Instagram
Sitegiant E-Commerce

Friday, 11 July 2014

Hero Tamil- Suriya


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Sebelum apa-apa, marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara kita yang berada di Palestin sana dirahmati Allah. In Shaa Allah. Amin.....


Petang-petang macamni biasa la kan, bukan FB, buka blog kawan-kawan kita pakat dok share abih kuih raya. Paling menguji aku adalah serunding. Main ngan serunding ni tuan-tuan, kalau kena menu dia betui kita bleh kayuh makanan kita lagi laju oo.. Serunding kena ngan nasik ka buboq lamboq ka, haaa..Memang xkasi chance punya. Banyak lagi la depa dok share, biskut coklat chips la, perghh hampa tengok balang dia dalam gambaq pun dah menggiurkan..Hahaha. Tapi macam biasa la kan biasa la kita yang berpuasa ni memang akan jadi lagu tu, sebab kita berpuasa. Makanan dan minuman ni memang dugaan fizikal la bagi aku. Tapi xpa sekejap ja tu kan sementara nak buka puasa ja satgi time bukak puasa satgi bukan nak kalut makan dah pun, tu yang kata nafsu tu, kita yg kena rantai dia, bagi kejap skit.. ;-) Tapi jangan dok boh gambaq Banana split depan aku noo..Hahah sian la kat aku siksa batin aku woo benda tu..

Cerita pasal Hero ni, kelmarin aku dah cuba kupaskan hero yang boleh dikatakan mendapat sambutan hasil daripada lakonan dan juga sedikit la tempias pasal dia menantu Rajnikanth. Apa yang aku tengok dan amati dalam industri Filem Tamil ni, depa ada peminat fanatik mereka yang tersendiri. Apa faham maksud aku ni? Dia lagu ni. Fanatik depa ni memang tahap kritikal punya fanatik. Contohnya: Kalau sorang macha tu minat Vijay, dia payah la nak minat hero lain. Sebab apa, sebab fanatik broo..Aku pernah tanya depa hal ni, awat xminat Surya ka? depa ada alasan tersendiri. Bila kita tekan depa, mula depa mengamok.Hahah.. Jangan memain dengan depa dalam Hal ini hatta kawan aku dari kecik pun dah besaq dia fanatik benda ni aku dok wat lawak bleh kena pukui ooo anytime punya. Itu cara depa. Kalau yg minat Surya, sanggup mati dari tengok movie yang Vijay berlakon (sumber:chat FB). Aku letakkan sumber sebab aku xtaw mcmana body language dia. Jadi aku bleh tulis ja la. Tapi memang dia xda balas cara lawak ka sinis ka, tanya pasal Vijay terus sebut macam aku tulis di atas. Tuudia aku kata hang ni biaq betui..Terus dia diam tanda benci dengan soalan Aku kot. Depa memang ada circle dan fanatik masing-masing. Sebab tu hero depa bleh survive dalam industri mereka. Berlakon la cerita tu fail macamana sekalipun, maka peminat ni la yang akan backup depa sehabis mungkin. Contoh macam Dhanush la,yg aku review post sebelum ni dia ada satu movie dia yang aku rasa memang xmencapai tahap sebenar. Dan dalam masa yg sama aku try masuk fb yg ada kaitan ngan movie lakonan dia tu, mak aih... Memang makan la orang yg kritik Dhanush tu. Pesyen kena berganti-ganti lak tu kena maki. Hahaha..memain.. So hampa jangan komen xkena gaya silap hampa kena getah aku xtaw..Hahaha... Sebab itu pelakon depa mampu survive, kerana penyokong yang sentiasa setia bersama depa.

Sebut pasal Surya nooo..Hurm..Aku rasa macam nak review ja hero ni. Hero ni pun best jugak ni. Bagi aku la. Dulu aku pun pesyen tengok satu hero ja. Dulu aku Vijay laa..Lama-lama aku rasa macam dia ni ja berlakon. India populasi dok ada 1billion lebih xkan Vijay seorang ja. Lama-lama aku cuba untuk variety kan dalam hero Tamil ni. Ternyata ramai lagi yang power-power., salah satunya Surya ni la.


