Instagram
Sitegiant E-Commerce

Saturday, 25 January 2014

Thala Ajith Kumar- Veeram

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng...huhhh....setelah sekian lama..aku xmengadap blog ni..Hurmm...apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 blogger di luar sana, kalau ada yang masih dok hinggap di blog aku yang xseberapa ini...sorry la noo..pasai lama xmenulis...mood tu xberapa nak mai...tu yang menulis pun xberapa sangat dah...hehehe...tapi apa2 pun hari ni...ku gagahi jua..akhirnya...masuk tahun baru 2014 ni baru aku rasa nak menulis balik...Apa2 pun syabas blogger di luar sana yg mengekalkan konsistensi sebagai blogger...aku ni mai dah mood malas dia..mai dahhh...xleh nak kata apa dah...hahahaha.

Sebenarnya di tahun baru ini juga, aku nak share ngan hampa semua, iaitu aku dok p tengok jugak movie baru Tamil di panggung wayang..bukan xtengok..aku tengok..cuma bila nk share tu...xbleh pi..xtaw pasaipa...haaaa..hari ni Montana is back!!! try to share something with all the citizens of Malaysia country...heh heh heh(gelak pun sudah satu macam) pasai baru2 ni aku pi tengok filem baru...2 filem baru aku p tengok...secara berturut2..tapi bukan dalam sehari..2 hari amik masa... Jadi filem kali ni aku nak share pasai hero yang tidak asing lagi... Ajith Kumar, atau nama sweet dia Thala


Ajith Kumar
Veeram (2014)

Nindia habaq hang...hero...feewitt...masa aku masuk dalam panggung tu..elok saja waktu filem tu nak tunjuk hero keluaq..orang dah sorak sakan dalam panggung...belum nampak muka lagi..Baru nampak hero keluaq dari dalam rumah, baru nampak rambut jaa...Orang dah bersorak serupa hero tu keluaq dari panggung..hahahah..memang layan la hero ni dan aku difahamkan hero ni memang sempoi pun..DI India pun dia dah cukup famous sangat dah...Sebab dia ni pesyen slow and steady...relekss ja..cara dia cakap pun sempoiii ja... Aku try google la skit...Veeram ni maksud dia berani kot..kalau salah maafkan aku la nooo....dan dalam cerita ni pun memang banyak action jugak la bagi aku...jalan cerita dia pun best...dan lokasi dan situasi banyak macam Kampung skit la, kira hero kampung la dia ni dalam filem ni, pesyen bela kambing dan ayam untuk menyara keluarga..hehehe...




Thala Ajith







Thala and Tamannah


Nindia heroin dia habaq mai...nak kata apa dah wei..hero smart dapat heroin pun pointer 4.0 punya la beb...Tamannah heroin dalam filem ni.. ni kira cinta hati hero sejak hero kecik lagi la....maw taw la macha...heroin ninnndiaaaa habaq mai..cun..macamni kalau keja kerani kat PUSPAKOM kompom hari2 orang mai test kereta...hahahaha...sebab kerani cun macamni..aku pun maw wei... Cerita ni aku p tengok 2 kali kot kat panggung..best... xsilap aku 15 Januari 2014 baru2 ni laa...sapa2 nk tengok p la..best...tapi xtaw la ada ka dak lagi..

OK...melalut sangat dah kan...jalan cerita dia ni bagi aku ringan..xheavy sangat macam filem2 dia sebelum ni...agak heavy..urban...Kali ni dia berlakon di kampung ja... Kisah cerita ni adalah bertemakan kasih sayang seorang Abang kepada adik2 dia...dalam filem ni hero ada adik 4 orang.yang cukup menghormati dia..watak dia dalam ni nama dia Vinayagam Annee (Abang Vinayagam) la tu..heheh.. Filem ni starting dia pun dah best dah...ada fight scene yang sempoi gak..Hero dalam filem ni berhadapan dengan dua orang villain atau watak jahat, yg last skali dia hanya fight dengan seorang tu ja yg bleh dikatakan xda kena mengena dengan hidup dia pun.

