Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday, 28 November 2013

Vettaikaran- Vijay

Assalamualaikum..apa kabaq semua kawan2...harap hampa semua sihat la noo..terima kasih diucapkan kepada semua yang baca blog aku..yang terus dok komen2 di blog aku..terima kasih xterhingga buat anda semua..hampa semua la semangat untuk terus aku menulis di sini..woww..ayatt....Terima kasih yg dah baca entry aku pasai Journey To Little India KL...memang best p sana..Dan tanks kepada mereka2 yang bagi idea tentang Little India yang ada di tempat tinggal masing2..kalau ada masa mungkin aku kan ke sana.. Baru aku taw, Melaka dan Ipoh pun ada Little India..Dan mungkin aku akan buat Journey ke sana pulak nanti...heheheh...Nak tengok jugak Little India di tempat hampa macamana pulak kan..

Jadi, masa aku p Little India KL, aku ada beli DVD Tamil di sana..hurmm...dan cerita kali ni yang aku dah tengok ni aku akan cuba review..sebenarnya cerita yang aku beli ni, dah banyak kali aku tengok..cuma aku beli jugak untuk koleksi aku..Koleksi hero yang tidak asing lagi...Ilaya Thalapathy VIJAY...feewiitt.... CErita ni tajuk dia VETTAIKARAN-----PEMBURU kalau xsilap aku maksud dia...dan aku dapat info yang cerita ni memang boxoffice di India..dan di antara filem Terbaik Vijay...amacam?pernah dengaq?hehehe...memang best macha..filem ni memang banyak action..dan harapan seorang pemuda untuk jadi seorang yang berguna kepada Negara beliau.




Ilaya Thalapathy Vijay
Vettaikaran (2009)

Cerita ni sebenarnya nak menunjukkan seorang pemuda yang begitu minat dan kagum pada seorang polis di negeri dia tinggal.Polis tersebut bernama Devaraj. Hero cukup minat la kat Polis ni,sebab POLIS ni polis yang baik, dan rekod polis ni tentang melumpuhkan aktiviti2 jenayah cukup membuatkan hero kagum..Di sini filem ni mengetengahkan unsur apabila seseorang tu minat pada seseorang, dia akan ikut apa yg orang tu buat. So dalam filem ni hero dia ikut semua yang polis tu buat,belajaq dekat kolej yg polis tu p,kerja bawak auto dan sebagainya.Pendek kata apa yg polis tu buat, hero akan tiru..Betapa fanatiknya hero pada polis tu.

Berlaku satu konflik di mana kawan baik hero di kolej diganggu secara xbermoral dengan seorang penjahat tu, depa suka sebut villain untuk watak jahat. Jadi kwan dia dah report la kat hero kata villain tu dok wat benda xsenonoh dekat dia..Apa lagi..Hero boh penumbok la..sampai luka orang jahat tu..Dan orang jahat tu xleh terima sebab selama ni xda sapa pernah sentuh dia...Maka berlakulah konflik yang begitu dasyat di mana orang jahat ni bekerjasama dengan polis yang rasuah punya ni frame hero..Frame dalam erti kata depa cuba buat tahana la kat hero, dengan mengatakan hero ni mengedar dadah di hostel dia..Maka start dari situ lah cerita bertambah rancak..Menarik..Action mula dan xberenti sampai la di akhir cerita..



Vijay Vettaikaran



Harapan hero nak jadi polis tidak kesampaian,di sebabkan dia dah ditendang dari kolej, gara2 penjahat2 ni la yang buat taik kat dia..Di sebabkan penjahat2 ni dok buat onar sama dia, maka dia terus melupakan niat dia untuk menjadi polis, dan terus dengan niat baru dia untuk jadi Vettaikaran iaitu pemburu..Maka dari situ bermulalah konfliks, perang psikologi dan pergaduhan sampai ke tahap menteri dalam filem ni..Persoalannya,mampukah dia menentang depa ni dengan seorang diri?adakah kawan2 dia membantu dia?sebab dia bergaduh bukan dengan seorang tetapi dengan birokrasi dan juga lain2 orang2 atasan?nak taw..kena la usha ini filem..cakap betui punya macha..gua kasi 5star ini filem..serius best..Masej dia tinggi,action dia banyak..dan........heroin dia cunnn...hahahahah...




Anushka Vettaikaran
Anushka

Nindia heroin Vettaikaran...amacam?huhhhhh...memang cunn brooo..macha...kalau macamni la jadi nurse kat hospital kita...kompom orang lagi cepat lega...hahahaha....demam pun rasa nk dok hospital kalau nurse macamni...


Setakat ni ja la review aku...ada lagi nanti kita share lain noo..sekian..


Montana
Be The Best to win The Best







Wednesday, 27 November 2013

Journey To Little India, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua diucapkan..harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang...so apa cita hampa semua semalam??harap semua steady dan sempoi la noo... Kelmarin adalah hari aku travel..tapi xda la travel p DUBAI balik hari ka, atau negara2 yang perlu naik kapal terbang..Aku travel dalam negara saja... Hampa nak taw dak aku p mana?haaa...Aku p LITTLE INDIA, BRICKFIELDS KUALA LUMPUR. hehehehehe...Sempoi...

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah Kuala Lumpur punya Little India happening jugak, xbanyak beza dengan di kawasan Little India Penang. Dari segi kedai penjualan CD pulak, aku bleh habaq Penang lagi banyak la dari KL punya.. Apa yang menarik di Little India KL, adalah DVD depa semua Original Punya..ada pelekat KPDN punya.. Kalau dah ori gambaq toksah dok kata la noo...kompom clearrr punya...Sepanjang perjalanan,kiri kanan ni memang berlampu-lampu..Tapi kalau nak kata kedai CD ni, menang dekat Penang lagi..Di Penang kedai CD lagi banyak nak dibandingkan Little India KL..Aku rasa dalam 5-6 kedai macamtu saja dia KL..Berbanding Penang banyak lagi aku rasa..Dan lokasi kedai DVD di penang xterancang..Satu sini,satu sana dan merata..Cuma di KL sebaris..so nampak sistematik dan terancang skit la..Dan yang lebih menarik, Ada unsur satu Malaysia di Little India ni di mana kedai terakhir aku p tu..Kedai menjual DVD Tamil, tetapi dimiliki oleh Orang Cina..wow..menarik tu..Kedai Cina,jual CD tamil, Orang Melayu beli..amacam?sahut kan Satu Malaysia?heheh..Dan nampak gaya Aunty yang juai CD tu orang lama jugak...dan ada CD yg dijual sebelum 1 Malaysia diwar-warkan lagi...Maknanya 1 Malaysia tu dah ada lama dah la ceritanya..hehehe....xperlu dilaung-laungkan...aku rasa semua orang dah paham benda tu..hehehe





