Instagram
Sitegiant E-Commerce

Thursday 21 August 2014

Superstar Rajinikanth- Aarilirundhu Arubhadhuvarai (1979)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua, moga anda semua sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang. Amacam hari ni? harap-harap tuan-tuan sekalian semuanya dalam keadaan baik hendaknya. Seronok noo rupanya, bila boleh jumpa kawan-kawan lama zaman muda-muda dulu, walaupun xjumpa depan mata, jumpa dalam media sosial yang bagi aku cukup dekat dengan kita seperti aplikasi whatsapp bagi aku memadai sebab kawan-kawan kita bukannya dok dekat macam kita zaman muda-muda dulu. Maka timbul lah cerita masa sekolah, nostalgia dan bermacam-macam lagi memori yang bila dok baca tak larat nak gelak pun ada. Biasalah kan macam aku ni sekolah dulu kelas belakang-belakang, xpandai. Heheh. Bila budak xpandai macam aku ni macam-macam la cerita, cukup berlambak. Tapi tu yang kata kenangan tu, ingat supaya membantu kita menjadi lebih baik di masa akan datang. Aku rasa rata-rata semua orang ada benda-benda macamni kan. Jadi janganlah putus benda-benda macamni, bagi aku ada baiknya, sebab kita bleh taw keadaan semasa kawan-kawan kita time sekolah tu. Tapi jangan ralit sangat, nanti satu kerja apa pun xjadi, kalau boleh lepas waktu kerja la best sebab boleh layan tanpa bebanan kerja di depan mata. hehehehe.

Sebenarnya beberapa hari lepas aku nak kongsi dah filem yang aku tengok dalam tv, siaran Astro 202. Mulanya aku mata xberapa nak larat dah tengok TV, tak silap aku malam tu aku dok tengok Highlight BolaSepak ja rasanya, masa kalih channel tu tengok2 pergh.. Superstar berlakon wei. Tapi tu la berdasarkan kualiti gambaq tu, rasanya gambaq tu macam gambaq lama ja. Rajinikanth pun nampak tegap dan muda lain macam ja, jadi aku layan pi la kan. Tak semua filem lama dia aku tengok, sebab berlambak sangat. Jalan cerita pun macam slow ja, tak rasa nak tengok sangat. Saja layan pi la, sekali slow2 pun dia punya jalan cerita, aiyaaa. Cukup meninggalkan kesan gak oo tengok cerita tu. Memang betul la, filem Tamil ni dekat dengan hati orang yang tengok, sebab kisah masyarakat diletakkan di atas sekali, dalam majoriti filem dia, maksud kata xsemua la filem dia pasai masyarakat kan. Tu maksud aku, xsemua. Tajuk dia pun agak panjang, jadi xyah sebut pun xpa sebab susah kot. Cerita dia berkisar tentang kemiskinan yang menghimpit hidup hero Rajinikanth yang memegang watak Santhanam, dalam hidupnya. Dari cerita yang aku tengok ni, hero kira susah dari kecik sampai besaq, dan sampai satu masa itu kemiskinan dia dah sampai tahap ekstrim sangat ni.




Santhanam ni menunjukkan satu watak yang sangat pentingkan keluarga, sangat pentingkan tanggungjawab dalam kehidupan dia. Dengan bekerja di syarikat printing, di sana ada marka sorang yang Santhanam ni suka. Kapel la depa dua orang ni. Memandangkan kemiskinan, dia xbleh apa la, marka lari kawin ngan orang kaya. Di sebabkan hal itu kahwinlah dia dengan orang yang sekufu, iaitu perempuan yang miskin juga bernama Lakshmi. Tu yang kata sekufu kan, senang, miskin dia mudah ngan miskin. Maka dalam masa yang sama Santhanam ni banyak membantu 2 adik laki dan sorang perempuan, di mana adik seorang ni belajaq sampai luaq negeri, yang perempuan pun banyak gak dia sacrifice untuk bab-bab perkahwinan, dan yang last tu turut Santhanam bantu jugak. Nak jadi cerita Santhanam ni dibuang kerja lak, dah la diambang kemiskinan tegar, dibuang lak. Sebab new management iaitu anak tokey dia amik alih dan buang dia bekerja.