Suriya


Nama : Suriya
D.O.B : 23 Julai 1975 , Coimbatore, Tamil Nadu
Tinggi : 1.67cm
Pasangan: Jyothika 
Kelebihan: Begitu serius, lari dengan kelajuan yang tinggi, misai yang tebal
Kombo Istimewa: Bila tangan dia start merah (panas terlampau), lari sambil lompat dan tampaq muka penjahat dari arah depan, ini adalah kombo yang terhebat dalam segala kombo Suriya



Ni la rupa si Suriya ni. Dalam masa yang sama aku dok cari scene yang dia tengah dok wat kombo istimewa dia ni. Tapi tak jumpa-jumpa. Ya la kan, sapa yang nak share satu benda dalam scene filem. Ya la kalau aku sendiri pun tarak rajin aih nak share pic dalam babak filem ni. Banyak kerja kot nak kena buat. Tambahan pulak kita ni bukan jenis rajin nak selongkaq abih bab-bab IT ni, pakai yang mana ada ja la. Banyak gambar yang ada menunjukkan Suriya ni lama dah berlakon. Aku pun nak kata tengok semua filem dia, xsemua aku tengok. Xsilap aku, ada aku review filem dia ni rasanya, iaitu filem Singam rasanya. Hampa bleh la tengok. Haa..tu la review pertama aku dalam blog ni. Tajuk dia pun hari pertama berblog. Tapi xsilap aku aku review xbanyak.

Bukannya apa, kadang-kadang tu bukan xmau review habis-habisan, masalahnya kadang-kadang movie depa ni hampa kena tengok sendiri, sebab cerita Tamil memang base on betui2 pada director dan kemampuan pelakon dalam nak bawak watak tu. Suriya bagi aku antara hero yang boleh membawa pelbagai jenis watak, ini xtermasuk watak jadi perempuan laa. Xtaw la kalau sapa2 pernah tengok dia ni berlakon jadi perempuan ka aku minta maaf noo.. hehehe.. Aku xbanyak sangat movie dia aku tengok, tapi terus terang aku bagitau Suriya ni antara hero yang sama naik jugak dengan Vijay. Pada perspektif aku la kan, macam biasa la, lain hero lain cara. Kita xleh paksa orang minat macam kita, tapi bagi aku Suriya pun antara hero yang aku minat jugak. Sebab dia berlakon memang best, dia xmampu berlawak macam Vijay, tapi serius dia memang perlu sebab cerita dia tu memang nak dia jadi serius. Jadi pemilihan pelakon tu memang tepat la kena kat Suriya ni.


Singam


Suriya ni memang serius lakonan dia. Dia kalau melawak pun, pesyen melawak tampaq pala orang punya style ni. Hat ni ja aku xberapa nak berkenan sebab melawak pesyen tampaq-tampaq pala ni kena orang yg xreti melawak jadi gaduh ja. Gaya lakonan dia ni memang sempoi, sebab dia boleh berlakon berbagai-bagai watak, berbeza dengan posting aku sebelum ni pasai Jayem Ravi, dia berlakon banyak watak. Suriya ni bleh handle berbagai-bagai jenis watak, watak dia anak kembaq la, watak dia jadi mereng sewel la, watak dia sebagai seorang hackers la dan macam-macam lagi. Tu yang maksud aku pelbagai watak tu. Dia pun masih xketinggalan macam hero-hero lain, seperti dalam filem yang aku pernah tengok macam filem Singam, dia berlakon memegang watak Polis, Pegawai besar jugak la. Banyak lakonan dia, bila dia bercakap, dia bercakap dalam keadaan Speed MAster punya. Memang laju, tambah-tambah bila waktu dia marah. Tapi dalam marah tu, banyak babak dia menyedarkan dengan ayat2 motivasi dia walaupun dia dalam keadaan naik syeh waktu tu. Tapi sapa pulak nak motivasikan dia pulak di waktu dia dah putus harapan nak settlekan masalah penjenayah ni?? sapa lagi kalau tidak Heroin maa..Hahaha...Hero kena ngan heroin ja, takat uncle teh tepi jalan nak sekolahkan hero memang makan penendang hero ja. Xmakan la.

Dalam masa yang sama, Suriya ni jugak pernah pegang watak seorang pencuri yang sempoi. Aku lupa movie apa tapi agak tertarik la dengan skill mencuri dia tu. Salah satu adegan dia curi berlian kot, dia sorok dekat mineral water ja, di sebalik tulisan mineral water tu ja. Hurm tu yang aku kata tu nak cerita xreti hampa kena tengok sendiri baru hampa paham senang. Dalam filem Singam ni pulak dia jadi Polis, tapi atas permintaan dan harapan seorang ayah. Di sini depa cuba terapkan kasih sayang anak dan ayah, di mana Suriya ni jadi Polis pun pasai Bapak yang suka. Sempoi la, dan ada babak di mana dia kurung mak ayah dan adik beradik lain. Bukan kurung pasai dia ni anak derhaka, tapi dia sebagai benteng untuk mak ayah dia dari serangan penjahat. Penjahat datang nak bunuh dia, tp dia takut family dia diapa-apakan so dia lock la mak ayah dia. Tu yg kata hero. Mati demi mak bapak tu yang style. Bukan mati pasai marka macha..Apa barang..hahaha...


