Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 10 July 2014

Hero Tamil Menantu Superstar- Dhanush


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan di luar sana. Harap anda semua sihat, dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna di bulan Ramadhan ini. Kepada penyokong Argentina, wow seronoklah hampa noo.Sakan la Argentina masuk Final lawan dengan Germany. Harap-harap final nanti akan menyajikan perlawanan yang menarik. German memang bagi aku cukup tektikal permainan depa..Layak menang dan Brazil xleh nak kata apa kat depa. Bukan pasai 7, tapi memang German layak menang. Usaha dan hasilnya ada.

Baru-baru ni punya entry aku pasai Mind Your Language, ataupun siaran sitkom bersiri di stesen TV nasional kita. Hurm..Banyak juga komen yang aku baca di situ otai2 lama, dan ramai jugak yang xtaw. Itu biasa sebab itu pun bukan zaman aku jugak. Cuma depa2 yg betul2 tengok masa tu kompom akan terkenang kan. Ya la cerita itu walaupun cuma sitkom dia mengajaq dalam waktu berlawak juga.Tu yang best tu. Tapi xpa la aku pun just share ja. Memori tu kadang2 membantu kita jugak kan jadi lebih elok. 

Baru-baru ni aku ada dah review pasal hero Telegu kan. Jadi hari ni apa kata aku nak review balik pasal hero Tamil pulak..hehehe..Ok la tu kan. Aku nak share pasai hero Tamil ja la sebab ni ja aku taw, nak share cerita Pi Korea pun xdak sebab dok area2 ni ja Pun. Jadi aku share ja la pasal hero Tamil. Amacam? aku dok pikiaq nak share pasai hero mana satu. Sebelum ni Aku dah review dah pasal Vijay ngan Jayem Ravi, banyak lagi hero lain. Nak dapat mood nak tulih tu bukan senang. Sebab nak kena pikiaq apa yg nak tulis. Stg tulih xkena banyak masalah di hadapan. Mungkin sebab penulisan kita mengguriskan hati sesetengah pihak, atau menyusahakan sesuatu pihak. Haa tu saja dah bagi slow dah jari dok tekan ni. Hurm...Tapi aku ada rasa la nak tulis pasai hero ni. Aku rasa banyak juga filem dia yang aku review dalam blog aku ni.




Menantu Superstar


Nama : Dhanush
D.O.B : 28 Julai 1983, Chennai, Tamil Nadu
Tinggi: 174cm
Pasangan : Aishwarya
Anugerah : National Film Award For Best Actor 2011
Kebolehan : Sangat cool, releks dalam situasi yang perlu dia kalut, tp dia releks, serta  pandai menari
Kombo istimewa : Jangan dok tolak badan dia banyak kali, kalau tidak dia genggam tangan, mata dia ada jegei, jari tunjuk kat muka masa itu penjahat kena pukul melambung-lambung
Kekerapan dalam filem : Suka pakai kain pelikat

Filem Dhanush yang pernah di review :


Dua filem dia di atas boleh dikatakan filem yang aku dah tengok dan aku rasa filem ni boleh ditonton oleh siapa-siapa yang belum kenal hero ni. Buat pengetahuan, Dhanush ni la menantu kepada Rajinikanth, yang setengah orang dok tengok Padaiyappa tu kan.Haa ini hero dia punya menantu la.. Menantu Superstar la senang kenal sikit. Dhanush ni banyak lagi filem dia yang aku dah tonton. Dari awal dia berlakon sampai la filem dia yang sekarang. Dhanush ni kepada siapa-siapa yang betul2 nak tengok movie dia, better cari filem dia yang lama-lama, bukan apa kalau yang baru-baru nanti kot-kot hampa xleh nak tengok. Ada yang boring, ada yg slow dan ada lagi ciri-ciri yang mungkin buatkan hampa xselesa. Jadi bagi aku filem lama2 dia boleh tengok kalau baru aku nasihatkan tanya tokey kedai tu dulu samaada best atau tidak..Kalau hampa pakat capai ja CD dia ni kot2 kena xbest menyesal xsudah hampa..hehehe

Dhanush ni bagi aku adalah hero yang agak agresif dalam lakonan dia. Walaupun macam biodata di atas aku kata cool, tapi ada sesetengah babak lakonan dia memang agresif dari segi perbuatan dan percakapan dia. Dhanush ni memang betul menghayati watak, seperti hero-hero lain jugak, cuma cara macam aku kata tetap berlainan. Dia ni kalau berlakon susah, dengan jambang, gaya dia dan Dhanush ni memang suka pakai kain pelikat dalam banyak filem dia. Pendek kata Hero yang muka kampung bagi aku dia ni la. Dia memang menghayati watak sebagai seorang anak kampung tu. Isap rokok daun, cara berjalan dengan kaki terbukak dia, memang seolah-olah dia memang kampung betui dalam filem tu.

Dhanush seperti juga hero lain, xterlepas daripada mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri. Dia bila berlakon, memang ada kelainan, kalau dia menangis, dia tunjuk muka dia menangis sungguh2, kalau dia marah, tangan ni dia boleh tampaq dinding sekuat-kuat hati. Hampa pernah tengok orang Tamil bergaduh laki bini di realiti? haa macam tu la Dhanush buat..Dia boleh jobb (terjah kaki ke depan dalam keadaan kasar) kat Heroin dalam filem yg dia berlakon oo..Aku tengok makk aih..Dia ni biaq betui. Bagi aku memang dia menghayati watak betul-betul punyalah. Ada satu filem tu aku tengok dia berlakon dengan anak  Kamal Hasan, hat tu lagi teruk. Dia menangis sungguh-sungguh dalam filem tu ngan anak Kamal Hasan pun sama naik jugak teriaknya. Hurmm jem2..hahahah.

