Instagram
Sitegiant E-Commerce

Tuesday 1 October 2013

Cerita Terbaru Vijay...THALAIVAA.

Assalamualaikum dan selamat petang.

huhhh....agak suram kali ni di area-area Pulau Pinang..Mendung jangan di sangka tiada hujan.Begitulah pepatah orang lama-lama kan...Namun kerja masih dan harus dilakukan.


Post aku kali ni agak simple.Dan kalau anda semua boleh perhatikan tajuk post di atas, aku akan highlight kan mengenai cerita terbaru star Tamil, Illaya Thalapathy Vijay..xsilap aku dalam bukan 9 baru2 ni aku tengok..cerita dia memang best brooo...memang best..Banyak2 cerita dia aku tengok kali ni memang mengancam, menyentuh jiwa dan lagu dia yg bertajuk Thalapathy di tengah2 perjalanan cerita satu macam punya semangat dia bagi pada penonton. Aku suggest pada sapa yg belum tengok lagi boleh p cari cerita ni di mana2 kedai CD yang berdekatan. Sapa yang ada Astro boleh cuba tengok dalam Astro FIRST, kot2 dah ada dah.



Tiket Wayang




Cuba hampa perhati tengok..memang tiket sama broo..tapi..tarikh lain-lain..Ini menunjukkan aku pi tengo filem Thalaivaa ni DUA kali kot..hahahaah..Hari mula aku p sorang2 yg kedua tu aku pi sekali ngan kawan2 aku yg bleh dikatakan HARDCORE gak la bab2 TAMIL ni....amacam?ada brani masuk panggung "SATU MALAYSIA" sorang2?hahahaha.




Thalaivaa Poster

THALAIVAA (LEADER)


Thalaivaa, yang membawa maksud "LEADER" adalah cerita yang berkisarkan seorang anak muda yang bernama Vishwa( Vijay la tu) yang dalam cerita tu dia boleh dikatakan membesar di Australia. Dia ni kira orang berada gak la sebab dalam cerita tu dia ada kilang ayaq mineral. So jalan cerita dia bermula apabila dia kenal seorang achi ( Amala Paul) dan bercadang untuk berkahwin. Namun bapak Amala ni nak jumpa ngan bapak Vijay ni la sebab dalam adat depa dah jadi kebiasaan kena la jumpa bakal Bisan dia katanya la..


Jalan cerita dia best, action dia sempoi, dan plot cerita dia cukup thrill sebab klimaks cerita ni mula melonjak apabila bapak Vijay, Anna ( Sathyaraj) mati dalam van polis. Pergh..babak ni pilu beb sebab ada aunty dalam panggung sebelah aku dia duduk menitik ayaq mata kot aunty tu.. Dan aku pun bleh bayangkan mcmana kalau aku duduk tempat Vijay waktu tu.. Perghh mesti pilu wei. Dari kecik xpernah jumpa bapak, bila jumpa bapak itulah kali terakhirnya perjumpaan mereka.

Watak Villain atau penjahat dia ni memang selalu dah dok jadi jahat. Aku xingat nama dia, tapi banyak dalam filem Vijay dia dok jadi jahat dan selalu membantutkan proses Vijay untuk kekalkan momentum dia sebagai hero.Tapi macam biasa la, last sekali kira dia kena buah tikam betui tengkok la jawabnya..hahaha..


Aku suggest cerita ni hampa tengok..serius best..Sebab banyak cerita Vijay aku tengok, cerita ni memang unik dan ada kelainan dia tersendiri. Tidak ada babak tumbok lepaih tingkat 3 (sikit2 tu ada la) dan banyak moral of the story dia berkisarkan komuniti, dan keikhlasan dia dalam menyatukan puak-puak lain dengan puak-puak dia. Sebab tu tajuk dia Thailaivaa, Leader.

Setakat ini aku cerita, apa-apa anda semua boleh cari dalam mana-mana sumber lain. Jalan cerita dia memang best.best..best...itu ja aku mampu bagitaw..sekian..Selamat Petang..



Jom Balik la wei...tunggu lagi!!!



5 comments:

  1. eh mr tana...u are malay kan...then u pergi ke cinema yang penuh dgn indian ka...woww...it superb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..hahaha...itu bukan perkara mustahil...1 Malaysia maaaa

      Delete
  2. ya ya...itu betul...bagus lah u...hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Kepada semua blogger kat luar... contohilah post nie...
    walaupun simple.. tapi berisi...

    my web site Butik Blouse Malaysia

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...