Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 3 July 2014

Hero Filem Tamil- Vijay


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat menjalani Ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan teruskan menjalani Ibadah Puasa dengan lebih sempurna. Ramadhan yang ke-5 dah hari ni noo..Sat jaa..Pejam celik,makan,tidoq, tup2 sudahpun Ramadhan ke-5.. Tu macamana dah ready ka baju raya ka apa ka...hahaha..Saja tanya awai2 kot ada kakak2 kita yg terlepas pandang perkara ni..Saja melawak ja nooo..Kena bagi gerak skit urat2 pipi tu, baru awet muda skit, tambah kakak2 kita yg di luar sana yg memang menjaga kencantikkan punya kan..haa.kena banyak senyum kak long, baru bertambah cun...Lagi cun pada heroin Tamil oo kalau kena gaya...aik..Heroin Tamil..hurmmm....Nak p kot mana dah aku ni, pi mai pi mai kalih p kot tu ja la...

Kelmarin aku review pasai Jayam Ravi kan, jadi hari ni aku nak cuba tengok review sorang lagi hero lain. Hero ni aku rasa ramai yang kenai, dan ramai yang belum kenal, tapi rasanya di Tamil Nadu, India kompom kenai sapa ini macha. Filem dia bleh dikatakan dua kali jugak la aku pi panggung wayang tengok sendiri. Memang layan filem ini macha. Hero ni memang terkenal dengan banyak trademark dia, dan setiap filem dia kadang2 memang cukup meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menontonnya, tidak semua filem, tapi ada sesetengah cerita dia la..Tapi setakat ni cerita dia aku tengok kat wayang dua2 movie dia tu memang best2 belaka.





Nama: Joseph Vijay
Gelaran Yang Dimenangi: Illayathalapathy
D.O.B: 22 Jun 1974
Tinggi: 174cm
Pendidikan: Bsc. Visual Communication
Kecenderungan minat: Tourist sport(aku xtaw), London dan Los Angeles
Makanan kegemaran: Briyani Daging Kambing yg dimasak ibu sendiri dan tandoori
Pakaian: Jeans dan T-shirt
Warna Kegemaran: Biru dan Hitam
Cukup Gemarkan: Kereta terutamanya BMW
Kebolehan: Lawan  sambil hempoq dan baling orang sampai tiang elektrik
Kombo istimewa: Bila mata dia start merah, kolar baju diangkat, maka waktu itu dia punya syeh sudah mari


Ini serba sedikit biodata hero yang memang sebut Vijay, orang bleh bertumbok sesama sendiri kot. Aku pun korek merata gak ni saja nak share padahai bukan ada apa pun kan..Banyak2 benda,hurmmm..Tang Briyani kambing tuu..aduihh..aku bleh terbayang dah..Dan2 rasa nak pekena kat Nasik Kandaq kat Little India, Pulau Pinang..serius wei...Briyani situ memang terbaik..Aiyoo macha..Awat la hg suka briyani kambing, tengok aku pun dan2 rasa nak makan..Nasib baik lah puasa...tidak tadi memang aku cunggit p dah sana tambah la ni ada Jambatan Kedua lagi cepat kalau aku yg daerah Seberang Perai Selatan ni. Hurmm..ingat skit hari lagi nak kena pekena kot.Aku rasa pasai Vijay ni banyak makan Briyani kambing tu yg dalam filem dia tibai orang terbang sampai ke penjuru tiang elektrik kot..