Dalam filem ni adik2 dia dok pening pala kat abang depa sorang ni sebab abg depa xmaw kawin..Dan kalau dengaq sapa sebut bab kahwin,abang depa ni xpukui, sebaliknya dia bagi makan nasik beriyani..tapi dia suruh makan banyak2..lepas tu baru kena tumbuk..hahahha...DIa buat lagu tu sebab nk bgtau semua orang betapa seriusnya dia,bab kahwin xmau dengaq..lain xpa.. Maka pada satu hari adik2 depa ni dok pening la sebab depa xleh nak kahwin,sebab menghormati abg depa ni yang banyak berkorban untuk membesarkan depa...Lagi abg depa xkahwin macmana depa nk kahwin padahal semua pakat ada achi sorang sekoq dah...haaa..mau xpening pala depa... Dalam filem ni jugak banyak unsur humor yg mencuit hati lakonan Santhanam, pelawak dalam Industri Tamil yang meningkat naik sekarang ini...




Veeram scene


Kalau hampa nak taw...yang tengah, baju putih tu la Santhanam..dia ni memang lawak abih dalam filem ni..setiap kali dia bukak mulut, panggung bergema la..dia ni kira macam Johan Raja lawak kita gak la kot...yang aku paham walaupun aku berpandukan subtitle saja, dia ni banyak berkias dalam lawak dia..kira bahasa senangnya lawak makan dalam la...berpantun...dengan body languages dia semua cukup..kira buka mulut ja,cakap..kompom orang gelak...hahahahha... Tu beza dia ngan pelawak Tamil yang lain..dia cakap xbising2 punya..releks ja..tapi lawak..hahaha..

Dalam masa yang sama, si santhanam ni ada la satu idea macamana nak bagi hero kawin dengan pertolongan kawan baik hero jugak..Maka depa dapat idea macamana nak satukan hero iaitu cari balik cinta lama hero masa dia kecik2 dulu, iaitu watak yg dimainkan Tamannah.. Dalam pada itu, watak jahat ni cuba nak kacau hero dan adik2nya..sebab depa ni samseng, tapi baik ngan orang kampung...bila hero dapat taw orang kampung selalu dibuli, maka hero mesti tolong punya.


Klimaks filem ni apabila hero berjaya menambat hati heroin dan dalam proses nak p jumpa family heroin..dalam masa yang sama, depa diganggu oleh penjahat lain pulak, yg pada dasarnya bukan musuh hero, tapi musuh family heroin..tu yang pelik tu, heroin baik, family dia baik..tapi ada problem dengan penjahat yang sekarang tengah meringkuk dalam jel..kenapa family heroin terlibat dengan penjahat sedangkan depa ni keturunan baik2???nak taw..saksikan sendiri VEERAM di panggung berdekatan naaa..hahahaha.....cerita semua mana best hampa  p tengok la baru hampa taw....


Sekian terima kasih..



Montana
Be The Best to Win The Best









8 comments:

  1. jalan cerita menarik juga tu mengenai kekeluargaan.. memang cun heroin dia..

    ReplyDelete
  2. Assalam...

    Semoga tahun baru ni mood untuk menulis kembali aktif...
    Selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  3. http://www.universityadmissions.se

    https://www.universityadmissions.se/en/All-you-need-to-know1/Studying-in-Sweden/Bachelor-master-and-doctoral-level/

    ReplyDelete
  4. tak thn dgn lagu yg byk bila tgk filem hindustan / tamil ... heheeee . sinopsis nampak menarik .

    ReplyDelete
  5. salam tahun baru hero tamil..he..he

    ReplyDelete
  6. aku masih pelajari cara sebut nama hero heroin la bro. haha. bunyi lari >.<"

    ReplyDelete
  7. salah seorg adik h ero tu..vidharth berlakon dgn amala paul dlm filem Mynaa..try tgk filem tu...best sgt ..memang berkesan dihati sampai especially ending dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.tp citer mynaa tu slow.ape pun sedih wooo.awek di mati.sedih.

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...