Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Masih dalam bulan syawal, maka selamat hari raya diucapkan kepada semua nooo..Nak pi beraya mana pun, pandulah dan tungganglah dengan cermat serta berhati-hati di jalanraya ya.
Aku macam biasa la, raya ketiga aku dah mula kerja dah, tapi dalam masa yang sama masih lagi berkesempatan melawat blog-blog tuan-tuan sekalian. Seronok kita kalau dok baca depa dok jalan raya, makan masakan menu tradisi kita, tambahan pula siapa-siapa yang dok update pasai serunding, hullamak memang tiada tertahan melihatnya. Best. Dalam masa yang sama, aku dok usha la rancangan TV, hurm.. Xtaw la kalau orang lain kan, aku dok tengok rancangan TV biasa-biasa saja. Aku dok cari gak la rancangan yang best. Macam biasa la, aku tengok ja la apa yang sedap untuk dilihat. Last sekali macam biasa, aku bukak PC ni, dan cuba berkongsi satu benda yang aku memang taw nak tulis.Heheheheh.
Aku cuba untuk share benda ni lama dah. Cuma rasa macam nak tulis hero yang lain-lain dulu, padahal aku rasa hero ni la yang paling best. Malam tadi masa aku lepak kat gerai standard koboi punya, sambil dok tibai nasik tu aku dok la sebelah tokey kedai tu. Dia dok sibuk dok buat apa tah ngan tali rapia, dalam masa yang sama kawan aku ada send satu whatsapp, aku baca la. Kandungan dia mengenai penulis novel rindu kamu 200% tu. Mak aih, masa aku baca tu, aku tengok la penulis dia, laa muda lagi..Macam baru abis SPM, nak amik form 6 lagu tu la, dalam whatsapp tu gambar dia dengan pelakon drama rindu kamu 200% tu la. Lepas tu aku tunjuk la kat tokey kedai tu, wajahnya sekilas pandang macam Don King, Manager Mike Tyson. "laa, muda lagi noo tulis novel",kata Don King. Aku xkata apa la. Dia kata kalau macamni memang orang-orang muda suka la tengok dia kata. Maka dalam masa yang sama terus dia dengan keyword yang sekaligus memberi inspirasi kepada aku, " cerita ni kalau hg nak taw seronok, cerita Tamil ja, sebab apa yang depa cerita tu ada kena mengena ngan hidup kita".Cerita Melayu ni, makan,tidoq, teriak.Kata Don King sambil menghirup teh tarik buatan sendiri. Hahahah...Tudia..Don King ni jarang cakap, sekali dia cakap padu gak la ayat dia tuan-tuan. Jadi terus aku dapat idea, iaitu aku akan share sorang lagi hero yang bagi aku memang orang India cukup minat dia,secara majoriti sebab peringkat umur yang pelbagai cukup minat hero ni, tua dan muda. Bukan Superstar ya tuan-tuan, tapi bagi aku dan bila aku share ngan orang ramai, ramai yang memang berkenan ngan hero ni.
Nama: Ajith Kumar
Gelaran Yang Dimenangi: Thala, Ultimate Star
Tinggi: 180cm
D.O.B: 1 May, 1971
Tempat Kelahiran: Hydrabad
Pendidikan: Asan Memorial Senior Secondary School
Kerjaya Awal: Mekanik
Pakaian Kegemaran: T-Shirt dan Jeans
Warna: Merah
Makanan Kegemaran: Bukan Vegeterian, terutama makanan berkenaan daging kambing
Falsafah Hidup: Hidup, dan terus hidup
Kelebihan: Cara Bercakap yang penuh falsafah
Kombo Istimewa: Mass Scene, dan kombinasi teknik lawan yang penuh brutal
Ni la hero yang aku cuba nak kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian ni. Nindia, nama dia Ajith. Tapi kalau hampa sebut Thala saja, maka tidak syak lagi ni la hero tu. Dia ni kalau berlakon, hullamak, memang style abis, memang mass la. Masih ingat mengenai mass scene, maka Thala cukup terkenal dengan mass scene. Filem dia kalau dia berlakon, mass scene dia ni mampu buat orang jadi xkeruan dalam panggung wayang nak habaq mai kat hampa semua. Kadang-kadang camera angle ni memainkan peranan penting dalam filem depa, sebab kadang-kadang kemunculan seseorang hero tu bukan 100% lagi, tapi sudah mampu buat peminat dia menjerit-jerit dalam panggung wayang. Aku taw la sebab aku pernah masuk panggung depa. Baru tunjuk rambut dan sandal dia ja, orang dah rasa satu macam dah, sekali bila 100% fizikal hero ditonjolkan, menjerit-jerit depa. Hahaha... Cuba la masuk sekali, hampa baru bleh feel macamana orang India tengok wayang. Memang havoc la. Rasanya kalau tengok Adi Putra kita tak jadi Havoc sampai macam itu. Ada beberapa filem dah yang aku pernah review pasal filem hero ni, di antaranya:-
