Instagram

Tuesday, 15 July 2014

Fast And Furious 6 - Sekilas Pandang


Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada semua, harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Sudah mencecah Ramadhan yang ke-18 andai kata tak silap, moga kita semua diberkati hendaknya in shaa allah. Pagi-pagi macamni mai kerja macam biasa la. Tumpang sementara sinar alpha dalam kepala ni dok jalan elok lagi, maka eloklah saya tulis apa-apa yang dapat disampaikan sebelum sinar gamma ka beta ke menerjah kepala otak aku sebentar lagi hahahah... Apa cerita la ni? Tengok FB tadi pakat2 dok cerita pasai sorang awek marah seorang uncle yang begitu budiman. Siap ada Hashtag lagi awek tu makna kata cerita dia dalam proses penyebaran tahap luar biasa dah ni. Aku xingat apa hashtag dia tapi pasai dia marah uncle tu langgaq kereta dia. Pergh nasib la aku xda awek kena dapat awek macam tu,xleh nak kontrol gak oo.. Kena dia nak semboq dia xkira orang dah silap haribulan dengan aku2 kena tibai ngan stereng lock tu.. Hahaha. Harap benda tu xmelarat atau jadi barah laa noo.. Dia tengah naik syeh sangat2 tu kadang2 dia xingat apa dah. Tapi memang kesian la kat uncle tu kena marah sungguh-sungguh. Sabaq cik kak noo...Bulan ramadhan penuh dugaan ;-)


Sembang pasal kereta ni, hurmm dan2 terpikiaq kereta2 sempoi. Apa lagi, kereta-kereta yang sempoi-sempoi la, pada sudut pandangan aku la. Xtaw nak kata sebab bila tengok kereta ketegori Muscle car ni, satu syeh sudah mari dalam diri oo. Rasa seronok jaa, tu xnaik lagi, kalau naik kompom lagi agaihh la rasa. Seronok bukan apa pun, dia punya bunyi tu xbleh tahan oooo...Ohh Mannnn...dia punya sergah dari ekzos besi tu dengaq satu macam ja rasa. Padahai banyak dah aku rasa kalau depa buat drag racing kereta muscle ni dok kena getah ja pun. Tapi kalah pun xpa, menang kat bunyi jadi la.



Plymouth Roadrunner







Dodge Challenger SRT



Ford Mustang


Muscle Car ni bukan apa pun, kadang-kadang nak kata elok sangat pun dak, yang dahagakan kelajuan pun kalau nak ikutkan brosur yang tertulis selalunya kereta ni slow ja pun. Tapi kenapa ianya menjadi minat orang. Bagi aku yg bukannya dok di Amerika ni memang mustahil la nak minat betui dak, lain la 14 tahun menetap di Texas ka, Chicago ka lain la dia ada la jiwa minat tu sebab dok di sana lama macam aku ni dok Malaysia xp mana-mana masakan minat donggg..Itulah kelebihan filem dan pengiklanan. Depa angkat betui-betui sampai aku jadi minat betui tengok muscle car ni. Padahal Ford Mustang Anvil yg warna putih ni keturunan Ford jugak, tapi xda dalam Malaysia pun kan. Hehehe.. Tu yang kata depa jaga lagi kot kereta depa. Tambahan pula macam Dodge SRT8 ni lagi la. Mana nak jumpa dalam Malaysia kan. Aku nak cerita lebih pun xpandai la sebab aku minat ja tapi xda la kaji setiap jengkai kereta ni. Hampa nak taw lebih pasai kereta ni elok hampa usha blog PAUL TAN la sebab dia ni memang kaji setiap inci pasai kereta. Xsilap aku dia ada review pasal dodge ni. Pada lahh dia memang terer bab kereta aku ni tarak nak taw aihh..Mampuih xpandai sebab aku memang xpandai pasai kereta. Tengok dalam filem lepaih tu cari bleh la. Tapi sebenarnya, bila aku tengok balik kereta-kereta ni, haaa aku teringat satu filem yang baru aku dok tengok baru-baru ni. Filem ni aku rasa lama dah kot, dan majoriti mungkin sudah menonton cuma aku ni ja yang baru dok tengok dalam televisyen.heh heh heh. Rata-rata mungkin semua dah menonton di panggung wayang kot. Aku tengok dalam astro di rumah saja. Best gak la cerita dia, dan filem ni dah sampai 6 dah pun, makna kata filem ni memang dapat sambutan betui la tidak xkan melarat sampai 6 xgitu Tuan-tuan sekalian ;-). Fast And Furious 6 tajuk filem tu. Best gak la cerita dia, dan banyak orang bleh berpendapat pelbagai walau filem ni pasai kereta. Ada yang minat kereta akan terus minat dan mungkin beli teruih, dan yang minat seni dan moral dalam cerita ni kompom akan berpandangan lain dari yang minat kereta semata-mata. Best jugak la filem ni, rasa macam race kereta tu dah kurang. Lebih kepada cerita hero nak selamat heroin ja bagi aku. Tapi masih layan gak la.