Ni la suasana di Little India..nak ikutkan ni kalau ada sound skali..memang bunyi kaw-kaw punya la macha..cuma bleh amik gambaq ja la...Memang happening di sini..Lebih kurang mcm di Penang jugak..Cuma macam aku kata tadi la di Penang xberapa terancang,so kedai2 merata2 ada.dan keadaan di Penang lebih PACK lagi...nak taw pack macamana mai usha sendiri la macha..baru taw..hehehe...Berdasarkan gambar,kedai2 cd sebaris tu adalah di seberang kiri(ikut kereta audi yang dalam gambaq ni)...Pergh..lengoh dok jalan..tapi best sebab banyak gak pilihan yang boleh dibuat bila sampai di sini.. Dalam masa yang sama,ada gak kedai2 lain macam barang kemas, tudung dan sebagainya..Tapi dah aku fokus DVD, so aku xp la kedai2 tu..hehehe...Kalau bawak mami ngan anak mami skali bleh la singgah kot.Tapi aku memang salute la Aunty yang buka kedai DVD tu,walaupun dia Cina tetapi bukan satu masalah untuk dia buka Business kan..Sometimes, somebody see problems, but in the same times others see oppertunities...hahahaha....itu lah ragam rakyat Malaysia..aku sayang Malaysia...Bukan satu masalah untuk berbisnes, asalkan ada kemahuan..apa saja bleh jadi...Secara xlangsung Aunty tu jadi inspirasi aku kot..salute aunty...







So setakat ni ja la aku berkongsi cerita aku....Little India Kuala Lumpur...Aku ada beli CD masa aku p sana..nanti aku review kat hampa nooo..cerita apa yang aku beli masa aku p sana..



Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best













Sunday, 24 November 2013

Sindiket Penipuan Di Laman Sosial

Assalamualaikum..apa khabar anda semua...harap anda semua sihat...dan bergembira hendaknya di samping keluarga tersayang..Amacam cuti minggu ni?isnin pakat2 nak pi kerja dah kot...jadi harap isnin jangan la ada yg baloqq liat lak nak p kerja(pesanan untuk diri sendiri terutamanya) hahahaha.

Macam besa..aku dok la layan blog2 member2 kita..blogwalking la katakan...Sebab aku bukan jenis dok baca suratkhabaq sangat ni..biasa la pemalaih...Tapi dok baca gak la blog2 orang lain..Dan ada di kalangan blog2 kawan2 kita yang mungkin sebahagian daripada isi kandungan dia daripada akhbar tempatan...Hurmmm...terdetik di hatiku nak berkongsi satu berita yang terjadi dalam negara kita..Sumber ni aku dapat daripada blog brother kita, iaitu blog Brother Sam kita..Info yang beliau kongsikan adalah mengenai sindiket penipuan..Ya..memang...sindiket ni memang dah lama kita dengarkan??tapi kenapa masih berlaku lagi dan benarkah tidak ada penyelesaian dalam kes2 macamni? aku rasa mesti ada punya macha...






Nohhaiii...tudiaaaa aihhh....macha...bukan rugi skit2 macha...ni main ratusan ribu ringgit wei... Sampai ke tahap cagaq rumah ni wei..apa cerita ni???? aiyooo.... Menurut apa yang aku paham dari blog bro sam kita, wanita tersebut adalah ibu tunggal. Masih bekerja...bukan kerja cikai2, penjawat awam tuu..Bagi aku yang selalu terdedah dengan persekitaran sihat, bersama-sama rakan2 yang sentiasa nasihat menasihati antara satu sama lain...Tapi kenapa masih jadi begini..hurmmm..serius broo gua baca cukup rasa terharu dengan kes2 macamni. Kesian aku baca..sedih...sebab senang sangat percaya kat orang...Percaya kat orang tu positif,tapi tengok sama orang tu macamana..kenai dalam facebook ja pun...xsilap aku dalam jangka masa pendek saja pengenalan mereka berdua ni...dahh bagi semua dah kat orang tu...aiyooo...

Kenapa mudah sangat percaya kan..pelik gua...aku taw..yang kita ni xtaw percintaan depa dua tu..mungkin ada love story kaw2 punya dalam kes ni..tapi masalahnya cinta dia ada nilai...nilai dia RM209k broo..bukan skit tuu....dah jadi apa nak buat...mula la tunding menunding..mai dari rata cerok dok cari salah antara satu sama lain...biar pun sapa orang yang dia kenai tu, masalahnya apa lah dia yg dia ayat cik kak kita ni sampai ke tahap cagaq rumah. Dalam hal2 macamni aku rasa satu kita dah dapat pengajaran..aku harap ianya pengajaran buat aku dan juga untuk semua di luaq sana..Terutamanya golongan wanita..Ya aku mengaku dalam hal ni lelaki menipu wanita..Tapi sampai bila kita nak salahkan saja tanpa kita bersedia dengan langkah2 berjaga2 untuk diri sendiri kan...come on rakyat Malaysia...cabaran untuk kita datang xkira peringkat umoq..semua akan rasa...cuma bagaimana kita nak menghadapi...itu yang berbeza...Janganlah..please...mudah sangat percaya kat orang ok...serius beb..jangan...Pikiaq banyak kali setiap benda kita nak buat...sebab bila kita berpikiaq dalam masa yang sama akan ada orang akan bagi pandangan pada kita..Sebab tu cara aku..xpaham...tanya...musykil..kita tanya..sebab adat la kan..xpaham tanya sebab memang kita xtaw...Cuba kalau nak buat satu keputusan sampai ke tahap menggugat kewangan kita tu kita xbertanya kepada kawan2 kita...ya la xkan bab2 ni pun nak p tanya kat apek juai sayoq kan?dak...tanya kat kawan2 tempat kerja..Aku yakin depa expert bab2 ni..sebab ya la kan..depa bab2 bagi pandangan ni memang champion..tapi kita amik positif iaitu kawan2 kita menegoq kita sebab dia sayang kat kita..tu ja...Bukan tahap pendidikan yg jadi ukuran dalam hal2 ni,cukup sekadar kematangan kita..Xperlu pendidikan tinggi..Sekadar kita matang dalam nak setel masalah bagi aku cukup dah...

