Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday, 17 October 2013

Madrasapattinam- Arya

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua.Apa khabaq?harap hampa semua sihat noo..Cuaca agak best petang ni..Hangat dari siang tadi dan xnampak gaya nak hujan..Tapi kalau hujan pun rahmat..amin.. Jadi di petang ni,aku nak review skit pasal satu filem yang baru aku tengok semalam..Filem yang berlatarbelakangkan sejarah di India..Dan pertembungan dua budaya di antara Eropah dan Asia.Berkisarkan cerita sekitar tahun 1940, di mana India belum lagi mendapat kemerdekaan.





Madrasapattinam Poster
Madrasapattinam (2010)





Arya



Ni la hero dalam cerita Madrasapattinam ni..Nama dia Arya.Buat pengetahuan semua hero ni jarang berlakon, tapi sekali berlakon memang Box office cerita dia..Kebanyakkan filem dia macamtu aku dok tengok..Dia ni jarang sangat berlakon..Entah mengapa..mungkin tu polisi dia tetapkan kot, kalau nak amik dia, dia nak watak yg kena ngan dia ka apa ka..Pendek kata demand la kot..heheh..kira kalau kat Hollywood tu mcm Collin farrel la kot..





Amy Jackson



ehem2,,,heroin dia mat salleh kot macha..hahaha..Amy Jackson..bleh google pasai dia ni..Dengaq kata memang English Lady..tapi banyak habiskan masa di India..berlakon rasanya..Lebih kurang macamtu la..


Jadi cerita ni bermula dengan flashback dah, di mana seorang orang tua perempuan mat salleh, dia tiba-tiba teringat kat hero lama dia di India. So dia bercadang nk p India untuk cari balik hero lama dia. Kalau nk ikutkan balik, dia kenai hero masa anak dara dulu 1940 an, hitung sampai 2010..hampa kira sendiri la umoq orang tua tu berapa..hehehe..Jadi bila dia sampai sana, cerita bermula bila setiap kali dia tengok satu tempat tu, dia teringat masa dia muda2 dulu..Pendek kata masa muda dulu dia mai dari London, dia mai ke India atas dasar dia ni anak Gabenor British di India.Kesimpulannya dia ni anak orang kaya, jatuh cinta dekat local citizen, iaitu HEro yang wataknya di bawak oleh Arya(gambaq di atas).


So berlakulah pergelutan, dan dalam cerita ni disajikan kepada kita betapa hinanya orang puteh dekat orang India.Betapa keji depa rasa bila orang India cuba memegang tangan anak dara depa..Perghh..macam2 la..Tapi xda la heavy sangat cerita berkaitan racist ni..Kalau hampa tengok DJENGO lagi keji kot...Mat salleh hina sungguh2 orang Negro ni.Jadi dalam cerita ni xda la heavy sangat unsur2 macamtu.


Plot cerita xberapa heavy sangat..Dan cerita ni ending apa bila orang tua mat salleh yang datang ke India mencari hero dia tu jumpa jugak..Setelah puas mencari..Tapi sayang...hero dah lama mati macha..huhuhuhu...Hero mati laa..Tapi yg lebih sadis..Hero mati pun dalam keadaan dia xberkahwin sampai hujung usia dia..Sebab mungkin dia setia gila kat heroin dia iaitu Amy Jackson ni la...huhuh...Apa bleh buat,cerita itu macam... Apa yang aku bleh kaitkan supaya hampa bleh paham ialah...Sapa pernah tengok TITANIC???haaa..lebih kurang tu laa...Cerita orang tua jumpa gambaq dalam kapal dan dia la lukih gambaq tu kan..So madarasapattinam ni mcm tu la..Cuma bezanya pertembungan dua benua..Eropah dan Asia...dan mcm besa...Lagu mesti ada...heheheh..


Madarasapattinam ni sebenaqnya nama tempat di India, Iaitu Madras yang sekarang di kenali di India sebagai Chennai. Itu ja la..Pattinam tu aku xingat..Tapi jalan cerita dia..bleh la..Sapa dahagakan action,kurang la action..Tapi sapa suka love story..Aku rasa hampa bleh layan kot..Susah la nk wat cita CInta dua benua ni..heheheh...

Apa2 pun selamat menonton...Jangan risau..Rasanya cerita ni xda la ganas..dan xda unsur2 seks keterlaluan..Sesuai untuk ditonton satu family..Sebab depa ketengahkan kehidupan sosial rakyat India sebenar sebelum mereka merdeka..Jadi selamat menonton..


Sekian Terima kasih


Montana




Wednesday, 16 October 2013

1st G.A of Gangentry

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Moga anda ceria2 selalu.. Post kali ini adalah berkenaan dengan satu blog yang aku jumpa dalam blogwalking tadi..So tujuan2 utama post ini di lakukan adalah kerana tuan punya blog yg anjurkan itu ingin menghargai mereka2 yang rajin berblog dan blogwalking ini..menarik2.. 


Objektif Segmen ini adalah :

1. Meningkatkan kenalan dan eratkan lagi sillaturrahim
2. Dapat berkenalan dengan blogger2 lama dan baru
3. Dapat meningkatkan traffic dan followers di blog anda







Syarat dan Peraturan :

1. Follow blog dan Fanpage sponsor di sini 
2. Buat satu entri bertajuk 1st G.A of Gangentry










Itu saja buat kali ini punya post..Sekali sekala kita buat apa salahnya kan..Boleh kenai blogger2 lain..Tambah macam aku yang baru ni kena la berblogwalking ini kan..hehehe..itu saja post buat kali ini.. 


Sekian terima kasih


Montana

Thiruvilayadal Arambam- Dhanush

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua blogger2 di luar sana.Moga anda semua sihat sejahtera dan dirahmati.In shaa allah..Amin.. Petang ni..Aku nak review pasal filem Tamil pulak.Sebab semalam aku review pasai Telegu dah..So switch kepada asal balik...Hari ni aku nak review satu filem yang aku dah tengok.. 





Thiruvilayadal Arambam
Thiruvilayadal Arambam (2006)


Sekali lagi aku review pasal filem menantu superstar ni.heheh..Bukan apa..bagi aku dia ni berlakon cukup best.Penampilan bersahaja, seluaq kaki bawah besaq dengan pakai kasut POWER ja...Tapi bila berlakon dia cukup menghayati watak dia...Filem ni berkisarkan hero yang xbekerja tapi bercita2 besaq.Cerita dia bermula masa dia berkenan dekat satu heroin tu.Tapi heroin tu abg dia samseng nak mampuih..PRAKASH RAJ.dalam gambaq di atas tu, blah kanan tu dia la...Jadi hero ni buat macam2 cara nak menang hati abg dia..Tapi abg dia xberkenan pasai hero ni xberpelajaran dan xberharta.Pendek kata gaji hero sebulan belum tentu bleh sara kehidupan sehari adik dia..Hahahah..bapak punya mahai belanja...Tapi pada laa..hampa tengok la heroin macam mana..Kalau aku pun xberani kot...