Ni adalah salah satu adegan-adegan yang ada dalam filem fast 6 ni. Macam biasa la,cerita depa ni memang menyajikan babak-babak mencemaskan urat tengkok kita, bab-bab masa berlumba pun memang best-best gak. Aku nak share banyak-banyak pun aku bukannya nak ingat sangat pun filem ni.Hehehe. Tapi cerita ni aku rasa semua orang tengok dah kan, permulaan filem ni Brian nak dapat anak, di mana awai2 depa dah tunjuk dah race kat jalan sempit, dua orang depa, Dominic lakonan Vin Diesel sepupu Van Petrol bawak Dodge race ngan Brian lakonan Paul Walker naik Skyline GTR xsilap aku. Awai-awai dah sempoi dah aku tengok, lepaih tu baru la ada babak villain skit di mana waktu ni The Rock ambik alih sat babak ni di mana depa berhadapan dengan jenayah besaq dunia punya secara berkumpulan. 

Dalam masa tu The Rock ni cuba pi jumpa Dominic, dalam masa beberapa jam ja dari London p Brazil kot, coih Dominic bukak mata ja The Rock muncul depan mata dah. Hat ni orang xkata mohong lak noo..Xpa pasai cerita orang puteh kan, mohong sampai berasap pun xpa.Hahahaha.. Dominic diperlukan sebab Letty bekaih awek dia didapati bersekongkol dengan Penjahat yang dikehendaki tu. Maka Hero xbuang masa la, teruih amik kata putus nak p settle la perkara ni. Nak dipendekkan cerita masa jumpa marka dia ni rupanya heroin hilang ingatan lak dah, siap tembak Dominic Toretto lagi kot ataih..OHHHH...pedihnya,marka tembak boyfren lama wei..huhuu.. Scene masa dia cabut peluru tu hampa bleh nampak kelibat seorang hero yang sedih, waktu dia nak cabut peluru tu, dia langsung xusha tempat luka tu, cabut, dan terus buang peluru tu. Sebab apa, sakit dan sedih dalam ulu hati tu lebih sakit dari kena tembak di dada.Tu dia yang kata hero tu, kira luka kena tembak xsakit macam sakit dalam hati pasai awek lama tergamak tembak dia. Di waktu macam ni yang Dom ada berperibahasa "Don't left your family, even your family left you"..Pergh yang kata hero tu, jangan abaikan keluarga kita, sekalipun keluarga kita mengabaikan kita. Masej dia simple sangat, tapi cukup mendalam. Bagi aku la, betui sebab kalau tidak xda la peribahasa Melayu pulak " air dicincang tidak akan putus," untuk apa semua itu, sebagai peringatan untuk kita. Kita adik beradik,keluarga, xkan terpisah aih selagi hidup ni. Lagipun awek baru hilang ingatan, bukan gila.Releksla.. Mungkin Dominic berkata begitu dalam hati dia kot barangkali.