Bagi kakak2 di luaq sana, aku yang umoq peringkat adik2 ni nak bagi pandangan..iaitu janganlah mudah sangat nak percaya kat orang ok..Kami sayang kakak2 di luaq sana..Ya kami paham kakak2 di luaq sana,ada yang mcam kakak dalam kes di atas, hidup sebagai ibu tunggal, xda orang nk berkongsi...tapi xkan la berkongsi dengan orang yang xkenai kakak2 ku???sebab orang yg xkenai ni memang expert bab2 nak game ngan kita..sebab depa taw risk depa..tapi depa berani bermain game dengan kita..Tapi janganlah kita nak turut serta turun gelanggang dia kakak2 ku...jangan...Cukup sekadar kenal saja..jangan sampai tahap nak bergolok gadai kakak2 oii. JANGAN2.... Dia kata dia ada business, buatpa dia nak duit lagi??dia kata dia nk transfer duit xleh...so xyah transfer..meniaga ja kat negara hang...kalau nk transfer sangat...suruh dia yang bank in...kalau 10juta banyak xleh transfer,berapa minimum dia bleh bagi??...dia kata nak buka akaun untuk dia transfer duit..mintak kat dia duit nak buka akaun.xkan nak buka akaun xda duit..10juta ada 9ribu xdak???..lagi dia xbagi hampa jangan dok gatai keluaq duit sendiri untuk dia..sebab hampa xkenai langsung dia ni...haa...patut hampa mau tanya macamtu..bukan hampa p bagi lagi kat dia..uiiihhhhh mampuih lagu tu....kalau susah sangat transfer kat aku..setel..hahahahahhaa....

Bagi kakak2 di luar sana..aku paham hampa nak menolong orang..baguih..cuba perhati keadaan sekeliling....rasa2 semua orang senang ka kakak2 ku?silap haribulan adik beradik terdekat kita pun ada yang makan xlepaih...xcaya???cuba call tanya tengok keadaan depa...rasa2 mesti ada punya kan..berapa ramai di kalangan kita yang middle class punya hidup ni mesti rasa macamtu...tapi xda sapa yang tampil membantu..kalau ada orang macam kakak2 ku sekalian ni kan baguih....bertambah erat ukhwah kekeluargaan....kalau sampai nak tolong adik beradik, sampai ke tahap nak gadai rumah ni....aku rasa lagi bertambah erat...tapi pasaipa kita xsampai tahap tu..sebab xsayang macamana sayang hero yang kenai dalam FB kan???haaa...itu kakak2 saja ada jawapan..aku yang pangkat adik2 ni boleh tanya ja la... Tiada niat mencela dan menunding kepada sesiapa..cuma sekadar terpanggil untuk berkongsi masalah kakak kita di atas ni..Ingat..dia saudara sesama ISLAM kita...aku taw aku jugak xmampu menolong..tapi sekadar berkongsi dan andaikata perkongsian bro SAM dan tukang tambah macam aku ni mampu membantu..alhamdulillah...sekurang2nya mengurangkan masalah kes penipuan ini di dalam Malaysia...Ingat macha..kita xramai..28juta ja rakyat Malaysia ni...jangalah mengalirkan mata wang kita ke luaq..biaq la berlegar dalam negara ini saja...baru ada keseimbangan pendapatan negara...hahahah...aku tembak ja ayat ni k....

Setakat ni ja perkongsian aku...harap jangan sapa2 lah terasa na...serius aku rasa terpanggil sangat dengan isu ni..sebab selalu sangat dah dok dengaq...ni ja aku terasa nak berkongsi sama...Harap kakak2 di luaq sana janganlah jadi mangsa seterusnyaa naaa...harap janganlahhh...pikiaq banyak kali kak...jangan senang2 bagi...Ingat kakak2...kita kerja susah...nak cari duit susah..nak dapat rumah batu lagi laa susah..xkan senang2 kita nak bagi kak???..biaq la beratus ribu duit habis tapi habis kat kita sekeluarga...xpa kak...tapi kak habis kat orang...mesti kak rasa tensen betui dak..Aku taw kakak2 di luaq sana hebat...terer..tapi janganlah last sekali teriakk depan komputer..okk...anggaplah aku ni adik2 yang cuba nak bagitaw benda yang aku rasa elok..tu jaa...


Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best

Wednesday, 20 November 2013

Blog Review- Iezyan Advanture....JOM TERJAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua2 geng2 blogger yang kacak,macho,lawa,cun dan style...harap anda semua sihat sejahtera hendaknya...Hurm...hujan ini hari,rahmat.....kelmarin aku review pasai Telegu..Sebenarnya, passionate tu semakin membuak-buak rupanya bila kita review,dan cuba buat satu benda yang kita suka,kemudiannya kita berkongsi pulak dengan orang lain.Selagi ianya berguna, apasalahnya kan jika kita berkongsi apa yang kita taw. Aku sebenarnya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada blogger2 di luar sana, anda memang BAguih..Banyak info aku dapat dari hampa semua, dari pelbagai aspek, kebanyakkan dalam bidang blogger ni juga.Seronok depa yang dok share cerita pasai Nuffnang sebagai contoh.. Seronok baca cerita mereka dan aku bleh rasa seronok depa tu..Terima kasih kepada mereka yang sudi untuk berkongsi pengetahuan mereka, seperti CPUV dan sebagainya..Serius banyak benda yang aku taw dengan baca blog2 hampa..Hampa memang best...FEEWIIIIITTT!!!!!

Jadi, berbalik kepada cerita terasnya, sebelum ni aku ada review satu blog tu..sebab dia review blog aku.Aku xsangka dengan review blog orang lain ni sedikit sebanyak menambahkan semula kenalan-kenalan lain sebab ada orang yg rajin singgah blog dia turut mai blog kita balik.Maka inilah hasilnya seperti istilah yang kerap kali kita dengaq iaitu Blogwalking. Best jugak kan sebab kita masing2 dapat kenai lebih antara satu sama lain bila kita review blog orang lain.. Aku sebenarnya xterpikiaq pun setelah blogger tu review blog aku,baru aku pun terpikiaq balik..Salah satunya adalah sebagai tanda penghargaan kita kerana mereka mereview blog kita. Bukan calang2 blogger broo, yang review blog kita ni kadang2 depa yang memang dah lama dalam blog ni berbanding dengan aku...so kali ini aku cuba jugak la...Nak review blog kawan2 aku...Selalu sangat aku review filem Tamil kan..so tukaq sat buat sementara waktu..kasi ada check and balance skit dalam post aku ni..