Shriya
Shriya


Ni la heroin dia..amacam?macam langit dan bumi dak ngan hero?hahahaha..Kalau sapa pernah tengok Sijavi the boss lakonan Superstar, ni la heroin dia..amacam?hahahaha... Jadi berbalik pada cerita yg aku nak review ni, plot cerita semakin menarik apabila hero p jumpa abg heroin ni..Dan mencabar abg hero yang dia akan jadi somebody nanti..Banyak jalan cerita dia berpaksikan abg heroin kena main dengan hero ja..hahahah..Bagi aku cerita ni cukup best untuk ditonton sebab hampa akan disajikan bagaimana hero guna trick yang pelbagai sampai abg heroin ni naik pening dengan dia. Bagaimana duit yang abg heroin bagi kat hero, hero transfer duit tu sehingga menjadikan hero seorang yang kaya raya dan akhirnya dia berjaya memikat hati abg heroin..Bagaimana dia kena main dengan hero?hampa kena tengok..Action ada, komedi ada dan lain2 cerita semua ada.


Jadi nak taw cerita....kena tengok la ini cerita...baru taw....Sebab cerita dia memang best..serius best...Dari mula sampai nak abis cerita memang layan..




Dhanush








Thiruvilayadal Arambam Scene








Montana

Tuesday, 15 October 2013

Dookudu- Mahesh Babu, Prince of Telegu

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..Semoga anda semua dirahmati...Amin...Apa khabar anda semua..Malam ni tetiba aku dapat idea..nak cuba untuk review pasal satu filem..heheh..Walaupun tadi aku baru balik usha satu filem orang putih..tapi aku cuba nak review pasal satu filem..oppss..sory macha..hari ni try review Telegu...bukan Tamil...sebab aku cuba nak bgtau hampa..bahawa hero Telegu banyak yang smart2 lagi..hehehe..berita baik untuk kakak2 yg minat cerita berdasarkan hero laa..Rupanya bila aku tengok Telegu..banyak hero depa yg smart lagi dari hero Tamil..dan depa juga berbakat..So hari ni kita review skali lagi filem Mahesh Babu..sebelum ni dalam post Facebook Peminat Filem Tamil aku ada dah review..so aku review lagi filem dia yang lain...DOOKUDU....perghh..filem ni dia jadi Polis...berbeza dalam filem Businessman dia jadi rowdy(samseng).



Mahesh Babu
Mahesh Babu

Samantha
Samantha-Heroin Dookudu







Dookudu Poster
Dookudu (2011)


Ini adalah review kedua aku pasal hero ni..Cerita ni dia jadi Polis..Bapak dia dalam cerita ni adalah seorang yg terkenal gak di kampung dia duduk tu...Satu incident telah berlaku di mana ada orang rancang nak bunuh bapak dia...tapi bapak dia berjaya diselamatkan...namun koma akhirnya..mana xkoma bang..kena langgaq ngan kereta jatuh gaung semua cukup..Dan akhirnya orang yg nk bunuh bapak dia tu la penjahat yg jadi musuh dia..So jalan cerita dia penjahat tu cuba nk kontrol business dadah di india secara besar-besaran dan inilah tugas hero untuk cuba menghapuskan penjahat tersebut..MOral of the story cerita ni adalah berkaitan kasih sayang seorang anak kepada bapak..Walaupun bapak dia last skali sihat,tapi depa garap cerita macamana hero nak jaga hati seorang bapak yg lega dari koma...walaupun lega..bapak dia hilang ingatan..perghh..sayu kot....Last skali kira bapak dia terharu laa awat hero jaga dia baik sangat sedangkan bapak dia xpernah pun bahagi masa untuk membesarkan anak seperti ayah2 lain..sebab bapak dia ni sibuk dengan kerja...hehehe..Nak taw lebih lanjut hampa kena tengok la noo..


Action,komedi dan love xberapa sangat..Itu plot cerita yang bleh aku simpulkan kepada hampa... cerita yang menelan belanja US 5.4juta ni berjaya mengutip sebanyak US15 juta dan diketegorikan sebagai filem box office filem Telegu..Amacam kutipan?hehehe..US dollar bang....Telegu dah bleh dah..kita bila lagi??heheh..xmustahil kan...So setakat tu ja kot...Apa yg aku bleh simpulkan cerita dia best..Xsilap aku 2jam 40minit gak la cerita dia+ lagu semua la..heheheh...







Ni sedutan dalam Dookudu tu,,,enjoy macha...

Sekian Terima kasih.


Montana







Monday, 14 October 2013

Little Superstar- Simbu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga anda semua sihat di samping keluarga dan orang tersayang.. Blah Penang la ni dok hujan ni..Sat hujan sat berenti..Tapi dok hujan ja la..Xtaw la blah selatan sana macamana nooo... Sebelum apa2, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua mereka yang beragama Islam..In shaa Allah..Amin



Petang kelmarin aku share pasai University London ngan hampa kan, rentetan daripada iklan Nuffnang jugak la aku post tu..Rasa mcm nak taw gak la serba sedikit pasai University sbb tu aku share. Jadi hari ni, landasan kembali seperti biasa..objektif terbinanya blog ini- Cerita Tamil.hehehheh.. Aku nak review pasai sorang lagi hero yang mungkin ramai xkenai..kalau sebelum ni semua orang taw sapa tu Superstar..Ni kita sembang pasai Little Superstar lak..Nama dia Silambarasan a.k.a SIMBU dan juga Little Superstar.



Silambarasan Simbu
Simbu


Nidia Little Superstar.. Tajuk cerita yang aku nak review tu tajuk dia Osthi. Dalam cerita ni dia memegang watak POLIS..Tapi bukan Yes boss punya polis macha..POLIS kepala gila2 punya ni.hahahahah...







