Instagram
Sitegiant E-Commerce

Wednesday 23 July 2014

Young Superstar- Simbhu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat menyambut Ramadhan yang ke-25. Harap tuan-tuan dan puan-puan semua sihat sejahtera hendaknya nooo. Macamana dengan persiapan untuk hari yang tak berapa hari ja lagi ni? jangan main mercun dah la noo. Baru-baru ni bukan budak, bapak budak yang masuk hospital, kritikal lak tu. Kesian brother tu harap ianya xberulang dan berhati-hati la semua. Benda-benda bahaya ni tak yah main teruih la senang. betui dak? betui benda nak jadi, tapi elakkan terus sekurang-kurang peratusan nak kena tu xberapa nak tinggi sangat la, lain la orang lain main baling kat kita ka, haa tu tak boleh nak kata apa la..Hehehe..

Baru-baru ini aku ada tengok TV2, selalunya TV2 ni kalau hari ahad, dalam pukul 2 macamtu selalunya filem mesti best punya. Saja la dok belek punya belek, last-last huiyooo..memang best pun ini cerita. Aku pernah review filem yang hero ini berlakon. Bagi aku hero ni lama dah aku nak review dia, cuma tak teringat langsung. Dah baru-baru ini aku tengok dia ada dalam Tv maka moleklah kiranya aku cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak yang aku tahu mengenai hero yang aku tengok baru-baru ini. Sapa yang baru sampai blog aku ni, kita tengah berbicara mengenai Hero Tamil naaa..Bukan Hero Mat Salleh..Hero mat salleh aku tak pandai.Heh Heh heh. Aku baru tengok ja filem yang hero ni berlakon, tak banyak aku tengok movie dia, ada kot dalam 4-5 filem dia. Setakat yang aku tengok dia ni memang layak la dapat gelaran yang agak sempoi gak, tapi kalau orang lebih familiar dengan Vijay lagi berbanding hero ni. Ya la cerita Vijay banyak masuk TV Malaysia ni, berbanding hero ni. Padahai hero ni, kalau hampa tanya member-member India hampa, sah depa mesti kenai punyalah, tambah-tambah kalau hampa tanya tu perempuan. Depa minat gak hero ni, setelah rata-rata aku tanya orang India ni, termasuklah last sekali tahun 2013, seorang akak India yang tolong gunting tali pinggang yang aku beli di supermarket. Sebut nama hero ni, senyum sampai ke telinga. "Ohh, u pun kenai haaaa..." Begitulah reaksi spontan mereka. Depa suka kalau hampa soalan-soalan lagu tu, ala macam kita gak la. Pak Arab di campus kalau pandai sebut " Selamat Pagi " ja pun..Tudiaa..awek-awek lagu mana jadi?? senyum seronok xdak dah kan..Lumrah la tu, kita seronok bahasa dan culture kita diambil berat orang lain. Normal la perkara tu.




Nama: Silambarasan Thesingu Rajendar (STR)  a.k.a Simbhu
Gelaran Yang Dimenangi: Young Superstar
D.O.B: 3 Mac 1983
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Audio
Kebolehan: Menari, Menyanyi dan terkenal dengan gaya lakonan tersendiri
Kombo Istimewa: Banyak, salah satunya jari angkat naik atas,lidah kasi keluaq skit lepaih tu show begin 

Berdasarkan beberapa biodata dia yang aku perolehi, aku cuma tertarik satu ja. Biasanya yang aku tahu Superstar ini gelaran untuk Rajinikanth saja, tapi lain pula cerita dia dengan hero ni. Tapi di Industri Kollywood, dia dikenali dengan Young Superstar. Bukan calang-calang hero nak dapat gelaran yang agak besaq jugak tu bagi aku. Ya la aku tengok Vijay berlakon best jugak, tapi xda la sampai tahap dapat gelaran nak sama taraf dengan Rajinikanth dah. Makna kata Simbhu ni memang power la. Tapi berdasarkan beberapa filem dia, aku tengok Simbhu ni biasa saja lakonan dia. Dia tetap tak boleh lawan beberapa hero lain, ya la kan macam entry-entry aku sebelum ni, aku bagitaw yang setiap hero ada kelebihan masing-masing, dan tetap ada peminat fanatik masing-masing. Cuma masih ada beberapa filem Simbhu ni bila berlakon, hampa akan betul-betul terhibur, dan ada beberapa babak dan skill lakonan dia tu, yang aku rasa dia layak dapat gelaran "Young Superstar" tu. Aku ada review gak filem Simbhu ni dalam entry aku sebelum ini, filem dia yang bertajuk Little Superstar .Dalam review tu aku review movie yang aku tengok petang ahad pukul 2pm tu la. Dalam filem tu dia jadi Polis.








Kalau sapa ada baca, terbaca atau terlebih baca entry aku pasai filem ni, maka hampa boleh faham sedikit sebanyak la kan. Aku cuma nak review hero ni ja, sebab filem dia aku dah pernah review. Lagipun jalan cerita dia aku rasa takda la heavy sangat, hampa boleh follow movie ni dalam keadaan sambil makan kacang dan chicken chop rasanya. Simbhu ni bagi aku, lakonan dia memang bersahaja. Dalam filem ni pun dia Polis, tapi Polis yang kepala gila-gila, dia ada undang-undang sendiri di balai dia, dia rasa dia nak ambil duit rompakan beli jip untuk jabatan dia, dia buat ja. Kira Superior dalam Polis pun tak boleh nak kata apa dah kat dia dalam filem ni.