Blog Iezyan





Kali ni aku nak review blog member aku...Haaa..releks2.dia bukan Orang Korea...Masih warganegara Malaysia... Blog dia seperti yang tertera di atas yaa.. Nama dia macam di atas...Tapi aku dok panggil Yan ja sebab senang skit.. Bagi aku Iezyan ni macam aku jugak, masih baru dalam blogger ni dan aku rasa banyak lagi yang kami kena belajaq dengan hampa di luar sana yang kompom lagi terer kaw-kaw dari kami..hehehe... Saja aku review blog IEZYAN ADVANTURE ni sebab aku dah tanya dia dah sebelum nak review..Mana la taw kan stg dia xbagi naya aku kena saman..hahahah...






iezyan Blog




Apa yang aku bleh nampak dari blog Yan ni, secara keseluruhannya Yan ni seorang yang kaki Travel..Hahaha...sorry la Yan..aku pakat dok dalam Malaysia ja la.Nak p Little India pun aku rasa penat, aku dah rasa jauh xdak dah..Ni nak pi Korea macam hang Yan...pakat aku xp dah la...Tapi apa2 pun kalau hampa nak taw lebih lanjut bab2 Korea ni, boleh la terjah blog Yan ni  DI SINI .. Banyak la info travel dia..Dan yang aku taw lepas ni dia akan travel lagi..Tapi aku xingat la di mana...Banyak entry2 dia berkenaan negara2 yang dia pi.. So sapa yang minat cerita Korea, boleh la terjah blog Yan ni..kompom dia bleh cerita dengan 100% kat hampa punya...



DI sini beberapa entry dia yang mungkin menarik minat hampa:



So jom la kawan2 kita pakat Terjah..jom2..kita eratkan ukhwah di kalangan blogger2 sesama kita satu Malaysia...heheheh.... banyak lagi info dalam blog Yan ni...so hampa mai terjah sendiri la..Kalau aku cerita semua pakat xjadi Iezyan Advanture Blog laaa...nak taw p terjah blog Yan ya kawan2...kasi HAVOC skit blog dia..hahahaha..



Sekian Terima kasih...segala kekurangan sepanjang review ni maafkan aku ya YAN hahahaha.....setakat ni ja la aku bleh review...yang lain2 tu kasi kawan2 kita yang lain terjah blog hang k... JI HAA??? 


Montana
Be The Best to win The Best




Monday, 18 November 2013

Pawan Kalyan- Gabbar Singh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Alhamdulillah...masih bernafas walau bukan dalam lumpur...dan masih bleh komunikasi dengan hampa semua lagi.... Jadi apa khabar anda semua?harap hampa pun sihat la hendaknya nooo....

Aku rasa agak lama aku xreview bab filem Telegu..Kebelakangan ni aku post aku pasai iklan dan juga Review blog. Jadi hari ni molek hambo rasaa kita review filem TELEGU lak. Buat mereka yang tertanya-tanya apa beza Tamil dan Telegu, ada bezanya. Sebab bahasa Telegu dituturkan daerah/Negeri lain, Tamil lain walaupun lokaliti secara geografinya masih dalam INDIA SELATAN. Tamil Nadu ibu negeri dia Chennai(dahulunya Madras) manakala Telegu ni xsilap aku diwakili Andra Pradesh, di mana Ibu negerinya pulak Hydrabad. Sebab apa aku bleh bagitau mcmni sebab banyak filem Tamil represent Chennai, Telegu represent Hydrabad. So aku simpulkan Telegu ni bahasa mereka yang duduk di Andra Pradesh. Betulkan aku andai tersilap okk..hehehe..sebab aku ni kadang2 buat pandai ja..buat joooraaa orang Penang kata.... loghat Telegu ni pun kalau hampa dengaq lebih kurang ja dengan Bollywood. Jika diperhatikan maps India kan, Andra Pradesh ni sebelah Maharashtra, di mana ibu negeri Maharashtra ini adalah Mumbai. So Mumbai ni lak selalunya represent filem2 Hindustan. Jadi patutla secara lojiknya bahasa Telegu ni lebih kurang ja dengan bahasa Hindustan, kalau tengok Filem Telegu pun loghat dia nak sama ja dengaq, penggunaan bahasa dia dan lain2. So itu sedikit sebanyak yang aku tahu mengenai TELEGU ni. So hampa yang terer TELEGU jangan p sembang Telegu lak dengan orang India di Malaysia, sure depa xpaham brooo..Sebab depa sendiri kata depa masih bergantung pada Subtitle untuk filem TELEGU ni.

Post2 aku sebelum ni berkenaan Telegu ada dah aku review pasai hero ni.. Hero ni bagi aku dia agak slow, tapi dia punya gaya lakonan tetap ada kekuatan tersendiri..Dia banyak cakap, tapi gaya bersahaja dia tu yang sempoi.



Pawan Kalyan Gabbar Singh
Gabbar Singh (2012)

Ni dia hero..Misai tebai dok ada.. Pawan Kalyan. Filem ni membuatkan dia menang award di Festival Filem Telegu untuk The Best Actor. Jadi hampa memang kena tengok la..Sebab dia menang award, mesti la best..Cara dia berlakon, mimik muka dia, bersahaja dia..Tu hampa tengok..POLIS naik kuda wei..gila.. Ini sedikit unsur-unsur Naratif dari aku supaya hampa tengok.hahaahahahaha...




Pawan Kalyan Gabbar Singh





Pawan Kalyan and Shruti Hassan
Pawan Kalyan and Shruti Haasan






Tudia Heroin..amacam...CUnn..hahahaha...Ni la Shruti Haasan, anak perempuan kepada legend filem Tamil Kamal Haasan. Kamal Haasan putih anak pun putih gak la kan..Tapi dalam filem ni heroin garang....Tapi main ngan hero xda masalah la macha..kompom dapat punya...

