Instagram
Sitegiant E-Commerce

Tuesday 26 August 2014

Hero Tamil Suriya- Anjaan (2014)



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan hari ini? harap-harap tuan-tuan semua berjaya selalu hendaknya di samping keluarga tersayang. Kelmarin punya cerita la ni, selepas aku cuba tulis dalam entry aku yang bertajuk Filem Tamil Yang Bakal Ditayangkan 2014 , dalam post itu aku ada senaraikan beberapa filem Tamil yang akan ditayangkan dalam tahun 2014 ini. Jadi, dalam senarai tersebut, filem yang ditayangkan untuk bulan ogos ini adalah filem arahan N. Lingusamy yang bertajuk Anjaan. Ada lagi filem-filem lain dalam bulan ogos ini, tapi memandangkan hero dalam filem ini iaitu Suriya, menarik minat aku untuk pergi menonton sendiri filem dia ini. Sila rujuk entry aku yang bertajuk Hero Tamil Suriya bagi siapa-siapa yang samar-samar lagi hero yang bakal diceritakan sebentar lagi ini. Filem yang baru aku tonton semalam ini sekali lagi aku bagitau iaitu Anjaan (2014), yang membawa maksud berani. Filem yang release pada Khamis, 21 Ogos 2014 ini cukup mendapat sambutan, berdasarkan penonton yang datang membanjiri pawagam di Lotus Five Star , Butterworth, Pulau Pinang. Pada mulanya aku cuba untuk lihat pada hari kedua, iaitu pada 22 Ogos, tetapi pawagam penuh tuan-tuan. Showtime yang bermula dari 12 tengahari hingga ke midnight 00:15 penuh, memang xda peluang langsung. Lotus Five Star yang mempunyai 4 Hall semuanya penuh, walaupun sudah hari kedua, dan dikhabarkan berlarutan lama gak fenomena filem ini di panggung ini. Maka semalam la tarikh yang aku dapat, untuk turut serta menonton filem karya N.Lingusamy ini yang hero dalam filem ini adalah Suriya. Tudia, boleh mai tengok sendiri, beli tiket beratoq punya panjang serupa gerabak keretapi, betapa sokongan penuh mereka kepada filem mereka. Aku? err...memang nak tengok pun sebab kawan-kawan dok bakaq kita kata rugi la xtengok.Mana boleh tahan bang, hari2 dok habaq cerita ini best, last-last aku redah jugak 44km dari rumah ke pawagam. HAhaha. Suriya bang. Hero kemaih ni. Bagi aku filem kali ini biasa, tapi dia jadi luar biasa balik sebab Suriya berjaya membawa peranan dia dengan baik sekali dalam filem ini. Syabas la Suriya, tak sia-sia orang beratoq panjang, sebab dia give the best shot dalam filem ini.





Filem ini tuan-tuan, agak tricky sikit andai kata dilihat sepenuhnya selama 2jam45minit. Agak sukar untuk aku nak review sebab filem ini banyak menggunakan flashback, di mana kalau hampa xfokus maka memang xbleh nak faham jalan cerita dia. Tu memang aku dah taw dah, Suriya kalau berlakon dia cukup cekap bab2 nak tricky penonton ni. Unsur naratif yang digunakan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu dalam filem ini cukup mengkagumkan. Tambahan pula bila unsur ini digunakan untuk menceritakan hero dalam filem ini. Unsur naratif seperti "Raju Bhai kalau datang, semua orang akan berasa gementarnya" cukup signifikan untuk menggambarkan siapa dia orang yang akan kita tengok sebentar lagi ni. Jadi permulaan cerita menceritakan seorang pemuda yang bernama Krishna,berwatak nerd, berkaca mata dan pakai satu tongkat di tangan yang datang ke ke daerah Mumbai xsilap aku, untuk mencari abangnya. Beliau juga memberitahu apabila soalan siapa abangnya,dia akan menjawab Raju Brother ataupun adik kepada si raju. Pergh..Dengaq nama raju, benda yang boleh kecut, pakat kecut abih. Tambahan pula Krishna ni memang saling tak tumpah wajahnya macam Raju, yang lebih dikenali sebagai Raju Bhai di kawasan yang bawah jajahannya.