Osthi Poster






Richa Gangopadhyay
Richa Gangopadhyay


Amacam heroin???style?hhahahah..Aku pun xtaw nak sebut macamana nama dia...Payah ngat aihhhh... Tapi ni la heroin cerita Osthi  ni..Cerita ni berkisar Hero yang jadi Polis di satu Kampung tu..Dia ni kira nak pukui orang ja..Pantang salah skit kira memang penampaq betui telinga la mendapatnya.Dan dalam masa yang sama dia ni Polis yang jujur. Perwatakan dia saja yang gila2..Tapi perlaksanaan dia tetap ikut LAW la macha.Sebab tu ada satu politician xpuas hati sama dia sebab ini Polis selalu kacau dia punya kerja.


Hero ni pulak kalau di flashback balik, dia ni anak yang selalu di diskriminasi oleh ayah dia sendiri.Ayah dia sayang adik dia lagi dari dia sbb hero ni selalu melawan.Tapi mak dia sayang sungguh kat dia.Di sebabkan adik dia yang dimanjakan sangat adik dia berkawan lah dengan ahli politik yang jahat tadi..Klimaks cerita bila satu menteri mati di sebabkan bom yang adik hero bagi kat rumah menteri tu..hahahaha..Mampuih2....apa yang aku bleh bagitaw Hero dalam cerita ni nak macam jelmaan Rajinikanth dah..Sebab tu la kot depa gelarkan dia Little Superstar.Hampa akan dihiburkan dengan ayat2 dia yang style, gaya dia...pusing cermin mata ray ban dan lain2 gaya dia berjalan dan sebagainya..

Aku rasa hampa bleh terhibur dengan cerita ni sebab cerita dia xheavy sangat...Moral of the story dia pun simple ja..Iaitu kasih sayang anak dan ibu bapak dan lain2 hal2 berkaitan kekeluargaan.Pendek kata abg ni garang macamana pun, kalau adik dia dalam masalah, abang mesti tolong punya walaupun abg tu menyampah xdak dah kat adik tu kan..heheheh..Itulah abg..Macam iklan digi tu..." Aku Kan Abang???"


So setakat ni la kot review aku.. Kesimpulannya aku bleh bagi 3.5 bintang la untuk cerita ni. Sapa dahagakan action dan komedi, so ini adalah ceritanya buat masa ini yang bleh aku suggest.. Jadi, sampai di sini jumpa lagi dan Salam Aidiladha semua...


Sekian terima kasih.


Montana



Sunday, 13 October 2013

Iklan Nuffnang- University Of London

Assalamualaikum semua..Apa habaq hampa semua cuti2 ni...Harap hampa semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang...Moga anda semua dirahmati..Amin... Cuti hampa dok wat pa tu?mesti dok layan macam2 nooo..Yang ada anak dok layan anak main basikal dan teman depa dok main lego..hotwheels..macam2 la kan..Yang bujang macam aku ni dok layan TV..tv...dan mcm2 lagi.. Jadi apa sahaja aktiviti hampa selamat menjalankan aktiviti di hari minggu ni..Yang kena drive tu drive elok2 naa..tang kona tekan 160km/j..baru bleh rasa skit laju ka dak..hehehe..Lawak ja nooo...


Aku ada terushaa satu iklan pasai insitusi pendidikan yang berpengkalan di England..hurmm..aku tengok sekali imbas ja iklan NUffnang pasai University OF London ni..Nampak macam menarik ja..Iklan pasai Universiti ni aku klik dekat blog masih mentah usiaku (heheheh..saja nak habaq mai kat hampa)....Jangan risau Tina noo..aku klik, tunggu sampai xtulis apa2 dah di bawah tu... Selalu aku dok review pasai Cerita Tamil ja kan..nak ikutkan semalam saja aku dah buat marathon dah filem Tamil ni..cuma hari ni malaih nak sembang lagi pasai Tamil..heheh...Lari channel skit hari ni..


Aku ni pun bukan pandai sangat..tapi saja ja dok belek2 website Universiti ni..Yang aku paham skit2 pasai Universiti ni..Lebih kurang mcm kerjasama Malaysia dengan England la kot..Sebab depa tawarkan stady tanpa perlu tinggalkan Negaraku ini, tapi bunyi macam pengiktirafan daripada Universiti of London..hurmm..bunyi macam best ja..




University of London
University Of London Website



Kalau nak ikut macam website ni bgtau la...Stady di sini..Graduate dari University of London..Macamtu la bunyi dia kot..Jadi kepada sapa2 yang berminat boleh la masuk website ni lagi untuk maklumat lanjut...University of London (UOL) ni banyak menawarkan program Ijazah pertama..Dan 2,800 pelajar Malaysia adalah graduan dari Universiti ni..Menurut website dia ni la..So kalau nak jadi student ke 2,801..silakan..masuk web ni..daftar macam besa..heheheh


Nampak gaya Universiti ni pakar dalam melahirkan pelajar undang-undang, memandangkan itu subjek utama yang depa highlightkan dalam web depa..Dan masih ada program2 lain macam akaun dan juga kewangan..Bagi aku sistem2 yang London tawarkan dalam pembelajaran ni mungkin lebih menarik sebab kalau nak ikutkan balik banyak sistem2 kita dari segi merekod, dan lain2 lagi British tinggai kat kita..Itu sebahagian dari apa yang aku tahu...Tapi bagi aku belajaq ni di mana2 pun xpa, selagi hampa ikhlas nak menimba ilmu tu kira dah baguih dah..Cuma bagi mereka yang kewangan dia sempoi tu boleh la belajaq kat sini..Depa ada tawarkan biasisiwa kalau dalam website ni bagitau..Boleh la mohon nampaknya...

Wahhh...pakat2 speaking Mat salleh la sapa belajaq kat sini nampaknya noo..Bagi mereka yg berminat tu..teruskan...aku taw hampa boleh punya...Xda beza pun orang luaq ngan kita...Semangat nak berjaya tu ja membezakan kita dengan orang lain.



University Of London



Ni sebahagian daripada kursus2 yang ditawarkan..hurmm..Depa pun ada kursus pasal pertanian nampaknya nooo..Dan aku sempat nampak tadi kursus sejarah pun ada..Kalau hampa nak taw lebih lanjut boleh la lawat website universiti ni noo..Cuma aku xpasti samaada kursus ini juga dalam scope pengajian untuk student Malaysia..Maksud aku xpasti lagi adakah kursus pertanian ni jugak untuk student di Malaysia..Tapi yang pasti Undang-Undang punya kursus tu ada...



Jadi setakat ni la review aku pasal iklan universiti of London yang aku klik kat blog masih mentah usiaku tadi...sekian..