Jadi cerita ni pasai hero yang bertugas sebagai Polis di sebuah kampung, dan babak pertama dah sarat dengan action dah di mana dia berdepan dengan perompok yang curi duit di kuil..Kena belasah teruk la penjahat..Lawan ataih kuda ja.Tembak pakai shotgun dari ataih kuda ja, xperlu angle banyak2 nak lepas tembakan..cukup sebelah tangan saja...PAMMM!!!!..hahahaha... Hero ni anak kesayangan mak dia,tapi selalu bertengkaq ngan pak dia, dari dia kecik lagi, sebab bapak dia selalu sayangkan adik dia. Adik dia dah la malas, lepas tu xmau bekerja lak tapi gila perempuan.. Banyak adengan dalam filem ni dia dok kena getah ngan abg dia iaitu Hero sebab xmau dengaq cakap.

Klimaks cerita bermula bila ada seorang penjahat di sebuah kampung tu menggunakan power dia sebagai samseng untuk ugut menteri supaya tunduk kepada beliau.. Tapi dalam masa yang sama berita ni sampai ke telinga hero dan bermulalah perang psikologi dan perang fizikal di antara mereka berdua. Ada adegan di mana adik hero juga telah diracun mindanya supaya cuba untuk bunuh abang dia. Memang best ini cerita. Sebab hero menang award cerita ni.. Xkan xbest kot?berapa ramai pelakon dalam industri tapi dia menang untuk 2012 punya best actor...hahahah...

Diselitkan juga sedikit adegan di mana ibu beliau telah dibunuh oleh penjahat yang cuba menentang hero. Babak ni sedih sikit sebab mak dia ni sakit athma..lelahh...depa bleh p bunuh..menyebabkan hero nekad untuk setel teruih penjahat ni dari muka bumi ini..Jadi persoalannya kenapa ibunya dibunuh?sedangkan konflik hero dengan penjahat itu saja...nak taw? GABBAR SINGH....tengok la ini cerita..sure best...hahahaha... 

Sekian review aku dan terima kasih..


Montana
Be The Best to win The Best










Blog Review- All About Life

Assalamualaikum dan selamat petang semua..hari ni awat yang rajin sangat aih...dok xdok rasa satu macam punya sheikh rajin nak menulis ini petang...Mungkin sebab ada satu aura orang bagi kat aku kot...hurmm..Sebenarnya momentum tu sepatutnya minggu lepas aku sedaq..tapi kan aku bagitau tadi aku xberapa nak senang skit...agak sibuk..so tadi aku belek2 la blog2 kawan2 kita satu Malaysia..haa tuuudiaa..satu Malaysia aku pusing..last2 aku nampak ada satu blog tu...dia review blog aku..wowww..blog aku yang macam ngan apa ni pun ada gak orang sudi nk review..ohhh terharunyaa Denn...hehehe...terima kasih diucapkan kepada AISYA sebab sudi review blog gua..hahaha..kes aku teka mukasurat novel dia ja..Apa2 pun itu lah rezeki..ada gak orang ingat kat kita nooo...Steadyyyyyyyyy...





Aisya All About Life



Haaa...ni la rupa blog dia..hampa taw sebab apa aku amik bahagian ni?sebab senang nak review.hahaha...Dak aih..nak kena amik la skit bahan ujikaji kan... Aku baca la review dia pasai apa dia review blog aku...Sebab aku teka novel sherlock Holmes dia kedua tepat...maww taw laa..Aku nak baca novel?sorry..baca membaca ni memang kurang..adat la lelaki macha..hehehe..kami xberapa nak baca sangat..Apa tah lagi 1408 muka surat brooo..amma..banyak sangat..xlarat aih.








Sedikit sebanyak yang aku taw pasai pemilik blog yang bernama AISYA ni..dia minat kucing..makan,resipi, movie, K-Drama..Korea drama ka???? hehehe..jelas bertentangan dengan minat aku..Tapi memang aku dok belek2 blog dia tadi dia kata dia xtengok Tamil...tapi bermurah hati gak review blog aku...Terima kasih Aisya noooo...lu memang best... Pemilik blog ni juga seorang yang rajin baca novel..Bukan novel skit2 punya macha, tebai2 punya..stok kalau dia dok pegang ada orang dok ganggu sepak muka dengan buku tuu mau lebam bijik mata...1408 mukasurat punya tebai..amacam?hampa rajin baca?xrajin boleh la terjah blog http://chipmunkandbarney.blogspot.com/ untuk dia cerita kat hampa..Aku xbaca novel tebai2, walaupun minat Sherlock Holmes..tapi movie dia memang aku tengok..tu ja la..heheheh...


Bagi aku blog dia memang A+..cun...warna pun harmoni saja..sejuk mata memandang...Yang minat kucing,makan, Drama korea ni aku rasa hampa bleh mai singgah blog dia ni..Mai2..Pakat2 kita terjah blog dia..kasi ramaiiiii skit...hehehehe...


Ni di antara entry2 dia yang aku sempat tengok...hehehe..nak baca banyak2,hampa kena p singgah sana la sebab ada dalam blog dia..bukan dalam blog aku ni..okkk...


sekian terima kasih...Jasamu ku kenang AISYA 


Montana
Be The Best to win The Best


Sunday, 17 November 2013

Sivaji The Boss- Superstar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Wahh...lama gua tarak update ini blog..hahha...jenuh aih..kalut macam2 hal dalam minggu ni sampai dan tengok ja blog ni, tapi xupdate pun..Xpa2..Montana is Back!!! 

Whatsapp aku berbunyi sakan minggu ni, sebab ada yang dok cerita pasai Tamil movie di saluran TV2 ka, TV apa tah..aku xingat...depa dok text mengatakan depa dok tengok satu movie..best habaq hang depa kata kat aku...aku dengaq ja la..last2 rupanya laaa...cerita Superstar...aku tanya balik hampa xpernah tengok ka cerita ni?aku tengok dah lama aih...hampa ni koman spanar betui aku habaq kat depa.hahaha..Xpa la, geng2 kita yang dok ada pun harap masuk TV ja baru usha..tidak pakat xtengok la..xmacam aku..sumber aku lain..bukan TV saja..lagipun aku xberapa nak tgk TV sangat dah kebelakangan ni sebab kalut benda2 lain... Pakat dok habaq abih kat aku...depa punya suka laa cerita tuu..suka sangat2..dan ada yang sampai kata "ooo..patut la hang gila sangat filem Tamil"...tu aku habaq kat depa..filem depa transparency...xda simpan punya..benda betui terjadi dalam globalisasi sekarang ni...kita berani nak cerita?hahahaha..xpa2..filem ja kan.,,,




Rajinikanth Sivaji The Boss


Hampa kenai dak?ka nak kena perkenai lagi?hehehhe... RAJINIKANTH la..SUPERSTAR...aku rasa ramai yang tengok kelmarin kan..so nak kena review jugak ka? mesti la kena kan...tidak buat pa boh dalam ni kan...Ok2..Cerita dia simple saja..bagi aku...Tapi memang best...Sebab ada action,action dia memang style la... Dari mula2 cerita dia,memang dah ada bab2 mass dah..masa kepala dia kena tekup ngan kain hitam lagi..Aku dah teruja dah..rupanya tu babak flashback baru...hahaha..