Dalam scene seterusnya Dominic terpaksa race ngan awek lama sebab nak trace kedudukan Shaw, watak jahat dalam filem ni. Lepaih race tu waktu Dom jumpa awek dia Letty ni, ada lagi scene jiwang depa. Mula dah hang tanya aku parut ni waktu bila aku dapat,aku pun ada gak parut tu,tempat parut ja lain-lain mula bermain di situ. Seolah-olah depa nak cerita kat kita betapa rapatnya depa dua ni dalam filem ni, xrapat lagi tara tu sampai parut celah seluaq dalam pakat hafal habih dah..Hahaha..macam-macam la.. Tapi point dia di sini cuma depa nak cerita kenangan depa tu ja. Nama pun memori kan, xsapa pun bleh share, even kita punya kenangan sendiri, hanya kita ngan orang yang terlibat ja tahu dan bleh share benda tu. Bukan kita yg xmau share, masalahnya kenangan tu terjadi di antara dua pihak. So yang terlibat sajalah yang boleh memahaminya, Xgitu awek2 di luar sana?hehehehe... Ingat yang baik2 dah la kan..Yang kurang tu simpan elok2 xyah share2.Jangan jadi macam Dominic ni dah la.Hahaha..




Di akhir cerita menunjukkan Dominic berjaya lah kiranya menyelesaikan masalah yang The Rock minta tolong tadi. Chip milik ketenteraan bernilai bilion dolar diselamatkan dengan cara yang begitu sempoi, keluar dari kepala kapal terbang siap meletup semua cukup tapi kereta Dom xmeletup, hebat kan? xpa..Cerita mat salleh..Tui kot mana pun kompom logik aihhh..Hahahah.. Han yang Cina tu awek dia mati dalam keadaan jatuh dari pergelutan dalam adegan kapal terbang kena tarik dengan kereta tu. Sian Han. Baru nak family Planning, awek jatuh lak dah. Kompom mati kot noo, walaupun xtinggi jatuh dia. Kira akhir punya adegan ni aku amat tertarik dengan permintaan dominic pada The Rock. The Rock ada offer dia something yang dia boleh bagi kat Dom, atas jasa dia selamatkan chip yg hampir meragut nyawa dia tu. Kira masa dia sebut tu aku tertanya-tanya. "1327". aik? Dom ni dah kaya pun nak mintak nombor ekoq lagi ka? apa yg dia nak dari number tu. Aku pelik dan tertanya-tanya sebab kalau nak kata nilai xberbaloi dengan apa yg dia tolong The Rock. Lepaih tu baru depa tunjuk balik. OOOooo..rupa-rupanya tu alamat rumah.. Baru aku paham. Gengster macamana pun last-last nak rumah jugak. Dalam konteks ni, aku nampak bukan sekadar rumah, tapi tu la yang orang kata kenangan.


1327


Bukan kata Dominic ni saja, siapa-siapa pun semua ada kenangan mengenai rumah kan. Tuan-tuan, kita bukannya membesar terus macam setengah orang yang bernasib baik, orang belah kedah kata beranak ataih gundi emas. Dak Tuan-tuan, kita semua boleh dikatakan majoritinya bermula dari bawah,dari asas sebelum jadi seperti apa tuan-tuan ada sekarang. Berapa ramai orang yang sekarang ni senang, mewah, tapi dulu-dulu kadang2 kita xtaw masa silam dia macamana. Berapa ramai orang yang berjaya dalam business, bila dia share zaman dia masa dia mula-mula dulu, susah tuan-tuan. Bukan stat2 teruih kaya, dak. Jadi dalam konteks kesusahan ni, rumah selalunya menjadi subjek bualan kita, selain pasai kereta dan moto apa yang dia pakai. Sebab rata-rata manusia semua ada kisah lampau dia, kalau dulu dia jahat, dia la ni nak jadi baik, kalau dulu dia baik, jumpa2 balik kita pun xpercaya, boleh jadi lagi elok atau sebaliknya kan. Jadi di sini Dom cuba menyentuh emosi penonton dengan mintak 1327 ni ja dari The Rock. Ianya merangkumi semua kalau nak diikutkan, iaitu penghapusan rekod jenayah dia dan rakan-rakan dia. Ya la kan, sampai satu masa, Dom pun teringin gak nak balik Taman Halaman, tempat dia membesar kan. Ya la, duit dah ada, family dia gather balik, awek pun dah dapat diselamatkan, so apa mau lagi, mesti la kenangan dia dengan tempat dia membesar kan. Berapa ramai Pegawai-pegawai kerajaan la yang dok ada kalau kena balik kampung halaman, muka renyihhh sampai ke telinga. sebab apa, sebab nilai tempat membesar tu tuan-tuan, cukup bernilai pada tiap-tiap seseorang itu. Aku rasa macamtu jugak dom ni pun kan. Ya la, sampai satu masa dia pun nak pekena teh ngan pak long ujung taman dia duduk tu ka, mana la taw kan..Hahaha dalam konteks filem Fast 6 ni la.

