Dalam xsemena2 kawan aku bleh sebut pasai Haji Hasbullah Awang..Hahahah..Haji Hasbul punya cerita,aku rasa kalau nak sembang dalam blog ni xlepaih kot kapasiti dia,sbb cerita pasai Hasbullah Awang ni kalau hampa pandai karang bleh buat Novel ooo pasai dia Ni,..Sapa Xkenai ngan Haji Hasbullah...Cukup menarik,lucu dan sentiasa mencuit hati sesiapa yg mendengar,xkira yg Veteran atau Gen Y, dengaq betui2,hahaha mampuih lawak...





Haji Hasbullah Awang ni..hurmm..xtaw nak kata laa..Haaa..yg cerita bleh keluaq pasai Tuan Haji kita ni bila dengaq commentator tu komen pasai bola,kwn aku share la dengan aku di mana dia kata banyak betui study dan pengetahuan tukang komen tu dalam bola..So aku bgtau la di luaq negeri memang macam tu,kalau komen pasai bola, bola sajaaa..Kalau hoki,dia hoki saja,badminton kalu pun dia akan komen pasai badminton dan begitu juga kalau komentator tu pakar dalam ulasan f1 maka dia ulas pasai F1 saja..Sebab tu depa bleh cerita stereng f1 tu harga berapa,tayar f1 sebiji rm berapa...Jadi dia pakar dalam satu bidang tu maka dia xulas dah bola ka,hoki pa,lumba kuda ka,snooker ka sebab dia fokus hat tu ja..Haji kita ni lain,Bola dia,hoki dia,berenang dia,balapan 100m pun dia..hahahah..Hampa perasan dak...hahaha.Ni aku nak gelak ni..Hinggakan satu ketika dalam tahun 2005 macam tu kot aku ingat lagi masa dok layan tv ngan family kwn abg aku pun tumpang sekaki tengok sukan time tu.Masa tu Tuan Haji kita dia Ulas pasai renang..Yg lucunya,org yg berenang dalam tu cara kuak lentang,dia balaih habaq kuak kupu2...Lepas tu dia perasan macam xberapa betui apa dia habaq,dia tarak nak minta maaf siap salahkan pihak pentadbiran sebab bagi maklumat yg salah,dengan gaya dia laa..hahaaha...Kami punya dok bantai gelak secara berkumpulan...Beza kot kupu2 dengan kuak lentang...Melentang ngan kupu2...haiyooo...Tu yang seronoknya comentator kita iaitu Tuan Haji Hasbullah ni...Pernah satu ketika aku nk p beli barang di kedai runcit Pak Nan(bukan nama sebenar), masa aku nak beli barang tu,aku menyedari yang dia tengah layan Le Tour De Langkawi,tapi dalam keadaan Silence mode..Jadi masa aku nak bayaq tu aku tanya la awat Pak Nan tengok Tv xbukak suara,rugi tu sebab ada org yg pesyen minat Basikal Racing dia kena dengaq bunyi kayuhan la dan lain2..Tapi Lain cerita Pak Nan ni..Jadi jawapan yg dia bagi simple iaitu "Aku xleh dengaq suara comentator ni"...Aku pelik sapa dia yg berjaya buat dia sampai tension tahap longkang ni..Bila aku amati barulah sedar iaitu suara dalam tv yg dok komen Le tour de Langkawi tu Hasbullah Awang..!!!..hhahaha..Tudiaa aihh ada orang sampai xleh dengaq suara ooo Tuan2 dan Puan2...ingat apa..Tu yg kata penangan Haji Hasbullah Awang tu..Mana laa xmerapu kadang2 ulasan dia,Le Tour De Langkawi pun hampa bagi dia Ulas...terlalu banyak sangat input masuk tu yg merapu tu kadang2... Antara ayat2 sakti dia bila ulas bola " Bola yg hanya beberapa inci dari tiang gol"...hahahah...Hg ukoq ka Tuan Haji...tapi xpa laa..tu rezeki dia...Aku saja ja share ngan hampa...