Sivaji ni dia anak jati India yang study di luaq negeri, balik nak buat jasa kat tanahair..tu ja la..Dia teringin la nak buat hospital, dengan universiti.Tapi dia menghadapi masalah bila nak buat projek2 fizikal ni..Macam2 la, kena berdepan dengan pegawai daerah, sampai ke tahap menteri dia kena mengadap..Dalam masa yang sama ada watak jahat, lebih kurang Invincible Hand la dalam pentadbiran di India ni..MR Adisheshen kot nama dia, aku xingat sangat ejaan nama dia..Pelakon dia tu aku taw nama dia Suman kot. Dia ni la yang banyak dok buat duri kat Sivaji..Dia xmau Sivaji buat benda2 tu,tapi ikut telunjuk dia...Yang tu yang Sivaji xmau tu..

Maka selepas itu, maka berlakulah konflik di antara depa dua ni di mana MR Adi ni cuba nak main kotoq ngan Sivaji The Boss.Dalam cerita ni banyak la di selitkan unsur2 kronisme, power abuse dan memang banyak la pasai korupsi.Korupsi cukup banyak cerita ni..India saja ka ada korupsi?bukan itu yang cuba disampaikan pada pandangan aku..APa yang dia nak bagitaw dalam cerita ni pada aku banyak sungguh dugaan bila nak buat baik..Yang menentang pun bukan orang lain, Bangsa sendiri gak..bagi aku la...hehehehe...

Jadi ending dia aku rasa semua orang taw kot..Mr Adi tu mati kena pijak dengan apa yang dia kejar selama ini..Mati dengan duit bertaburan..dan kena pijak dengan student2 yang mengaji di pusat pengajian dia..Mr adi ni memang jahat kot dalam cerita ni..Dan dia xbleh tension, kalau dia tension, teruk orang sekeliling dia..hahahah...Tapi dalam cerita ni memang dia action gila2..Macam aku pernah habaq sebelum2 ni, setiap movie, dia akan ada trademark baru..Cara dia bercakap ka, gaya dia ka, mesti ada baru punya..Fresh..tarak tiru2 punya..Orang tiru dia lagi ada...hahahaha..Yang kata Superstar tu...



Sivaji The Boss






Superstar Rajinikanth



Jadi rasanya sampai sini saja review untuk hari ini..Nanti kita sembang lain...ada cerita best lagi aku review bagi kat hampa nooo...


Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best



Wednesday, 13 November 2013

Nissan Cefiro converted Skyline R34 Turbo (M)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..Apa habaq semua..harap sihat la noo....

Hari ni aku nak post pasai iklan..saja xda pa aku boh p la entry kali ni pasai IKLAN..Tadi saja la aku dok belek2 Mudah.my tadi...tengok2 ja la..nak beli memang dak kot mana nak ada duit dah time2 tengah2 bulan ni..sesakk deeee(ayat sudin dalam ali baba bujang lapok)

Aku tertengok satu iklan tu..ternampak la satu iklan member2 kita gak la post pasai sebiji kereta tu..dia ni adik kepada member aku...Rajin juai kereta dia ni..sekali tengok..makk aihh...SKYLINE tuu...hehehe...Tapi iklan dia tulis Convert...ooo...tapi ok la sekali pandang kalau buta vehicle macam aku ni memang xtaw punca dah cefiro ka apa ka...



Cefiro Skyline

















Harga : Rm 28,800.00
Tahun: 1991
Engine: 2000cc

Detail serba sedikit:

Nissan Cefiro A31 fully converted skyline R34
RB20DET turbo engine
manual transmission
clutch ogura racing
HKS blow off valve
ARC intercooler
defi meter
adjustable absorber TEIN HLSH with pillow ball
interior fully skyline R34


NI la serba sedikit...hehehe...iklan p la kan..mana la taw ada yang berkenan di hati..Lokasi dia ni selalu di area2 Kepala Batas, Pulau Pinang. Hampa nak jumpa dia untuk apa2 call la number ni 012-4526313,nama dia MAT..hampa panggil Mat saja nooo...


Sekian terima kasih..dah pakai Skyline nanti jangan lupa drift noo...hehehe...



Montana
Be The Best to win The Best




Monday, 11 November 2013

Aadhi Bhagavan- Jayem Ravi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, moga sihat hendaknya.. Amacam kawan2 semua...harap anda semua sihat dan bergembira dengan apa sahaja yang anda lakukan.. Hari ni rasa mcm nak review la pasai filem..Tetiba aku teringat satu filem yang aku dah tengok..Baru2 ni dah tgk Thala Ajith Kumar,cerita Aarambam yg best,tricky..So ada satu filem lagi sebenarnya yang bagi aku cukup tricky..Filem dia siap ada first half semua cukup.. Hero ni aku pernah review sebelum ni,dan hero ni memang bagi aku cukup pandai bab2 trick ni..Dalam filem ja la, dalam realiti gua tarak taw la macha..Sebab dia bukan satu sekolah Kebangsaan dengan aku pun masa aku muda2 dulu...Hahahaha...(mood tulis sambil dengan lagu Hatiku Kekal Padamu, nyanyian Mus May feat. Victor Lee).



Jayem Ravi Aadhi Bhagavan
Aadhi Bhagavan (2013)


Ni la hero dia. Jayem Ravi. hero smart macha..tinggi semua cukup..dalam filem ni dia memegang dua watak sekaligus..memang sempoi..memang tricky.




