Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 26 June 2014

Blow (2001)

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua moga tuan2 dan puan2 semua sihat sejahtera hendaknya di hari jumaat ini...







Ni semalam punya cerita..amacam???tudiaa isi...nohhaiii...Batu Kurau, Perak punya mari...isi cunn, macam Eva Mandez,feewitt...Ingat nak selfie kelmarin dengan durian ni,rasa macam malu lak kat tuan2 dan puan sekalian tu xjadi laa aku amik gambaq durian ja laa..Batu Kurau punya,jarang mengecewakan..Aku yg bukan hantu durian ni pun bleh makan la durian Batu Kurau ni... Tadi pagi,sat2 tadi member pejabat aku, Pak Omm(bukan nama sebenar) bawak mai durian jugak..Yang tu pun bleh gagah gak rasa tu, macam Connetto Magneto Wolverine semua ada dia punya taste..nyum2..heh heh heh...Berdasarkan picture di atas ni, durian ni kira macam hadiah kat aku, pasai dok wat muka sekupang,terpinga2 dan dok tanya soalan2 yg bagi member aku rimas mendengarnya..Dia bawak mai durian yg orang dah order kat dia,yg aku ni dok xdok nak serbu tembok xpakai helmet nak p beli memang xdapat la..Last2 aku buat muka terpinga2 dapat la sebutir durian...nindia habaq mai isi cun..

Malam tadi aku dok tengok tv, sambil2 aku dok layan laptop tu dengaq la siaran tv member aku dok layan drama Melayu..Pergh bukan main kawan serumah aku ni dia dok feedback pasai drama tu..Aku xtaw nama apa tah drama tu tapi aku kenai la hero lama, Razak Ahmad ngan Liza Abdullah..Razak Ahmad ni memang pandai berlakon betui sama la ngan Liza Abdullah..Liza Abdullah ni kalau jadi mak tiri anak tiri kira penuh cap mohor la kat lengan di alam realiti..Tengok muka dia sudah gerun oo macha... Sambil2 tu aku dok layan kawan aku tengok tu aku teringat satu filem Mat Salleh yg aku nak share ngan hampa..Best filem ni..Hero lama..Tapi xsampai tahap Veteran lagi rasanya hero tu sekarang ni..




Johnny Deep


Aku tengok filem ni lama dah..Salah satu faktor yang aku nak tengok ni memang pasai Hero laa.Hero smart tuu..Johnny Deep dalam cerita ni dia pakai baju apa pun kemaih,lepaih tu Johnny ni buat p rambut lagu mana pun,kacak ja macam Boni Kacak. Dalam filem ni dia rambut panjang..perghh smart hahahah...Cerita ni xsilap aku release tahun 2001.. Lama dah filem ni...Aku tengok pun sudah lama saja teringat nak share ngan hampa, cerita ni berdasarkan kisah sebenar yg berlaku di Amerika Syarikat. Berdasarkan subjek yg bernama George Jung, seorang Kartel Dadah terbesaq di USA tahun 1980an, di mana dia banyak membawa masuk dadah atau kokain dari Columbia dalam skala yg cukup besaq. Johnny Deep kira bawak watak George Jung ni laa.Fakta serba sedikit, George Jung ni dah dipenjarakan hampir 2 dekad lamanya, dan aku terbaca satu artikel dia baru saja dibebaskan dalam bulan 6 ni jugak,dalam 3 Jun 2014..Punya lama melingkup dalam penjara,dari tahun 80an kot la baru nak keluaq.George Jung tu pun lani umoq dah 71 dah.hahaha...Tok wan baru keluaq jail nooo..Jangan dok p bercucuk tanam lagi skali lak tidak mampuih keraih dalam jail lagi skali la nampak gaya.





Source : BostonMagazine.Com


Haa ni la rupa George Jung Sebenar,kiri tu la hero filem Blow ni...Tok Wan dah..baru nak keluaq jail..Apa bleh buat,salah besaq..Kalau kat sini mau gantung dah orang tua ni.. Ok ulasan aku simple ja.. Cerita ni berkisarkan kisah kehidupan George Jung,sepanjang dia membesar di Boston, USA xsilap aku... George memang mempunyai seorang bapak yang baik. Dalam cerita ni bapak dia xsilap aku lagi seorang yang begitu sayang kat diaa.. Sentiasa menyokong apa yang dia buat..Sampai besaq, dia cool dan begitu rapat dengan bapak dia..