Ni saja ja nak share ngan hampa satu cerita lagi..Ni lebih kurang macam prequal jugak la..sebab pic ni aku dapat sebelum gambaq yg ada dalam post aku pasai minyak turun tu..Haa..Ni suasana kaunter di JPJ,Kedah Darul Aman...Nak cerita apa kat hampa ni satu benda simple ja,tentang Etika dan budaya Rakyat Malaysia..Ya la,kadang2 kita terbaca banyak dalam blog yg orang berkongsi masyarakat Hong Kong lagu mana,orang Istanbul lagu mana,siap memuji depa melangit kan...Tapi xpa la kan,nama pun perkongsian, lagipun depa share benda yang baik,iaitu depa share sikap orang di tempat yg depa lawati tu..So bagi aku itu perkongsian yg positif pada perspektif aku yg kerdil ini..huhuhuh...Jadi aku pun nak share la bahawa sebenarnya Rakyat Malaysia jugak cukup bagus budi pekerti dan Budaya mereka..salah satu di lokasi aku amik gambaq ni la..Sebab apa aku fokus pasai kaunter, sebab kalau number seseorang itu xsampai lagi,dia xterjah ikut suka2 hati dia..Maksud aku,kalau number yg dipanggil tu bukan number dia,dia xkan terjah,walaupun number yg dipanggil tu orang dia dah blah balik dan sebagainya..Dari sini aku bleh buat kesimpulan di mana Rakyat Malaysia ni bagus,serius sebab depa menghormati hak masing2...Masih ada kesedaran dalam diri masing2,so xda la seperti yg setengah orang dok share macam2 tu kan,contohnya depa share pasai orang yg menerima rasuah la,mak pukui anak la,mak kunci anak dalam bilik tanpa pengawasan la,dan sebagainya..xpa la share p laaa.Kalau xshare pun mana mungkin kita taw kan sebenarnya benda2 itu berlaku tanpa kita sedar.Sebab bagi aku masih ada dan banyak lagi benda2 positif rakyat Malaysia kita share,apa salahnya kan...nak kata xleh share pun aku ni sapa la kan, bukannya KSU Malaysia ka apa ka.Ikut hampa la nak buat apa pun,hak hampa,PC hampa,henset hampa,video hampa. heh heh heh.. Pengalaman pasai nombor di kaunter ni banyak kali jugak aku temui,cuma aku rasa nak share sebab aku rasa terharu dan bangga kerana rakyat Malaysia masih sempoi..teruskan Rakyat Malaysia,kadang2 xperlu nak ada pembangunan yg melampau2,kerana negara yg maju itu kadang2 diperhati dari angle rakyat itu sendiri.Bagus rakyat tu maka baiklah seluruh negara itu..Xapalah dunia nak kata kita kelas ketiga ka apa ka,yg penting kita taw sapa kita..Cuba tanya balik paklong2 dan maklong2 kita yg balik mengerjakan haji, jemaah negara mana yg paling disiplin sepanjang di tanah suci..Kompom depa jawab Malaysia..Bukan jawapan syok sendiri,ini adalah jawapan seluruh dunia jugak.Memang kita yg paling disiplin pun...So I am Proud to be Malaysia..jeng jeng jeng.... So inilah budaya kita yg perlu ada sustainable dari kita semua.Teruskan sikap dan budaya kita yg menghormati antara satu sama lain..xsemua negara ada macha..Malaysia jugak ada...Baik rakyat itu,maka baiklah negara itu...The bestttt...

Ok la kot panjang sangat tulih letih aihh..sekadar perkongsian di petang ini selamat maju jaya semua..feewitt...


Montana
Be The Best to win The Best

17 comments:

  1. ulasan yang bagus. btw done follow u - Noob

    ReplyDelete
  2. haha...baguih na orang Malaysia ni..sekali sekala up la sikit sifat positif orang kita kan..ni x, asyik kutuk je.

    betuila, kalau kat negara luar biasa comentator tu specific satu sukan je. biasanya bekas atlit atau memang kena buat full research. haji hasbullah semua sukan dia tapau ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..lama aku xdengaq ayat tapauu..tanks Sal rajin singgah sini...

      Delete
    2. hang mai singgah, aku pun mai singgah balik la.. ;p

      Delete
    3. mai2..tarak hal punya..Sal punya pasai okk punya...caya sama luu feewitt

      Delete
  3. sebanqnya ada rasa nak bangkit p buat2 macam nombor kita bila nombor yang dipanggil tak muncul2.. tapi takot tetiba tuan punya nombot munculll.. hah nak letak muka tang mana.. nak boh lam tong sampah pon tak celuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. takat muka saja gua rasa celuih kot mama...hahahah...

      Delete
  4. Suka dengar hj hasbullah baca ulasan bola sepak...
    Salam ziarah dari bunda dan salam Ramadhan AlMubarak...

    ReplyDelete
  5. lepas ni montana blh la ganti hj hasbullah . dia punya menceceh citer , wpun panjang , sis habis baca tau ... hasbullah mmg terbaik . dulu dlm thn 80an , tak ramai pengulas . sbb tu kebanyakan game dia yg sapu . tu sbb dia jadi pakar hampir dlm kesemua jenis sukan . bab disiplin ni , tak kat semua tpt org malaysia ikut aturan . klu naik bas nak gi / balik keje , tak de nya nak beratur bagai ... rempuh jer dik oiii . Tapi klu cite bab kat mekah , ya . Bangsa arab dan afrika mmg kurang asam sikit . depan kaabah pun buat hal . sis pun dah kena tempias ni . komenny terlebih panjang pulak ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena berguru dengan Tuan Haji Hasbullah awang dulu baru bleh

      Delete
  6. You'll be able to find out if they were competent, if they returned calls within a
    fair amount of time, if they were friendly and more.
    Personal injuries can range from neck and back sprain to catastrophic injuries including traumatic brain injury, broken bones, fractures,
    nerve damage, reflex sympathetic dystrophy, spinal cord injury and many other
    types of injury not resulting and resulting in surgery. Given this information, a really
    good automotive accident law firm is usually indispensable in obtaining the perfect payout.


    Also visit my page :: personal injury lawyer toronto directory (https://twitter.com)

    ReplyDelete
  7. salam petang...semakin terpikat dgn celoteh montana....

    ReplyDelete
  8. datuk haji hasbullah Awang merupakan pengulas sukan yang tersohor..

    ReplyDelete
  9. That is a really good tip particularly to those fresh to the blogosphere.
    Simple but very accurate information… Many
    thanks for sharing this one. A must read post!

    Feel free to visit my webpage - cheap data entry company

    ReplyDelete
  10. hehehe lps ni blh la ganti tn haji tu.tp yer lah bab nombor tu kkdang ada baiknyer jugak sopan santun nyer tu siap berbudi bahasa and ikut turn lagi.tp mungkin bab tu jer la, kalau bab lain mungkin fail kot rakyat kite ni sbb budaya dah mcm terhilang pulak, terhakis sikit demi sedikit.ape masalahnyer xtau la...(mula lah nak cari salah org lain)

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...