Dah la susah, xbekerja, sampai satu masa tu nak bagi anak bini makan ni cukup daif la hampa tengok. Huhh..memang kesian aku tengok Rajinikanth dalam filem ni, dengan pakai T-Shirt pagoda, koyak kat bahu dan lain-lain lagi koyak, dan dia memang pandai buat muka kesian dalam ni. Hidup yang susah menyebabkan dia terpaksa menjual banyak barang-barang dalam rumah, sebab nak menampung kos hidup. Dia xmakan xpa, ni anak-anak dok riauu kat rumah lapaq, mana hero tahan bang. Kalau kita pun xleh tahan kot. Jadi dalam masa ni la banyak babak penghinaan dia terima, dari adik-adik dia yang seolah-olah lupa abih jasa abang dia yang dok tolong depa sampai berjaya. Dalam filem ni memang penuh dengan kata-kata pujangga Rajinikanth yang bagi aku dia ni memang layak la geng2 India panggil dia Superstar. Ada sekali tu adik dia mai melawat dia di rumah, tengok rumah abang dia sampai licin xda apa dah. Dengan nada yang sombong, depan bini dia dan bini Santhanam dia bagi cek untuk abang dia,tapi hero xamik broo..Bukan sombong,bukan miskin tapi xda adab, tapi maruah abang tu dipermainkan. Ya la, hang nak bagi duit kat abang hang,tapi hg dok cakap seolah-olah abang hang tu kemaruk sangat dengan duit hang tu. Huihh malu la abang tu, depan bini dia lak hang wat macamtu kan. Apa salahnya duit tu bagi elok2, cakap elok2 ngan dia. Ni dak, nak bagi tapi cakap benda menyakit hati kawan tu. Adik dia bercakap seolah-olah adik dia tu beranak terus dalam keadaan senang, macam xpernah susah, tu yang hero bengang tu. tuan-tuan, hati orang miskin ni xmacam kita, depa cukup sensitif dan cukup mudah terasa ngan ayat-ayat kita. Jadi berhati-hatilah dalam pertuturan naa, bukan kata ngan orang miskin ja kan, semua orang kita kena jaga pertuturan kita.






Tu adik laki punya hal, adik perempuan lagi la biadap. Santhanam pernah p rumah melawat adik, si Santhanam ni beli la barang mainan kat anak adik dia iaitu anak menakan dia jugak, selamba ja dia buang mainan tu dengan ayat cacian tahap najis kat abang dia. Pergh. Babak ni la paling xtahan, sebab Hero kena maki bertubi-tubi, tapi hero diam ja. Dia taw adik-adik dia naik kepala,xrespek dia sebab dia miskin tegar. Abang dia yang dia dok maki tu lah bekerja siang malam simpan duit nak bagi dia kahwin, last2 cacian dia dapat. Dalam masa dia susah ni, kawan dia sorang tu ja yang rajin dok tolong dia, sampai satu hari tu dia jadi malu dok pinjam duit, maka dia cari ikhtiar kerja baru dan dapat jugak bekerja. Baru dapat kerja, bila lak mati, dalam satu kebakaran. Pergh.. Memang tamparan hebat la Santhanam kena. Selepas satu, satu sampai dia amik pendekatan yang tak masuk akal, iaitu minum racun nak bunuh diri. Tapi akhirnya suara anak dia tengah mengigau sebut "Mak" tu membuatkan dia xjadi bunuh diri.

Santhanam memulakan hidup baru dengan menulis buku, tentang hidup dia, dan berbekalkan duit insurans dari kematian isterinya dia membina syarikat percetakan. Ni pun pada mula dia dapat cek tu, dia xmau amik pun, dia terus bagi kat member baik dia tu. Sampai member dia kata apa hang ni duit pun xmau, hg nak hidup macamana kalau terus macamni. Last-last dia kata kat kawan dia amik la duit tu hang buat la apa hg suka. Tapi kawan Santhanam ni xamik kesempatan, malahan membantu membangunkan Syarikat Printing untuk Santhanam ni. Tu yang kata kawan tu, ya la kan, dah la susah,anak dok xtentu hala lagi makan minum, bini mati lak xkan la ada lagi kawan tergamak nak ainaya kawan kan. Jadi klimaks filem ni diceritakan dalam bentuk pantas di mana babak buku beliau mendapat sambutan, dan di akhir2 cerita dia jadi kaya jugak,hasil penulisan dan beberapa produk lain kot hasil company dia. Di waktu macamni yang dia agak sedih, sebab isteri dia hanya ada di waktu dia susah,namun tidak sempat berkongsi kesenangan hidup masa dia kaya. Di babak sebelum dia nak mati, adik2 dia semua pakat mai menempek kat dia. Adik laki yang berlagak tu menempek bahu kiri,adik popuan bahu kanan. Waktu dia kalih blah adik perempuan dia, flashback balik macamana adik popuan dia hina dia. Kira dia teringat benda tu, dia senyum ja, dan berlaku dialog dalaman diri di mana dia kata dulu dia susah, mungkin depa malu nak mengaku dia abang, bila dia senang baru depa nak menempek merata kat dia. Tapi Santhanam akhirnya memaafkan adik tanpa sedikit pun terasa hati dengan depa.

