Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah dah 23 Ramadhan dah kalau tak silap aku la kan, lagu raya pun pakat kedengaran dah di merata alam. Nak habaq apa kat kita semua ni, raya kui nak dekat dah ni. Tu macamana hampa semua, baju raya pakat-pakat beli dah ka? uishh kalau tak beli lagi raya xsyannn laa...heheheh..Tidak mengapa, yang penting isteri dengan junior-junior bagi setel dulu, betui dak?abah ni last sekali xpa..Silap haribulan xdak pun xpa..Tu yang kata sacrifice tu. Hero senior la katakan. Ramai orang bagitaw kalau nak dengaq lagu raya hampa kena dengaq
KedahFM . Di samping itu hampa boleh la dengaq DJ Kedah Fm punya loghat Utara. Lagi best. Tak percaya? cuba dengar.. Baru boleh taw. DJ punya pendekatan berbicara dengan pemanggil, sempoi. Rasa macam dekat ja dengan DJ sebab xsilap aku kadang-kadang aku pernah dengaq DJ bahasakan diri dia tu macam bahasa-bahasa kita dengan saudara-saudara kita, contohnya Mak Lang, Mak Teh dll. Lebih kurang macamtu la. Tu yang seronok tu. Pemanggil pun kadang-kadang stok season in the sun punya. Hahaha. Orang-orang lama kalau call hampa bukan xtaw, kalau boleh satu Kedah kawan dia, satu Kedah dia nak buat ucapan. Tapi tak pa la kan, DJ dia sempoi.
Kelmarin kan hari Ahad, cuti, xpi mana-mana jadi aku lepak rumah saja la. Sambil-sambil itu aku dok layan la TV. Macam biasa la kan, dah nak makan xleh jadi dok layan TV ja la. Bila kata tengok TV ni, macam-macam chanel la aku layan, dari rancangan Discovery Channel sampai la akhir sekali aku tengok filem saja la. Filem macam-macam yang aku tengok, sementara nak tunggu sampai petang nak buka puasa kan. Jadi apa yang aku nak kongsikan hari ini, adalah kepelbagaian filem yang ada di muka bumi buat masa kini. Bila diperhatikan balik, berlainan benua,berlainan budaya maka berlainan la cerita yang disajikan kepada kita. Hollywood cara depa, Kollywood (Tamil) cara depa, Hong Kong cara depa dan filem dan drama kita cara kita. Betui ka filem kita cara kita? hheheh...Dak aihh..Saja la aku tanya kan. Mesti la filem kita cara kita, mana ada kita tiru orang kan. Daripada dimensi filem yang diwakili oleh 4 budaya di atas ini, dapat kita lihat bagaimana pemikiran setiap pengarah filem itu diperjudikan bagi menghasilkan karya yang betul-betul masterpiece untuk tontonan semua orang dalam dunia ini. Xmustahil filem kita juga kan, sebab Tamil, Hong Kong juga filem depa ada yang berjaya mendapat perhatian daripada badan professional dunia perfileman, buktinya di mana pelakon-pelakon depa berjaya menembusi pasaran Hollywood. Kira boleh berlakon Hollywood kira A laa kan. Balik kampung kira canang merata la mak pak pelakon ni anak boleh berlakon ngan Mat Salleh, rebah kambing 3 ekoq sekampung buat kenduri.