Dari segi menari pun, dia agak agresif. Dia menari memang sungguh-sungguh punya jugak bila aku tengok. Xtaw la kalau orang lain kata biasa ja. Ya memang biasa tapi kita bila tengok riak wajah tu bleh kenai dah dia bersungguh ka dak kan..hehehe..Bagi aku la...Xda la terer menari tu, tapi dia bersungguh..Tu ja la. Memang kalau dia punya special atau power punya ability dia ni, kesimpulannya memang aku bleh kata dia seorang yang agresif dalam lakonan dia. Memang menjadi kalau dia berlakon.. Kalau mengamok memang mengamok betul-betul punya.. Tapi masih dalam konteks lakonan la, kalau tengah berlakon pegang parang dia buat betul2 jugak mau lari orang yang pegang kamera pun.


Aadukalam


Ni sedutan yang aku amik dari filem Aadukalam . Tu hampa tengok la dia bleh buat releks ja pakai kain pelikat. Ni filem kot dia buat biasa ja. Sebab dalam filem ni dia memang budak kampung. Terer dan champion dalam sabung Ayam. Jadi boleh budget la budak kampung kalau sabung ayam ni depa xberapa menitik berat sangat fesyen harian depa. Cukup la kan setakat baju kemeja, tapi kain pelikat. Hahahah hat tu xtahannnn banggg....



Dhanush


Hero ni kalau sapa yang pesyen minat susuk tubuh hebat, dia ni xtermasuk la dalam senarai sebab dia ni hero yang aku tengok badan xbesaq mana, tapi cita-cita cukup besaq. Dalam filem Aadukalam ni dia ada babak dia jadi kaya sebentar sebab dia ada menang bertaruh ayam. Besaq kemenangan tu sampai boleh membantu establishkan kehidupan dia dan mak dia. Di sini ada nilai kekeluargaan skit, susah macamana pun tanggujawab kat mak dia xabai. Dia beli kat mak dia sari baru, emas penuh lengan tu adalah babak yang kadang2 kita pun teringin nak rasa. Maksud aku xsemestinya bagi sari kan, itu Dhanush la, tapi kita budaya Melayu ni. Kalau ada duit banyak skit, perkara pertama memang kita akan bahagiakan orang yg kita sayang dulu, so macamtu la dia dalam filem ni. Dia bawak mak dia p supermarket, pilih mana sari mau. hahaha..Hampa tengok mak dia pilih kaler striking la balik silau mata orang kampung ooo...Itu selingan, tapi yang betulnya hati mak tu kita memang kena jaga betul. Cuma dalam filem ni dia ni sedikit panas baran punya orang. Itu ja la.

Aku xmau review banyak pasal filem dia sebab aku dah review filem dia ni. Cuma post kali ni, seperti post2 yang aku pernah publish iaitu aku saja nak share sedikit la apa yg aku taw pasal hero Tamil yang aku tengok. Ada yang mengatakan filem "LAGA" kita iras-iras filem Aadukalam ni...Aadukalam produce 2011, dan cerita dia ada yang kata plot2 hampir sama dengan LAGA.LAGA keluaq bila filem ni bila..hehehe..Aku xmau komen sebab aku tengok Aadukalam tapi LAGA aku xtengok. Tapi filem Aadukalam memang unsur perjudian sabung ayam, ada elemen hasad dengki, dan ada adegan gaduh yang menyebabkan hero sampai kena keluar dari daerah atas tuduhan membunuh otai sabung ayam. Nak taw hampa baca review, xpaham lagi hampa tengok sendiri  lah filem ni. Abih cerita.

Aku rasa cukup kot noo panjang-panjang sangat merapu lebih heh heh heh. Selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan ramadhan ini.  lagi 4 jam mau buka. Standby naaa jangan sampai buat perkara membatalkan puasa. In Shaa Allah.


Sekian terima kasih

Montana
Be The Best to win The Best

15 comments:

  1. amboi..hebat hang nooo, buat review retis filem tamil. akak tak tengok filem tamil tp best aaar baca entry hang. bravo!

    ReplyDelete
  2. mr Montana mmg minat filem tamil ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan Minat jugak la Krung Krungx

      Delete
  3. tapi hero-hero filem Tamil kalau menari memang beriya-iya.cam best je adukallam.

    ReplyDelete
  4. Salam hangat dari Blogger Indonesia ^_^ #PrayForGaza

    ReplyDelete
  5. boleh dikatakan peminat tegar ye...cek minat hindustan je..mai sini singgah pagi... :)

    ReplyDelete
  6. Patut la dia jadi hero sebab menantu sorang legend tu ;)

    ReplyDelete
  7. Salam 14 Ramadhan hero Tamil..he..he

    ReplyDelete
  8. Citer berkaitan hero tamil lagik, mmg peminat tegar nih :-)

    ReplyDelete
  9. Wah montana minat review cerita tamil nih

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...