Instagram
Sitegiant E-Commerce

Monday 4 November 2013

Aarambam-Thala Ajith Kumar


Assalamualaikum dan selamat petang semua..Apa khabaq..harap hampa semua sihat sejahtera hendaknya..Alhamdulillah cuaca hari ni semmpoiiii ja...hehehe...wei..tengok la..gambag di bawah tu..Tiket wayang cerita apa wei..AARAMBAM!!!!! hahahaha..yes..akhirnya berjaya jugak aku tengok tapi bukan hari pertama..Hari kedua tayangan dah..Tapi dia punya sambutan masih hangat lagi di pasaran.




Aarambam Ticket
Tiket Wayang Aarambam







Poster Aarambam
Aarambam (2013)



Tudia..hero style dah mai dah wayang..Masa aku tengok filem ni, hero baru jengoii muka skit ja..Bergemuruh panggung wayang dibuatnya..feewit2 merata-rata..hahaha..Ini lah keunikkan tengok wayang bersama-sama orang India semua..Baru best wei..Takat dengaq orang sembang dan cakap dok jadi,kita kena rasa sendiri aura dia..Baru kita taw kan..hehehe...Tu la kelebihan teraju Utama, Ajith Kumar sebagai Ashok dalam filem ni, iaitu dia adalah Pegawai Polis tertinggi dan Specialist dalam Bom Squad.Perghh..pangkat besaq, pakar lak tu...memang style habis la Thala(gelaran dia) dalam industri filem Tamil.. Dan dalam filem ni dia bergandingan dengan second hero.





Arya and Thala Ajith
Arya dan Ajith Kumar dalam babak filem Aarambam

Ni second hero dalam cerita ni, Arya. Arya dalam filem ni membawa watak Arjun, iaitu seorang hackers komputer terhebat.Hacks benda bukan kecik2 punya macha, hacks setelit India teruih..hahaha..Maw taw la kalau hampa tengok filem ni xda pak lawak sebab lawak jugak di bawak oleh Arya ..So xpakai pak lawak dah la sebab ni cerita serius okk...So xberapa nak lawak sangat ini cerita haaa.hehehe


Cerita ni berkisahkan Hero yang berdendam dengan jabatan dia, iaitu Police Department bahagian Bom Squad.Dia dah lama dah berenti jadi polis,selepas satu incident yang meragut rakannya ketika bertugas. Rakan dia mati ditembak dan kematian member dia diragui sebab baju kalis peluru yang dipakai itu tidak menepati speks yang ditetapkan.Dia cuba membawa usul ini kepada pihak atasan tapi tidak dilayan, so hero sudah bengang sama dia punya bos. Bos dia yang dapat taw hal ini cuba mengancam hero.Hero ditembak tapi xmati walaupun ditembak dan ditendang jatuh ke dalam laut. Macam besa, ada sedikit flashback dari heroin sebab second hero nak taw cerita sebenar. Filem ini juga menunjukkan bagaimana ahli politik menjadi dalang dalam jabatan polis yang membenarkan pembelian baju kalis peluru yang tidak menepati speks ISO yang dibenarkan.Walaupun hero cuba untuk membetulkan keadaan, tapi hero lak cuba dibunuh.


Jadi dalam cerita ni diselitkan elemen kekeluargaan,di mana rakan hero memang member baik dia dan dia cuba untuk menuntut bela atas kematian member dia. Mati tu memang la kan,tapi dia xpuaih hati sebab baju kalis peluru member dia tu memang xsah untuk digunakan.Peluru tembus macha..Hero teriak kot member dia mati..huhuhuh

Jalan cerita dia memang best..Action dan macam biasa la noo..Nyanyi2 tu kompom ada la..Dalam cerita ni hero xbuka baju langsung sebab hero punya badan...errr..paham2 la noo..Kalau berketak2 siap six pack non the richer kompom dia tunjuk kan..Jadi paham2 la kot..hehehe...





Aarambam Nayantara
Nayantara



Ni la heroin dalam filem ni.Dia memegang watak penting gak iaitu orang kanan kepada hero.Hero memang bengang dah kat jabatan dia dan nak menuntut bela..Tapi Heroin ni macamana lak watak dia?kenapa dia sanggup membantu hero untuk misi yang merbahaya ni?nak taw kalu..kena p panggung tengok sendiri la noo...Masa masih ada untuk hampa tengok...hehehe...


So setakat ni la review aku...


Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best



9 comments:

  1. Amboiii rajinnya dia.. ramai ker org melayu tengok citer tamil kat pawagam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kata melayu ni masa p tengok tu gua sorang nampak gaya..hahahaha

      Delete
  2. uishh..p tengok dah ka?
    semangat...

    ReplyDelete
  3. tu dia terbaik punya...bila hang nak belanja aku tengok wayang

    ReplyDelete
  4. Macam best je jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pergi tengok wayang.. jalan cerita best..

    ReplyDelete
  6. Haha, sekali je pernah masuk wayang tgok citer Tamil. Dia punya riuh, oh mak kau, seram gue, time tu film rajnikanth..Huhu

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...