Instagram
Sitegiant E-Commerce

Sunday 4 January 2015

SUPERSTAR- Lingaa (2014)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan di luar sana, harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Fuhh..lamanya rasa tak menulih ni. Awat tah yang jadi baloq liat sangat ni. Hari ni rasa nak menulih dan share lah dengan hampa semua dengan filem yang baru aku tengok baru-baru ini, dan memang aku dah disiplinkan diri aku dah, kalau ada movie yang aku dah tengok aku akan cuba untuk share dengan hampa semua. Last movie dan post aku pasai Anjaan, lakonan Suriya dan lepas tu aku lama xtengok wayang dah, sibuk dengan nak habih tahun ni, kerja. La ni dah nak ujung2 taun, dan la aku tengok. Tu pun ada movie hero favourite aku pun aku terlepas tengok. Ni pun kira langkah kanan ja ni,aku lalu depan panggung tengok ada banner ini movie. DAn aku rasa movie dia ni xperlu dipertikaikan lagi, sebab hero dia ni kalau xtengok maka xlengkap sebagai seorang peminat filem Tamil, bagi aku la, xtaw la prinsip hampa macamana kan. Hahaha.


Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan yang sudi komen di ruangan komen blog aku ini. Tergerak hati walau dengan hanya satu komen itulah, aku rasa macam nak tulih hari ini. Di antaranya adalah komen yang mintak supaya aku cuba review filem SUPERSTAR yang terbaru. Jadi secepat yang mungkin  sebelum urat baloq aku naik, maka aku cuba untuk menulis dan berkongsi dengan semua orang pasai filem terbaru SUPERSTAR ini. Buat pengetahuan anda semua, kalau sebut nama dia ramai di kalangan kita yang bukan orang India kenai, tapi di kalangan orang India sendiri depa xsebut nama betul hero ni, tetapi depa bagi satu gelaran yang hanya bila disebut " SUPERSTAR" maka depa akan tau, hanya insan ini sorang ja di hati mereka yang dipanggil macamtu.






Jadi, hampa kenal kot sama ini SUPERSTAR? kompom kenai punya lah..Ni lah Legend!! tengok gaya pun taw dah, tengok dalam gambaq tu ramai akan "oooo dia ni". Haaa memang dia la, masuk tahun baru ini pun masih ramai orang yang beratoq panjang di panggung Butterworth semata-mata nak tengok hero depa berlakon,dari kaunter sampai ke bahu jalan depa beratoq, punya nak tengok, nasib tang aku xkena beratoq sampai macamtu, tapi kalau dah kena pun apa bleh buat, beratoq jugak la. Hehehe.. Berhibur,dalam masa yang sama jangan dilupa etika adab membeli tiket, beratoq la naa,jangan main potong turn orang, xbaik. Jangan risau, yang nak masuk tetap kena bayaq dan filem tu jugak yang akan ditayangkan, so be patient.

Filem kali ini, aku habaq siap-siap, aku bagi 5 bintang, yaa memang aku bias kali nii sebab hero dia SUPERSTAR. Hahah. Cara aku tengok wayang,cerita apa pun kalau sapa2 dah pernah baca pasai Montana, aku punya cara akan tengok hero dulu, kalau hero tu ada aku akan tengok. So dalam industri filem Tamil, Rajinikanth ni tergolong dalam kategori Umum iaitu memang hampa kena tengok,tanpa dibanding-banding dengan mana-mana hero dah. Dia ada tempat dan podium tersendiri,xleh dibanding-banding,jangan. Tengok ja muka dia ni, tengok teruih xyah tanya dah. Hahah..sebab bagi aku, SUPERSTAR mesti bagi yang the best kepada peminat dia, dan buat masa ini filem ini dah pun box office di India, dan aku selitkan sedikit info terkini dari CNN, khabarnya peminat Rajinikanth yang berumur 58 tahun didapati mati semasa menonton filem ini. Kenapa pa sampai mati? hat tu aku xtaw la na..Aku xberani nak hurai sebab aku xtaw hujung pangkai. Hampa boleh check benda tu di internet. Mati pasai seronok sangat ka,mati sakit dalam panggung ka, terkejut dengan gaya dia ka, aku xtaw..hehehe...

Jadi xyah hurai panjang sangat la na,sebab satgi xabih lak nak cerita. Ok, kali ini punya movie best. Mula-mula cerita, dah ada lagu dah. Tapi lagu dia memang sempoi, muzik dia sama,dengaq lutut boleh dok goyang secara tidak sengaja oo. Watak superstar dalam ni adalah nama movie ini iaitu Lingaa. Dalam filem ini, dia memegang watak sebagai seorang pencuri yang profesional, dan dibantu oleh pelawak terkenal depa iaitu Santhanam, nama sebenar tapi nama pak lawak ni dalam movie ni aku xingat. Kerja-kerja mencuri depa ini mendapat perhatian seorang wartawan wanita, yang akhirnya cuba perangkap hero untuk dibawa balik ke kampung wartawan wanita iaitu heroin dalam filem ini. Ini adalah kerana Lingaa dipercayai oleh penduduk tempatan kampung heroin ini sebagai seorang waris Raja yang banyak membantu membangunkan sosial ekonomi penduduk kampung Solaiyur. Kira Tok Wan Lingaa ni, raja yang baik dan telah membantu kampung depa dengan projek mega, iaitu membina empangan kepada penduduk di situ. Namun Lingaa sendiri membenci tokwan dia, sebab dia ni ada orang racun pemikiran dia dengan mengatakan tokwan dia Iaitu Raja Lingaasamy ni seorang yang boros,suka-suka hati perabih duit dan xmempedulikan orang di sekeliling. Itu yang dia taw.

