Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 23 July 2015

Dhanush- Maari (2015)


Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua penduduk Malaysia. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim, semoga raya anda disambut dengan riang gembira dengan keluarga tersayang. Macam-macam cerita yang ada di bulan syawal ni kan, cuma kita teruskan hidup kita, dan cuba membahagiakan semua yang ada sekeliling kita.

Raya ni macam biasa la, aku cuti xlama. Selasa dah mula bertugas. Tapi saja la nak share ngan hampa semua, hari isnin baru-baru ni punya cerita. Aku pun lama sangat xpi jalan-jalan. Jalan punya jalan, akhirnya langkah aku terhenti di satu destinasi, area Butterworth, Pulau Pinang, iaitu Panggung Wayang, Lotus Five Star ..Perghh..lamanya rasa aku xtengok wayang wei..Balik dari beraya rumah kawan-kawan dan adik beradik, aku lalu jalan lama, tu yang terhenti kat situ tu.. Tanpa berfikir panjang, aku terus pi di kaunter dan cuba tengok di antara 3 movie yang ditayangkan, apa yang boleh aku layan ni..Jadi bila aku tengok di banner yang dok ada tu, maka inilah filem yang aku berjaya tengok untuk hari itu..





Sekali tengok, post2 aku sebelum2 ini menunjukkan banyak movie Dhanush ja aku tengok, sekali tengok macam nak jadi Dhanush punya fans pun ada gak. Tapi tu la, nak kata apa kan, time filem dia keluaq time tu la aku ada duit, jadi nasib la kan. Filem Surya yang baru2 ni pun aku xtengok sebab modal xberapa nak ada, time filem Dhanush ni keluaq time ni ada modai sikit. Heheh.. xpa lah, janji movie baru dia ni memang aku nak share ngan hampa, pertama sekali aku nak bagitaw adalah filem Maari ni memang menujukkan keupayaan Dhanush sebagai hero. Watak Dhanush yang nama dia sama macam nama filem iaitu Maari, bagi aku satu ja aku nak habaq, memang style habih la!!!.. Bila keluaq dari panggung, aku terbayang-bayang, yang aku xsangka Dhanush berjaya membawa watak dia dengan baik sekali, dan xsangka aku kali ni dia memang style la..Aduih..Aku mula2 masa nak tengok tu risau gak Dhanush ni sebab movie dia jarang yang syok, tapi beranikan diri jugak lah, xtengok mana nak taw, sekali bila tengok perghhh...Rasa macam nak tengok sekali lagi pun ada. Dia semakin matang dalam lakonan dia, ayat2 dia semakin menunjukkan dia selesa dan cukup menjiwai watak dia, dan gaya dia pun cukup meninggalkan kesan kepada penonton macam aku. Syabas Dhanush for your great works this time. Bagi aku klimaks seorang hero Tamil tu bila heroin macam xberapa nak fungsi dalam filem depa, maka bagi aku, Dhanush dah sampai tahap tu dah la ni.. Xda heroin pun xpa, cerita best jugak. Syabas pada pengarah dia iaitu Balaji Mohan sebab bagi satu filem, dan filem ni berjaya membawa lonjakan reputasi kepada Dhanush. Dhanush xyah pakai heroin wei, pun jalan cerita best. Cuma heroin nak kena ada la kan. Tu ja la.


Cerita berkisarkan seorang samseng kampung yang bernama Maari, yang cukup orang takut dengan dia. Badan kecik, tapi hati kering. Maka di sini bagi aku pemilihan watak pun memang kena. Selalu di dunia realiti pun gangster yang orang dok gerun sangat ni bukan badan macam The Rock ka, John Cena pun, tapi badan kecik ja. Selalu macamtu, maka Maari ni lebih kurang tu jugak la. Maari ni gangster,dalam masa yang sama diberi kepercayaan untuk handle satu events, iaitu lumba burung merpati. Ini pun satu benda baru bagi aku, kalau xtengok aku pun xtaw benda ni ada. Selalu dok dengaq lawan sabung ayam, lawan belalang bunyi mana sedap, burung murai batu, ni race burung merpati. Haa ni baru rare macha.. Jadi Maari ni handle, dalam masa yang sama dia selalu dok menang race burung merpati dan ini membuatkan musuh dok xpuaih hati kat dia.



Keseluruhan cerita ni menunjukkan watak jahat adalah satu inspektor yang cukup xpuaih hati dekat maari ni. Dari awal filem menunjukkan Inspektor ini cukup bersemangat nak tangkap maari ni, padahal xda kes yang direkodkan pun atas nama dia. Rupa-rupanya Polis pun geng ngan orang jahat. Maka berlakulah konspirasi untuk jatuhkan Maari. Bila Maari xda, baru la Polis jahat dan geng yg xpuaih hati dengan Maari ni bermaharajalela. Bagi aku filem ni xberat, memang enjoylah. Memang santai. Jangan pening-pening kepala, sebab pak lawak ada dua orang dalam filem ni yang sentiasa ada punch line depa supaya hampa xmengantuk dalam panggung wayang. Walaupun cerita gangster kampung, masej dia masih ada dalam filem ni, yang menunjukkan selalunya orang jahat di mata orang ni la selalunya banyak dok tolong orang-orang kampung dia sendiri, samaada kita sedar atau tidak. 

Dhanush tampil dengan gaya yang memang sempoilah bagi aku, baju bunga, spek mata dia, dan trademark dia dalam filem ni dia suka pintai misai. Hahaha..memang tinggal kesan betul. Walaupun filem tak berat,santai tapi aku nak bagi 4.5 bintang, sebab aku terhibur sangat sepanjang aku menonton filem ni. Lagu pun tak banyak, jadi jalan cerita best la sikit kan, emosi pun xterganggu sebab lagu dia xbanyak. Apa yang aku boleh bagitaw, hampa kena tengok, sebab Dhanush memang Style habih laa dalam filem ni. Hampa mesti terhibur punya lah..



Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to Win The Best




Rujukan/Reference: 

1. https://en.wikipedia.org/wiki/Balaji_Mohan
2. http://media2.intoday.in/indiatoday/images/stories/maari-story_647_062615065839.jpg
3. http://www.thewiire.com/wp-content/uploads/2015/07/maari-poster.jpg










16 comments:

  1. misai melintang tu trademark x blh blah tu ... heheheee

    ReplyDelete
  2. oit kemon hapdet hapdet. ni dah bulan september dah hahaha

    ReplyDelete
  3. Memang the best entertaining n classy and stylish performance from a down to earth actor. I really love the movie and the background music .

    ReplyDelete
  4. Thani Oruvan is the best tamil movie the year . jangan lupa tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzaax hero Jayam Ravi . Citer ada message yang strong untuk masyarakat.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. montanaaaaa how are you...

    fuh lama sungguh tak ke sini bila belek entri lama ternampak komen montana....

    blog yang penuh dengan review filem tamil...harap terus kembali dengan entri baru

    ReplyDelete
  6. Dah tengok filem dilwale? Buat la review..

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...