Semasa dia meningkat remaja, dia ada member sorang nama Tuna. Tuna ni kira sehati sejiwa dia la.. Sewaktu dia dok lepak kat rumah sewa depa, Tuna ni la yg start dulu bab2 drug ni..Aku rasa macamtu la sebab George dalam cerita ni dia isap rokok ja..Tuna ni la yg ajaq dia..DIa kata mai la isap ni plak lagi best..Isap punya isap jadi seronok..Lepas tu mula la meniaga kecil-kecilan di Kolej tempat depa belajaq.. Bermula dari sini la dia berjinak2 dengan dadah ni..Mula2 amik kat distributor..besa la ada orang tengah harga mahai kalau amik,kalau amik sendiri dari source bleh jimat dan menguntungkan lagi..Bisnes bangg bisnes..hahaha.. Dalam masa ni dia ada kawan sorang cikaro..Lawa dia punya cikaro...Cikaro dia pun turut serta tolong dia build up dalam industri Kartel Dadah ni.. Kerja pramugari, dadah kira simpan dalam beg baju pramugari.. Awek dia mau tolong dia amik dadah dari luaq bawak masuk US..di sini ada logiknya kerana, sapa nak p cek beg pramugari?betui gak sebab selama ni rasa beg depa mana ada orang cek..Di sini dia semakin berjaya buat duit sehinggakan dia turun padang sendiri di Mexico di awal pembabitan dia dalam dadah ni..Beli dekat source terus..hahaha...

Cerita jadi bertambah rancak apabila dia berjaya bawak masuk dadah dalam kuantiti yg banyak dari Columbia. Haa dalam ni ada la sapa pernah dengaq nama Pablo Escobar, ni la karter Dadah Columbia terbesaq zaman 70-80an...Kira George ni dapat amik dadah dari Pablo ni yg kaya melampau2 ni sampai ada satu scene tu dia tunjuk depa simpan duit dalam rumah, penuh rumah duit ni sampai ke dalam jamban ada duit..Nak kata dulu punya kaya hahaha.... Di ending cerita hampa bleh tengok sendiri di mana kawan2 dia makan dia..Depa trap dia supaya kena tangkap dengan Polis dan dipenjara..Laa ni cerita dia baru keluaq jail... Ramai kawan2 dia xpuas hati dengan kejayaan dia..Tu yg depa buat macamtu kat dia dan bukan sekali dia kena tangkap tapi banyak kali gak la...Bini dia Penelope Cruz pun taikk gak..Buat perbuatan yg bleh bagi laki kena tangkap..tara tuu la depa..hhahaha.. best cerita ni, part kawan2 dia Frame dia supaya kena tangkap tu memang sedih la..Depa fokus kat muka dia masa tu macam dia xpercaya dan sangka kawan2 sanggup buat lagu tu kat dia...Hampa bleh tengok sendiri filem ni..Memang best.

Sebenarnya nilai filem ni bukan pada nak tunjuk kekayaan drug dealer ni tuan2,tapi sebenarnya filem ni sarat dengan masej kemanusiaan...Ya betul..Dari awal dah tunjuk dah George ni memang anak tunggal..Biasa la tunggal kan, laki lak tuu... kira dia buat apa semua bapak dia setuju dan sentiasa menyokong dia.. Di sini US cuba nak menerapkan budaya layan anak macam kawan dan Human Right seseorang manusia itu. Dan bila dia dah besaq, bapak dia taw dia karter dadah,kekayaan dia dan segala yg dia ada tapi  bapak dia  xpernah xmarah dia dan membangkang apa yg dia buat.. Bapak dia cuma bgtau dia yg bapak dia xpernah ajaq dia untuk pi ke arah yg xbetul ni, dalam nada sayu dan patah semangat seorang ayah.. Tapi pak dia kata dah hang pilih jalan ni, bapak dia xkata apa la..Mak dia memang xleh tengok muka dia langsung dah..Tapi tu yg kata kasih sayang seorang bapak tu, dia taw yg maybe dia fail dalam membesarkan anak dia, tapi dia akan cuba untuk tidak fail dalam kasih sayang kat anak dia..Tu yg kata bapak tuu..heheheh.. Begitu jugak akhir sekali jadi kat George di mana dia ada anak Perempuan, yg dia xdapat lihat pembesaran anak dia sebab dia banyak habih masa dok dalam jail ja..Jadi nak taw hampa tengok sendiri la lagi best..xlarat dah aih tulih ni banyak jadi merapu jaa stg..


