Instagram
Sitegiant E-Commerce

Tuesday, 1 July 2014

Karom dan Thirumalai


Assalamualaikum dan salam sejahtera..3 jam lagi nak bukak posa..Saja posting p la..Terasa nak tulih aku tulih...hahaha... Tadi aku dah puas berbahasa Formal waktu posting pasai Casa Ombak Buffet Ramadhan tadi..Perghh..dah lama xformalkan penggunaan bahasa jadi keras jari ooo nak habaq mai kat hampa...Tu yg aku post xbanyak mana sangat tuu..Jari jemari ku terketaq2 sebab terpaksa formalkan penggunaan bahasa..hahaha..Jadi kali ni bebas semula..hahaha..Biasa la kan,kita kena faham gak setengah orang memang serius nak cari info kita dok wat bahasa loghat negeri kompom dia pun jadi malaih mau baca... Jadi respek itu penting,walaupun xdiminta kan..hehehe..







Time rehat, aku selalu menghabiskan masa aku melabuhkan diri di kerusi rotan di bilik driver..Biasa la broo, bulan posa lak,nak buat apa dah lepak la..Sambil2 tu aku layan p la taiko2 ni dok main Karom..Nindia habaq mai Champion seluruh Arumugam Pillai, Nibong Tebal...tarak goyang punya ajak fight... Tengok muka laa ada senyummm..Dia bleh belasah orang xingat dunia..Tu aku malaih main dengan Bro Bree( bukan nama sebenar) ni memanjang aku kena getah sekerap punya dengan dia... Bree memang champion bab2 karom ni.. Kira Pak Haron (gambar atas) selalu dok kena ngan Bree ni..Ada satu masa tu jentik buah karom punya kuat,bila striker bertemu buah tu melompat serupa ikan keli lapaq makanan ooo..dasyat kuat xkuat jentik dia.. Bleh la try suruh dia jentik telinga hampa kot nak rasa telinga tu bersalin kulit kali kedua ka..hahaha...

Karom ni kalau pandai main seronok,xpandai main hampa jadi bahan ujikaji atau eksperimen dulu la,atau mamu penang selalu dok sebut " nindia makanan burung dah mai"..Kira hampa yg standard rookie tu la makanan burung..sebab akan dibelasah teruk2 dalam game nanti.. Karom membantu juga hampa menjadi lebih sharp shooter, lebih fokus kepada apa yg hampa mau.. Cuba tengok bree ni,mau xterer, tidak xleh bawak Bas la broo..Bas kan perlukan accurate, ingat senang ka nak bawak bas, nak masuk parking dan sebagainya yg pandai budget dengan accurate ja bleh kendalikan bas ni..Xcaya?hampa p la cuba bawak tengokk..Kereta yg pendek pun kadang2 kita hentam tiang..hehehe..ni kan pula Bas maa..hahaha... Karom pun jaga baik2,kalau dalam Filem Tamil hampa tengok, bab karom ni bleh bergaduh teruk jugak la..Lepas tu kalau gadoh papan karom xpatah xsah la,tapi bila patah hang jaga..Dan hero ligan dia tumbok perut dan2 kentut dalam mulut oo..punya bara bagi pecah meja karom dia...hurmmm..

Tiba2 aku teringat satu filem Vijay berlakon..Dalam tu ada scene depa main karom,tengah2 dia main karom samseng lain mai langgaq papan karom dia sampai pecah dia punya hangat la kat depa tuu...hahahaha...Sat2 aku dok cari cerita apa tah tajuk dia..


Thirumalai(2003)


Haaa..Baru aku ingat..Tajuk dia Thirumalai..Hhahaha...ini cerita manyak best la macha wei...aku bagi 4star la ini filem...Cerita ni kira Hero ni banyak masej yg cuba nak disampaikan kepada penonton.. Setiakawan,setia pada marka,hormat menghormati sesama jiran dan lain2 positif punya sikap..Vijay yg memegang watak Thirumalai, yang juga merangkap nama filem ini sekali seorang rider,mat rempit jugak la tapi dia ada kedai repair moto..Haa..tu kena ingat, bukan race saja dalam masa yg sama ada business.Tapi kedai moto kecil-kecilan ja...Bukan dalam skala yg besaq laa... Haa dalam filem ni la dia tengah main karom orang dok lari terlanggaq meja dia..Dia minta ganti rugi orang tu xmai bagi,last2 kena belasah keliling kampung kawan tu..Sampai dia bagi duit kat hero, baru hero lepaih orang tu..hahaha...

Cerita ada ada menerapkan sedikit elemen tolong kawan2, di mana dia ada kutip duit merata, pajak emas kawan2 untuk tolong kawan depa yg nak berkahwin..perghh..Vijay dalam filem ni memang sempoi la wei...AKu minat betui masa dia tolong kawan dia tu..Cara dia sacrifice tu xtahan tu,dia sampai nak juai moto kot nak tolong kawan nak kawin...aku pun belum tentu ooo..hahaha...

Plot cerita masa Heroin mai..Heroin cuba nak bermain cinta dengan hero..last2 jatuh cinta jugak la kat hero..Tapi hero orang gelandangan tapi heroin anak orang kaya...So amacam ending?nak taw kena tengok sendiri la nooo.Cerita ni xsilap aku tahun 2003..pada la masa tu aku rasa aku dok sekolah lagi rasanya..hahahaha.... Tapi memang best..hampa cari la tengok kalau aku cerita sampai habis xseronok sebab dia sarat dengan adegan fighting yg xmampu dicerita,tapi dilihat...hahaha....


So sekian la merapu aku sebelum kui 5 ni...selamat berbuka puasa kepada semua naa....Jangan lompat longkang nak p bazar satg..cari jalan elok2..k..


Montana
Be The Best to win The Best

14 comments:

  1. owh nma game ni karom ka ? hehe bru tahu, cuma hairan dorang main mcm mna ye, mcm snooker ke, jentik-2 msuk lubang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep lebih kurang sama Ika..Accuracy

      Delete
  2. bertahun dah tak tengok orang main karom nie... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti harian..walaupun bukan di bulan ramadhan ;-)

      Delete
  3. Wah. .peminat tegar filem Tamil ni . Tapi filem Tamil memang jalan cerita menarik walaupun auta yang lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...Sal..mana hang p rindunya aku kat hang....

      Delete
    2. haha.. ada je kat sini..tak pi mana pun

      Delete
  4. lama nya kale tak main Karom,,,
    tgk filem Tamil selalu,,, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama xmain tu bleh jadi makanan burung oo broo hahahah terima kasih mai singgah nooo

      Delete
  5. lepas main karom je mesti dok haaachum haaachummm!!

    ReplyDelete
  6. dulu masa zaman kecik kalau main karom letak bedak atas papan karom.. nak bagi licin katanya.... ekekeke...

    ReplyDelete
  7. Seriously baru tahu menatang tu name dia karom. Hahaha..nampak nau ketinggalan di situ. :D

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...