Bila kawan-kawan kita ajak tengok wayang ja, perkara pertama kita tanya mesti filem apa kan, lepas tu mesti yang kena ajak tengok wayang tu akan tanya "filem Mat Salleh ka, kalau Mat Salleh aku mau la pi". Selalu aku dok dengaq macamtu, even aku sendiri akan bertanya macamtu. Sebab apa, nilai yang ada kat filem yang bakal kita tengok nanti. Kita boleh tengok wayang mat salleh bangga xdak dah, kawan-kawan ajak tengok filem Melayu ngan Tamil, dan-dan "uishhh...mana layan"..Hahahah..Hampa pernah kena situasi macamni? aku selalu aih. Aku universal, semua filem aku layan. Tiada masalah bagi aku, sebab basic dia hiburan, menghiburkan dan nak kita terhibur. Jadi "why so seriuos???" (Ayat Joker) heheh.. Bertenang. Kita pi panggung wayang nak layan ja kan. Jadi jangan terbawa-bawa sampai tengah memandu pun dok maki berkandaq lagi kat director filem tu, bukannya KWSP hang bertambang pun dok maki orang..Tarak dapat apa-apa maaa..Aiyaa... Ok. Bagi aku la, pada sudut pandangan aku, Filem-filem Hollywood, Mat Salleh la senang cerita kan, cerita dia macamana pun dia tetap ada masej yang dia hendak sampaikan, masej dan juga kesan kepada orang yang tengok filem depa tu. Tak kisah la filem yang depa nak sampaikan tu ada unsur dakyah agama dia ka, berunsur sains fiksyen ka,Kekeluargaan ka, pokok pangkalnya dia ada hala tuju dan dia ada masej yang dia nak sampaikan kepada kita. Aku tak taw la kan, kalau siapa pernah baca review aku baru-baru ni pasai
Fast 6 , filem ni kalau sapa peminat fanatik dan tegar dia kompom boleh cerita A-Z kan.
Ya la aku tengok fast 6 saja, yang sebelum-sebelum ini tak da la tengok sangat, tengok tapi ingat-ingat lupa. Jadi berdasarkan kepada fast 6 ni, walaupun zahirnya dia nak ketengahkan kereta buatan negara depa, macam SRT, Mustang, tapi dalam masa yang sama dia sulam kat kita unsur-unsur moral yang cukup tinggi iaitu kekeluargaan, itu yang membuatkan adunan dalam filem membuatkan kita rasa lagi seronok, di samping hati dok layan kereta-kereta yang kadang-kadang memang tak terbeli dah kita, tapi hakikatnya dia ada hala tuju dia nak persembahkan kepada penonton. Memang cerdik depa ni, geng-geng Mat Salleh ni dalam bab-bab filem ni. Ada dak unsur-unsur pembohong dari segi aksi dalam filem Mat Salleh, ada kan. Tapi sapa berani dok kata lebih-lebih? silap haribulan kawan yang tengok wayang sekali ngan kita tu dok kata kita yang xreti, dia boleh sokong filem Mat Salleh lebih dari Mat salleh lagi kalau kita dok kata tu xlogik la, ni xlogik la. Hahaha..Itu yang kata penangan Hollywood tu, dia punya filem meninggalkan kesan kepada kita, kebanyakkan la.Xsemua kan. Masih ada filem yang sampah, tapi aku cuba berlaku positif sebaik mungkin dalam hal ini. Mereka wujudkan filem yang berkualiti, dan mempunyai kelas tersendiri. Bergantung kepada pengarah, andai kata filem tu ada dakyah agama depa, ianya tetap ada masej berkenaan agama depa. Ya la kan, dah dia yang buat filem, dia mesti nak angkat kepercayaan dan budaya dia. Itu hakikat,fakta yang kita kena jelas dari sekarang. Industri dia kawal selia sepenuhnya, mesti dia akan buat benda yang bertentangan dengan kita. Kalau bukan pasai keagamaan sekalipun, dia buat filem race kereta, yang menang kereta dia jugak. Xkan dia nak bagi proton Preve race dengan Mustang Preve menang bang..Terang-terang dia xbuat punya. Even kalau sapa tengok Tokyo Drift, walaupun dia guna enjin Nissan RB-25, last2 enjin tu benam dalam Ford Mustang gak. Hahaha. Dia kot mana pun nak menang kat dia. Nak watcamana, dah filem dia. Ikut suka dia la kan. Dia nak melingkup lagu mana pun. Ni contoh paling senang la nak bagi clear benda-benda yang tidak sepatutnya kita argue selepas angkat punggung dari seat panggungwayang, sambil jalan nak keluar dari panggung. Dok sembang benda xpuaih di hati, bayaq dah bayaq dah kan. Terima ja la kalau dia pembohong pun. Sapa suruh pi tengok hahahah...Lawak ja nooo..
