Instagram

Thursday, 31 July 2014

Wings- Menakluk Kosmos



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua. Amacam raya tahun ni, harap anda semua bergembira dan bahagia dengan keluarga anda semua nooo. Tengok dalam TV banyak berita dok update pasai traffic di jalanraya. Ada tempat yang sesak, ada yang kurang dan tidak sesak. Jadi di manapun ada semua ada, maka berhati-hatilah di jalanraya ya tuan-tuan sekalian.





Baru beli semalam. Punya dok tertagak-tagak nak beli akhirnya dapat jugak. Wings album baru: Menakluk Kosmos. Aku dengaq lama dah Wings akan keluarkan album baru. Rasanya pelancaran bulan lepas lagi. Sejak aku dok area sini, nak p pekan jauh, jadi sekali keluaq baru aku p beli teruih la. Tu pun last kopek dah tu, masa aku dok cari-cari album ni di ruangan CD MELAYU, Wings yang lama-lama ja. Last sekali aku tanya dia terus la " Wings album baru ada?" terus dia tunjuk kat tepi mesin cashier dia tu. Hahaha..sekeping ja lagi tinggal. Memang rezeki aku la. Tidak lambat sikit memang xdak la. Masa aku beli tu dia ada tunjuk rupa yg agak skeptikal, sebab soalan dia " Ini Bands mana?". Aku bagitau la Rock bands Malaysia. Dia agak ragu-ragu sebab dia kata album ni memang orang dok cari dia kata. Mai kedai dia, Wings terus tanya ini Album. Aku kata ini Band Legend Maa..Macam lu punya Band la.. Beyond.. Ada kenai ka.. Hahahahah dia gelak. Dia kata " Waa lu pun ada kenai Beyond aaa"..Aku kata mana xkenai, vokalist mati jatuh stage. Satu dunia taw aih..hahaha.. 

Bagi aku kali ini, Wings tampil dengan nafas baru, memang baru. Aku dah dengaq semua lagu dia. Memang kalau hampa nak rock memang kali ni Wings rock nafas baru punya, xtaw nak habaq lagu mana. Tapi ada unsur baru dalam rock la. Lebih kurang macam Album Search, Gothik Malam Edan, ada unsur groove kan, jadi Album ni jugak ada unsur yang boleh dikatakan menambah perasa rock tu jadi lagi best. Aku nak habaq pun xtaw, tapi lagu-lagu dia best. Ada lagu Slow gak, tapi bukan slow macam Wings Dulu-dulu. Tangkap leleh, dak2. Ni slow banyak unsur tersirat. Tahniah Wings. Anda semakin matang dalam berkarya. Tahniah pada Joe Wings sebab dia yang banyak buat lagu dalam album ni. Tapi ada lagu yang bila dengaq memang satu macam dia punya susunan muzik, aku cuba la check kat buku kecil dalam album aku beli ni, patut la..Muzik digubah Edrie Hashim. Uishh Edrie Hashim memang power la. Patut dengaq pun satu macam, boleh rasa muzik tu orang muda yang buat. Memang betui la. Tambahan pulak dengan Joe punya role sebagai gitaris, pergh...Memang layan, memang legend la ini orang. Dia punya goreng, setiap lagu tu bagi aku memang teratur ja. Memang best, bagi aku Joe memang tampil kali ini dengan penuh research aku rasa sebelum terbitnya album ni. Memang dia punya goreng memang best-best.

Lagu-lagu dalam Album Menakluk Kosmos:

1. Menakluk Kosmos
2. Peti Pandora Mu
3. Bisa Yang Tertunda
4. Raja Segala Duri
5. Komplikasi Pramaya
6. Ingatkan Dia
7. Gurindam Mahsyar
8. Adoney Dari Paran
9. Segitiga Piramida
10. Penanti

Tengok tajuk lagu ja, aku dah excited. Betul ka Wings ni?? mula-mula masa aku nak beli tu la. Dengan kulit Album dia, memang tidak pernah mengecewakan, memang cun. Setakat ni, lagu kesukaan aku memang Peti Pandora Mu. Dok ulang-ulang berapa kali xtaw.Hahah.. Tapi Terus terang cakap, semua lagu dia best. Dapatkan di pasaran wei. Hampa akan rasa Wings memang lain. Wings sudah matang. Muzik dia, dan dia punya melodi memang layan. Suara Awie pun sedap, kena dengan melodi yang disajikan. Tiada la menjerit xtentu pasal. Memang best la..Ishh xtaw nak habaq.. hampa beli dengaq sendiri la..setel.hehehe.. Selamat Hari raya.


Sekian terima kasih

Montana 
Be The Best to win The Best


Rujukan:

Wings., (2014). Album Menakluk Kosmos, Terbitan KRU Music Sdn.Bhd.

18 comments:

  1. Macam tak tahu jer... pasal album baru wings ni..
    Best tak lagu-lagu they all?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mrs.A. Secara total memang best...Wings sempoi ;-)

      Delete
    2. memang terbaik lagu wings ni...hari2 dengar

      Delete
    3. sama la bro..dok ulang2 ja ni..hhaaha..kasi Mrs.A kita teruja skit sama wings ;-)

      Delete
  2. hang punya ulasan lagu mmg class...tapi betullah no kalau yg elok2 kualitinya kena puji2 n hargai...salam lebaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...Satu lagi pasai memang minat Wings ;-)

      Delete
  3. Assalam
    Selamat Hari Raya dari www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Selamat Hari Raya ;-)

      Delete
  4. Itu tauke olang cina ka? xD

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri bro. Pergh. Ni band legend ni. Tapi vokalis macam banyak masalah pulak. Haha. Takpa la janji lagu sedapkan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..singgah bw sambil balas kunjungan..

    ReplyDelete
  7. abg long aku mmg kipas susah mati Wings.
    dia pulun cari p beli.habeh merata ceruk dia p.
    dpt gak la last2 hehe. puas hati dia..

    tajuk2 lagu dia fuhhh boleh tahan. satgi aku try layan tgk.
    salam leabran Joe. maaf salah silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha....salam lebaran..bleh layan wei anamizu

      Delete
  8. lagu2 dlm album ni tgk judul2 dia je dah tahu mmg superb!

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak bli cd huhuhu...sesekali layan ok jugak ..

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...