Simbhu punya lakonan memang ada originaliti, kalau orang tengok, orang banyak tak berapa nak setuju sebab ada yang kata filem dia slow, lakonan tah apa-apa, muka xberapa hensem dan macam-macam lagi la. hahaha..Orang kan, biasa la ada ja la komen dia. Bagi aku, aku tengok dari sudut fun, hiburan ja, xyah teruk-teruk pikiaq pening pala ja bulan-bulan puasa ni. Simbhu ni memang pandai menari, dan ada filem yang dia guna suara dia sendiri. Dalam filem Osthe, filem yang dia jadi Polis ni, memang dia punya menari best. Sambil menari, bila dia tengok kiri, koler kiri dia gerak2, dia kalih kanan, koler kanan gerak2. Style kot. Dan Simbhu memang terkenal dengan gaya tersendiri, memang semua hero ada gaya sendiri, cuma bagi aku Simbhu memang nampak lagi ori style dia. Dia akan banyak guna body language,gerak mata dia, kening dua, jalan sambil perbetui Tali pinggang dia, maknanya dalam banyak2 hero dia ni memang MASS la bagi aku, sebab gaya dia memang tak sama dalam semua filem. Filem ni, ada gaya dia dok buat, kerap jugak la, filem yang lain aku tengok, gaya lain lak. Xdak la satu gaya ja, macam angkat jari naik atas tu ja. Makna kata Simbhu full Variety Of Style. Hahaha..Lebih kurang macamtu la cerita dia.

Ada satu lagi, simbhu ni bagi aku, ayat-ayat dia memang berbisa, lebih kurang macam orang belah-belah Penang ni la, Mamu2 kita kan terkenal ngan seloka, pantun. Jadi Simbhu on of those Hero yang banyak praktik benda ni. Dalam lakonan dia, ayat-ayat dia memang berbisa, motivasi dan killer punya ayat. Dia akan tuturkan dalam bentuk pantun selalunya, sebab bila kita tengok traslate tu, seolah-olah pantun dua kerat, maksud dua ayat hujung tu perkataan dia sama ja. Hahaha...Kira kalau yang tak faham Tamil pun, tengok traslate boleh gelak macamtu ja. Cara dia ayat perempuan ja, bagi aku biasa ja. Bagi aku menang kat Vijay lagi bab-bab ayat perempuan. Tapi bab sebelum nak gaduh, kalau bab jual pantun ni, aku prefer Simbhu the Best la. Dia akan hadir, dan menuturkan kata-kata yang memang kalau kita di tempat lawan geram macamtu ja dengan dia ni. Hahaha...Nak taw rupa pantun lagu tu? banyak2kan lah dengar geng-geng penang sembang, In Shaa Allah hampa akan faham. Heheheh..Opps..tapi memang satu aku perasan dalam ni. Simbhu pakai speks Ray Ban memang style, dan dalam filem ni, kalau dia xpakai, dia akan tauk ke atas, lepas tu cantikk ja masuk kat koler belakang baju dia, dan terus secara tak langsung "Mata Belakang" dia. Hahaha.Kira dia nak bagi geng-geng yang dok cari lojik dalam filem tu terima la kot, ya la stg heran lak macamana dia boleh taw ada orang nak laboh belakang badan dia kan, so dia mention la " Ray Ban itu mata Belakang ku" dalam filem tu.

Ada lagi beberapa point tapi aku xberapa nak ingat. Xpa nanti ada masa kita share lagi noo. Rasanya setakat ni la kot dulu. Ada lagi nanti kita share lagi. Selamat menyambut ramadhan yang ke-26 noo...Baju raya pakat beli dah ka?jangan lambait sangat nanti kedai tutup, jemmm...hehehehe... Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best


Rujukan/ References:

1.http://www.extramirchi.com
2.http://123cinegallery.blogspot.com
3.http://en.wikipedia.org/wiki/Silambarasan
4.http://img.indiaglitz.com










17 comments:

  1. ok slmt berkenalan lah kat aku sendiri dgn Simbhu hehe

    *baju raya p beli la Jai. satgi jemmm =P

    ReplyDelete
  2. Salam 26 Ramadhan buat hero Tamil..he..he

    ReplyDelete
  3. heheheh...tp kalau kena dengan jalan cerita...mmg best even watak gila-gila pun :P

    ReplyDelete
  4. lawa hero tamil ni..selamat raya...

    ReplyDelete
  5. Tok arab lau cakap selamat pagi....pompuan jadi biskut merry kene celup ngn ayaq teh la jawab dia...kembang semacam

    ReplyDelete
  6. gitu rupanya..kalo simbhu ni ada IC versi malaysia..agaknya encem ke tak muka dia kat situ?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...hat tue xtaw la Sue Bee oo..hahahaha

      Delete
  7. jrg tgk tb 2 jd tak brape nak tau apa rancgn depa..huhuh

    slmt hari raya.

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut hari raya mohon maaf zahir dan batin .

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Salam Lebaran buat Montana sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  10. nasib baik bce entry nih kalo x memg xtau pun sape simbhu nih adoii

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...