Filem ni secara total menunjukkan betapa seseorang itu boleh mengubah hidupnya,asalkan dia ada usaha yang sungguh-sungguh nak berubah. Tapi aku lebih tertarik pada nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang abang. Kadang-kadang kita yang adik ni terlupa, dan terlepas pandang perasaan abang kita, sebab mungkin nasib kita lebih baik dari dia. Namun perasan dak kita yang abang kita tu cukup sayang kat kita. Dia sanggup susah, dia sanggup korban masa depan sebab kalau dia pun mengaji tinggi mak ayah xlepaih nak sara kita, padahal nak ikutkan hati dia yang abang,patut dia mesti diktator,tapi jarang abang sulung yang macamtu kan. Entah la, mungkin pandangan aku silap, tapi berdasarkan dalam filem ni Abang ni sampai satu masa nak makan pun xdak sangat2 dah, tapi xpernah nak merayu meminta-minta kat adik2 dia,walaupun dia taw adik dia kaya. Bukan sebab dia berlagak, atau ego tuan-tuan, sebab dia dah terbiasa susah,dan terbiasa nak apa pun usaha, sebab tu bukan mudah untuk depa menyerah kalah,walaupun mereka berdiam diri seolah-olah macam xreti apa dalam hidup ni. Tetapi dia mereka itu menyimpan seribu satu persoalan yang jarang ada jawapan untuk mereka sendiri. Itulah yang kata kasih sayang seorang abang, kadang-kadang abang ni la yang akan secara automatik membela adiknya, jika adiknya ditimpa masalah atau sebagainya. Abang ni sanggup dicaci depan orang, tapi xkan biarkan family atau adiknya dicaci depan orang. Biaq adik dia sendiri caci dia, tapi bukan orang lain caci adik dia. Sebab apa, dia lebih kenal adik dia daripada orang lain, jadi biarlah dia rasa sendiri adik dia keluarkan setiap ayat dari bibir mereka, walaupun perkataan itu tidak enak didengar. Sebab itu kalau ada abang2 tuan-tuan yang mungkin dalam situasi macam dalam filem ini, maka sentiasa la bagi semangat kat depa,dorongan supaya mereka bertambah kuat, dan selalu lah melawat depa, sebab kadang2 abang ni dah macam ayah kita, dia bukan nak duit tuan-tuan, dia cuma nak perhatian kita. Cukup sekadar call, tanya khabar dia. Dengan panggilan,suara kita tu saja mampu mengubah hari dia dari suram kepada gembira.

Setakat ni dah la kot noo. Panjang lagi kalau nak cerita ni, tapi panjang sangat satgi aku pun bleh kaya macam Santhanam tulis buku teruih kaya. hahah. Cuba lah tengok kot2 ada lagi ka dalam astro 202, boleh hampa tengok sendiri.

Sekian terima kasih.


Montana
Be The Best to win The Best




Rujukan/Reference:

1.http://www.whatsapp.com/
2.http://en.wikipedia.org/wiki/Aarilirunthu_Arubathu_Varai
3.http://www.starmusiq.com/movieimages/Aarilirunthu-Arubathu-Varai_B.jpg
4.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvhN5aHoESBiZGBS055DnMdrEepIhnTBFJdJv-CmdFEik-q8TNLnHOByrvtb2KnSg08VPRaXCU3wLAaILnB65MqyXQd-7wIZyzrhl19zs_ilS4we4BppLcJhPRlcPkO5D-8ojTwSGb-Q8/s1600/27- Aarilirunthu+Arubathu+Varai-02.jpg




8 comments:

  1. Wow zakiah dah kawin....wow....

    Apapun tahniah pasal garapan cerita disebalik cerita menyebabkan aku menyelami sampai lemas bobobobob....best weyhh macam nak tengok jaa...

    Tapi kalau tahun 70 kalu wayang pacaklaa zaman ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Wow, hero tamil... Jari tu mmg trademark dia kn......'

    ReplyDelete
  3. minat betul ni nampaknya.... hehehe

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
  4. tulis blog lebih senang dari tulis buku kot

    ReplyDelete
  5. Tak tulis blog tentang movie baru dia ka? Lingaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.thismontanablog.blogspot.com/2015/01/superstar-lingaa-2014.html

      Delete

 
blogger widget

Mungkin anda belum baca lagi...