Banyak filem Vijay yang aku tengok, dia ni di antara hero yang pandai bergurau..Dia boleh melawak, dalam masa dia serius,cerita tu memang dalam keadaan klimaks,dia bleh muncul dengan lawak yang bersahaja. Rata-rata hero ni kalau dia buat lawak xberapa nak jadi dah, tapi vijay lain dia boleh melawak..Kadang2 aku sampai boleh teka dan boleh baca la cara Vijay ni. Vijay punya filem, sapa jenis tengok filem xsabaq mesti xberapa nak boleh layan filem dia. Cerita Vijay bukan slow, tapi selalu filem kalau dia berlakon sebelum nak masuk Interval cerita dia kadang2 kelaut, tah apa2. Kadang2 awal2 satu2 cerita tu memang xsyok, tapi bila mai tengah dan nak habis cerita tu baru Vijay punya aura sudah mai..Dia mai...Memang bosan,diawal2 permulaan satu2 filem tu..Lebih kurang macam xda kena mengena la dengan dia tapi start nak mai tengah baru filem tu bertukaq jadi serius...Serius dan bertambah serius..Dalam masa serius tu Vijay boleh buat lawak balik tu, tapi lawak tu xberpanjangan, selalunya sat ja.

Itu kelainan yang ada pada Vijay ni. Satu lagi adegan filem Tamil ni xterlepas la kan dari menari dan babak gaduh, itu aku rasa asas filem Kollywood ni aku rasa..Aku rasa la. Depa ada satu lagi babak, yang di panggil "MASS SCENE"..Apa itu mass scene? mass scene ni adalah babak, di mana dia fokus pada hero semata2, contohnya kemunculannya dalam filem, gaya dia masuk dalam rumah, cara dia turun dari kereta nampak kaki dulu..haa itulah MASS SCENE..selalunya nak taw scene itu dalam keadaan MASS, tengok kamera dia..Kalau kamera tu fokus kat hero dalam keadaan slow Motion..Haa maka itulah MASS scene hahahaah,,,

Jadi apa sebenarnya yg ada pada Vijay ni? apa kelainan dia? Sudah tentu.Hero Tamil yang tampil dalam Industri semuanya ada kelebihan masing2.Dan kelebihan tu selalunya hero tu ja ada,dan hero lain pakat xtiru dah apa yg ada pada hero tu. Masing2 ada trademark sendiri. Tang ni yang kata kekuatan depa tu. Begitulah juga dengan Vijay ni, dia berlakon,dengan gayanya yang tersendiri. Gaya percakapan dia, bila dia marah, bila dia terpaksa manipulasi penjahat yg dok ganggu hidup dia, tu semua ada gaya sendiri tu. Ada yang hero cuma guna akal untuk tentang musuh, dan ada hero yg betui guna kudrat nak setel villain2 ni. Jadi ada masa Vijay kombinasikan akal dan kudrat dia. Memang kelainan betui punya macha. Vijay selalu banyak mass scene dalam filem dia, dan mass scene ni kadang2 dalam panggung boleh membuatkan orang yg mai tengok tu menjerit macam xboleh nak berenti. Seolah2 aura filem tu mai dari gaya dia tu. Memang Vijay cukup banyak gaya, kadang2 dia bercakap dengan penuh angkuh, dalam masa yg sama dia dimalukan penjahat. Waktu dia nak strike back terhadap penjahat, dia akan angkat koler baju, dalam masa sama gelang di tangan,tiba2 naik sampai ke siku selari dengan mata dia yang merah..Hahahah..tu yg kata kelainan tu.. Dan memang ability Vijay yg membuatkan dia ni memang disegani adalah gaya percakapan dia. Vijay mampu bercakap terlalu laju dan seolah2 berpantun xberenti kalau dia tengah nak gaduh dengan penjahat. Gaya pantun dia tu yg kadang2 boleh bagi naik syeh kita oo..hahaha...Ada masa dalam masa pantun tu, dia boleh plak tepuk paha tepuk tangan,seolah2 sarcastic penjahat depan dia..HOHOHO..yg ni memang extraordinary awesome..Aku suka..hahaha...