Ok. Bab filem Mat Salleh selesai kot, kalau ada aku teringat aku cuba boh tengok. Dari segi filem Hong Kong pula. Hurmm...Hong Kong ni pun bagi aku banyak jugak filem depa yang best-best kan. Ya la, kalau xbest, masakan kita akan mengenali Jacky Chan. Bagi aku cerita dari China ataupun dari Hong Kong ni boleh dikatakan lebih kepada kebudayaan, culture depa. Banyak la filem yang aku tengok, last-last akan berakhir dengan hero pakai baju kebangsaan, heroin pun lebih kurang tu la kot. Lebih kurang la, masih dalam konteks bukan semua filem Hong Kong. Contoh kata kalau macam filem Kungfu, Lelaki baju sutera, rambut botak tapi bertocang. Lebih kurang macamtu la gamaknya. Maka di sini pengarah filem dia mahu menyampaikan bahawa depa memang memandang tinggi aspek kebudayaan bangsa depa. Buat filem Kongfu, lawan dengan orang Jepun, depa tu jugak mesti mau pakai baju orang Cina, payah la depa dok gelut nak pakai kain pelikat lawan, sebab tu bukan culture yang depa agung-agungkan. Kalau filem tu berkenaan Triads or Ellegal gang, ataupun bahasa mudahnya Kongsi Gelap, maka Pengarah yang dok ada akan memberikan yang terbaik kepada kita. Asalkan budaya dia diketengahkan, maka filem tu dengan sendirinya akan menjadi best. Bagi aku la, kalau bukan kita, sapa lagi kan nak angkat budaya kita. Maka semangat Chauvinist, fanatik kepada apa yang depa faham itu akan diketengahkan sebaik yang mungkin. Ini yang selalu director filem Hong Kong, menggunakan bahasa cina loghat Kantonis dalam filem-filem depa. Kita disajikan bagaimana sistem organisasi sesuatu kongsi gelap, dari kacamata sebenar pengasas kongsi gelap ni iaitu bangsa Cina. Memang kalau kita sendiri tengok kita akan nampak gambaran sebenar sesuatu kongsi gelap itu. Macamana seseoarang taiko tu bermula dari bawah, kawan baik mati, pegang kawasan, ada persaingan, sampai la organisasi fully governance by him. Tu yang kita nak tengok tu tuan-tuan, keaslian karya dari seoarang pengarah. Originality idea, xmau cedok2 ni xsyok.
Ini adalah salah satu contoh filem yang cukup aku minat. Heheh. Cerita Cina ni, dengan Stephen Chow ja la setakat ni yang aku boleh layan, kalau yang lain tu makan masa sikit la kan. Tara nak faham, nak kenai watak tu. Macam filem di atas ini,
Young And Dangerous ini adalah salah satu karya pengarah bernama
Andrew Lau yang bagi aku inilah masterpiece terbaik filem Hong Kong bagi aku, dari segi aksi dan kronologi cerita. Bab lawak xleh lawan Stephen Chow la bang. Sebab apa seronok? rata-rata orang dalam Malaysia ni mesti tengok filem ni, number satu ni kalau xsilap aku tahun 1996, di mana teraju utama dia rasa-rasanya kakak-kakak blogger kenai kot hero ni, mesti kenai punya lah pasai dia agak kacak la bagi aku, iaitu
Ekin Cheng . Memang kenala casting hero ni dengan cerita ni, ya la kan, kalau tak kena, xkan la filem ni melarat sampai ke Young And Dangerous: Born To Be The King (dipercayai dari sumber-sumber sekunder filem ni number 6). Itu xcampoq lagi dengan prequel yang lain, maksud aku ada filem yang depa buat asing lak, tapi ada related dengan filem young and dangerous ni, contohnya macam Lagendary Of Tai Fei, adalah satu movie yang nak cerita pasal Latar Belakang Tai Fei ni. Tai Fei ni dalam young and dangerous 2-5 dia ada, hampa boleh tengok. Jadi filem asing ni depa buat untuk cerita khas, siapa Tai Fei ni sebenarnya. Begitu jugak watak
Jordan Chan iaitu Chicken dalam Young And Dangerous ini, satu filem asing nama dia Those were The Days, cerita pasai Chicken ni saja, sebelum dan selepas dia masuk kongsi gelap. Bagi aku betapa detailnya director dia nak cari makan, buat satu filem asing, tapi last sekali ada related dengan francais utama dia iaitu Young and Dangerous ni. Ya, memang tak dapat dinafikan, mesti ada yang katakan, mana budaya orang Cina? kata samseng Cina awat xpakai pakaian yang melambangkan itu depa kan? maksudnya pakaian tradisi la. Bagi aku, mungkin director ada alasan tersendiri dalam hal ini. Mungkin pakaian tradisi depa xmenepati standard ISO untuk filem depa kan.
