Instagram
Sitegiant E-Commerce

Monday 4 August 2014

Stand Up Guys- Al Pacino


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Harap anda semua sihat hendaknya di samping keluarga tersayang. Selamat bekerja bagi mereka yang tengah berhempas pulas di medan pekerjaan.




Hari ini, aku nak share cerita yang hero dia aku rasa dah pangkat-pangkat tok wan kot. Tapi macam biasa la, sapa pernah baca kolum khas aku di atas " About Montana" aku ada highlight di situ hero Hollywood yang aku minat, dan hero yang aku minat tu berlakon dalam filem ni. Mula-mula masa aku tengok iklan, sebelum nak start movie, dalam HBO astro kan, baca sikit review dia, lepas tu awal-awal movie aku tengok muka orang tua ni dah ada, apa yang ada dalam kepala aku satu ja aku tune, iaitu cerita ni pasti menarik, kompom best punya. Sebab apa, sebab Al- Pacino ada dalam movie ni. Hahaha..sorry la geng, bukan bias, cuma pandangan peribadi la kan. Sebab memang aku dok tengok filem dia ni, walaupun tidak semua filem dia aku tengok. Ya la kan, Al-Pacino ni xsilap aku umoq2 ayah kita dah ni, 1947 lebih kurang tu la. Mana la aku sempat nak tengok movie2 dia kan. Jadi sementara dia dok hidup lagi ni, aku tengok filem dia jarang mengecewakan. Dikatakan Al-Pacino ni dia memang ada aura tersendiri, bukan sekadar kepada penonton aura dia tu aktif, malahan di kalangan para pelakon sendiri pun depa respect kat Al-Pacino ni. Aku xtaw napa, mungkin satu ja istilah boleh kita guna, iaitu dia ni kat Hollywood mesti Otai la bohhh..Hahaha... Macamana orang kata Otainya Eman Manan di kalangan pelakon-pelakon kita, maka Al-Pacino ni lebih kurang tu la kot. Blah utara ni orang kata " Orang Lama".

Banyak filem dia sebenarnya, tapi pasai baru-baru ni aku bukak tv, keluaq filem ni jadi aku layan pi la. Ternyata jangkaan aku xmeleset sama sekali, memang sempoi cerita ni. Jalan cerita dia xheavy, ringkas dan padat pengisian dia sampai ke akhir cerita. Cerita pun xda merapu, kelaut dan sebagainya, masih keep on track dan aku rasa kalau hampa tengok pun mudah hampa faham, sebab cerita dia mudah sangat. Tambahan pula dibantu oleh Christopher Walken, antara otai yang cukup tidak asing dalam dunia Hollywood sebagai watak kawan baik Valentine, nama watak Al-Pacino dalam filem ni. 3 orang sebenarnya yang menggerakkan cerita ni, tapi di akhir plot cerita tinggal Al-Pacino dengan Christopher Walken ja yang menghidupkan cerita ni.

Cerita dia dimulakan dengan babak Doc (Christopher Walken) pi ambik member dia baru keluaq Jail iaitu Valentine atau Val (Al-Pacino). Mula-mula masa aku tengok tu pun aku dok kata apa lah orang tua ni nak hidang dekat aku. Val ni baru keluaq jail, xsilap aku 28 tahun kot dia dok jail. Doc dan Vel ni adalah boleh diketegorikan sebagai gengster pencen la. Depa kerja sekali sejak dari muda, cuma Vel masuk jail, Doc masih bekerja dengan boss lama depa, Claphands (Mark Margolis). Mark Margolis ni pun orang lama gak ni, berlakon jadi machai ja filem2 lama, dalam filem ni dia jadi ketua gengster lak. Hahaha. Jadi filem ni sebenarnya nak bagitaw kat kita, Doc ni dapat satu misi, iaitu dia kena bunuh sorang yang telah menyebabkan kematian anak Claphands, iaitu boss depa. Tapi masalahnya, orang yang Doc nak kena bunuh tu, tak lain adalah Val.Hahaha..Tu yang sempoi tu. Jadi Doc diberi tempoh xsilap aku dalam 18jam ja kot, kena bunuh Val tu. Nama pun kawan baik kan, Doc ni xsampai hati la bang nak bunuh member sendiri. Tapi Val paham, sebab gengster kan. Dia kata aku pun akan buat perkara yang sama kalau aku dok tempat hang Doc. Tu yang kata ayat gengster tu. Bukan kawan persoalannya, tapi tugas. Pergh. Yang kata gengster pencen tu. Jadi, dalam masa sehari lebih kurang la, Doc kena bunuh gak Val. Cerita ni kira pasal dalam masa sehari sebelum Val nak mati la jalan ceritanya. Jadi dalam masa sehari ni la, macam-macam jadi, sampai cerita ni dikira action komedi gak la aku rasa. Sebab banyak babak-babak action, tapi lawak. Ya la, Val ni kan dah taw, esok macamana pun dia akan mati, jadi macam-macam la dia nak buat sebelum dia mati. Jadi dia ajak la Doc ni bawak dia pi party, menari, benda2 yang orang tua-tua teringin nak buat sebelum mati. 