Babak ni yang betui2 bagi aku memang agak sentimental value. Sebab bila aku tengok balik, seolah-olah director filem ni nak bagitaw kita yang kita xleh lari dari mengingati sesuatu perkara yang baik dalam hidup kita. Berapa ramai orang di luar sana yang mungkin ada pengalaman macam dalam filem ni kan, membesar di satu rumah, rumah tu xbesaq mana pun, dan kadang-kadang tiada dibekalkan sistem keselamatan canggih pun, tapi dalam rumah tu penuh dengan kasih sayang, hidup harmoni adik beradik kita. Memadailah dengan keadaan Ayah kita dan pekerjaan dia waktu tu, di mana dia mampu bekalkan rumah kecik ja, sewa lak tu. Tapi tu berkat hasil orang tua kita, kalau tuan-tuan sekarang ni hebat di mata manusia, jangan lupa tuan-tuan, di rumah kecik dan sewa tu lah tempat anda dimandikan, tempat anda berlari-lari sampai langgaq pinggan mangkok mak kita, bergaduh baling kerosi dengan abang-abang kita, di situlah basic anda menjadi seperti sekarang ini. Tuan-tuan sekarang golongan profesional, Lawyer,Doktor, maka di situlah tuan-tuan dibesarkan sebenarnya. Jadi jangan lupa sekali sekala balik jengok la kawan-kawan,bapak kawan-kawan dan jiran-jiran kita dulu tu.. In shaa allah depa ingat tuan-tuan. Tambahan pula tuan datang dalam keadaan pangkat dan martabat yg macam sekarang ni, sudah tentu tuan-tuan dikenali lagi. Xkenai pun dan2 depa kata "oooooo...haaaaa hg ni la yg dulu tu kan...." hahahah... Tambahan pula sapa yang anak sulong, lagi merasa kan. Ya la, waktu dia beranak, ayah ni naik moto, kerja pun xnaik pangkat lagi, makan pun cukup2 ja. Waktu tu jugak kalau ayah kita ni keluaq Universiti pun, gaji baru rm 1060.00 mcm tu ja. Mai tang adik bongsu ni, dia dah merasa zaman ayah dia dah senang skit dah, xcaya cuba tanya anak sulong. Sebab tu anak sulong ni dia style, xbanyak cakap dan cool ja. Sebab apa, sebab dia pernah susah sekali dan merasa jatuh bangun ayah dia. Sebab tu abang-abang kita ni sempoi. Caya sama lu brooo.

Seronok kan dok xdok teringat balik perkara-perkara lama ni. Tu xcerita lagi bab2 kita dengan kawan-kawan kita lagi, apa yg pernah buat masa di kampung dulu. Hahaha..hampa boleh gelak macamtu ja sorang-sorang hampa oo.. Sebab apa, sebab benda ni ada dalam ajaran kita. Harus bagi seseorang itu ingat masa baik daripada masa-masa yang lalu, seperti zaman baru kenal isteri ( Idris al-Marbawi, 1940). Saja-saja dok sorang-sorang, p dok teringat kisah lama-lama balik, benda tu memang boleh pun. Sebab kenangan2 lama ni membantu kita menjadi lebih baik, pada aku la kan. Bila kita teringat balik zaman masa kecik-kecik dulu, kita gelak balik. Sebab apa, sebab sekarang kita dah besaq, dan masa tu kita sendiri sedaq memang kita xboleh patah balik dah. Jadi mau xmau layan ja la.Hahaha...Ish panjang lak noo..Ok la kot skit2 nanti ada apa2 aku share lagi la..Bukan apa takut terbabaih ja cerita panjang2 ni...