Montana




Friday, 11 October 2013

Padikkathavan- Dhanush

Assalamualikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Apa khabar..harap anda semua sihat semua dan dirahmati..Amin.. Kelmarin aku habaq kat hampa aku nak review beberapa filem kan..so hari ni aku berjaya juga untuk review beberapa filem yang sempat aku dapatkan dvd di Little India Penang...


Aku nak review sekali lagi pasal menantu superstar, Dhanush. Aku baru tengok cerita ni semalam dan jalan cerita dia aku boleh bagitau...Love story dan juga action..Heroin dia..ehem2..Tamanna jugak nampaknya. Bila aku tengok banyak filem Dhanush ni nampaknya dia banyak berlakon dengan Tamanna..Untung Dhanush ni..Kalau nk kata hensem aku rasa hampa lagi kacak..heheheh





DVD Padikkathavan
Padikkathavan- Dhanush


Tudia Dhanush..Amacam...kompom hampa lagi kacak dari dia wei..hehehe.....Jalan cerita dia senang ja..Dhanush selaku hero ni..Anak tengah2 la dalam adik beradik dia. Dia ni nak dibandingkan dengan abg,kakak dan adik dia, dia ni antara anak yang paling xpandai dalam kalangan depa..Kesimpulannya dia anak xcerdik la..Mengaji xpandai..Xda dgree..sebab adik beradik dia yang lain semua pandai2. Jadi selalu dia di diskriminasikan oleh ayah dia.. Mai tang adik mintak duit,pak dia bagi siap top up lagi kot ataih..Mai tang dia mintak duit dan2 pak dia naik sheikh..hahahaha...Itu la sedikit sebanyak layanan dia dapat. Tapi hero steady..Xmarah pun..releks ja sbb adik beradik dia yg lain taw mcmana dia ni.Di rumah ja dengaq cakap, mai kat luaq dia ni Rowdy (samseng) gak la.Kira kakak2 dia kalau ada masalah di tempat kerja, petik nama dia..Hero penumbok betui muka la jawabnya. 


Klimaks cerita bila dia berjumpa dengan heroin, Tamanna dan bapak heroin juga seorang samseng besaq. Jadi masalah untuk hero sebab bapak heroin ni cukup sayang kat anak dia. Jadi hero cukup derita gak la sementara nak boleh dapat heroin pun. Di ending cerita fight one by one dia cukup best di mana hero lawan dengan samseng yg bengang kat hero sebab hero besa pukui adik dia sampai mati. Mana xmati, sekali penumbok terbang punya jauh lepaih tu jatuh atas benda tajam yg membuatkan adik samseng tu mati terus di tempat kejadian sebelum sempat meninggalkan wasiat...


Jadi itulah sedikit sebanyak yang boleh aku review..Cerita dia best.. Aku suggest Dhanush punya cerita kalau hampa nak tengok, better yang lama2 skit sbb baru2 punya filem dia xberapa nak menyengat sangat.. Itulah tips aku sedikit sebanyak pasai Dhanush ni noo...


So aku rasa setakat ni ja kot..Nanti ada filem lain nanti aku review lagi dengan hampa noo..Err...selamat bercuti untuk hampa semua...Makan angin kat luaq negara tu ingat2 la kami kat Malaysia ni nooo....


Sekian terima kasih.

Montana



DHANUSH








Padikkathavan Poster








Thursday, 10 October 2013

Journey To The Little India

Assalamualaikum..Salam sejahtera pada semua anda di luar sana...Harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.


Semalam aku baru saja pulang dari Little India Penang..Aduh...penat wei perjalanan dari Nibong Tebal ke Pulau sana..Naik moto sebab murah belanja skit..Naik kereta kalu dengan jemm kot ataih..Tol yg agak bleh tahan gak murahnya..hahahahah...

Jadi aku baru pulang bersama-sama DVD yang aku beli.Dalam 3 cerita ja la aku beli dan xsempat nak share ngan hampa semua lagi...Hero yang aku ingat Dhanush,dan aku rasa Vijay aku xbeli la beb..hehehe...So nanti kalau ada masa bleh la aku share ngan hampa semua nanti nooo...Penat perjalanan, sebelum nak balik tu dan la tibai nasik beriyani lauk ayam punya..Alhamdulillah, member belanja..selamat duit kocek gua..


So rasanya buat masa ni xda apa nak review kot sebab cerita xdan nak tengok lagi..bagi masa skit sama aku dan nanti aku akan review sama hampa semua nooo...Releks2 macha...Esok ada lagi..Esok gua review sama hampa...Cerita yg aku beli tu hero yang ada aku xpernah tengok lagi tu..Cuba untuk variety kan hero2 Tamil ni sebab depa semua ada kekuatan tersendiri..


Jom balik la..petang dah wei..jom2...


Sekian terima kasih.


Montana

Wednesday, 9 October 2013

Vijay Si Pembuat Parang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap anda blogger2 semua dan termasuk orang2 lain jugak sihat2 sejahtera di luaq sana di samping keluarga dan orang tersayang. Hari ni amacam hampa semua?harap hampa seronok la hendaknya noo..

Tadi masa dok round2 blog blogger2 tadi terbaca la pasai depa post pasai Nuffnang...amboi sakan depa seronok dapat duit.Harap2 kita yang xmerasa apa lagi ni boleh kot merasa nanti noo..hehehe.. Hari ni aku nak post pasai Vijay la..Memandangkan dia adalah hero yang famous sekarang ini termasuk di kalangan ramai gak rakyat Malaysia yang kenai maka aku nak review skit pasal filem dia..Hari tu dah post yg baru so hari ni filem lama skit la.. THIRUPACHI.





Thirupachi Poster
Vijay dalam Thirupachi (2005)


Tudia hampa tengok..Poster dia pun dia dok pegang parang dah...Maw taw la....Sebab dalam cerita ni dia pembuat parang di kampung dia.Bermula dengan cerita perkahwinan adik dia yg berpindah ke bandar sebab menikah orang sana.. So masa kat sana tu la pekan depa dok tu penuh samseng.. Tapi sebab adik ipaq dia dah bgtau dok diam2 jgn dok kacau samseng2 ni so Vijay xterkata apa la..Sebab dia sayang adik dia jadi dia dengaq la kata adik ipaq dia..Sebab dia kalau tibai orang..memang melambung la..Aku suggest kat hampa cerita ni bagi yg dahagakan action..Memang dalam cerita ni Vijay tibai orang xingat punya..Sorang tibai 20 orang..Sorang lagi Inspektor yg corrupt punya dia bantai.