Aadhi Baghavan Scene Jayem Ravi





Aadhi Bhagavan Jayem Ravi





Aadhi Baghavan Neetu Chandra
Neetu Chandra

NI dia heroin dia...sekali tengok macam Ida Nerina pun ada.Di mata aku la,mata hampa aku xtaw la.Dan gaya lakonan dia dalam cerita ni pun nk macam Ida Nerina dah...hurmmm...

Cerita ni sekali tgk macam simple..pelan lama dia jadi semakin heavy..semakin tricky.Mengisahkan hero ni samseng besaq gak la di Thailand. Dia memang berpengaruh la di Thailand..xsilap aku tokan dadah gak la.. Kaya gila dia dalam cerita ni. Nak dijadikan cerita, dia kenai heroin ni masa dia p minum dekat satu BAR. Hati dia terusik bila usha heroin.Tapi heroin xlayan..Biasa la ego perempuan maa..Lagi hensem,lagi jangan dilayan sangat kot..So berlaku satu incident nak jadi cerita heroin nak kena culik,hero p selamat.Dan terus menjadi kawan selepas kejadian itu. Ada satu babak tu heroin ni sebenarnya ada pak menakan,tapi nak kena juai la sebab pak menakan dia nak duit.Dapat taw hal ini, hero p selamat la..Tauk duit penuh satu bag, standard bag Azmil Mustafa dalam cerita Ali Setan nak balik kampung punya..Pergh..banyak tuuu. Babak ni memang Mass betui la,sbb cara dia amik heroin dari pak menakan dia tu memang style..Penuh gaya gila.

Fasa kedua cerita ni menunjukkan yang heroin jatuh cinta kat hero, duduk serumah sekali selepas dia ditebus oleh hero. HEroin pujuk hero balik ke kampung dia,aku xingat pasai apa tapi depa balik jugak la ke Mumbai.Selepas depa selamat sampai di India,di sini la berlaku satu scene yang memang hampa xsangka,rupanya heroin ni bukan calang2 heroin macha..Rupanya dia ni awek samseng di Mumbai lak, watak yg turut di pegang oleh Jayem Ravi jugak..hahahaa...Babak ini aku terkejut sebab xsangka,heroin dalam cerita ni muka lembut,tapi dia berjaya tipu hero..Hero sebenarnya diperbodohkan untuk datang ke Mumbai atas satu misi...Misi dia adalah nak menyelamat boyfren heroin di mumbai ni la,iaitu Bhagavan. SO pencerahan di sini, Aadhi samseng di Thailand, Bhagavan samseng di Mumbai, tapi dua-dua watak ni Jayem Ravi gak berlakon. Untuk apa sebenarnya Aadhi dibawak ke Mumbai?atas dasar apa sebenarnya? dan kenapa heroin bersusah payah nak bawak hero mai Mumbai ni?haaa...cerita ni serius aku habaq kat hampa..Kalau tengah tengok, orang call ka,hampa nk p tandas ka,baik PAUSE dulu. Tidak kompom hampa xpaham...serius tricky cerita ni. Untuk tahu,hampa kena tengok la cerita ni,hahahaha....


First time aku tengok cerita yang memang mempunyai kelainan dari filem Tamil2 lain.Ni first time aku tgk hero ni,dan xsangka dia ni memang sempoi la..Sbb banyak scene yang berlaku di luar jangkaan kita.Jangan risau,bagi kaki2 filem yang nak lojik akai, dalam filem ni gadoh xda tumbok terbang2 punya..Fight best punya..hehehe... Dan first time jugak aku tgk satu watak yang xsangka,iaitu depa berjaya createkan watak Bapok jadi samseng..Haa..pernah dak hampa tengok filem, watak godfather tu sifat dia bapok??mungkin ada kan..tapi bagi aku the best la filem ni..Ya la kan,selalunya godfather ni,muka selamba,ayat sempoi2,isap curut..Tapi ni dia wat sifat godfather tu sebagai bapok..hahaha..satu kelainan kot...DAh la bapok, pandai lawan lak tu..Bagi aku memang satu nafas baru dalam industri filem2 samseng ni.Dan dalam filem ni first time gak kronologi cerita tu peranan dia dimainkan heroin..Heroin yang sebenarnya bagi aku mastermind besaq dalam filem ni..Perghh..Lawa, dan pandai lawan dan dalam filem ni last skali heroin fight one by one dengan hero...memang style lahh... Dan hampa bleh perhati la mcmana heroin kena tibai kaw2 punya dengan hero...Hero bengang la sebab kena tipu..hehehe..Hero pukui heroin xkasi chance punya.


So setakat ni la review aku buat hampa semua..jangan risau..kompom best ini filem..kompom..Kira kalau aku juai cd aku leh bgtau hampa la,ini  cd kalau xbest bagi balik sama saya,saya kasi duit balik..hahaha...amacam?eheheheh...Aku bagi 5Bintang.


Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best








Sunday, 10 November 2013

Mencari Jawapan Penyelesaian Untuk Si Cilik Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Tudia aih..banyak hari dah noo xupdate blog. Hari ni rasa macam nak update sat.

Ni..nak habaq mai kat hampa..hari ni aku nak iklan sikit..Tadi baru dok whatsapp ngan member aku..Dia ngan orang rumah dia dok meniaga satu produk untuk kanak-kanak.Produk tu adalah mengenai Jeli Minda. Hurm..serius aku xpernah rasa pasai aku bukan kanak-kanak..hehehe..Aku ni bukan reti meniaga sangat ni,jadi aku tumpang la iklankan sedikit pasai info produk dia ni.hehehe..Nak tolong duit aku pun tersungkoq ke bumi gak,bantu cara ni ja la kan...




Poster Pur-Q



Produk ini adalah milik orang kita..Tu yang mahai tu..Dan fokusnya adalah pada anak-anak anda di luar sana sebagai makanan tambahan membantu perkembangan minda mereka.