Walaupun filem ni tahun 1996, perasan dak fesyen yang Ekin Cheng pakai ni terbawa-bawa pengaruhnya sampai ke Tanah Melayu kita ni? Hampa perasan dak Rosyam Nor, Jamal Abdillah kerap pakai Seluaq kulit warna hitam. Rosyam Nor pulak dok xdok kadang-kadang berlakon filem Cinta, tapi pakai kot,perasan dak?ada filem dia dengan sapa tah,Nasha Aziz kot. Aku tengok lama dah, pendek kata style Rosyam Nor tu kira ada la orang dok kata " dok pakai style Gengster Hong Kong lak dahhhhh".. Lebih Kurang tu lah suara-suara bak kata pepatah, baling batu sembunyi tangan, kentot kat tangan sendiri suruh orang cium. Lebih kurang itu lah. Maknanya dalam filem ni Ekin Cheng tampil dengan gaya serta imej samseng Hong Kong, dan benda ni dia bawak sampai ke akhir filem Y&D ni. Sapa yang pernah tengok movie ni, boleh nilai sendiri, di mana budaya samseng depa itu disajikan kepada kita, bagi aku xsampai tahap brutal lagi, cuma ganas tahap 2 macam itu ja la. Director dalam filem ini cuma nak ketengahkan Cara hidup gengster, macamana permulaan dia, macamana klimaks hidup dia, dan kesimpulannya apakah ending seorang rascal ataupun gengster macam depa ini. Adakah ending depa ni seperti ending orang yang baik-baik atau sebaliknya. Maka Andrew Lau ada ramuan dia sendiri dalam nak memastikan filem ni mendapat sambutan yang menggalakkan. Siri 1-6 penuh dengan konfliks dalam organisasi kongsi gelap, di mana berlaku tikam belakang, cubaan membunuh sesama adik beradik dalam persatuan, pecah amanah disebabkan terdesak dengan konflik dalaman diri sendiri, dan tidak ketinggalan, aksi pergaduhan yang seakan-akan real. Haa sapa yang kaki logik semata-mata ni boleh la tengok filem ni. Dia gaduh nampak real, xtaw la kan mungkin pelakon dia ready take risk kalau mati. Kalau aku xberlakon dah xpa.Hahaha...Sebab berlakon nak cari duit, bukan mau cari mati maa..Waa xmau oooo..
Jadi bagaimana pula dengan Filem Melayu tuan-tuan? hahahaha...Aku xpandai sangat la sebab aku tak berapa tengok sangat filem Melayu ini. Aku tengok kalau dah sampai panggung tu dah tak ada dah filem yang lain, maka itu adalah pilihan yang ada maka aku tengok. Sebenarnya, bagi aku ramai pengarah-pengarah kita yang berbakat sebenarnya. Tapi ke mana depa ni sebenarnya ya? filem xsemestinya letak perempuan bang, xletak pun xpa, janji jalan cerita ada hala tuju, maka jangan risau, kami akan pi panggung tengok aih filem hampa. Jangan risau. Aku nak komen panjang-panjang xpandai, cuma dalam banyak-banyak filem setakat ini aku tengok, ada satu filem bagi aku memang best. Berkisarkan cerita gangster jugak, masih tercari-cari hala tuju dari segi culture ataupun identiti mereka dalam dunia gengster, tapi filem ini bagi aku ada matlamat, tak tergantung seperti filem-filem stereotaip lain, di mana selalu tergantung kan movie kita ni, tambah2 macam filem 7 Perhentian.Hahaha.. Tah apa-apa filem. Tahniah Prof. Memang best filem tu. 17 Bintang. Jadi filem yang aku maksudkan ni, adalah arahan
Syed Hussein bin Syed Mustafa ataupun dikenali dengan Sein Ruffedge. Pergh bagi aku filem
Langgar arahan dia ni memang tepat kehadiran dia di waktu ini. Sebab apa, sebab filem ni ada lawan, ada babak organisasi yang agak teratur, ada konspirasi, ini lah elemen yang terpenting dan perlu diberi penekanan, bila ada konspirasi, baru jalan cerita tu xstatik ke arah gaduh dan bertumbok ja. Konspirasi dalam filem ni berkenaan satu pihak yang cuba melaga-lagakan 3 watak utama lain dalam filem ni. Baru syok maa... Dan yang paling best, pelakon-pelakon yang aku minat boleh dikatakan semua ada la.