Jadi kalau berdasarkan balik filem2 Vijay yang aku pernah review, cuma satu filem ja dia lawan xhempoq lambung2 orang teruk2 sampai tiang elektrik iaitu filem THALAIVAA yang bermaksud Ketua. Boleh rujuk review filem ni sebab aku pernah review dah.. Cuma cerita ni saja selama aku dok tengok Vijay, dia berlakon lain daripada Kriteria seperti yg aku sebut di atas. Vijay Tampil dengan nafas baru, dia mana dia aku nampak lebih matang dalam lakonan dia, dia kurang bercakap, dan banyak menggunakan body language dia. Xada sangat babak mass pun dalam filem ni, tapi Vijay punya appereance memang boleh bagi hampa naik syeh punya, disajikan lagi dengan lagu2 dia yang best..Menaikkan lagi mood nak tengok filem ni.. Secara ringkasnya dia memegang watak Hero dalam masyarakat,bukan hero di mata Media atau Kerajaan..Orang kampung sayangkan dia,sebab bapak dia memang banyak berjasa dan selepas bapak dia mati dia pegang tampuk yg bapak dia tinggal pada dia.



Vijay


Time To Lead, itu ayat yg betul2 meninggalkan kesan pada penonton. Di waktu dia baru nak kenal bapak dia,di waktu dia baru nak merasa nak ada bini,nak bapak dia kenal bini dia, waktu tu bapak dia mati kena bom dalam kenderaan polis. Bapak dia memang wanted,tapi di mata Polis,tp di mata masyarakat ibarat Hero la..Jadi tagline Time To Lead ni la yg Vijay terpaksa ambil untuk teruskan Empayar bapak dia, sebelum ni Vijay xpernah Taw apa yg bapak dia buat dan apa yg buatkan bapak dia ni power sangat,tiba-tiba dia diangkat untuk memimpin Masyarakat di situ,yg lebih percaya kepada hero dari Polis sendiri. Dalam scene ni di sajikan satu babak di mana dia sendiri nak jumpa bapak dia punya susah, start dari dia turun airport nak ke port pak dia menyorok tu,berapa ramai orang berganti2 memberi maklumat kat dia..Bapak dia mai pun jumpa dia di tepi laut, dengan escort kapal pukat tunda punyalah ramai...Hahaha..Tu dia nak kata power xpower bapak dia. tup2 bapak dia mati...Dah la dia tengok Pak dia berapa kali ja, sebab kes ni la.. Bapak dia hidup dalam buangan,jadi sayang hero ataupun Vishwa dalam cerita ni, ayah dia sanggup letak Vijay di Australia, membesar semua di sana tanpa kasih sayang bapak. Dia komunikasi gak ngan pak dia,cuma dalam telefon, setelah sekian lama..Perghh..kalau aku pun xleh gitu kena jumpa gak mana main tepon2..huhuhuuu...

Dalam filem ni jugak wujud dua budaya, di antara Hindustan dengan Tamil. Ada punjabi atau singh, di mana satu scene tu hero berjaya menyatukan perbalahan puak antara Islam,Hindu dan juga Punjabi. Tu yang kata masej dalam filem ni banyak gak walaupun basicnya filem ni macam nak ke arah mafia jugak, tapi bukan mafia semata-mata. Bagi aku Vijay memang bagi the best shot untuk peminat dia. Nampak mature atau kematangan dia dalam lakonan dia.. Memang best.. Memang dalam filem ni dia xbanyak cakap, banyak main hangguk, tunjuk jari, jegei mata kat orang dan pakai spek mata macam dalam gambaq di atas.

Itu kelainan Vijay berbanding Hero2 lain dalam industri filem Tamil ni. Vijay memang bersemangat sungguh bila dia berkata2, walaupun aku xfaham sepatah pun, hanya subtitle semata2, kadang2 ayat2 dia guna tu menusuk kalbu kita yg dok tengok ni. Ayat dia berbentuk memberi semangat, jangan mudah putus asa dan ayat dia kalau berkenaan Mak ni, toksah cakap la,memang menyentuh hati gak la...DI sebabkan tu kot no dia suka briyani kambing masakan mak sendiri..huhuhhu...Dia bila bercakap dalam lakonan dia, bila dia kata dia bersumpah tuu.haa pasang laa..Siap la penjahat tu..Nasib memang malang la kawan tu..Xmasuk bawah meja melekat kat tiang elektrik..tu jaa..hahahaha.. Apapun kredit kepada Director Filem Thalaivaa ni iaitu A.L VIJAY sebab memang best la lu punya filem..