Heroin dia...err...lawa gak wei...hehehe....Trisha...hampa google sendiri la sebab senang ja..Dalam review aku sebelum2 ni pun ada pasai Trisha ni...So cerita ni klimaks dia masa kawan sekampung dia kena bunuh tengah pekan sebab nak beli tiket wayang..Orang jahat xmau beratoq beli tiket wayang..depa Pukui member dia dan terus dibunuh di tempat kejadian..Dan kejadian itu membuatkan Vijay comeback untuk menuntut bela kematian member dia.. Memang best cerita ni..Yang ni aku suggest kat hampa sebab action, moral dia berlambak dalam ni.. Ada review pasal keruntuhan moral skit dalam cerita ni..Berkaitan pelacuran dan lain2 masalah sosial yg berjaya Vijay atasi..So kalau nak taw tengok sendiri la noo...heheh





Vijay
Vijay dalam babak Thirupachi








Sekian terima kasih


Montana


Tuesday, 8 October 2013

Pawan Kalyan- Hero Telegu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Moga anda di luar sana sihat hendaknya dan dirahmati serta diberkati. Cuaca pun best ini hari macha..Sesuai untuk geng2 surirumah nak sidai kain sebab hangat satu macam hari ni..Belum lagi mendung di sini, apatah lagi hujan..heheheh.


Hari ni aku cuba untuk buat blogwalking. Jalan2 ke blog orang.Xsangka cukup ramai di luar sana yang handal2 belaka bab2 blog ni.Ini adalah satu pendedahan baru bagi aku yang baru nak berjinak2 dengan blog ini. Cukup menarik blog2 anda sekalian..Ada cerita pasai nuffnang, cerita pasai diri sendiri dan xleh lari pasai cerita Mat YO kena siku ngan Indera Putra..Syabas kalian sekalian..Anda memang berbakat dan bertuah ada di Malaysia ini kerana dapat menjadi tatapan buat orang mcm aku lak.

Aku blogwalking tadi kat blog Dunia Kecil Mizz Aiza dengan blog Blog Lelaki ... sempoi blog depa ni...Hampa memang otai la bab2 menulis ni. Gua tabik sama lu semua...Teruskan menulis nooo...Jadi hari ni, seperti perkara di atas la noo..HEhHEHE...Aku baru tengok cerita tu semalam...Best gak..Bukan Tamil kali ini..tapi TELEGU. Hero misai tebai gak ni..Sempoi gak.....




Pawan Kalyan
Pawan Kalyan

Nindia Hero Telegu...amacam kakak2 di luar sana?ok ka..hehehe...Misai tebai tu...Menarik kan...So dia ni adalah hero bagi filem yang baru aku usha malam tadi... Tajuk cerita tu CAMERAMAN. Heroin dia masih jugak Tamanna..




Cameraman Poster


Tudia heroin..Still sama la ngan review aku pasal Tamanna sebelum2 ni.. So cerita ni simple ja, Hero jenis panas baran..Tapi sekejap ja..Tapi sakit gak la masa dia panaih baran sebab mesti makan penampaq di muka punya dengan dia.. Cerita pasai hero seorang wartawan, dan boleh dikatakan beliau jugak seorang whistle blowing jugak la sebab cuba menyatakan ketidakbenaran Cheif Minister mereka. Cuma uniknya hero kali ni, beliau cuma seorang wartawan saja..Bukan POLIS,bukan Collector atau sebagainya,,,dia cuma Wartawan saja..Dia bergerak berdasarkan news dalam TV..dan bertidak sebenar-benarnya...Itu yg buat geng jahat xpuas hati kat dia.. Keunikkan lain adalah bila awek yg dok syok kat dia...last2 tikam dia punya belakang..aiyoo macha...achii buat mcmtu kat hero kot..Tapi hero steady..apaa pun dia xkata..


So kesimpulannya cerita ni aku bleh bagi 3.5Bintang. Hero ni ada kelebihan tersendiri, cuma lakonan dia sloww skit..Mungkin faktor umur kot nooo..Tapi sekali dia bercakap,,,quotes2 dia dalam movie ni memang bleh membangkitkan semangat anak2 muda...So harap hampa tengok la cerita ni..best...


Jadi rasa setakat ni dah la kot..Nanti aku review lain la nooo..Ada lagi cerita hero ni berlakon..Dia ni menang anugerah pelakon terbaik Telegu 2012..so hampa bleh espected la apa outcome dia untuk hampa k..hehehe.... 


Sekian terima kasih...(petang dah wei...balik......)


Montana 



Monday, 7 October 2013

Jayem Ravi- Hero Tamil Yang Bertubuh Sasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan di luar sana, harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga anda semua dirahmati dan diberkati.


Hurm..rasa mcm 2 hari xupdate dah rasa lama dah..Ini adalah berikutan beberapa kerja lain yang terpaksa di siapkan sampai aku xsempat nak update..huhuuh....Terpaksa buat sementara waktu. Ibarat pepatah sapa tah aku dengaq dulu, "Nak dapat sesuatu yang terbaik kenalah berkorban sesuatu".Err lebih kurang begitu lah bunyinyaa kot.. Jadi hari ni, yes..here i am brother2 and sister.. Kita akan cuba review benda yang dapat membangkitkan PASSIONATE aku..macam biasa.Filem TAMIL la...apa lagi kan?berdirinya blog ini adalah berobjektifkan filem TAMIL..so kena lah capainya kerana itulah objektifnya..hahaahahah...


Dalam post sebelum ini aku ada review pasal cerita TELEGU kan.So kali ni switch balik kepada keadaan asal iaitu FILEM TAMIL..kalau sapa baca review sebelum ini, Heroin RACHCHA iaitu TAMANNA kan, so review cerita hari ini pun heroin yg sama..HEro ja lain.. Kita akan cuba review beberapa filem yang dilakonkan oleh Hero Tamil ni.. Iaitu Jayem Ravi.




Jayem Ravi
Jayem Ravi





So..amacam kakak2 di luar sana?kacak x?dia ni satu macam skit la..Dalam banyak2 hero tamil aku tengok dia ni la yg paling kacak..DAn sasa..hahahhaa... Tajuk cerita kali ini adalah..err..payah skit nak tulis..First time aku nak beli tu pun aku sebut kat macha tu pun dia pelik..sebab sebutan dan nahu dia xbetui..hehehe....Tajuk cerita tu THILLALANGADI.haaa...susah weei nak sebut kot..hahah...aku sebut sekali ni ja la..stg kedepan2 punya review aku sebut xbetui tu hampa buat xtaw dah la nooo....hehehe...cerita ni heroin dia TAMANNA..sapa xkenai heroin ni bleh cek previous punya post aku...tajuk post tu HERO TELEGU  dalam tu ada dia punya gambaq..lawa wei Tamanna..hampa tengok mesti hampa suka...