Aarambam (2013) dan Veeram adalah filem tahun ini. Ada lagi kalau hampa belek blog aku, aku rasa hero ni yang banyak aku review. Dan kedua-dua filem ini, buat pengetahuan hampa aku tengok di panggung wayang, Lotus Five Star, Butterworth. Hahaha. Xsilap aku aku menonton di hari kedua selepas filem ni dilancarkan. Perghh...Memang fullhouse la panggung bang. Filem baru launch kan, jadi memang penuh la bang. Beratoq nak beli tiket sampai ke jalanraya oo..Hahahah..lawak ja. Tapi memang happy la bleh tengok culture yang xperlu naik kapal terbang untuk kita hayatinya, masih dalam negara kita jugak. Nenek, Tokwan, paklong, maklong semua pakat turun sekali dalam budaya masyarakat India ni kalau nak tengok wayang. Yang pangkat cucu ni sanggup bawak nenek dan tokwan, kalau xlarat depa akan papah nenek depa bawak masuk panggung. Perghh ni yang kata semangat, semangat support filem keluaran mereka. Rasanya benda ni memang xdak dah kat orang lain kan. Kalau ada memang sempoi la. Kalau nenek nak ikut, maknanya nenek mesti kenal la itu hero kan. Xtaw la tapi memang Ajith Kumar ni memang cukup diminati orang India. Nak taw sebab apa?? jom kita tengok tara mana sangat hero ni.
Ajith Kumar ni, bagi aku satu hero yang memang ada aura dia tersendiri. Kalau nak ikutkan, hero ni fizikal dia bagi aku bukanlah kategori body builder, agak berisi jugak di bahagian perut, tapi cara lakonan dia yang banyak dialognya meninggalkan kesan kepada penonton. Hero ni bukan jenis yang cakap banyak, tapi sekali dia cakap ayat-ayat dia memang sempoi. Berdasarkan 2 filem yang aku bagi link di atas, dia berlakon satu watak yang dia xbercakap banyak. Aku bukannya apa, mai hero ni aku xberapa nak reti sangat nak tulis, sebab hero ni style sangat. Hahahaha.. Serius memang style, kalau aku xdipengaruhi enviroment panggung wayang sekalipun, kalau aku tengok di rumah sekalipun, aku dapat rasa lakonan dia memang sempoi. Gaya lawan dia xda la macam hero yang baru-baru ni, dia lawan teknik biasa ja, tapi gaya lakonan dia memang sempoi. Mungkin disebabkan umur dia kot, dan tempoh dia yang agak lama berkecimpung dalam industri filem sama kot.
Berdasarkan filem yang terbaru sekali yang aku pernah review dan juga best bagi aku iaitu Veeram, filem ni dia berdasarkan 5 orang bersaudara yang hidup di kampung, di mana Ajith Kumar adalah anak sulong. Tema filem ni memang pasal bersaudara. Dalam filem ni juga dia cukup sentimental, slow tapi agresif bila adik-adik dia dalam bahaya. Dalam filem ini juga diselitkan bagaimana layanan seorang boss kepada anak buah, di mana ada satu babak dalam filem ni dia bagi geran tanah,kedai runcit untuk anak buah dia sebab anak buah dia nak kawin. Anak buah dia dalam filem ni kira pak lawak la, tapi menangis gak la sebab hero bagi geran tanah dan kedai runcit. Dia nangis la sebab xsangka Hero baik hati sampai macamtu sekali. So dalam babak ni la yang aku kata hero jarang bercakap, sekali dia bercakap memang tinggal kesan kepada kita yang dok tengok ni. Antara alasan dia bagi geran tu sebab dia kata anak buah dia tu cukup setia, selama dia bekerja dengan hero xpernah membantah, taat dan setia. Di sini moral of the story dia kita boleh lihat di mana setiap manusia layak mendapat layanan yang baik, xkira dia orang bawah atau atas, manusia tetap dilayan seperti manusia.
Ada jugak satu babak tu di mana adik-adik dia dok heran pasaipa hero xkawin2, jadi depa tanya la uncle juai teh depan pejabat depa tu. Uncle tu kira menyimpan jugak la rahsia hero, di mana bila dia bercerita, dan2 suasana dalam panggung jadi diam. Diam xberkata apa-apa sehingga ada sorang aunty dok belakang aku tu bunyi macam nagis ja. Huhuhu.. Bukannya cerita hero mati pun nak nagis2, tapi apa yang pelakon tu cerita cukup touch aunty belakang aku tu kot. Hero dalam filem ni hidup cukup susah, dari kecik mak bapak xda, dia la yang dok jaga makan minum adik2 dia, sampai satu masa tu dia xminum, sebab duit xcukup, dan duit yang ada tu hero beli teh kat uncle tu la untuk adik2 dia. Tudia...Mungkin cerita pengorbanan hero tu kot yang buat aunty yang belakang aku tu menangis kot. Ya la kan kita ni xtaw tuan-tuan, bukan semua orang hidup senang, dan memang cerita Veeram ni bawa isu pasal orang kampung pun. Jadi xmustahil la ia memang ada kena mengena ngan orang yang pernah hidup susah di kampung. Tu yang kata Ajith kumar tu, filem dia bagi aku selama ini aku tengok, xdak lagi la yang mengecewakan.
