Instagram

Wednesday, 6 August 2014

Filem Tamil Yang Bakal Ditayangkan Tahun 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Harap anda semua sihat di samping keluarga tersayang. Rasanya rumah terbuka pun dok berlambak lagi kan, kalau ada kuih raya lebih tu huloq mai skit noo..Lapaq kuih raya wei. Tambahan pula muncul macam-macam jenis kuih raya dah lani, tengok pun wow. Kira kuih raya pun ada "wow" faktor oo hampa ingat apa. Orang kita ni memang terer bab kuih raya ni. 

Baru-baru ini aku ada review filem orang putih kan, amacam? harap hampa pakat-pakat tengok la noo. Seronok filem Stand Up Guys tu. Aku rasa dua kali depa dok boh dalam astro HBO dua kali aku tengok, ingat nak rakam, tapi dah la kot dua kali sebab cerita dia dah taw dah kan. Dalam masa yang sama jugak, aku dok dapat info dari rakan-rakan aku yang terdekat mengenai filem-filem Tamil yang bakal dilancarkan dalam bulan ni, sampai hujung tahun. Tu dia, kadang-kadang dekat setahun filem depa nak keluaq, depa dah taw dah oo.. Tapi setakat ni xdak lagi la filem depa yang leak, macam yang terjadi pada KL Gengster 2. Aku tak taw sebab apa, mungkin jati diri kot noo. Depa jaga filem depa, padahai hackers terbaik ni dengaq cita India punya orang, tapi xda sorang pun yang bocorkan filem depa. Mungkin la kan,semangat cintakan filem sendiri tu kot. Siapa lagi nak leaks kan filem depa kalau bukan orang depa sendiri kan. Aku agak ja la, nama pun agak. Aku ingat nak review gak la filem-filem terbaru, tapi nak review macamana sebab wayang pun xkeluaq lagi. Bagi aku tengok dulu, lepas tu aku akan share lah ngan hampa. Tiba-tiba aku pun rasa macam xsabaq ja nak tunggu Filem Vijay yang akan keluaq dalam tahun ni. Filem nak keluaq bulan 11 ni, tapi info tu dah spread awal lagi. Ni yang aku dapat taw, maknanya orang India taw lagi awal la filem depa nak keluaq bila. Hahaha. Yang penting karya seni depa tu terkawal dan dijaga rapi, setakat trailer tu ada dalam youtube, tapi filem penuh aku rasa xdak la. Kalau ada tu mungkin aku ja yang xtaw.

Cuba kita tengok, ada beberapa info yang aku dapat dan boleh berkongsi dengan hampa, berkenaan beberapa filem depa yang akan keluar dalam tahun ini. Nak ikutkan banyak, tapi aku klass mengikut hero-hero yang aku kenal dan boleh dikongsikan bersama hampa semua. Antaranya Vijay, Suriya, Vikram dan Ajith Kumar. Nama-nama ni aku berani la review sebab aku terdedah dengan filem-filem depa.




1. Katthi (November 2014) Lakonan Vijay




2. Anjaan ( Ogos 2014) Lakonan Suriya






3. Ai ( Ogos 2014) Lakonan Vikram




4. Thala 55 (Oktober 2014) Lakonan Ajith Kumar




Setakat ini aku dan dapat info 4 movie ni ja. Dan memang semua hero ni aku pernah tengok. Dan peratusan tertinggi aku akan tengok movie adalah movie nombor 4, sebab hero yang memang aku minat tu. Tapi xpa la kan semua movie release xsama tarikh, nasib baik hehehe. Cuma movie Suriya dan Vikram ja la, tapi xda masalah punya, boleh buat marathon movie hari tu. HAhaha. Apa-apa pun, Movie number 1 dan 4 adalah peratusan tertinggi aku nak pi tengok. Vijay dan Ajith bang, best oo hero-hero ni. Nak taw lebih lanjut background depa, boleh la hampa buat research skit dari entry-entry aku yang lama. 


Sekian terima kasih.

p/s: Xsabaq nak tengok Vijay ngan Ajith Kumar beraksi.hehehe


Montana
Be The Best to win The Best



Rujukan/Reference:

1.http://www.chitramala.in/wp-content/uploads/2014/06/Vijay-Kaththi-Poster.jpg
2.http://truthdive.com/wp-content/uploads/2014/05/anjaaan.jpg
3.http://www.cinemanewstoday.com
4.http://i1.ytimg.com/vi/rMpg8R_HZgg/0.jpg




17 comments:

  1. masa cuti raya kat kg , my kakak dok sibuk citer pasal movie hindustan dan hero pujaan hatinya , shah rukh khan ... automatik masa tu teringat kat montana blog ... blh jadi geng ma ... heheheheee

    ReplyDelete
  2. sekali sekala suka gak layan citer tamil.
    done follow sini :)

    ReplyDelete
  3. Amboi.. siap survey filem tamil tu..

    ReplyDelete
  4. lama kot tak layan cerita tamil, weii mana cerita raya?? hahahaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita raya xkeluaq panggung lagi nanti keluaq hahah

      Delete
  5. jarang dah tengok tamil.. minat sunnguh ka ni?. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ya ros..jom p panggung jom

      Delete
  6. Semua pelakon hero nampak best. Hari tu bukak tv2 tgk citer tamil sbb lepas baca blog montana lah best pulak walau dgr dorang ckp sakit kepala tp aksi lawan tu wowwww mmg ganaz habis suka la pulak :-)
    Rasanya d GSC dan TGV ada tayang x

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya ka Tajuk apa tu hahaha..dengaq orang cakap pun sakit pala ka.. Ada kat panggung tapi xtaw sama ada disediakan subtitle atau tidak. kena rajin tanya kakak yg juai tiket di kaunter tu tidak beratoq panjang sia-sia ja stg tgk wayang sambil nganga sebab xpaham apa

      Delete
  7. Da lama tak layan cerita tamil. Best woo layan cerita tamil. Kalau vijay dengan Suriya yg belakon biasanye cerita tu mmg best! ;)

    ReplyDelete
  8. Pakcik aku ada mix india..blh ckp tamil...mmg klu pi beraya umh depa...harus kena tgk filem tamil...waaaa kadang xleh masuk kepala...tapi raya punya pasal..layan jugak sambil makan nasik dgn kuah rasam.

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya, Mr. Montana :) sesekali best juga layan cerita Tamil ni kann...

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tengok cerita Tamil. Dulu masak kecik2 selalu jugak layan cerita Tamil kat TV2.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete
  11. Kena hero yg smart citer best suka jugak tgk hehehe...

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...