DVD Thillalangadi



PERHATIAN: yg pegang dvd tu aku nooo..stg hampa igt Jayem Ravi lak hahahah.... Jadi Thillalangadi ni berkisar pasal hero (nama watak dia aku lupa) yg dipegang Jayem Ravi  adalah seorang yang sukakan pada cabaran. Dia kalau xmencabar dalam hidup dia..dia xbest. Dia bekerja sebagai seorang software engineer xsilap aku dalam cerita ni, bila dia kerja, dia bring something goods to the organization, dia jumpa bos dia dia habaq dia berenti kerja. TErkejut berok bos dia.. Ha laa..kalau kita dah bring something mesti nak stay kan..Dia dak..dia blah teruih.Sebab matlamat hidup dia cabaran..Dia kerja macam2 dalam cerita ni..dan banyak benda dia buat kalau xmencabar dia akan berenti kerja. Dan watak dia dalam ni dia kepala gila..Gila tahap najis punya gila,,Dia xsuka..Dia berenti...itu yg dia taw..Bila benda dia buat tu xmencabar..dia berenti.


So dalam hal ni sampai satu tahap dia ambik keputusan untuk buat satu benda yang memang mencabar..Iaitu dia menjadi perompak profesional dalam cerita ni.Sebab bagi dia merompak ni mencabar.Sbb ada satu Inspektor tu dok cuba nak berkas dia..Tapi xberjaya..Jadi Hero suka la orang xleh tangkap dia. Dia banyak guna istilah "KICK" dalam cerita ni yg pada fahaman aku bermaksud cabaran..walaupun maksudnya memang hampa tau kick tu sepak kan..Tapi itu perkataan yg digunakan untuk menggambarkan perbuatan dia. Memang best cerita ni. So dia suka kat heroin dalam cerita ni. CAra dia suka pun ada style gak. Dia taw heroin suka kat dia.Tapi dia xmau heroin suka buta2 ja kat dia. Mesti mau ada kick skit dalam percintaan kalau mau kat dia. Pendek kata dia layan heroin mcm sampah dalam cerita ni padahal heroin suka gila-gila kat dia..hahahaha

Dia dapat satu kejutan bila dia jumpa satu nukleus family (satu mak, satu bapak, satu anak) xsilap aku istilahnya mcmtu kot bunuh diri sebab depa xda duit untuk selamatkan anak depa yg mengidap luekimia. Jadi Jayem ravi dalam cerita ni dia jumpa satu kesusahan dalam hidup dia memandangkan dia anak orang senang dan selalu menganggap setiap benda mau ada cabaran.Maka dia jumpa la cabaran dia iaitu dia kena sediakan duit sebanyak berapa rupee tah dalam masa 24 jam untuk selamatkan budak tu..Haa..baru dia ada akai..So babak ni hampa bleh tengok mcmana dia rasa susah.Dia juai moto..dia paw bapak dia..Dan dia terpaksa tunduk kat seorang perempuan yg pernah dia kenakan dulu...haaa..dan dia dapat duit.. Budak tu selamat..BUdak tu ucap terima kasih kat dia dan berpesan kat dia. Uncle ni selalu nak kick dalam hidup dan untuk keseronokkan uncle.CUba buat satu benda yg kick tapi boleh bagi orang lain pulak seronok dalam hidup depa..Haa..hero kena ayat ni teruih nak meleleh ayaq mata la sebab selama ni dia pekena oranng dia seronok..Kali ni budak kecik ja ajaq dia..

So ending dia Polis yg nak tangkap dia xdapat2 gak...Dan last skali dia yang dapat kerja POLIS yg nak tangkap dia tu sebab POLIS tu surrender dah nak jadi POLIS.hahah..Memang menarik wei..Aku xleh tarik minat hampa untuk tengok..CUma hampa kena tengok sendiri cerita ni..Aku sekadar review dan itu pandangan dan pendapat aku sendiri..Cuma hampa ja bleh nilai sendiri.. Tapi kesimpulan dari aku,,,, aku bleh bagi cerita ni 4 BINTANG...walaupun action kurang..pukul2 xda la sangat...tapi jalan cerita dia unik sangat..Itu yg aku taw pasal Jayem Ravi ni...dia memang suka watak2 pelik dan unik...Tu ja yang aku taw selepas beberapa filem dia yg aku tengok..Nanti ada lagi filem dia aku akan review di masa akan datang..Jika berkesempatan ok...apa2 pun tahniah pada mereka2 di luar sana yg sambut birthday hari ni ka, naik pangkat ka..atau dapat anak baru ka..Aku doakan semoga semua berjalan lancar..Amin..

So cukup la kot banyak2 sangat tulih stg hampa meluat plak..hehehe...Chow brother2 and sister..


Sekian Terima Kasih

Montana


Thillalangadi




Thillalangadi



Friday, 4 October 2013

Hero Telegu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Harap anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Mood untuk menulis tu tadi ada, tiba2 rasa baloq liat lak dah..Aku pun xtaw pasaipa..Mungkin sebab nak menulis ni kot..Kalau apa yang aku cakap ni keluaq teruih kat PC ni kan best.. Tudia..punya pemalaih punya INSAN..heheheh... Apa2 pun akhirnya jari jemari ini berjaya juga untuk cuba buat sesuatu di petang Jumaat ini..


Seperti selalu, aku dok review pasal Tamil sahaja. Sebab boleh dikatakan banyak gak la filem Tamil yang aku dah tengok walau koleksi aku secebis cuma. Namun aku cuba untuk beralih angin buat sementara waktu, sementara Hero Tamil yg top2 lain nak release filem baru, aku nak cuba alih angin sat untuk satu lagi industri Filem India yang xkurang jugak hebatnya.. Iaitu Telegu. Sebelum ni aku ada jugak review pasai Star Telegu, iaitu MAHESH BABU. Kali ni aku nk review sorang lagi hero telegu yang xkurang juga sengatannya, tumbukkannya, dan tandukkannya.. Yang mampu membuat watak jahat dalam filem depa sakit yang teramat sangat akibat kena tendang ngan penampaq betui telinga.