Singam 2


Setakat ni la aku share noo jom2 nak balik dah.. Selamat berbuka puasa


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best

37 comments:

  1. Org utara ka? Blah mana la tu. Terima kasih la blogwalking haritu. :)

    ReplyDelete
  2. Dey machaa hihi, mujur tak minat sgt.. Tapi kdg2 layan gak.., semoga Allah slmat kan bumi palestin amin

    ReplyDelete
  3. Hari ni mesti ade cerita telugu kan? :3

    Khamsi Abdullah

    ReplyDelete
  4. Hahahah filem tamil macam over acting pulak. melompat-lompat over sungguh. Kene tembak tak mati-mati. Aduhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berlakon nak kena mati aku pun xmau hahaha

      Delete
  5. mesti ada misai. trademark mereka
    suka citer tamil dri hindustan
    coz ada jln ceritanya
    cuma ada persamaan kedua2 cerita..hero mesti hidup even ditembak berkali2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut nak kena tembak rambo pun sorg ja selamat...
      Tapi culture diorang ni xbole bagi hero mati..silap2 rusuhan

      Delete
    2. Panggung wayang pun pernah ada sejarah kena bakaq oo..Fanatik punya pasai

      Delete
  6. hihi sekali sekala dpt tngok cite mcm ni best jgak, wlaupun pelik smpai hero tu boleh terbang-2 la..hihi salam blogwalking.:)

    ReplyDelete
  7. Suka benor dia tgk cite tamil ni. Pernah tgk sekali suriya ni berlakon mmg mantap betul bab fighthing tu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... Cikgu Faiz singgah dan follow sini ye :)

    ReplyDelete
  9. weh
    film apa dia sorok berlian dkt mineral water
    bak mai share sama wehhh
    aku minat juga
    hahaha

    ReplyDelete
  10. suriya?..nama cam pompuan ayu jelita je kan..entry yang awal tu pasal serunding..baru je tgh syiok baca tetiba tukar gi filem tamil..heheheee..sabar je la hati ye..

    ReplyDelete
  11. masa zaman sekolah dulu, layan gak citer tamil dengan mak. kat tv2. hihi.. la ni, dah jarang tengok ..

    ReplyDelete
  12. Citer tamil lau tengok logik mmg xlogik dari segi scene gaduh...tapi dari sudut lain sarat dengan pengajaran dan kebijaksanaan pengarah...double thumbs up untuk bro pasal berani highlight cerita tamil

    ReplyDelete
  13. ayah saya suka la tgk cite tamil ni.. sy plak lagi suka tgk kpop. haaa.. apa pun good info. xbyk org highlight ttg ni. smg maju jaya.. i'm follow #224

    ReplyDelete
  14. xtau pulak hero yg ini, tahu yg dekat sidebar tu..
    suka diaaa

    ReplyDelete
  15. Bagusnya minat cerita Tamil. Apa2 pun, suriya hensem macho betul.

    ReplyDelete
  16. Montana ni rajin betul buat review pepanjang ek!
    COOL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya passion.. hehe. (tolong jawab)

      Delete
    2. Stujuuu....psl passion dia boleh describe jd best

      Delete
  17. Saya suka tengok cite tamil. Even tak kenal sgt pelakon die. Tapi ada sorang hero tamil, tak sure sape. Klu die belakon mmg best! ;)

    ReplyDelete
  18. came to visit after a long absence here, greetings and congratulations pilgrimage fasting. wait behind the visit, I had a good video, may be useful for younger nephew maybe even your own, please excuse me if your friends are not pleased

    ReplyDelete

  19. came to visit while bringing funny and exciting game free download, greetings introductions friend

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum awak. sheila pun suka tengok citer Sanggam ni. kelakar gila kot.. selalu layan masa deepavali.. p lepak rumah member India. hahaha layan dengan satu family dia. kelakar yang hamat. hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Malaysia..bagus..lama xrasa suasana macam tu. Dulu masa kecik2 kerap lepak rumah member India

      Delete
  21. aku rs thn lepas time deepavali tv3 ada show cerita tamil..aku tak igt tajuk apa tp rasa mcm watak pakai bju polis tu sama je gn hero cerita tu..haha

    ReplyDelete
  22. Layan gak tgk citer Tamil. Best. Dapat yg lawak memang lawak habis.

    ReplyDelete
  23. Filem Tamil kualiti semakin hebat montana

    ReplyDelete
  24. dulu tamil tv2 sllu tgk, maklum la xda astro, now dah jarang :D

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...