Selamat menyambut ramadhan dan selamat berbuka puasa satgi noo.. (7 jam lagi).

Sekian terima kasih.

Montana
Be The Best to win The Best

Rujukan/References:

1. http://fastandfurious.wikia.com/wiki/Plymouth_Road_Runner
2. http://www.imcdb.org/vehicle_44208-Plymouth-Road-Runner-1970.html
3. http://www.carendz.com/fast-furious-6-cars.html
4. http://www.carendz.com/wp-content/uploads/2013/11/1969-Ford-Anvil-Mustang.jpg
5. http://www.flickeringmyth.com/2013/05/movie-review-fast-furious-6-2013_21.html
6. http://www.thefastandthefurious.com/splashpage/
7. http://filmblather.com/films/furious-6/
8. http://www.sandwichjohnfilms.com/2013/05/fast-furious-6-review-absolutely.html
9. http://vinebox.co/u/wsWg24v6AlE
10.https://www.youtube.com/watch?v=Og7mj8YUez8
11.Muhammad Idris Al-Marbawi., (1940), BahrulMazi Jilid 14, Al-Hidayah Publishers.












52 comments:

  1. salam ramadan..maap lama xmai berkunjung sni..hehe..tgk van diesel tringat crita the pacifier..

    ReplyDelete
  2. akak suka cerita ni...slalu gak duk layan cerita lama..Fast and Furios..kejap jer rasa .dah Fast n Furios 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu zaman Hero pun muka suci lagi tu heheh...

      Delete
  3. suka gak tgk cita ni dlu..masa keluaq siri 1 ngan 2 dulu....skrg dah lama tak tgk dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tgk baru punya Vin Diesel macam truck pakai diesel dah badan dia

      Delete
  4. banyak betui pengajaran fast & furious na..awek yang mengamuk tu patut tengok cerita ni bagi tenang sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal jangan dok wat lagu tu nooo...marah lagu mana pun sabaq... ;-) tengok mengamok2 satu Malaysia taw...20juta lebih orang tengok ooo

      Delete
  5. suka suka tgk citer ni..agk2 ad lg x..siri 1-6 :) .. best giler kalau ley bw kete laju2 ni..tp takut ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan Alynn Azman bahaya releks2 jaa hahaha

      Delete
  6. CP minat filem ni sebab suka tengok kereta ja..memang best kereta dalam filem ni.

    ReplyDelete
  7. Saya tak tengok cite. Saya tengok muka pelakon jew. Macholah. Hahah

    ReplyDelete
  8. sy peminat tegar fast furious. Sume series saya ade. and skang tak sabar nak tggu fast7. Cme kecewa sikit la sbb main actor die Paul Walker dah takde. mgkin feel tu dah tak sme bile org lain yg ganti..heee

    ReplyDelete
  9. hehehhee
    yups
    best citer nih
    mana review film tamil
    we want more
    hehehehe

    ReplyDelete
  10. Aaaaaaa, best gila kot fast furious ni. Tak jemu kalau ulang banyak kali. Best awak review. Keep it up! :)

    ReplyDelete
  11. as salam. abe kie suka tgok adegan kejar mengejar tu..naik tahap adrenalin dibuatnya. BTW, abe kie dtg follow sini. no 226. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abe abe memang bestt

      Delete
  12. Salam. Menarik review sal citer fast n furious 6 ni. Panjang lebar cerita kt ats. Kena pi tengok ni. Tapi beli cd ja kot. Hehe

    ReplyDelete
  13. Wauuu anda seorang pengulas cerita yg sangat bagus...pjg lebar ulasan ttg movie fast and furious ye....nak beli CD la mcm ni...kereta dia sgt menarik

    ReplyDelete
  14. yang penting,suka botak tu berlakon...hehehe

    ReplyDelete
  15. salam. hehhehe sekali ja pernah layan cerita ni..:)

    p.s menabung promoted content !