Sekian terima kasih dan Salam Jumaat semua... Selamat Menyambut Ramadhan ;-)


Montana
Be The Best to Win The Best

29 comments:

  1. Baca sampai habis...sekali ending xdak..awat xhabiskan aje cerita tu..huhuuu
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Saya hantu durian. Aduh mana nak cari durian sedap2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja kasi saspen..tengok sendiri lagi best wooo..ini cerita tarak bosan punya

      Delete
  2. tak tengok lagi ceta blow ni..ingat nak beli durian laa..:)

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi tengok cite ni..awat la depa tak tayang kat HBO

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dok tengok dalam HBO belum ada lagi filem2 lama ni

      Delete
  4. Pergh pergh pergh !! "Yang tu pun bleh gagah gak rasa tu, macam Connetto Magneto Wolverine semua ada dia punya taste" , hahaha , xley blah ayat . Habeh semua disamakan . "Johnny ni buat p rambut lagu mana pun,kacak ja macam Boni Kacak" .. Btw , best baca loghat utaqa hat pekat mcm ni . Lps ni mkn durian smbil tngok movie . ;)

    ReplyDelete
  5. mata SA lebih terarah pada 2 ulas durian di atas sekali...until now terbayang2 ...omg....

    ReplyDelete
  6. Excellent blog you've got here.. It's difficult to find high
    quality writing like yours nowadays. I honestly appreciate people like
    you! Take care!!

    Check out my homepage :: draughts hard

    ReplyDelete
  7. I blog often and I truly appreciate your content. Your article has
    really peaked my interest. I will bookmark
    your site and keep checking for new details about once per week.
    I subscribed to your RSS feed too.

    Take a look at my webpage :: repair center

    ReplyDelete
  8. sis mmg hantu durian ... rasa mcm nak cari lak citer blow ni kat youtube .

    ReplyDelete
  9. Thannk you for some other magnificent article. The place else could anyobe get that
    kind of information in such a perfect manner of writing?
    I have a presentation next week, and I'mon the look for such info.


    My weblog - finde sextreffen in berlin

    ReplyDelete
  10. Mula-mula dah tungjuk durian. hahaha, musim durian sekarang.

    ReplyDelete
  11. Haviong read this I thought it was very enlightening.

    I appreciate you spending some time and effirt to put this information together.
    I once again find myself spending a lot of time both reading and
    commenting. But so what, it was still worthwhile!


    Also visit my web-site; weiter ()

    ReplyDelete
  12. Cerita pasai durian, semalam akak pun beli durian, tapi tak tau mai tang mana takdan nak nanya, balik ghija dah nak magrib, murah-murah..6 biji spoloh renggit..eh..alamak,,jadi ka salang penang,,he he

    Salam ramadhan buat Montana dan keluarga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Puan kedatangan anda memberi semangat ;-) kira boleh la slang tu pukui rata la..hhaha..Salam Ramadhan juga kepada Puan Sekeluarga

      Delete
  13. ingatkan nk cerita smpai hbis, hehe bru dok syok baca ..:) nanti bleh try tengok..ada ka kt youtube ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita sampai habis xtrill la Ika oo..ada kot...cuba cari mana tahu ada kan (ayat style dalam buku) ;-)

      Delete
  14. wah durian batu kurau..ingatka duraian balik pulau..api rasa dia memg terbaik bro..
    filem blow..x pnag dgr pun tapi review agak mnarik bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik Pulau Mahai lagi kott..menarik2..cuba cari nooo

      Delete
  15. Waa.. teringin makan durian plak :3

    ReplyDelete
  16. tgk gambar durian tu yg tak tahan tu.apa pun biasa la dlm bzz mmg ada n sentiasa wujud kwn mkn kwn.tu mmg fakta 100% tepat.so kena la hati2 walau dlm bidang jenayah (dadah) sekali pun ehehe

    Selamat menyambut Ramadhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut ramadhan juga Bro Harith...selamat menjalankan ibadah puasa..muka jgn 3 segi noo..hehehe... melawak jaaa

      Delete
  17. nasib baik lum posa , terliur tgk durian tu ...

    ReplyDelete
  18. johnny depp??fuyooo..minat kat dia,tau..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ka..senang2 mai la area Nibong Tebal Johnny Deep orang Orang Sini..dia sekolah Teknik Nibong Tebal dulu sat

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...