Ram Charan Teja

RAM CHARAN TEJA


Amacam kakak2 di luaq sana? xkan dok minat hero lama lagi kot?hahahaha..nindia hero zaman kotemporari la ni...Berbakat dan juga kacak.. Ni hero Telegu. Di fahamkan juga RAM ni anak star Telegu jugak, CHIRANJEEVI. Kira anak beranak berlakon la nampak gaya. Ram Charan ni muda lagi, tapi lakonan dia tetap ada sentuhan tersendiri. Dia ni pun kalau tibai orang jenuh jugak la penjahat nak tepis.. Sebab dia tandok pun bleh terbang sampai ataih bumbong..Baru tandok..X boh penendang lagi. Itu anda bayangkan sendiri yaa.... Baru-baru ni aku ada usha filem dia ni. Ni adalah atas khidmat nasihat salesgirl kedai cd yang aku selalu dok p kat LITTLE INDIA tu...Dia suggest untuk tengok filem TELEGU ni lama dah, cuma aku ngan member aku ja buat xretiii ja..last2 aku dan member aku cuba untuk buat anjakan dalam menonton filem2 India ni.. Atas dasar, untuk mempelbagaikan filem2 yang belum di terokai lagi..Dan hasilnya, wowwww...memang best.. Ada kelainan tersendiri. Cuma conclusion yang aku mampu buat pasai filem Telegu ni adalah filem depa ni ending dia selalu kurang sengat..Jalan cerita best...ok sangat dah..Ending dia jaa..selalu ending yang habissss teruih...kira kalau ending dia bunuh penjahat, kira xtunggu dah..abih cerita teruih..Begitu lah yang aku dok tengok selama ni.. Selepas aku menonton lebih dari 4 filem Telegu... Termasuk hero ni aku rasa dah 6 ke 7 movie dah kot... Dan Telegu kurang watak pak lawak..Muka tu ja pak lawak depa..xmacam Tamil..Boleh dikatakan ramai yg boleh berlawak dan pak lawak dalam Tamil ni.



Ok2..rasa mcm review ke lain dah ni..Kita sembang pasai nak P KL ja..last2 aku p cerita sampai ke Kazakhstan lak.(perumpamaan).... Ok..Aku akan review satu filem RAM CHARAN ni yang baru saja aku tengok baru-baru ni. Bagi yang xbaca entry ni dari awal, mana la taw teruih baca dari tengah kan, aku akan review pasal filem TELEGU naa..bukan TAMIL untuk post kali ini..






DVD Rachcha

RACHCHA (2012)



Heroin dia??? sat2......










nindiaaa....TAMANNA..heroin dalam RACHCHA ni..amacam??




tudia aih heroin..mcm besa..aku harap marka macam ni kalau kerja kat Jabatan Pendaftaran..Hari2 aku p tukaq IC..alasan dia IC aku hilang..boleh dok usha dia hari2.hahahaah... Heroin ni dalam Tamil pun berlambak2 dah dia berlakon dan aku xsangka bila aku usha Telegu pun dia dok ada.. Maknanya depa ni xp kemana laaa..dok dalam industri tu jugak la...mungkin depa dapat offer kot..rembat ja la..



Rachcha ni berkisar tentang Raj (RAM CHARAN) yang sukakan bertaruh dalam apa jua sekalipun.. Kira mudahnya, nk teka silang kata pun bagi dia kalau xbetting xbest la..Macamtu la cerita dia.Dia suka betting. Ada sekali masa dia menang betting ngan mamat sekoq tu, mamat tu sudah tarak puas hati sama dia..Ajak repeat betting..tapi bukan betting race, seperti mana dia kalah sebelum ni ngan Raj, tapi betting untuk cuba pikat seorang achi, iaitu TAMANNA ni la..untuk suka sama dia... Tapi Tamanna ni sukar untuk didapati adalah disebabkan bapak dia ni samseng besaq di Hydrabad.Cukup samseng..samseng kampung Dusun punya.


Akhirnya Raj terima betting tu dalam masa sebulan kena buat achi tu sebut I LOVE U sama dia..hahaha.. Bunyi mcm romantik komedi, tetapi cerita ni berkisarkan action jugak laa... Banyak konfius jugak la yg cuba di sajikan oleh pengarah kepada penonton.. Beberapa kejutan dari Tamanna untuk hero dan sebagainya.. Sebab hero ni mak bapak dia mati masa dia kecik2 dulu.. Mati kena bom plak tu..Memang tragis.. Dan bapak Raj ni pulak memang seorang yang famous di kampung dia.


Plot cerita dia lebih kurang macam tu la.Nak taw lebih, hampa kena tengok sendiri la..sebab kalau cerita saja xtengok hampa xleh nak feel cerita dia mcmana.. jangan risau..cerita dia best..Ending dia ja mcm aku bgtau di atas la..Tapi action dia sempoi.Dia pukui penjahat guna Buluh jaa..bukan buluh runcing macha, buluh muda..hijau punya ni....tibai betui muka penjahat xingat punya...hahahaah...last sekali dia gaduh guna kapak jenis barbarian punya..huhhh...Sekali dia rembaihh....berbelang belakang penjahat wei..siap berdarah2 memancut punya... heroin pun boleh dikatakan tidak berapa stereotaip, kira kehadiran dia sebenarnyaa memang membangkitkan klimaks filem ni..Kira bukan habuan untuk ditampaq, dilukai dan sebagainya.. Kira Tamanna ni penting gak dalam cerita ni..


Jadi aku rasa setakat tu dulu lah review aku..dah kui 5 wei..kena balik..banyak benda lagi kena buat.. Berkaitan menulih2 ni gak...hahaha..apa2 pun selamat bercuti untuk semua.. Semoga anda semua dirahmati...


Jangan Lupa..... RACHCHA...........Rachcha.......(lagu dia...best wei...) membuatkan terpesona mendengarnya..



Sekian terima kasih..


Montana







Thursday, 3 October 2013

Vikram Hero Bertubuh Sendo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wow..hari ni cuaca di belah utara, Pulau Pinang dalam keadaan baik..Sapa2 dok area ni kalau nak sidai kain ka, kasut ka cukup syokk oo sebab panaih..Kompom kering dalam masa yang agak singkat. Bagi geng2 surirumah tangga fulltime cukup best buat benda ni sebab cuaca dia best.. Apa2 pun yang anda sedang lakukan moga diberkati dan dirahmati..amin.