Tu..Hampa Tengok tu. Nam Ron tu. Aku cukup minat la brother ni. Dalam filem ni memang kepala samseng betui la. Dengan gaya dia yang bersahaja, dan bagi aku dalam filem ni, aku rasa la, depa ada identiti masing-masing. Sebab tu aku rasa filem ni satu nafas baru dalam industri kita, kena saport Sein ni punya filem lepas ni. Sebab aku xtaw la kan, adakah dia terlibat sepenuhnya, maksud aku sampai ke identiti seseorang pelakon tu. Ya la mungkin contohnya la, Nam Ron maybe tampil dengan Idea dia sendiri dalam filem ni, atau mungkin memang idea asal pengarah. TApi kalau 100% pengarah, memang aku puas hati dengan karya Sein Ruffedge ni. Bagi aku memang ada kelas tersendiri cerita ni. Bab Fighting dia pun sempoi, kira tengok boleh ternganga jugak la mulut dalam panggung wayang. Ni pun lawan cara logik gak ni. Kepada pencari logik dalam filem, aku syorkan filem ni boleh jugak. HEHEHE..lawak ja naa jangan marah. Nam Ron ada identiti sendiri sebagai pemilik kelab malam, Khir Rahman lebih kurang macam Mat Kutu pakai cara Mat Kutu, dan mastermind dalam filem ni Hans Isaac, pakai cara Businessman punya orang, tapi nama Jimmy. Hahaha..nama sweet potato. Bagi aku dalam filem ni depa 3 ni memang tunjang betui la yang memastikan filem ni jadi lagi cantik, di samping Zul Huzaimy membantu dan watak utama, Hero dia Adi Putera. Sebenarnya, walaupun aku highlight depa 3 orang tadi, tapi hakikatnya Adi Putera la paling power sebenarnya. Pertama kali aku tengok dia berlakon filem yang perlu jugak dia pegang watak hero yang kena fikir sikit guna kepala otak. Dia la mastermind sebenar dalam memastikan konspirasi dalam filem ni jalan lagi cun. Dia la yg membuatkan 3 orang kepala gengster dia atas berbalah, sebab xsilap aku Adi Putera dalam filem ni dia Cikgu. Heheheh..bukan apa, yang lawak tu member baik dia Bell Ngasri. Hahahah.. Bell memang lawak dalam filem ni. Nak taw cerita dia macamana? hampa tengok sendiri lah. Memang best. Bagi aku filem ni lagi best dari KL Gengster. Tapi xtaw macamana filem tu meletup sangat-sangat. Hurmm... Xpa la..Lain orang lain perspektifnya kan.
LAst sekali filem Tamil. Hhahaha. Xyah bagitaw kot. Terhasilnya Montana Blog ni, tunjang dia filem Tamil la. Hampa boleh tengok review aku sebelum2 ni. Baca la kalau rajin, kalau malas sorry. Saya xboleh tolong no tuan-tuan. Cuma filem Tamil ni, mai la pengarah mana pun, depa tetap berpegang prinsip atau codes yang lebih kurang sama macam Mat Salleh dan Hong KOng, iaitu kebudayaan, ataupun culture. Hurm..xtaw nak cakapla, culture lagi. Ya la, kita represent who we are, then people will knows us well. Jadi, cerita Rajinikanth bukan xda lepaih sampai ke US, dan Jepun malahan mungkin ada lagi filem dia yang masuk pasaran luar. Gengster pi lah macamana pun, Ahli politik la macamana pun, depa tetap dengan Dhoti (kain sarung) yang depa suka pakai tu. PErasan dak? samseng lagu mana pun, body builder macamanapun, dan dia silang kaki angkat dhoti tu, mampuih penjahat. Melekat tiang elektrik la jawabnya.Hahaha. Budaya bang, sebab apa penting sangat budaya ni? dengan budaya la orang taw cerita kita. Orang taw adat resam kita, orang taw segala-segala yang baik dari orang kita. Kalau kita sendiri represent budaya orang lain, kita nak harapkan orang lain ka untuk represent budaya kita? jauh sekali bang. Tamil samseng macamanapun, masih dalam konteks cakap tamil lagi. Orang Cina kalau samseng, kompom2 dah cakap kantonis/mandarin/hokkien punya kan. Tapi kita bila jadi samseng?? kenapa nak kena guna lu gua, gua lu, gua tiaw lu la..Aik...hurmm.. Ini sebahagian research kecil-kecilan aku yang tetiba keluaq dari kepala hotak aku ni ja. Pada pandangan aku ja la kan..