Banyak benda depa buat, depa pecah masuk farmasi, sebab nak curi ubat kuat ngan ubat darah tinggi, depa curi kereta gengster, dan depa selamatkan maruah seorang gadis. Pergh..Babak depa tuntut bela untuk maruah gadis ni memang style, depa masuk dua orang ja p settle laki-laki yang cemarkan maruah popuan yang depa kenai malam tu ja, kenai pun sebab popuan tu ada orang letak dalam boot kereta depa.Hahaha. Memang sempoi la, sampai perempuan tu pun terharu awat la depa ni baik sangat nak tolong dia. Depa bagitaw la jahat-jahat depa pun, perbuatan laki-laki yang cemar maruah perempuan tu lagi jahat daripada depa dua. Jadi laki jahat tu perlu diajaq. Dalam masa ni juga depa p ambik kawan baik depa, Hirsch (Alan Arkin) antara kawan baik depa masa muda-muda dulu jugak. Hirsch ni depa p ambik kat rumah orang tua-tua. Kesian gak la dalam babak selepas tu Hirsch ni mati dalam kereta, mungkin aku rasa pasai lemah jantung kot, sebab masa depa p ambik kat rumah orang tua-tua tu, nohhai wayar penuh, siap bekalan pernafasan extra lagi. Jadi nak habaq kat hampa kawan depa ni xsihat mana pun, tapi dia terkejut kawan2 lama mai ambik dia, bawak dia jalan-jalan pusing pekan US malam tu. Dan malam tu gak dia mati. Depa tanam dia pun malam tu gak.

Babak akhir filem ni menunjukkan Doc xsampai hati gak nak tembak Val, mungkin sebab kawan lama kot. Banyak babak lawak wei. Ada sekali tu Val ngan Doc jalan kaki, sampai kat gereja dia boleh tanya Doc gereja buka ka dak hari ni.Hahahaha. Tapi Doc releks jaa..dia bagitaw gereja hari-hari bukak Val wei. Tu yg kata punya lama dok jail, xpernah nak masuk gereja dah, nak buat baik pun lama dah xbuat. Akhirnya Doc ngan Val bergabung gak, dan depa dua pi serang Claphands, dan cerita habih lagu tu ja. Aku rasa director dia Fisher Stevens nak tinggal persoalan kat kita. Terpulang hampa nak pikiaq lagu mana pun, cerita bagi aku xtergantung. Cuma director bagi freedom kat kita, samaada hampa nak kata depa dua ekoq tu mampuih ka, hidup ka, terpulang.Hahaha. Macam nak ada stand up guys 2 pun ada gak. Tapi Doc pun baik, dalam filem ni dia ada cucu, yang keja kedai makan. Sebelum nak p mana2 dia mesti akan makan kat kedai tempat cucu dia kerja,dan pesan makanan yang sama. Dalam hal ni cucu dia tu mula-mula xtaw yg tu tokwan dia, last sekali baru Doc call dia, tinggal duit satu kotak kasut untuk masa depan cucu dia tu. Pergh..kalaulah tokwan aku lagu tu. Hehehe.. Di sini ada moral dia jugak kan. Orang tua-tua ni dia memang suka berahsia, dia sanggup lagi jumpa cucu dia hari2,makan benda yang sama hari2 supaya kita bleh alert apa yang depa buat tu sebenarnya depa nak kita ingat kehadiran depa,ingat yang depa ni tetap sayang kat kita walaupun depa xbgtau sapa depa tu sebenarnya. Babak dia call cucu dia tu yang bagi aku agak sedih gak la, sebab cucu dia baru taw Doc tu tokwan dia, dan dia ada tanya bila boleh jumpa lagi, dan Doc bagitaw xtaw lagi. Ya la kan, sebab ending filem ni macam aku bgtau atas tadi, dia ngan Val p serang tempat Claphands, depa berdua, tempat depa pi tu orang ramai. Sebab tu aku bgtau director tinggal persoalan kat kita, mati ka hidup ka, terpulang kat orang yang tengok. Tu ja.hehhehe..