Terima kasih kepada semua blogger yang sudi singgah dan follow blog aku yang setahun jagung rebuih ni..heheh..Maklumla aku orang baru, banyak benda yang perlu aku belajar lagi dan terima kasih kepada blogger2 otai yang banyak share info2 yg bleh dijadi outcome yg bagus kepada semua pembaca dan blogger2 di luar sana..Anda memang hebat..sempoi..CUNNN!!!!!


Berbalik kepada cerita yg ingin aku kongsikan hari ni, selepas aku create FB fanpage aku dan FB aku sendiri, dan selepas aku add ramai gak otai2 blog di luar sana, banyak yang sudi approved balik friend request aku.. Terima Kasih banyak2 la nooo...sudi jadi rakan FB aku.. Dan aku cuba jugak untuk promosikan blog kerdil aku ini dan ternyata rupa-rupanya ada gak yg suka filem Tamil ni..Rata-ratanya WANITA...heheheh..Ni mesti sebab hero hensem kot..Kalau Telegu punya hero aku xnafikan memang depa smart2 tapi hero TAMIL ni...errr...Wanita2 di luar sana...anda minat hero TAMIL ka?heheheheh....xpa2..lawak ja nooo..jangan marah sebab itu pandangan dan perspektif masing2..jangan skeptikal dengan minat orang dan terutamanya minat sendiri..Anda suka,itu hak anda.hahaahahah...


Dan ada di kalangan wanita yg komen di FB mengatakan mereka minat hero yang aku xsangka dia bleh sebut..Aku kenal hero tu, tapi xrasa nak update pun la pasal hero tu..Tapi bila seorang rakan fb aku dia komen pasal hero yang aku nak buat sebagai tajuk posting kali ni..hahaha...inilah dia..VIKRAM...hero yang bagi aku antara body builder gak la...





Vikram

VIKRAM 


Ninnndiaaaa...kakak2 blogger di luar sekalian alam...hampa tengok tuu..tuudiaa hero...kacak x?hahahaha...Hero ni mcm hero Tamil lain, mcm hero lain maksud aku bukan sama mcm yg lain, tetapi mcm itu membawa maksud dia ada kekuatan dia yg tersendiri. DIa ni bagi aku banyak filem dia bila dia pukui orang terbang dan melantun-lantun.. Jadi ada sikit sebanyak filem dia yang aku dah tengok dan boleh review sedikit dengan anda semua di luar sana. Salah satunya filem dia yang aku just tengok dalam ASTRO 202 yg bleh dikatakan ulang banyak kali jugak adalah bertajuk DHOOL. Cerita ni heroin dia JYOTHIKA, difahamkan beliau isteri kepada SURYA, iaitu hero yg pernah aku review di awal penglibatan aku dalam blog ni. Filem ni best broo..best macha...Sapa yg dahagakan action mcm aku, hahaha..Filem ni hampa bleh usha la macha..Dia fight dengan ahli politik..dan cerita ni dia kena pukui teruk gak la. Dan apa yg aku bleh katakan pasai VIKRAM ni..aduii..dia ni banyak filem sebelum2 ni aku tengok ending dia dia mampuih..Mana ada orang buat cerita dia mampuih..VIKRAM ja bleh buat mcmtu..Tapi tu la, bila hampa menghayati satu filem, dan hero tu mati...hampa akan jadi xpuaih hati wei...itu pandangan aku la..heheheh...





DHOOL (2003)







REEMA SEN, second heroin




Tapi bagi aku dalam cerita DHOOL ni, second heroin yang lebih mengancam..heheheh...Bagi aku laa..xtaw la mata hampa usha mcmana kan.. So cerita DHOOL ni simple ja bagi aku, dia mai dari kampung, nk jumpa seorang Menteri tu berkenaan masalah pencemaran air di kampung depa. So dalam proses nk jumpa menteri tu, VIKRAM ni terpukui la seorang mamat yg buat kacau kat pekan tempat dia tinggal di situ.. Mamat tu pulak adik laki kepada seorang samseng, bukan samseng lelaki tapi wanita.. Yg aku ingat watak perempuan yg jadi samseng tu nama dia KAKAK SWARNA.hehehe...kak SWARNA ni memang jahat,dan adik2 dia semua jahat2 belaka..so vikram dah tibai adik dia la, dan cerita punya cerita last2 SWARNA ni kawan ngan menteri yang VIKRAM nak jumpa pasal masalah pencemaran ayaq di kampung dia tu.Berlaku lah pergaduhan dan action dia memang best. Cerita ni ada scene Vikram pakai DHOTTI ja tibai samseng sampai melambung2..DIa punya trademark dia dalam cerita ni, bila dia mengamok, gelang kat lengan dia akan naik 2 inci dari keadaan asal gelang tu. Aku rasa plot cerita dia mcmtu ja kot.


Ada lagi filem latest dia yang aku tengok..dia berlakon ngan heroin cun gak.tajuk cerita tu BHEEMA. Latest xlatest gak la..BHEEMAA  tu xsilap aku filem 2008.haaa..dalam cerita ni dia mati wei..Hero mati..tragis gak la..dia mati..heroin mati..kawan baik dia merangkap boss dia pun mati..pakat mati habih aih..yg xmati dalam cerita ni POLIS yang berpangkat saja.hehehe...








Jadi dua filem ni aku rasa hampa bleh tengok sebab setakat ni aku tengok filem VIKRAM ni memang best.. Watak dia sempoi dalam dua2 cerita ni..memang action dia sempoi..Cuma filem BHEEMAA ni ja ending dia tragis skit..mcm aku kata tadi..hero mati wei..aduuuii macha...hero mati kira memang habis la cerita..


Buat masa ni setakat ni saja kot review aku pasal VIKRAM ni..Kalau ada apa2 penambahan akan di lakukan di post2 akan datang... Xsilap aku Vikram ni ada lagi filem terbaru dia selepas BHEEMAA (2008) ni.. Xsilap aku tajuk cerita tu RAAVANAN dan dia berlakon dengan Aiswarya RAI...feewiitt..heroin Bollywood tuu..tapi main ngan VIKRAM ni..heroin mana pun sanggup mau berlakon sama dia macha....Nanti ada masa aku review pasai RAAVANAN ni...okk...apa2 pun sudi la singgah mai noo...hehehehe... Opsss lupaa...Heroin dalam cerita BHEEMAA ni nama dia TRISHA..lawa gak wei.. Stok kalau kerja kat Jabatan PEndaftaran ka..kompom hari2 aku tukaq IC aku..alasan??? hilang...sebab?nak usha marka lawa kat Jabatan Pendaftaran...


Sekian terima kasih.


Montana
















 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...