Filem ini bagi aku, 40minit pertama penuh dengan lagu, dan love story yang disampaikan dalam keadaan tidak begitu meleret. Keseluruhan movie hanya berkisarkan kepada Raju Bhai. Siapa Raju Bhai ini? Di waktu Raju Bhai ni nak tunjuk muka di layar, penonton dah jadi tidak keruan dah sebab memang style orang India tonton wayang macamtu. Bagi aku itu bukan persoalannya, yang penting apa yang Suriya nak hidangkan kat aku ni. Maka watak Raju Bhai ini adalah gengster yang cukup disegani,dihormati dan beliau tidak berdiri seorang, tetapi dibantu oleh seorang sahabatnya yang begitu kuat sifat setiakawannya iaitu Chandru. Tidak ada flashback bab depa naik macamna, cuma ada beberapa scene yang menunjukkan kenapa mereka dua ini begitu rapat,sehingga Raju Bhai pernah masuk jail 7 tahun untuk kesalahan Chandru, dan Chandru pernah menyelamatkan Raju Bhai dari ditembak sebanyak 5 kali. Jelas di sini perkaitan dua watak inilah yang menghidupkan filem ini.

Di babak seterusnya maka muncul lah lawan sebenar mereka berdua dalam bisnes gengster ini, watak yang bernama Imran Bhai. Imran Bhai bagi aku adalah satu watak yang kurang fungsinya, namun Imran lah punca anak-anak buah Raju Bhai menjadi pembelot dan merancang satu konspirasi sehingga Chandru,rakan baik Raju Bhai mati. Raju Bhai jugak turut menjadi mangsa dalam konspirasi ini di mana beliau ditembak, tapi hero xmati la bang.Hahaha. Maka di babak-babak seterusnya inilah yang dibawa oleh Krishna, budak yang mengaku adik Raju Bhai, yang sebenarnya dialah Raju Bhai, yang menyamar sementara untuk mencari sebab mengapa konspirasi yang dirancang itu diwujudkan sampai mati member baik dia. Uishh..Raju Bhai marah betui dalam filem ni.

Di babak-babak nak habih dah filem ini, Krishna, yang sebenarnya Raju Bhai cari sorang-sorang balik dan bunuh satu persatu. Beliau tidak dapat menerima hakikat pembelot, apatah lagi pembelot2 itu dikalangan anak-anak buah dia jugak, yang berpaling tadah dari beliau lalu menyokong Imran Bhai. Di akhir cerita Imran Bhai, xkuat mana pun,lawan pun xpandai,cakap pandai ja, mati jugak di tangan Raju Bhai yang ternyata lebih pandai dari dia. Di dalam filem ini, banyak kata-kata sempoi yang diucapkan dari Raju Bhai, kata-kata psiko untuk lawan dengan musuh yang memang bagi aku memang sempoi. Sempoi macamana tu? yang tu hampa kena tengok sendiri. tu ja aku boleh bagitau, yang pasti, Suriya bagi aku berjaya membawa watak dia. Syabas sekali lagi Suriya. Ehh...Raju Bhai.hehehe.

Secara keseluruhannya, filem ini bukanlah semata-mata gengster tuan-tuan, tapi nampak gaya moral yang nak diketengahkan oleh pengarah ini macam xberapa kita nak dengaq dah sejak akhir-akhir ini. Pembelot kalau nak diceritakan selalunya ending dia memang mampuih, tapi dalam masa yang sama pengarah cuba nak ketengahkan nilai sebuah persahabatan dalam kehidupan seharian. Tak perlu nak jadi samseng tuan-tuan, cukup sekadar kita menghormati dan setia dalam persahabatan kita. Raju Bhai dalam filem ini bukanlah kepala samseng yang menyerang orang membuta tuli tuan-tuan, beliau cuma seorang karekter yang terbiasa dengan seorang sahabat karib yang membangun bersama dalam membina empayar mereka. Beliau tidak dapat terima apabila kawan karibnya mati, bukan mati di tangan musuh, tetapi di kalangan member2 depa jugak. Perlukan sikap setia sampai ke hujung nyawa ini tuan-tuan? maka mungkin itu persoalan yang Raju Bhai tinggalkan kepada kita untuk kita nilai sendiri, berdasarkan pandangan masing-masing. Bukankah satu benda yang tidak masuk akal? kawan lain buat hal, kawan lain masuk jail, kawan lain yang nak kena tembak, tapi kawan lain lak yang sampai pi sua badan, sampai berbekaih badan Chandru hasil kesan tembakan. Memang xmasuk akal, tapi siapa mampu nak hurai erti persahabatan yang hanya dua orang ini sahaja yang faham? maka benda itu memang susah la nak jawab kan. Kita kata dia bangang masuk jail 7 tahun pasai Chandru buat silap, tapi Raju Bhai steady ja, macam xdak apa2. Sebab apa, sebab itu erti persahabatan mereka, yang membuatkan Raju Bhai tidak tinggal sekoq pun orang yang terlibat dalam pembunuhan Chandru.