Banyak lagi yang hero ni boleh sajikan kepada penonton beliau. Serius kalau hampa tengok filem dia hampa akan nampak karisma dia sebagai pelakon. Dia kalau jadi gengster, memang gengster yang style, dia jadi abang, memang abang yang cukup sayang kat adik dia, dan xterlepas jugak sebagai seorang hero kepada heroin. HEhehehe...Itu mesti la kan. Bagi aku Ajith Kumar memang cukup mastermind dalam setiap filem dia berlakon, setiap role dia dalam setiap babak itu kadang-kadang kita bleh rasa confuse, rasa tertipu dan kadang-kadang dia mampu buat kita tertunggu-tunggu apa tindakan dia yang seterusnya. Jadi aku sarankan kalau hampa nak tengok cerita dia yang bagi aku memang cukup mastermind dalam planning, aku cadangkan hampa tengok Mankhata sebab filem ni, hahahah aku xtaw nak habaq la wei..Gelak dulu aku. Filem ni gabung dua hero sekaligus, tapi anchor filem ni memang Ajith Kumar la. Hampa tengok filem ni, memang hampa akan terhibur, Ajith kumar sebagai Polis. Depa nak lumpuhkan sindiket judi kriket, tapi memang sempoi la tektikel dia dalam nak settlekan judi ni. Dan dalam filem ni hampa boleh tengok dia layan heroin macam sampah ja. Xcaya??kena tengok la...Heheheh
Ok la kot setakat ni ja la. Minta maaf andai review xtara mana, sebab bagi aku hero ni memang best, sampai xtaw nak tulis lagu mana...Hahahaha...aku cadangankan hampa usha dulu satu movie dia, hampa akan dapat taw tang mana lebih dan kurang hero ni.
Sekian terima kasih.
Montana
Be The Best to win The Best
Rujukan/Reference:
1.http://behindwoods.com
2.http://nextresources.blogspot.com
3.http://truthdive.com
4.http://www.123coimbatore.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku 1st comment...WOW
ReplyDeleteTiada istilah maaf dlm perkongsian cerita...keep up the good work...we love your story style...AaaaaaaAAaaaaa
terima kasih broo ;-)
Deleteapa kata lepas ni cite pasal hero hindustan plak..hikhik..selamat hari raya!!
ReplyDeletealamak xpandai la mama kaori
DeleteSelamat hari raya :)
ReplyDeleteSelamat hari raya..Suka tngok cter tamil ke?
ReplyDeleteSelamat Hari raya.. Yeee ;-)
DeleteIni lah first time jumpa blog dok cerita pasal filem Tamil. Nice weh!
ReplyDeleteDari zaman kekanak lagi memang dah tengok drama Tamil ke?
Lama juga dah tak layan cerita Tamil ni.
Paling ingat pun cerita Padaiyapa je lah. Hehe.
Selamat Hari Raya! =D
selamat melayan ;-)
Deleteunik la entri hang ni.. tak pernah jumpa lg blogger tulis sal hero filem tamil
ReplyDeleteHero Korea ramai sangat dah yang tulih bagi kat depa la yg xberapa femes ni mai kat aku
Deleteselamat hari raya..mase raya aritu...mak kepada biras mai umah dok cter la yg die peminat no.1 filem tamil nie..serius mase dok cter tuh..peh!terpegun gak laaaa....
ReplyDeletebaru cerita..xtengok lagi hahah
Deletedia ni menaingkat naik seangkatan dengan siapa yek?
ReplyDeletextaw nak kata..tp ramai yang lebih kurang dengan umoq dia..cek dalam entry ni Vikram dan action King Arjun ;-)
Deleteminat ye ngan hero tamil
ReplyDeleteHero ni pon syiok klo die nye crita...
ReplyDeleteSuka gak tgk Ajit ni terutama watak dia sbg pegawai polis..citer apa tak ingat laaa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya suka watak yg dimainkan ajith kumar . he's awesome guy .. i like watch his movies .. i hope ajith wiill carry his acting in the industries .
ReplyDeleteAjith kumar is the best actorr...keep watching his filemmm
ReplyDeleteGood blog
ReplyDeleteInteresting article
ReplyDelete