Ni la babak akhir filem Stand Up Guys ni. Pergh. Ni la babak yang bagi aku cukup masterpiece la, kalau hampa tengok, hampa akan dengaq kata-kata akhir dari Val kepada Doc, antara kata-kata yang selalu depa ungkapkan semasa depa muda-muda dulu, antaranya bila Val tanya " u got bubble gum?" terus Doc akan jawab " my bubble gum is finish" lebih kurang tu la. Kata-kata yang mungkin sebagai motivasi depa dua untuk depa terus buat kerja depa rasanya kot. Macam kita la kan, Kecemerlangan anda, Iltizam kami. Tu ayat yang tertulis di dinding tempat tusyen aku tu. Hahaha..saja la sementara dok ingat kan, dak saja nak related bagi hampa paham dengan ayat yang doc ngan Val ni dok sebut. Lepas depa sebut tu yang terus depa pegang pistol macam dalam pic tu. Babak depa nak keluarkan pistol tu yang, perghhh..Memang sempoi dan legend betui la.. Kawan aku sampai terkeluaq kata " ni baru otai bohhhh". hahaha...selamat menonton noo..Serius best.

p/s: memang best wei. 4 bintang wei.

Montana
Be The Best to win The Best

Rujukan/ Reference:

1.http://movies.omy.sg/wp-content/uploads/2013/03/20130307_movie-poster_StandUpGuys.jpg

23 comments:

  1. jalan cerita tu mcm dah best.. tp mcm hero2 tu tua sngta..
    tp cite org putih ni..yg tua lah bestkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tua2 ni kalau berlakonlah banyak tinggal kesan kat orang2 muda yang dok tengok ;-)

      Delete
  2. selamat hari raya to u too. Oh ada tertengok citer ni hari tu kat Astro. Memang best. Yang diorang p ambik member kat rumah org tua pastu kawantu meninggai tu memang tak boleh blah. Heheh.

    ReplyDelete
  3. Gempak hero dia...awesome.

    bro, banyak2x.. cerita bollywood, gua paling suka GHAJINI. memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghajini bollywood sapa belakon bro yg aku taw Ghajini Tamil ja Suriya berlakon ;-)

      Delete
    2. ooo ya ka aamir khan hero lama gak tu

      Delete
  4. Saya baca review ni sampai habis sbb nak tau crita ni. Rasa nk pi cari dvd dia nk tengok sendiri. Best juga layan filem action. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam astro ada lagi sabrina.cek tengok lepaih tu teruih rakam ja.heheh..nanti boleh tengok

      Delete
  5. al pacino berlakon mmg kompom bez
    suka gak tgk lakonan dia

    ReplyDelete
  6. Mr. Montana ni asal utara ye...dlm penulisan banyak guna perkataan depa...depa hehhe...my bubble gum is finish...hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya utara la kot.HEhehe... tu la aku pun xpaham apa yg dok xdok bubble gum ni..ada maksud tersirat lagi ka?hehehe..kalau ada aku xpaham la sebab aku xdok US

      Delete
  7. mmg terbaik awak punya review, :)

    ReplyDelete
  8. Di Hollywood walaupun dah tua still dapat watak hero.
    Di Malaysia susah sikit no....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Hanafi Su ja la yg orang lama power pun hehehe

      Delete
  9. Aku suka baca review hang. Walaupun tak tengok lagi. Macam dapat imagine aje setiap scene yang hang cerita tu. Kalau dapat tengok, mesti lagi best ni.

    ReplyDelete
  10. Review detail sungguh ..cam tgk dpn mata dah hehe

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...