Panjang sangat kot noo. Boleh la kot taraa ni. Hampa nak taw cuba tengok sendiri, rasanya ada lagi dipanggung, dan pastikan tanya di kaunter dulu ada subtitle atau tidak. Bukan apa, saja ja aku peringat hampa, sebab ada panggung wayang yang tayangkan filem Tamil tanpa alih bahasa. Jadi xsalah aih hampa pi tanya kakak di kaunter tu kan. Hehehe. So selamat menonton noo..


Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan/References:

1.http://en.wikipedia.org/wiki/N._Lingusamy
2.http://www.cinema.com.my/cinemas/cinema.aspx?cid=113
3.http://www.strikingsoon.in/wp-content/gallery/anjaan-movie-first-look-posters-hd-wallpapers/thumbs/thumbs_anjaan-movie-wallpapers-first-look-posters-hd-04.jpg


14 comments:

  1. huish penuh satu entry hehehe..

    akak tggu kat kuar kat channel 202 la.. hik3.. ( berkurun lagi jawabnye )

    ReplyDelete
  2. lama tak baca review montana pasai pilem tamil ni. Tapi siyes...suriya ni antara pelakon terhebat tamil, takdak heroin pun org still tgk lakonan dia

    ReplyDelete
  3. Pepatah mat rempit ada mengatakan...no women no cry...lepas tu bob marley dengaq terus buat lagu...bonnie m pun ceduk cmtu ja tiru ala disko....

    Maksud nak bagitahu no women no cry ni erti kata lelaki bersahabat tak sama macam lelaki berkawan dengan wanita dan wanita sesama wanita...

    Lelaki bila dia dah percaya pada sahabat...apapun sanggup...bergadai nyawa pun sanggup...brotherhood never dies...

    Maafla kalau kaum hawa terasa tapi dah memang sifat lelaki macamtu dan itulah keistimewaan perahabatan lelaki jika nak banding dengan wanita....bagi aku la

    Apapun arjaan ni pernah gakla aku nampak makan nasi kandar beratuq kat sblh wayang tu...nak tegur tak kot pasal dia tu artis tapi usha dari jauh jaa...berbalas senyum gakla...

    Bukti? Xsempat nak berselfie daa

    ReplyDelete
  4. Hah 30 august? Pagi merdeka kot aku komen? Ni ikut time mana ni montana? Ish lau cmni raya boleh delay ooo

    ReplyDelete
  5. cayalah tengok filem Tamil kat panggung.
    Mrs. A kalau filem Hindi ok gi... pernah ler...juger....

    ReplyDelete
  6. Interesting! I've yet to watch a Tamil movie. Have a good week! :D

    ReplyDelete
  7. tudia hangg kemain no siap p tgk kat panggung! eheee
    hurmmm lama x nmpak. mana mghilang ??




    pssttt aku tukar url baru:
    ana-mizu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. MOntana sebenarnya untuk saya sampai ke blog ini dengan carian google adalah dengan menaip "blog montana filem tamil"

    famous dengan filem tamil. Nak kena layan jugak filem tamil ni

    ReplyDelete
  9. Cerita Surya yang best : 1)Ghajini (Short term memory lost. Dia boleh ingat 1 perkara utk 1 minute aja. Berlakon sebagai salah seorang drpd 10 billionaire terkayaIndia dalam film ini. Action movie). 2)Kakha Kakka (Bermaksud Lindung/Kawal - Cerita polis. Diawal cerita, dia tunjuk rumah atas sebuah tasik. Tiba2 dinding kayu rumah tu pecah dan seorang lelaki jatuh ke dalam tasik dan tidak sedarkan diri. Cerita start dengan flashback. Rupanya dia adalah seorang polis ditembak oleh penjahat semasa "HONEY MOON". Isteri dia kena culik. Berlakon ngan isterinya yg sebenar, Jothika. Jotihka yang berlakon ngan Rajinikanth - Filem : Chandramukhi - Cerita seram yang best).

    ReplyDelete
  10. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    ReplyDelete
  11. lama dah tak layan filem tamil ni... skang nisaya layan korea je.. hehehe :)

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...