Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua..Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Ehem2..esok cuti wei..cuti..Hahahah...Boleh releks di rumah di samping keluarga tersayang. Hari ini,kerja dengan sebaik mungkin sebab esok nak lepak rumah saja..Tidak mahu ke mana-mana dah...
Jom..ingat nak share satu lagi filem dengan hampa,sempena sebelum cuti hari pekerja esok hari. Cerita yang aku tengok dah bulan 2 hari tu, cuma tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan penduduk Malaysia ja. Lakonan daripada hero Tamil yang semakin meningkat naik iaitu Dhanush, cukup tidak mengecewakan aku dengan dua filem dia yang aku berjaya tonton dalam bulan februari lepas. SHAMITABH lakonan beliau cukup berkesan, ditambah dengan cerita yang agak jarang dibuat oleh pengarah-pengarah lain. Filem kali ini pula yang akan aku review ini pula bagi aku lebih suspen, lebih sempoi. Cuma kalau yang masa pi tengok wayang tu, kerap pi buang ayaq, maka bila hampa terlepas beberapa babak mungkin membuatkan hampa jadi tak ketahuan punca, sebab filem dia kali ni memang hampa kena tengok betui2. Tidak memang hampa terlepas dan akhirnya mungkin jadi tidak faham dengan jalan cerita dia.
Anegan, adalah bertemakan love story. Memang pasai cinta ja pun cerita ni. Tapi jalan cerita cinta depa digarapkan dengan penuh menarik sekali, di mana jalan cerita itu dijana daripada fantasi heroin dalam filem ini. Heroin cun jugak, tapi orang baru jadi aku tidak berapa nak kenal dan cam sangat lah. Di awal filem ini Hero, lakonan Dhanush adalah seorang anak muda,anak orang kebanyakkan yang berjaya menambat hati anak orang kaya, memang kaya heroin dalam filem ini. Berlaku cabaran dalam cinta depa hingga menyebabkan hero akhirnya di babak-babak kejar mengejar daripada bapak heroin ditembak. Pommm..laa..tetiba ada babak heroin dok menangis atas kerusi seorang Doktor,lebih kurang Doktor Psikatari kot, yang dok berubat orang yang ada masalah dalaman ni. Rupa-rupanya babak pertama tadi tu adalah penjanaan daripada minda heroin. Pening gak cerita ni pada mulanya, seolah-olah macam kehidupan semula pun ada gak cara dia nak bagitau tu. Kalau diperhatikan dan diamati betul2, filem ini terbahagi kepada 3 babak yang akhirnya babak itu disimpulkan dengan dunia realiti, Babak pertama hero di suatu masa lebih kurang tahun 1920an macamtu, babak kedua lebih kurang 1980an dan babak terakhir adalah kesimpulan dari kedua2 babak tadi.
Jalan cerita semakin menarik apabila Hero mendapati heroin ni terlalu banyak berfantasi. Fantasi dia memang cukup memeningkan hero sebab fantasi tersebut membuatkan hero rasa kurang senang. Ya lah, mana tidaknya, setiap masa heroin akan bercerita tentang hero ni dalam mimpi dia. Namun apa yang aku rasa cuba nak diketengahkan oleh K.V Anand , iaitu pengarahnya adalah mengenai kadang-kadang fantasi seseorang itu tidak boleh diambil mudah. Kemungkinan daripada fantasi itu berjaya mencipta dan merungkai satu kejadian atau misteri yang berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan. Unsur itulah yang diterapkan dalam filem ini, di mana fantasi heroin dalam heroin ini berjaya menyelesaikan satu kejadian pembunuhan,yang cukup tragis, di mana kejadian itu jugak ada kena mengena dengan hero dan heroin jugak.
Apa yang pasti, filem ini berjaya dikerat kepada 3 bahagian, dan dua bahagian terakhir itu cukup signifikan dengan kehidupan hero dan heroin di masa sekarang. Setiap yang terjadi di masa lampau itu, berjaya diselesaikan dengan hanya fantasi seseorang. Benarkah ini memang berlaku sebenarnya? maka itulah persoalan yang ditinggalkan. Untuk babak berlawan, Yaa..Dhanush atau hero dalam filem Anegan ni lawan sempoi. Memang best. Boleh la dari cerita SHAMITABH di tidak lawan langsung. Jadi jangan buang masa, aku bagi 4.5 bintang filem ini. Sebab jalan cerita dia memang pelik, dan bila nak abis filem ni hampa akan rasa puas, dan ada jugak sedikit rasa di spinkan oleh pengarah filem ini. Jadi Selamat menonton!!!!
Sekian terima kasih
Montana
Be The Best to win The Best
Rujukan/Reference:
1. http://en.wikipedia.org/wiki/K._V._Anand
2. http://cinemaz.in/gallery_pic/org/mg_12.jpg