Instagram
Sitegiant E-Commerce

Friday 1 November 2013

Ajith Kumar-Villain

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Apa habaq hampa semua wei...harap sihat la hendaknya nooo...Hari ni kalut skit kira xdan nak tulih apa2 la dalam blog ni..Balik rumah releks2 dulu..Usha filem2 menarik skit terus aku rasa nak buat review skit2 nak share ngan hampa semua...hehehe...Macam besa la Macha..TAMIL la....AKu tengok dalam IKLAN tv filem2 TAmil best2 akan ditayangkan..Dan aku rasa ada satu filem tu aku ada review dah dalam blog aku ni..So hampa bleh la tengok2 nooo...hehehe....


Kali ni...errr..aku review filem lama skit nooo..sorry la macha..apa bleh buat..tengok filem tu aku xtaw pun tahun bila..Sebab hero ni filem dia..macam dok kata la..jarang xbest...mesti best..hahaha....aku akan review skali lagi pasai Ajith Kumar..Xdapat tengok lagi filem dia di pawagam, jadi aku refresh skit2 filem lama2 dia bagi hampa taw skit...




Villain Poster
Villain (2002)

Tudia wei..Ajith Kumar..masa muda skit pun dia dah best dah filem dia..Tajuk cerita ni Villain.hehehe...tapi tu la noo..2002 tu..masa tu pun aku pun dok muda2 lagi. Tapi ni la kelebihan AJith, dia cuma ada fasa dari segi umur saja,tapi fasa lakonan aku rasa xda kot..sbb setiap peringkat umur dia berlakon best ja..Malahan lagi berumoq lagi best lak filem lakonan dia..tu yg kata kematangan lakonan kot nooo....Sebab tu di Malaysia,aku tetap sapport pelakon2 lama, contohnya faizal hussin..cuba perhati tengok,lagi berumur,lagi best lak depa berlakon..Bukan semua orang berbakat kan..yang berbakat tu,diasah lak bakat dia dan xjemu buat yang terbaik,hasilnya memang sempoi la...hehehe...aku tetap sapport hero lama kita..depa berlakon memang best..Bukan berlakon sat,gamak xleh p,nyanyi lak..xleh nyanyi,jadi DJ lak..lepas tuu..heheheh...xpa2..semua ada hak masing2 kan..ikut hampa lahh...Janji kita sebagai penonton aku rasa ada hak mengeluarkan perspektif atau sudut pandangan masing2..DAn bagi mereka yang ada dalam industri filem,terima pandangan orang dengan hati terbuka...itu ja...

Oppss..sorry2...terkeluaq tajuk skit..ok2..kembali pada filem villain ni, berkisarkan tentang hero yang mengusahakan sebuah rumah tumpangan untuk anak2 yatim yang kurang upaya,OKU la tu dan dia spesifikkan rumah dia tu kepada budak2 yang hidup mereka tempang secara fizikal,handicap la sembang mat salleh skit.. Hero menjadi seorang yang wataknya ibarat robin hood,merompak dan memberi..Dan dalam kisah filem ni,dia merompak hanya seorang sahaja,iaitu seorang samseng yang bakal menjadi menteri,dan harta tu di berikan kepada lebih 200 rumah OKU seluruh India..amacam?berat dak tugasan dia..Tu la hero..Hero berbuat demikian kerana dia ada seorang adik kembaq,juga lakonan dia yang turut tempang..Tapi bukan tempang semulajadi,kena katok tang kaki dan tangan sampai ilat kekal oleh samseng tadi tu la masa umur depa budak2 lagi.

Filem ni menunjukkan juga bagaimana seorang yang kaya raya,tidak dapat menerima hakikat bila depa dikurniakan anak kurang upaya.Orang kaya tu bapak hero la..Hero sempurna,adik dia kurang sempurna.Hero ditatang bagai minyak yang penuh,adik dia dikurung dan dirantai..Pergh..masa babak ni memang kesian gila kat adik dia sebab dilayan macam binatang ja..ANak sendiri tu...Nak jadi cerita mak ngan ayah dia plan nak tamatkan riwayat adik dia tu,dan hero terdengaq perbualan ayah dan mak dia..DI sebabkan itu dia chow terus dan bawak adik dia lari bersama..BErmula lah hidup depa yang susah di mana umoq budak lagi kena kerja untuk bagi adik dia makan, dan waktu ni lah incident adik dia kena tibai sampai cacat kekal ngan samseng tu...Babak yang aku cerita ni adalah dalam bentuk flashback,sbb heroin dok tuduh hero bukan2..so hero cerita balik la kisah silam dia..

Di sebabkan itu hero mula bermula merompak,dan memberi duit itu kepada rumah anak2 yatim sebab memang dia dah buat pun kerja tu dari dia kecik2 lagi..Pernah sekali dia ditegur sbb masa dia tinggai adik dia kat rumah budak2 cacat dulu,dia beli makan kat adik dia ja...yg lain tengok terliuq la..Start dari situ dia kerja dan memberi semua makan yang sama macam adik dia makan..


Ending cerita ni dengan fight yang padat gak di antara hero dengan samseng yang dia jumpa masa dia kecik tu.Fight berlaku disebabkan samseng tu bakal memegang jawatan dan dana untuk anak2 cacat seluruh india.Mana hero bleh tahan,dapat kat kutu berahaq tu jahanam la anak2 cacat seluruh India..DApat kat kutu yang xsayang anak2 yatim ni taw la harta p kemana..ke perut sendiri la...


Bila aku tengok balik filem ni,teringat aku satu filem lakonan Benjy dengan mak dia sendiri, Azean Irdawaty..AKu lupa la tajuk dia..Tapi kes2 macamni gak la..Benjy dikurung,dan ada adik yang sempurna sifat..hehehe..aku rasa ja la...Kalau bleh dapat tahun drama Benjy tu,bleh la buat perbandingan..sapa tiru sapa..hehehe...Tapi bukan semua plot sama,bab anak cacat tu ja la..


So Selamat menonton nooo...aku bleh bagi dalam 4bintang gak filem ni..Action ada,moral of the story jugak sempurna disampaikan kepada penonton..Jangan lupa tonton ya..Cari la dvd kat mana2..sebut ja Ajith..silap haribulan tokey cd tu bawak keluaq kataloq bersaiz A4 kat hampa..heheh





Ajith Villain



Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best












9 comments:

  1. esok malam ada cerita tamil weh dekat tb . berkisah superhero :D

    ReplyDelete
  2. Cerekarama Hanya untukmu tahun 2003

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.. hero lama nie..akak suka vijay n suria..hehehe..
    Btw done follow back yer.. =D

    ReplyDelete
  4. citer lama punya ni

    ReplyDelete
  5. akak pernah tengok cerita ni.. :D

    ReplyDelete
  6. Assalam
    Hai ini dapatlah nonton filem-filem Tamil secara percuma di TV .
    K.O , Singam , Ra One dan lain-lain :)

    ReplyDelete
  7. wah!, mmg peminat filem tamil bro ni..hehe, aku kureng sikit. tapi aku aku kenal hero tu..haha. Filem tamil aku pernah tgk RObot..memang terbaik!

    ReplyDelete
  8. X minat sgt citer tamil,,suke hindustan..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak heroin hindustan mai dari Tamil gak.heheh

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...