Maka pada suatu hari Lingaa berjaya dibawa heroin ke kampung, dan ada orang yang tengok dia cukup sanjung dia, khabarnya muka dia macam tokwan dia. Memang pun, tokwan dia, Dia jugak. Maksud aku, watak Lingaa dan Raja Lingaasamy iaitu tokwan dia adalah orang yang sama jugak, iaitu Rajinikanth.Hehehe. Tu yang depa kata muka sama tu, memang sama la orang tu gak berlakon. Hero dalam cerita ni seorang pencuri barang kemas, dan minat dia untuk ikut heroin balik kampung tu kerana dia dapat info di dalam kuil di kampung tu tersimpan batu zamrud paling mahai xsilap aku. Maka diwaktu dia hampir kantoi nak mencuri itu, maka filem bertukaq menjadi flashback di tahun 1930, menceritakan kepada kita sebagai penonton siapa tokwan Lingaa ini sebenarnya.

Plot cerita semakin menarik sewaktu konflik di antara kerajaan British,sebagai watak antagonist menentang Raja Lingaasamy, kerana beliau meletak jawatan sebagai Collector kerajaan British. Dia letak jawatan sebab ada isu yang dia xpuaih ati dengan kerajaan British ini. Dalam babak ni, Rajinikanth mula memainkan emosi kita sebagai pelakon di mana dia gadaikan semua harta dia, demi untuk membina empangan kepada penduduk di situ. Lagi menyedihkan apabila ada tukang belot di kalangan masyarakat itu, yang menjadi tali barut British untuk menjatuhkan Raja Lingaasamy. Watak tali barut ni kalau hampa tengok memang geram,sebab dia berjaya memecah belahkan penduduk di situ dengan isu kasta. Memang sensitif la isu ni sampai Raja Lingasaamy terpaksa menggunakan akal sepenuhnya untuk selesaikan isu ini. Sampai satu ketika itu, penduduk di situ halau pulak raja Lingaasamy ni sebab dah terpengaruh dengan ayat2 tali barut tadi yang mengatakan Raja Lingaasamy ni nak juai tanah depa untuk buat empangan,dan empangan itu dibuat kepada kerajaan british bukannya penduduk tempatan. Hampa boleh tengok waktu ni,masa Raja Lingaasamy kena halau, dia releks jaa..Senyummm ja.. Sebab dia taw tali barut tu punya kerja. Dia pun hilang dari kampung dan membawa diri sehinggakan seorang bini salah seorang pegawai British tu bagitaw kat penduduk situ yang depa ni bodoh,cepat percaya khabar angin dan halau seorang yang cukup baik. Raja Lingaasamy gadai habih harta dia waktu tu,istana dia dan segala-segalanya sebagai dana nak membina empangan. Ternyata depa rasa bersalah lepas taw depa dah halau insan yang baik dengan depa.

Babak yang paling aku xtahan, waktu penduduk kampung keluaq nak mencari Raja Lingaasamy,sebab nak minta maaf atas misunderstanding depa tu. Dalam keadaan kelaparan kerana geografi kampung depa waktu itu ketandusan air dan makanan, waktu ini lah Raja Lingasaamy muncul dan bagi depa makan. Dari seorang raja, berpindah duduk di pondok usang. Sambil dia memberi depa makan, waktu tu la penduduk-penduduk yang keluaq pi cari dia tu makan di pondok usang Raja Lingaasamy sambil menitik ayaq mata. Depa sedih sebab depa dah hina dia macam2,halau dia dan dalam keadaan macamtu Raja Lingaasamy boleh berbuat baik lagi kat depa tanpa ada rasa sikit pun nak marah depa. Di sinilah aku teringat, dan waktu inilah director filem ni iaitu K.S. Ravikumar cuba membawa masej "balas kejahatan dengan kebaikkan'' dan babak ni memang SUPERSTAR bawak dengan baik sekali. Credit to you Rajinikanth. Hampa boleh bayang dak, depan hampa ada orang makan sambil menangis?sebab dah buat silap kat orang yang dulu yg depa hina, orang tu yang bagi depa makan.huhuhuh...touchinggg weiiii

Jalan cerita kali ini xbanyak fight,babak lambung merata alam,kurang dalam filem ini. Sebab aku rasa director nak bawak kita tengok kehidupan, bukan fantasi semata-mata. Isu gila kuasa, pembelot cukup kuat dalam filem ini yang bagi aku SUPERSTAR memang master dalam bab-bab ini. Apa yang aku boleh bagitau movie kali ini macam ada unsur-unsur seperti filem2 dia yang terdahulu. Ada unsur,kaya,jadi susah,tolong orang miskin dan lawan. Cuma Lingaa ni adalah filem masa kini, maka effect dia xmacam dulu dah,ada bullet time punya scene waktu dia lawan. Hahaha..memang terhibur.

Jadi aku cadangkan sapa nak pi tengok tu, silakan. Jangan risau,xrugi memang best.



Sekian terima kasih.

Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan:

1. 1.http://static.dnaindia.com/sites/default/files/2014/11/18/284982-lingaa.jpg
2. http://en.wikipedia.org/wiki/K._S._Ravikumar



6 comments:

  1. Balas kejahatan dengan kebaikkan so sweet...

    ReplyDelete
  2. Memang bagui u punya blog ni, terhibur...astro first skarang dah main Lingaa layanilah.

    sambil itu tolong review filem yang tengah main kat box office 241, Salim, memang bagus cerita dia. Ini adalah sequel to Naan beberapa tahun yg lepas.

    also please review on kamal haasans movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..filem kamal hassan dlm pertimbangan☺☺☺

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...