Pur-Q

Yang aku taw skit2 la company ni mengeluarkan produk yang nama dia PUR-Q kid advance, seperti di atas ni laa.. Sedikit sebanyak pasai info produk ini :


Pur Q Active merupakan sejenis makanan tambahan bebentuk jeli lembut yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.Pastinya jeli lembut ini mudah untuk anak-anak memakannya daripada berbentuk cecair.Ini kerana ramai diantara kanak2 sukar menerima makanan tambahan berbentuk cecair yang mana mereka akan menganggap  cecair ini ubat dan pastinya tak sedap.Oleh itu, formulasi yang pertama di Malaysia ini berbentuk jeli lembut pastinya akan memudahkan anak-anak memakannya dan ia seakan gula-gula yang kanak-kanak gemari.
Dengan adanya formulasi baru ini dapat membantu anak-anak yang “lembab”, “malas” dan “degil” kepada mencapai tahap yang tinggi dari segi pemikiran meraka. Ini kerana formulasi Pur Q Active ini adalah merangsang otak anak-anak yang sukar untuk “menangkap” pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Bahan Utama Pur Q Active.
Terdapat 2 bahan utama di dalam Pur Q Active.
  1. Za’faran
  2. Garam Bukit.
Za’faran
Za’faran merupakan bunga yang termahal di dunia dan dikenali sebagai “King Of Spices”.Kehebatan khasiat bunga za’faran ini diakui oleh ramai pengguna malah diiktiraf sebagai herba yang banyak membantu melawan penyakit. Penggunaan yang sangat meluas seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India sebagai bahan untuk melazatkan masakan atau pewarna disanping khasiat yang menakjubkan untuk badan manusia antaranya:-
  1. Membantu menguatkan INGATAN.
  2. Membantu mencerdaskan MINDA.
  3. Membantu pertumbuhan akal dan fizikal bayi dan kanak-kanak.
  4. Membantu melancarkan aliran darah dan oksigen dalam badan mahupun otak
  5. Kaya dengan vitamin B1 & B2.
  6. Membantu merawat penyakit saraf.
  7. Membantu sistem penghadaman, membuang angin dan asid dalam perut.
  8. Membantu masalah  kemurungan dan runsing.
  9. Membantu merawat bengkak hati, hepatitis A & B.
  10. Mmbantu menambah selera makan kanak-kanak.
  11. Menghindarkan masalah demam, batuk dan selesema.
  12. Membantu merawat migrain.
  13. Membantu mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak yang tumbuh gigi.



PUR-Q produk




Jadi, untuk hampa dapatkan maklumat lanjut, boleh hampa tengok sendiri,paham dan nilai sendiri dalam website produk ni dengan KLIK DI SINI .Dalam ni ada detail2 pasai produk ni lagi..Jadi aku review skit2 ja la...nak lebih usha dalam website ni nooo...


Setakat ni la entry aku kali ni..Apa2 terima kasih la noo..


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best









Thursday, 7 November 2013

Thala Ajith Kumar-Mankatha

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Apa habaq semua..sihat kot noo..harap anda semua sihat di samping keluarga tersayang.


Hari ni aku nak review filem yang memang lama dah aku nak share ngan hampa semua sebab bagi aku ni la filem yang aku rasa ada kelainan, dan agak lain dari yang lain..





Thala Ajith Mankatha
Mankatha (2011)

Mood wayang aku xabis lagi..Baru2 ni kan aku baru balik tengok wayang cerita Aarambam.Jadi aku rasa macam nak review hero yang sama..Boleh kot noo..Macam besa, hero Thala Ajith Kumar menjadi entry aku kali ini. Dalam filem ni beliau bergandingan dengan hero yang best jugak..Action King Arjun. Pergh..sebab tu aku kata best..Thala ni memang dah best dah,bila bergandingan dengan otai lain lak,cerita hampa bleh bayangkan...Lagi sempoi dia punya jalan cerita wei...




Ajith Kumar







Thala and Trisha



Ni la heroin dia..Trisha. Ok.Berbalik kepada review filem ini,filem ini adalah berkisarkan mengenai kriket.Tapi bukan sepenuhnya kriket, tetapi mengenai sindiket perjudian dalam kriket. Bagaimana bookie2 yang terlibat dalam perjudian game kriket.Dan setiap bookie ni macam biasa la,mesti ada kepala.Dan kepala bookie ni adalah orang yang memang dok control pasai game kriket ini.,Ini adalah seingat aku la sebab filem ni aku dah tengok lama dah..Jadi, di awal2 cerita Hero iaitu Thala ni memang nak tangkap lama dah kepala bookie ini tetapi dia xda bukti kukuh.Jadi beliau yang seorang pegawai polis telah mengambil langkah untuk digantung jawatan dia.Ini bagi memudahkan beliau untuk undercover.Macam biasa la kan,polis pun kadang2 ada share gak ngan bookie2 ni.Jadi dia amik langkah digantung..Jadi sepanjang digantung kalau nak ikut lojik memang xda kuasa la.

Sepanjang dia undercover,dia cuba untuk mendekati kepala besaq bookie ni.Dia xnampak jalan lain dengan cuba mendekati anak kepala bookie ni, iaitu Trisha ni la.So sepanjang dia kenai heroin ni banyak la info pasai ayah dia hero dapat..hahaha...Mana ada orang sanggup kena gantung bro,keja kan..Tapi dengan objektif dia nak tamatkan sindiket perjudian game kriket ni ja.. Nak jadi cerita, ada 3 lagi watak lain termasuk seorang polis juga yang turut sama taw hal ini, iaitu mengenai bookie ni.Iaitu bookie2 ni akan membawa sejumlah wang,aku xtaw matawang depa macamana kira..tapi banyak la duit tu.3 watak ni pula wujud adalah untuk cuba samun duit tu.Dalam masa yang sama Hero pun taw hal ni dan memasang strategi sebab 3 watak ni pun penting gak,dan memang dikehendaki polis sama.

Jadi dalam cerita ni,Action King memegang watak Polis jugak..dan memang member baik hero Thala ni.Cuma dalam filem ni depa masing2 buat2 xkenai..Dan ada babak depa  bergaduh,padahai depa cuma berlakon ja..Cerita ni best sebab memang cara Thala guna..Pergh..memang mastermind dalam nak memerangkap 3 watak tu..Ada babak2 cemas, dan ada satu part tu..Memang tricky gila,sampai hampa rasa xsangka cerita tu bleh jadi macamtu..Trick2 yang THALA dan Action King guna memang akan buat hampa rasa macam,,,,woww...ada wow factor di situ...

Berjayakah beliau menamatkan konspirasi mengenai sindiket perjudian kriket ini?maka..hampa kena tengok sendiri lah noo...Sebab 2 hero bergandingan macha..bukan senang...


Jadi setakat ni la review aku...Harap hampa tengok la no cerita ni...aku bagi 5 bintang..serius best...Lawan pun style...memang mastermind la Thala dan Action King dalam cerita ni..



Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best





 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...