    ReplyDelete
  16. Kalau dah kata tengok macam boleh patah urat tengkok tapi tetap suka sebab ketangkasannya buat kita cemas. Tak sempat nak terlena macam menonton cerita kita...

    ReplyDelete
  17. rasa mcm tak tgk lagi FF6 ni..haha yg best tgk FF ni sbb action & kereta2 yg ohsemmm! A++ punya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww missfluffy lama xnampak..terima kasih mai

      Delete
  18. salam Montana....panjangnya crita dia, walaupun sekilas pandang..hihii..
    tapi yg paling best, cerita yg akhir2 tu..kenangan mengusik jiwa, lagi2 pasal anak sulung nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Ya Nani..Terima kasih noo sudi hadir..tiada apa2 lah cuma berkongsi sahaja ;-)

      Delete
  19. Salam Montana..

    Salam Ramadhan..saya memang follow dari 1 sampai lah 6 memang best..never fail!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..terima kasih Hasna sudi mai blog yang tak seberapa ni ;-)

      Delete
  20. haha, seronok plak baca review movie ni sebab baca dalam loghat utara :)

    ReplyDelete
  21. FF mmg movie best bro...1-6 semua lyn..bila ntah nk kluar FF7...nice review bro walaupun movie dh lama..suka hg pny loghat utaqa...kita geng...

    ReplyDelete
  22. Salam.

    first time singgah sini.

    1-loghat utara mmg sempoi habeh arr ! (Y)
    2-aku layan FF ni tiap kali adik aku balik cuti.sbb dia yg rajin tlg donload hehe
    3-part anak sulung tu betoi. abg2 / kak2 sulung mmg jenuh la hidup susah.slalu berkorban utk adik2.
    4-teghuihkan tulih guna loghat utagha no hehe


    Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  23. Saya tengok crita ni maap cakaplaa...tercirit cirit...takut tgk keadaan cemas kereta kebal speed turbo duk pakat redah je kerete...mangsa kehilangan nyawa tidak dinyatakan

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum .

    Fast and Furious ni macam legend je cerita dia . tak pernah tak best . hehehehe dah fast and furious 6 dah . fuhhh cepat masa berlalu .

    ReplyDelete
  25. Phewwww...panjangnya. TApi saya suka tgk citer nih ☺

    ReplyDelete
  26. memang tak minat cerita ni ... hihi

    ReplyDelete
  27. peh menarik kupasan bro.. xmau kupas pasai Transformer yg latest ka? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xtengok lagi naim amacam best ka

      Delete
  28. Memang terbaik la review filem nie :))

    ReplyDelete
  29. Menarik kupasan daro montana. Saya jugak turut terpukau kualiti gambar dan video yang digunakan untuk FF ini

    ReplyDelete
  30. saya blum tgk lagi cerita ni..hihi..minat tp ...hihih

    ReplyDelete
  31. salam ramadhan,

    tak pernah tngok lagi cite mcm ni, rasanya bnyk kali kot tayang kat tv..;)

    ReplyDelete
  32. salam. singgah jumaat kat sini :) salam jumaat ya ..hee

    ReplyDelete
  33. Wah! Dah part 6,saya mcm tertinggal 5 part.

    ReplyDelete
  34. dh part 6 yer,CN layan mula2 jer

    ReplyDelete
  35. adik aku dok perangat aku pasai transformer baru.
    3 jam dok dlm panggung. mmg ohsem arr dia kata.
    hang try plak p tgk Jai. aku tunggu kupasan hang =P

    ReplyDelete
  36. Replies
    1. xtaw nak kata tengok xda part sedih pun la

      Delete
  37. saya suka gile kat dominic tu..
    teringat masa mengandung anak sulung gilakan pelakon tu.. nasib baik anak ada rambut masa keluar.. dahlah perempuan.. hahaha..

    ReplyDelete
  38. Akak pon mula kenal ngan Vin Diesel melalui citer ni jgak montana..tang tadakkk rambut tu kekal hingga arini .. cer bayangkan klau Vin ada rambut hehehe..

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...