Bila kata kesimpulan, kalau belajaq rumusan form 5 aku teringat cikgu aku selalu pesan. " Mesti kena ada cadangan dan juga harapan" ( Ahmad, 2002). Jadi apa yang aku nak bagi cadangan hanyalah kata-kata yang tidak seberapa dari seorang penonton macam aku ni. Aku cuma nampak sebenarnya filem kita memang ada potensi, memang pengarah baru-baru, muda ni come with fresh idea. Orang muda kan. Depa banyak idea, depa passionate, ghairah dengan hasil kerja yang basicnya adalah kualiti, maka bagi peluang kepada depa, jangan sia-siakan bakat pengarah muda ni. Yang lama bukan letak tepi, sama-samalah bantu, jangan tekan dia masuk ke dalam,didik dia. Biasalah manusia, dia perlu diasuh, dididik bukan diherdik naa tuan-tuan. Kita masih xda hala tuju, ke mana filem kita?apa jenis filem kita, apa identiti kita. Maka dalam hal ni berapa ramai otai2 seni dok ada. Aku cadangkan rujuk daripada geng-geng lama dalam industri filem kita ni. Depa memang cari makan kot tu, jadi depa mesti ada idea punya. Depa la Peti Pandora kita, cari jalan macamana nak dapat segala-gala permasalahan di atas ni. Kita ada Wan Hanafi Su, Kita ada Eman Manan, kita ada Hilal Azman, Sulaiman Yassin (Mat Over), depa ni semua geng-geng lama ni. Kompom depa boleh bagi jalan kat kita. Tambah Mat Over, baru-baru ni aku tengok dia berlakon, dia pegang watak anak Jati Terengganu jadi sungguh tuan-tuan. Sebab apa? sebab dia berjaya buka peti Pandora lakonan dalam karya seni dia. memang best. Aku lupa la drama tu, dia berlakon dengan Wan Hanafi Su jugak, dua-dua orang bawak watak anak jati Terengganu, membawa kisah hidup orang terengganu yang turun ke laut mencari rezeki. Identiti yang Mat Over bawak tu, itu yang best tu. Pakaian dia, dengan kerja kupaih buah nyokk dia, dengan kera dia letak kat moto dia. Haa..tu semua culture tu. tak gitu???hahahaha... Bawak culture kita, mesti boleh fight punyalah skit hari. Mesti boleh.
Aaa...panjang sangat..Letih lak dah.. Selamat berpuasa, dan selamat berbuka puasa nanti naaaa (lagi 7 jam oiiii) ;-) Sekian terima kasih.
Montana
Be The Best to win The Best
Rujukan/Rerefences:
1. http://imageserver.moviepilot.com/fast-furious-6-poster-paul-walker-new-fast-furious-7-poster- brings-the-awesome-previous-6-posters-bring-the-sad.jpeg?width=1000&height=1584
2. http://wpcontent.answcdn.com/wikipedia/en/thumb/f/fa/Young_and_Dangerous.jpg/220px- Young_and_Dangerous.jpg
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Ekin_Cheng
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Andrew_Lau
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sein_Ruffedge
6.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ8CTo8spzqP5z0LDuszxbp16aG6RtBsYzvrlSpkjh04KWWJk86UI7Q7zjFG05KdD7C0VA-5EA6jwG9eAZVRNx3uJK82C6qVwa8WlmkxJHsL2NJK2qpt32oS-F6Au107d360lZVcNUyYA/s640/20130321-183908.jpg
7. http://www.outlookindia.com/images/showtime_sivaji_20070702.jpg