Aku suggest sapa2 yg xpernah tengok Tamil,nak tengok kalu start dengan tengok Vijay,sebab apa??sebab kalau hampa teruih tengok hero lain hampa jadi cepat boring.. Start dengan tengok filem2 dia, lepas tu baru hampa try tengok hero2 lain pulak..Amacam?hahahah..Tidak hampa kompom xbleh blah punya..


Thalaivaa




Ingat besok nak p cari Ray Ban ngan short sleeves macam Vijay pakai dalam poster ni laa, mana taw kot2 style kaa..Hahahaa...Pakai macamni pi pekena Briyani Kambing kat Kedai Nasik Kandaq lak..Perghh baruu caaraaaaa....Sekian terima kasih


Montana
Be The Best to win The Best

31 comments:

  1. Haha.. part Kombo istimewa tuh sy tergelak. Haha. Oh, masing2 hero ada trademark tersendiri laini. Sy pn lyn juga movie Tamil tp dulu lar, skg x tgk tv langsung, dh b,bln2 x tonton tv. Kenal jg dgn Vijay nih tp x igt dh movie apa yg di bintangi, serius movie tamil mmg best2.. tp plg femes Padaiyippa klu x silap aa, itu mmg legend siap ada parody katun g. Hehehe. Nice entri ^-^

    ReplyDelete
  2. Kdg2 tgk jugak movie tamil ni ;D hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Sally kompom layan cerita Mat Salleh punya xgitu heh he heh

      Delete
  3. klau plakon ni ika besa tngok movie dia, tayang kt tv2 tak slap, tp xtaw tjuk apa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlambak movie dari dari misai tebai sampai la nipih skit

      Delete
  4. salam. heehhehe penah jugak layan cerita tamil ni..2 kali kut rasanya..rasanyala

    p.s salam ramadhan :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. La kurang skit dah ada di tv2 ..salam ramadhan yg ke-5

      Delete
  5. hahaha...baru kenal n tau rupanya aktres ni..

    ReplyDelete
  6. vijay memang hensem... ada iras sket macam anil kapoor kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betui gak cikgu tapi hat tu star dahh last tengok dia berlakon Mission Impossible

      Delete
  7. bgus ar hang bro..slalu jugak tgok ulas / review pasai filem tamil..
    kalau aku jarang tgok cerita tamil kecuali tayang kat tv 2.. x pun kalau ada sajavi the boss berlakon.. itu wajib aku tgok

    ReplyDelete
  8. Salam ramadhan..
    Rajinnya layan..

    ReplyDelete
  9. Hero ni..akak memang minat dia tp la ni jarang dpt citer tamil sebab asik lupa time dia..

    ReplyDelete
  10. Hero Tamil... ensem gak.. :)

    ReplyDelete
  11. Gambar ni gamar masa Vijay muda kot... cerita hidustan/tamil yang baru-baru memang tak tau...

    ReplyDelete
  12. hero nie .. pernah tengok dia berlakon..wahh

    ReplyDelete
  13. Hensem bak hang Vijay ni. .hehe

    ReplyDelete
  14. ohh..eda suke hiro ni..agak comel..eda suke tgok dye,,hihi

    ReplyDelete
  15. Sis tmpang tye mne nk beli dvd movie vijay nye??dah hbs pusing kl ni xjmpe2...kot2 sis thu kedai yg jual dvd movie vijay ni tlg sharenye

    ReplyDelete
  16. Sis tmpang tye mne nk beli dvd movie vijay nye??dah hbs pusing kl ni xjmpe2...kot2 sis thu kedai yg jual dvd movie vijay ni tlg sharenye

    ReplyDelete
  17. Lebuh Ampang, Little India ada jual DVD Filem Tamil.

    ReplyDelete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...